Anda di halaman 1dari 11

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2010)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.
Sahabatku Fadhil,

Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan


pengalaman saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran
Kelab Bahasa Melayu sekolah saya.

Kami memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Setiap detik


yang dilalui, kami manfaatkan dengan mengunjungi pelbagai tempat
bersejarah seperti Beras Terbakar Makam Mahsuri dan Pantai Pasir Hitam.
Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung
Machinchang, kami kagum akan keindahan alam semula jadi. Cuacanya
sejuk manakala udaranya segar dan nyaman.

Semasa di Pantai Cenang, kami meminta kebenaran untuk mandi


tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak besar. Kami akur akan
nasihat guru tersebut. Lawatan seterusnya ke ‘Underwater World’, iaitu
tempat pelbagai jenis kehidupan air dipamerkan. Kami berbaris sebelum
masuk untuk mengelakkan kesesakan.

Sebelum pulang kami singgah di pekan Kuah untuk membeli-belah.


Saya hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang
dipesan oleh ibu. Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan
keluarga.

Nilai murni Penerangan / ulasan


SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2009)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya.


Sang Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.

Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang
Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan
hampir lemas.

Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan


sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya
menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk.

Pada suatu pentang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang


mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera mengigit
kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk
segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan
terima kasih kepada Sang Semut.

Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.

Nilai murni Penerangan / ulasan


SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2008)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.
Ana : Apa khabar, Halim?
Halim : Beransur baik sekarang. Cuma badan saya masih lemah dan
tidak berselera untuk makan.
Ana : Awak mesti makan, jangan turutkan hati. Makanan di sini
berkhasiat. Kalau tak makan, bagaimana nak
sihat?
Halim : Terima kasih atas ingatan awak.
Ana : Eh, tentulah! Kita berkawan mestilah saling mengingati.
Halim : Apa khabar kawan-kawan kita?
Ana : Oh, semuaya baik belaka! Mereka mendoakan supaya awak
segera sembuh. Apa kata soktor tentang
penyakit awak?
Halim : Doktor mengatakan bahawa saya disyaki menghidap demam
denggi.
Ana : Oh, begitu! Penyakit demam denggi ini berpunca daripada
nyamuk aedes. Kita mesti pastikan air tidak
bertakung agar nyamuk aedes tidak membiak.
Halim : Betul tu, Ana. Semua pihak perlu menjaga kebersihan
persekitaran.
Ana : Baiklah, Halim. Saya minta diri dulu. Saya dah berjanji dengan ibu
saya untuk pulang awal. Ini ada
beberapa buah buku yang boleh awak baca untuk menghilangkan
rasa bosan awak.
Halim : Terima kasih, Ana. Sekurang-kurangnya buku ini boleh mengisi
masa lapang saya di sini. Berhati-hati
Semasa pulang. Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan dan
keluarga awak.
Nilai murni Penerangan / ulasan

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2007)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan,


aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk
mengetahui siapa pemiliknya. Di dalam dompet itu terdapat wang
yang banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak sambil
melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari-cari
dompetnya.

Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang


dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet
itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan
pesanan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan
orang lain.
Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet
tersebut kepada guru bertugas, iaitu Cik Rani. Beliau telah
membawa aku berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji
tindakan yang telah aku lakukan itu.

Nilai murni Penerangan / ulasan

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2006)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Nani murid yang sentiasa mengambil berat tentang pelajaranya. Pada


masa yang sama dia mempunyai pelbagai hobi. Mengumpul setem adalah
antara hobi yang paling digemarinya. Dia memiliki lima buah album setem
yang disimpan di dalam almari yang berkunci.
Setem yang dikumpulkannya diperoleh daripada beberapa buah
negara. Nani bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan sekolahnya dan
sahabat pena dari negeri-negeri di Malaysia dan luar negara.

Kini dia memiliki pelbagai setem dan mempunyai ramai kawan.


Melalui hobinya, Nani dapat mengetahui berbagai-bagai maklumat tentang
negara luar seperti mata wang, kebudayaan, makanan dan pemimpin
negara.

Dia amat gembira kerana hobinya mendatangkan banyak faedah.


Di samping itu, dia dapat mengelakkan dirinya daripada terlibat dengan
perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan membuang masa.

Nilai murni Penerangan / ulasan

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2005)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Semasa kakak pergi bekerja, adik telah masuk ke bilik kakak dan
bermain-main di situ. Sedang asyik bermain, tiba-tiba adik ternampak
sebuah cenderamata kepunyaan kakak yang diperbuat daripada kaca.
Cenderamata itu ialah pemberian kawan kakak yang baru pulang dari luar
negeri.

Saya telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan


cenderamata itu tetapi adik tidak mengendahkannya. Tiba-tiba,
cenderamata itu terlepas dari tangan adik dan terhempas di lantai lalu pecah
berderai. Emak memarahi adik.

Sebelah petang, kakak pulang dari tempat kerja. Kakak sungguh


sedih apabila mengetahui cenderamata kesayangannya telah pecah. Adik
meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan
kakak lagi.

Nilai murni Penerangan / ulasan


Format Mudah Bahagian C
Format Mudah bahagian C (Kertas 2)

Jika anda masih belum menguasai bahagian C, sila gunakan cara mudah sebagai
langkah menulis nilai dan pengajaran untuk bahagian C (Kertas 2).

Format 1

Antara nilai-nilai dan pengajaran yang boleh kita contohi ialah sikap .............sikap
1.........( rajin )atau..............(tekun)berusaha supaya kita........................................
contohnya...................................... Selain itu, kita perlu mengamalkan
sikap .....................sikap 2....................... agar kita
menjadi.................................................................. seperti............................................. Di
samping itu sikap.......................sikap 3...............patut kita contohi kerana
ia.............................................. umpamanya............................... . Seterusnya, sikap ......
sikap 4..... harus kita teladani agar mendidik kita menjadi.................seperti..................
Akhirnya, sikap ......sikap 5..... wajar kita ikuti
agar...............................contohnya........................ Nilai-nilai dan pengajaran-pengajaran
ini patut kita amalkan agar menjadikan kita seorang yang baik dan berhemah tinggi.

Peringatan : Bagi setiap nilai, cari persamaan nilai yang telah anda cari untuk dituliskan
dalam bahagian C, contohnya :

1. rajin dan tekun berusaha.


2.berbudi bahasa atau bersopan santun,
3. menolong dan membantu.
4. bertanggungjawab dan perihatin,
5. belas kasihan dan bersimpati.
6. patriotisma atau semangat cintakan negara.
7. bekerjasama atau saling membantu.
8. menghormati atau menyanjung.
9. berdikari atau tidak bergantung kepada orang lain.
10. berazam,bertekad atau bercita-cita.
dan lain-lain lagi........................

Pastikan untuk contoh, berdasarkan dalam petikan!!!!

Untuk pengetahuan pelajar semua....

Terdapat 3 bahagian dalam kertas 2


Bahagian A - Lima ayat lengkap...berdasarkan gambar/carta/jadual atau rajah.
Bahagian B - Karangan (Pilih 1 daripada 3 karangan)
Bahagian C - Menuliskan 5 pengajaran / nilai daripada petikan/sajak/pantun/cerita dll.

Markah: Bahagian A ( 10 markah), Bahagian B ( 30 markah) dan bahagian C (20


markah)

Cara Pemarkahan Bahagian A:


Cara penandaan bagi bahagian A adalah holistik bukan satu ayat 2
markah,...bergantung kepada susunan, gramatis ayat, kata adjektif atau kata kerja yang
berkaitan dengan soalan yang diberi. Ini tergantung kepada band/ julat markah tinggi,
sederhana ataupun rendah.

Permarkahan bahagian B:
Masih memberi penekanan aspek tatabahasa, ejaan, struktur, imbuhan yang melibatkan
15 markah manakala isi yang baik juga 15 markah.

Permarkahan Bahagian C:
Jumlah markah ialah 20 markah. Harus mempunyai 5 nilai/pengajaran yang berkaitan.
Terkini jumlah perkataan tidak melebihi 50 patah perkataan.Maka ayat perlu dibina
ringkas, tepat dan padat.

Contoh latihan dan jawapan penulisan Bahagian C


Latihan Contoh 1:

Tuliskan beberapa amalan baik yang kamu dapati daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Luqman bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut
malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikal untuk pergi ke sekolah
tanpa bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak
menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan
ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak
perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya.
Sedang semua murid menyanyi lagu “Negaraku” , dia masih lagi berlari untuk masuk ke
dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah
hilang. Dia telah diberi peluang tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.

Isi-isi cadangan:
- Bangun lewat – Bangun awal supaya tidak tergesa-gesa ke sekolah.
- Menonton hingga lewat malam – Tidak digalakkan kerana menjejaskan kesihatan.
Tidak cukup tidur.
- Tidak sempat bersarapan - Bersarapan terlebih dahulu mendapatkan tenaga untuk
belajar.
- Tidak bersalaman – Bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa untuk mendapat restu.
- Melanggar lampu isyarat – Mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan.
- Berjalan semasa lagu “Negaraku” – Berdiri tegak untuk menghormati lagu
kebangsaan.
- Memberi pertolongan kepada yang memerlukan.
Jawapan Contoh 1:

Berdasarkan petikan di atas, kita sepatutnya bangun awal supaya tidak tergesa-gesa
untuk ke sekolah seperti yang berlaku kepada Luqman. Kita tidak sepatutnya menonton
hingga lewat malam kerana boleh menjejaskan kesihatan kita. Sebelum kita ke sekolah
kita hendaklah bersarapan terlebih dahulu bagi mengalas perut supaya senang belajar.
Kita mestilah bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa kita bagi mendapatkan restu
daripada mereka. Kita hendaklah mematuhi peraturan demi menjaga keselamatan diri
kita. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menghormati lagu kebangsaan negara kita
dengan berdiri tegak bukannya seperti yang dilakukan oleh Luqman yang masih berlari.
Apabila rakan-rakan kita memerlukan bantuan, kita semestinya menghulurkan bantuan
kepada mereka. Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan amalan-amalan yang
baik dalam kehidupan harian kita.

Latihan Contoh 2:

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Buah delima pelbagai rasa,


Dipetik sebelum waktu senja;
Dari kecil hinggalah dewasa,
Ibu bapa membelai penuh manja.

Dalam sungai dipasang bubu,


Masuk seekor anak kelisa;
Sungguh mulia jasamu ibu,
Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

Limau kasturi jangan dilupa,


Beli juga sebungkus asam jawa;
Tidakku lupa padamu bapa,
Sanggup berkorban harta dan nyawa.

Kacang dicampur santan kelapa,


Nasi berulam pucuk pegaga;
Terima kasih ibu dan bapa,
Bersyukur kita hidup bahagia.

Isi Cadangan:
- Membelai penuh manja (Kasih sayang)
- Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa (Mengenang jasa)
- Berkorban harta dan nyawa (Bertanggungjawab)
- Terima kasih ibu dan bapa (Berterima kasih)
- Bersyukur kita hidup bahagia (Kesyukuran)
- Pengajaran/kesimpulan daripada teks (Hormat-menghormati)

Jawapan Contoh 2:

Berdasarkan puisi di atas, terdapat beberapa nilai murni dan pengajaran yang boleh
amalkan. Sebagai seorang anak kita hendaklah menyayangi kedua-dua ibu bapa kerana
mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Di samping itu, kita
hendaklah mengenang jasa mereka . Sememangnya ibu bapa kita ialah orang yang amat
bertanggungjawab. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada mereka di samping
bersyukur kepada Ilahi kerana mendapat ibu bapa yang baik. Kesimpulannya, untuk
membalas jasa kepada kedua-dua ibu bapa, kita hendaklah sentiasa mentaati dan
menghormati mereka.