Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN

TAHUN 2016

Pada 4 Mac 2016, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manggis telah


melaksanakan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2016. Majlis tersebut
telah diadakan pada jam 10.30 pagi di kelas masing – masing.

Sebelum majlis bermula bebrerapa langkah langkah perlu dilakukan oleh guru
kelas antaranya adalah mendapatkan fail poket daripada PK HEM. Fail tersebut mengandungi
borang terimaan/tolak bantuan, borang wakil ibu bapa dan guru kelas hendaklah menyediakan
senarai nama murid yang layak terima bantuan.

Pada hari majlis penyerahan guru kelas telah mengambil duit bantuan mengikut
jumlah murid yang layak daripada En. Mohd Nasir Bin Miskam. Para guru kelas mencatat jumlah
terimaan wang dalam borang akuan yang disediakan. Selepas itu para guru kelas akan ke kelas
masing – masing bersama guru angkat dan mengagihkan wang bantuan kepada ibu/bapa
penjaga. Ibu bapa / penjaga yang bersetuju menerima bantuan akan melengkapkan maklumat
dalam borang yang disediakan.

Majlis penyerahan bantuan khas awal persekolahan telah berjalan lancar tanpa
sebarang masalah.Murid- murid pulang bersama ibu bapa / penjaga selepas mendapatkan
bantuan khas tersebut. Kepada murid yang masih lagi tidak mendapat bantuan khas, PK Hem
telah memaklumkan kepada semua guru kelas untuk kenalpasti jumlah pelajar yang layak tetapi
masih belum mendapat duit bantuan khas. Data tersebut perlu untuk PK Hem untuk memohon
bantuan tambahan.

Anda mungkin juga menyukai