Anda di halaman 1dari 5

Contoh ayat suruhan.

1. Buang sampah yang bertaburan itu ke dalam tong sampah.

2. Pergi beratur di sana.

3. Ambil buku ini dan masukkan ke dalam beg.

Contoh ayat larangan.

1. Jangan bermain di tepi sungai itu kerana airnya deras.

2. Usah kau tanya ke mana aku pergi.

Contoh ayat silaan.

1. Sila datang ke rumah saya pada hari Sabtu ini.

2. Jemput makan hidangan yang disediakan di atas meja itu.

Contoh ayat permintaan.

1. Tolong hantar juadah ini ke rumah Puan Kamariah.

2. Minta tuan-tuan dan puan-puan datang awal kerana taklimat akan dimulakan tepat pada masanya.

Cuba selesaikan latihan di bawah

Tuliskan jenis-jenis ayat bagi setiap ayat di bawah dalam ruangan yang disediakan.

1. Jangan bermain mercun, nanti terbakar tangan. (______)

2. Bumbung rumah itu rosak kerana dihempap pokok kelapa. (____________)

3. Wah, cantiknya bunga-bunga di taman itu! (___________)

4. Lima orang pelajar telah terbunuh dalam kemalangan yang mengerikan itu. (____________)

5. Sila tinggalkan tempat ini dengan segera. (__________)

6. Tolong belikan saya sebungkus nasi lemak di gerai itu. (____________)

7. Sila isi borang permohonan itu dengan lengkap. (_______)

8. Ah, aku tidak mahu bersubahat dengan kamu! (_________)

9. Usah difikirkan perkara itu lagi. (___________)

10. Murid-murid itu sedang tekun membaca buku di perpustakaan. (___________)


Adakah anda dapat menjawab semua soalan dengan tepat? Untuk kepastian, sila rujuk jawapan di
bawah......

1. Ayat larangan

2. Ayat penyata

3. Ayat seruan

4. Ayat penyata

5. Ayat silaan

6. Ayat suruhan

7. Ayat silaan

8. Ayat seruan

9. Ayat larangan

10. Ayat seruan


1)AYAT PENYATA
Definisi:
1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan
sesuatu hal.
2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
Ayat contoh:
a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.
c) Dia suka menonton rancangan televisyen.
d) Datuk sedang berehat di ruang tamu.
e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.

2) AYAT SERUAN
Definisi:
1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira,
sakit, benci dan sebagainya.
2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.
Ayat contoh:
a) Amboi, cantiknya gadis itu!
b) Wah, mahalnya baju ini!
c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini!
d) Cis, berani kamu pukul saya!
e) Syabas, kamu telah menang!

3) AYAT TANYA
Definisi:
1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir
ayat penyata.
2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).
Ayat contoh:
a) Adik masih belum makan?
b) Pertandingan perbahasan itu akan diadakan minggu hadapan?
c) Bas itu sudah bertolak?

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya


1) Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, bila,
mana, bagaimana dan sebagainya.
Ayat contoh:
a) Barang itu apa?
b) Pemain piano itu siapa?
c) Hari jadi kamu bila?
2) Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan diletakkan di
hadapan ayat.
Ayat contoh:
a) Apakah barang itu?
b) Siapakah pemain piano itu?
c) Bilakah hari jadi kamu?

4) AYAT PERINTAH
1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:
a) Ayat Suruhan
- Minumlah teh ini dahulu.
b) Ayat Larangan
- Jangan petik bunga itu.
- Usah bermain di tepi jalan.
- Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.
c) Ayat Silaan
- Silalah pakai topi keledar.
- Jemput makan bersama-sama.
d) Ayat Permintaan
- Minta anda semua bersabar.
- Tolong ambilkan saya secawan air.