Anda di halaman 1dari 20

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi

majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta

rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan

pada hari ini ialah “Anak Ikan Yang Suka Menipu”.

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia

bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia

suka menipu dan mempermain-mainkan mereka.

Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit,

“Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!”

Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-

celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan

kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan

memakan mereka tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony

menjerit, “Jerung! Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia

berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya.

Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu

tertipu dengan helah Tony.

Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia

ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul

seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak


menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi

cepat!” Jerit ikan-ikan itu.

Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony

tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka

cuba mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang! Di sini

mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan

aku!” jerit Tony.

Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat

melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali

ini. Sekian, terima kasih.


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi

majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta

rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan

pada hari ini ialah “Arnab Dengan Buaya”.

Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah

seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat,

lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih

berseri. Binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji

kecantikan gigi arnab ini.

Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu

menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah

yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain

mula menjauhkan diri daripadanya.

Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia

ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab

berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.

“Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu

cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya

itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah

lama dia tidak mendengar pujian begitu.

“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya

buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil
tersenyum, arnab berkata, “Engkau mesti banyak makan sayur-

sayuran dan jangan makan daging.”

Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah

engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,”

kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri

buaya lalu memeriksa gigi buaya.Tanpa berlengah-lengah lagi,

buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka

tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi

pendek akal itu. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita

saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi

majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang

dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya

sampaikan pada hari ini ialah “Kawan Yang Tidak Jujur”.

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai

sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat

licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik.

Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap

kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan

makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe.

Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam

hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa.

Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik

mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-

pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu tunggu di sini. Biar

aku pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe.

Joe berjalan kearah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan

makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan

boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,” kata Joe

dengan lemah lembut.


“Baiklah, aku akan lepaskan kau! Tapi, kau mesti bertindak

cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie.

“Singa itu tak mahu makan kita sekarang!

Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam

gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus

menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua

sahabat itu menjadi makanan singa.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali

ini. Sekian, terima kasih.


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi

majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang

dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya

sampaikan pada hari ini ialah “Arnab Yang Pemalas”.

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah

seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan

masa bersama-sama.

Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat

sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada

tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya

berehat dulu,” jawab arnab.

Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan

arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan

kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah

begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok

kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab

menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat

sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita

masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan.

Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap

sahabatnya itu.
Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah

kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita

ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak

mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalas

itu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok

sahajalah,” kata arnab.

Akibat arnab yang malas itu, sampai hari inilah sarang

mereka tidak jadi dibinakan. Demikianlah kawan-kawan

berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi

majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang

dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya

sampaikan pada hari ini ialah “Penebang Kayu Dengan Anaknya.”

Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu

yang miskin . Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang

telah tua lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu hari, penebang

kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan

dan membiarkannya tinggal di situ.

“Bagaimana nanti kalau jiran –tetangga kita menanya tentang

ayah?” tanya isteri penebang kayu.

“Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk

menghabiskan sisa-sisa hidupnya,” kata penebang kayu itu.

Penebang kayu dan isterinya tidak sedar bahawa percakapan

mereka telah didengari oleh anak mereka.

Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk

membeli sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja,

penebang kayu itu pun memasukkan bapanya ke dalam bakul

tersebut.

“Apa yang kamu cuba lakukan?” tanya bapanya.

“Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami

miskin dan sentiasa sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat


yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga dengan baik,” kata

penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua itu

berasa sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu itu

pun memikul ayahnya berjalan kearah hutan.

Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada

pandangan, anak penebang kayu itu menjerit, “ Ayah, jangan lupa

bawa balik bakul itu semula!”

“Mengapa?” tanya penebang kayu itu kehairanan.

“Ayah,” kata anak penebang kayu itu dengan lembut,

“Apabila ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk

memikul ayah pula.”

Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh

bergerak. Dia tunduk sambil berfikir. Selepas beberapa ketika,

dia pun berkata kepada anaknya. “Marilah kita pulang ke rumah.”

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali

ini. Sekian, terima kasih.


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi

majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang

dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya

sampaikan pada hari ini ialah “Sang Singa dan Tikus Kecil”.

Ada seekor tikus yang tinggal di dalam satu lubang. Lubang

itu berada di dalam hutan. Seekor singa yang garang tinggal

berhampiran dengan lubang itu. Semua binatang takut dengan

singa itu.

Pada waktu malam, tikus itu keluar mencari makanan. Tikus

tidak dapat nampak dengan jelas kerana hari sudah gelap. Tiba-

tiba, dia terlanggar sesuatu. Rupa-rupanya tikus terlanggar Sang

Singa yang sedang tidur.

“Berani kamu ganggu aku tidur! Aku akan makan kau.” Marah

Sang Singa.

Tikus sangat takut. “Tolong jangan makan saya, saya cuma

seekor tikus yang kecil. Tuan tidak akan kenyang kalau makan

saya. Nanti manalah tahu kalau tuan perlukan bantuan saya suatu

hari nanti.” rayu Sang Tikus.

“Hahaha…… Apa yang tikus kecil macam awak ni boleh tolong

saya? Saya adalah raja rimba. Kenapa saya perlu bantuan awak?

Tak apalah, sebab awak ini kelakar, saya akan lepaskan awak.”

Balas Sang Singa sambil ketawa terbahak-bahak.


Beberapa hari kemudian, tikus sedang berjalan-jalan di

dalam hutan untuk mencari makanan, tiba-tiba dia terdengar

suara Sang Singa meminta tolong.

“Tolong!, tolong!” jerit Singa.

Tikus berlari sekuat hati menuju ke arah suara Sang Singa.

Dia ternampak Sang Singa terperangkap di dalam sebuah jaring

perangkap yang dipasang oleh pemburu.

Tikus terus menggigit jaring itu sampai putus.

“Terima kasih tikus kerana menyelamatkan saya. Saya tidak

sangka awak boleh tolong saya.” Kata Sang Singa.

Kita tidak boleh pandang rendah pada orang lain.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.

Sekian, terima kasih.


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan

pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru

yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan

saya sampaikan pada hari ini ialah “Puteri Sulung Dan Puteri

Bongsu.”

Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai

puteri kembar yang amat cantik. Puteri Bongsu yang begitu cantik

dikatakan berdarah putih dan amat disayangi oleh raja.

Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah

sampai kepengetahuan Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar

rombongan untuk meminang Puteri Bongsu. Raja Ambun menjadi

serba salah. Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan berlaku

peperangan. Tetapi, kalau pinangan itu diterima, baginda akan

dukacita sepanjang hayat kerana baginda amat kasih kepada

Puteri Bongsu.

Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu

dengan Puteri Sulung. “Rancangan ini tentu berjaya,” kata

seorang pembesar. “Raja Tinggi tidak pernah melihat Puteri

Bongsu. Kita suruhlah Puteri Sulung mengaku yang dia bernama

Puteri Bongsu,” Akhirnya pinangan Raja Tinggi itu pun di terima.

Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung

yang disangkanya Puteri Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri
Sulung telah terluka akibat terkena pisau. Luka itu berdarah dan

darahnya berwarna merah. Raja Tinggi berasa terkejut kerana

darah itu tidak berwarna putih.

“Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda

sebenarnya?” tanya Raja Tinggi sambil menghunus kerisnya.

Puteri Sulung menggeletar. “ Adinda ialah kakak kepada Puteri

Bongsu,”

Raja Tinggi amat murka. “Rupa-rupanya beta telah

ditipu! Kita akan serang negeri Ambun,” kata Raja Tinggi dengan

garangnya.

Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk

menundukkan negeri Ambun.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali

ini. Sekian, terima kasih.


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi

majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang

dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya

sampaikan pada hari ini ialah “Ampai-ampai Dan Puteri Laut.”

Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang

sangat setia kepada rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-

ampai telah ditugaskan oleh raja untuk menjaga puteri baginda

yang sangat cantik.

Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi

pantai bersama beberapa orang dayang. Pada ketika itu sebuah

kapal besar yang dimiliki oleh seorang putera raja yang kacak

telah berlabuh di tepi pantai itu. Putera raja terpesona melihat

kecantikan puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun demikian juga

apabila terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak itu.

Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya

menaiki kapalnya yang sedang berlabuh itu. Setelah memberi

isyarat kepada dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke kapal

putera raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya

menaikkan layar dan segera belayar meninggalkan pantai itu.

Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari

menuju ke pantai tetapi kapal itu sudah pun meninggalkan pantai.


Ampai-ampai pun pulang ke istana lalu menceritakan kejadian itu

kepada Raja Laut.

Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang

kayu lalu memukul tubuh Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur

tulangnya. Setelah itu Raja Laut menbuangkan Ampai-ampai ke

tepi laut.

“Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta

pulang kepada beta,” titah baginda.

Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya

tersangkut pada ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah

sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang hingga sekarang ini dan

sepanjang masa tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi air.

Kononnya, dia akan menunggu di tempat begitu sehingga Puteri

Raja Laut itu lalu di situ dan pulang kepada ayahandanya.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali

ini. Sekian, terima kasih.


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi

majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang

dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya

sampaikan pada hari ini ialah “Perempuan Muda Yang Berani.”

Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh

Raja Tua. Baginda telah menyuruh rakyatnya membuat sebuah

perahu yang besar. Setelah perahu itu siap, baginda pun telah

mengadakan upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut.

Rakyat negeri itu telah dikerahkan untuk menolak perahu ke laut

tetapi anehnya perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari

tempatnya. Raja Tua sangat hairan lalu memanggil anak angkatnya

Balun yang tahu akan bermacam-macam ilmu.

Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan.

Setelah jampi dibaca dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun

berkata “ Perahu ini tidak akan dapat diturunkan jika tidak

digalang dengan tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan itu

mestilah anak atau saudara tuanku. Orang lain tidak boleh!”

Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi

gempar. Tidak ada seorang pun anak kerabat raja yang hendak

mengorbankan nyawanya untuk pelancaran perahu tersebut.

Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan

muda yang sedang mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia


ialah anak saudara kepada Raja Tua. Perempuan muda itu

berbaring di atas tilam dan bantal yang dibentangkan di haluan

perahu. Semua rakyat dan kerabat diraja menangis melihatkan

perempuan muda yang begitu berani mengorbankan nyawanya

demi kepentingan Raja Tua.

Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh

batang lidi dan rapat ke perahu itu. Setelah membaca jampi,

perahu itu pun ditolak ke laut. Sekali lagi telah berlaku keanehan.

Dengan mudah, perahu itu dapat ditolak ke dalam air.

Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan.

Raja Tua berlari-lari mendapatkan anak saudaranya dan

mendapati anak saudaranya itu tidak mendapat apa-apa

kecederaan. Oleh kerana keberaniannya, Raja Tua telah

menurunkan semua harta pusaka kepada anak saudara

perempuannya itu.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali

ini. Sekian, terima kasih.


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan

pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru

yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan

saya sampaikan pada hari ini ialah “Harimau Yang Tamak.”

Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan

kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan

satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam

hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing

membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh

baginda.

Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa

itu, timbullah rasa tamak di hati harimau. “Aku mesti minta

supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak

mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh

kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku

akan lebih kuat daripada Singa.”

Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi

mengadap Maharaja Singa.

“Hah! Engkau datang juga, Harimau?” tegur Singa.

“Apakah kehendak engkau?” Harimau terkejut mendengar suara

Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar.


“Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh …” kata

Harimau tergagap-gagap.

“Tujuh apa?” sergah Maharaja Singa lebih keras.

“Tujuh hari sekali!” jelas Harimauu terketar-ketar.

“Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini

akan kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan

dapat rezeki tujuh haru sekali,” kata Singa.

Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap.

Dia hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah

tersebutkan tujuh hari sekali. “ Tuanku…Patik…Patik…”

“Sudah!” potong Maharaja Singa. “Tiap-tiap binatang

hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan

engkau tadi telah pun beta kabulkan.

Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari

sekali. Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan

badannya tidak bermaya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya

cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai