Anda di halaman 1dari 7
140 pm _TOPIK7 PERANCANGAN PEMAKANAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN 7.1. PEMAKANAN ‘Anak-anak yang membesar memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Tabiat makan secara sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada makanan keluarga secara beransur-ansur. Jika kanak-kanak tidak mendapat makanan seimbang, mereka boleh menghadapi masalah kurang berat badan atau kegemukan. Adakah anda memahami konsep pemakanan yang sihat? Bagaimanakah kamu merancang pemakanan untuk kanak-kanak? Bincangkan. 7.1.1 Rancangan Pemakanan Kanak-Kanak Rancangan pemakanan kanak-kanak adalah amat penting dalam proses pembelajaran mereka. Kanak-kanak harus mendapatkan makanan yang berzat dan sihat untuk menjamin kesihatan mereka. Berikut dinyatakan bagaimana untuk menikmati pelbagai jenis makanan. (a) Makan pelbagai jenis makanan secara terbaik bagi mencapai keperluan tenaga dan nutrien. (b) Kepelbagaian dapat dicapai dengan mengambil diet yang menggabungkan kesemua lima gabungan makanan (sila rujuk Rajah 7.1). TOPIK 7__PERANCANGAN PEMAKANAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN << 141 Lemak minyak, gula dan garam (Guna sedikit sahaja) — Susu dan produ Ikan, ayam, itik nusu i (1-2 hidengan) 3 : daging dan kekacang me: | (2-3 hidangan) sows Sh Buah-buahan dan sayuran (3-5 hidangan) A Nasi, mee, roti, bijiran lain dan ) produk bijiran dan ubi (8-12 hidangan) i Rajah 7.1: Piramid makanan Sumber: http:/ /muslimdietitian.wordpress.com/ Sekarang, mari kita bincang kelima-lima kumpulan makanan tersebut dengan lebih lanjut. (a) Kumpulan 1: Bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga kanak- kanak. Ja adalah sumber baik untuk karbohidrat kompleks, vitamin B, zat besi, fosforus dan rendah lemak. (b) Kumpulan 2: Sayur-sayuran dan buah-buahan Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjauhi penyakit (c) Kumpulan 3: Ikan, ayam, daging dan kekacang Daging, ayam, ikan, telur, kekacang, tauhu dan tempe merupakan sumber protein, vitamin dan mineral dan sedikit lemak. Ia akan membina tubuh dan menyembuhkan luka. (a) Kumpulan 4: Susu dan hasil tenusu Susu dan hasilnya seperti keju dan dadih kaya dengan protein dan kalsium. Zat-zat ini penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat. 142 pb TOPIK7 PERANCANGAN PEMAKANAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN (ce) Kumpulan 5: Gula, garam, Jemak dan minyak Gula, lemak dan minyak adalah sumber tenaga tetapi pengambilannya perlu. dihadkan kerana pengambilan berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan. Jadual 7.1 menjelaskan contoh sukatan makanan harian bagi kanak-kanak prasckolah. Jadual 7.1: Sukatan Makanan Harian bagi Kanak-kanak Prasekolah Bilangan sukatan dalam sehari Kumpulan makanan age (46 Tahun) Kumpulan 1 Bijirin / nasi / mee / roti /ubi-ubian Nasi 41/3 cawan Kumpulan2 Sayursayuran (masak) | 3sudu makan (minima) Buah-buahan (betik) Thitis (minima) Kumpulan 3 Tkan/daging/telur/ kekacang, Ikan 2ekor Telur I biji Kekacang 2 sudu teh Kumpulan 4 Susu 1-2 cawan Kumpulan 5 Minyak 4 sudu makan Sumber: Unit Makanan Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2006) Rujuk Jadual 72, 73, 74 dan 7.5 untuk contoh cadangan meni harian kanak- kanak prasekolah. TOPIK 7 _PERANCANGAN PEMAKANAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN <4 143 Jadual 7.2: Cadangan Menu Harian Kanak-kanak Prasekolah - Minggu 1 Hari Sarapan Pagi Rehat Isnin Kuih Pau + Milo Bubur Ayam dan Sayur Campur + Jus Oren +Jambu Batu Selasa Koko Krunch + Susu Mee Goreng + Air Barli + Agar-agar Rabu Roti Telur + Horlicks Cucur Udang + Air Soya + Pisang, Khamis Donat + Milo Nasi Goreng Cina + Jus Epal + Dadih Jumaat Cornflake + Susu Mee Hoon Sup + Air Limau + Buah Lai Jadual 7.3: Cadangan Menu Harian Kanak-kanak Prasekolah - Minggu 2 Hari Sarapan Pagi Rehat Isnin Kuih Karipap + Milo Soto +Jus Anggur + Tembikai Susu Selasa Nestum + Susu Macaroni Goreng + Air Laici + Puding Kastad Rabu Biskut + Horlicks Sandwich Tuna + Air Soya + Pisang Khamis | Kuih Keria + Milo Nasi Lemak + Jus Epal + Aiskrim Jumaat Honey Star + Susu Mee Kari + Sirap Limau + Jambu Batu Jadual 7.4: Cadangan Menu Harian Kanak-kanak Prasekolah ~ Minggu 3 Hari Sarapan Pagi Rehat Isnin Kuih Donat + Milo Nasi Goreng Kampung + Jus Oren + Betik Selasa Honey Gold + Susu Mee Hoon Hailam + Kordial Mangga + Agar-agar Rabu Roti Bakar & Jem+ Horlicks _ | Popia Sayur + Air Soya + Pisang Khamis Kuih Lapis+ Milo Kueh Tiaw Goreng + Jus Nanas + Dadih Jumaat Biskut + Susu Nasi Ayam + Air Suam + Buah Lai Jadual 7.5: Cadangan Menu Harian Kanak-kanak Prasekolah — Minggu 4 Hari Sarapan Pagi Rehat Isnin Kuih Kasturi + Milo Mee Goreng Basah + Punch Buah-buahan + Puding Roti Selasa Honey Star + Susu Nasi Lemak + Air Barli + Tembikai Rabu Biskut + Horlicks Roti Putih & Sup Daging + Air Laici + Aiskrim Khamis Karipap + Milo Macaroni Goreng + Sunquick + Pisang Jumaat Nestum + Susu Nasi Tomato + Air Limau + Dadih 144 p> TOPIK7 PERANCANGAN PEMAKANAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN 7.1.2. Masalah Pemakanan Kanak-Kanak Masalah pemakanan merupakan satu keadaan yang amat memenatkan kepada ibu bapa dan guru. Pada masa Kini terdapat 1001 jenis makanan yang berada dipasaran tetapi masih terdapat isu-isu pemakanan di kalangan kanak-kanak seperti: e Kurang selera makan; e Suka memilih makanan; dan © Kurang berat badan. Sekarang, mari kita lihat isu-isu tersebut satu persatu. (a) Kurang selera makan Kanak-kanak yang membesar memang susah untuk makan. Terdapat pelbagai_punca yang menyebabkan mereka kurang selera_ makan. Antaranya adalah: i (i) Masalah jangkitan cacing; (i) Demam; (iii) 0) (wv) (vi) Kanak-kanak dipaksa makan; (vii), Memakan makanan ringan sebelum makan; Keterlaluan bermain dan kurang tidur; Mengalami masalah gigi; ) Jenis makanan yang dihidangkan sentiasa sama setiap hari; (viii) Kanak-kanak sentiasa dimarahi atau diugut untuk makan; dan (ix) Kanak-kanak bersendirian atau tidak berteman ketika waktu makan. (b) Suka memilih makanan Kanakekanak suka memilih makanan. Ini kerana mereka mempunyai pilihan dan citarasanya yang tersendiri, Mungkin terdapat beberapa sebab mengapa mereka suka memilih makanan seperti: (i) Tabiat semula jadi kanak-kanak suka memilih makanan; (ii) Tidak ada variasi makanan sejak kecil; (ii) Jenis makanan tidak menyelerakan; (iv) Pengaruh iklan; () Warna yang tidak menarik; dan (vi) Terpengaruh dengan rakan. © TOPIK 7__PERANCANGAN PEMAKANAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN <4 145 Kurang berat badan Kurang berat badan perlulah dicegah dan patut diambil tindakan yang segera. Jika berat badan kanak-kanak kurang, mereka boleh jatuh sakit dan tidak bermaya dalam melakukan aktiviti pembelajaran di prasekolah. Ibu bapa dan guru haruslah: () — Ketahui berat badan anak dan cuba untuk mencapai berat badan yang ideal dengan umur kanak-kanak. (ii) | Memberi pelbagai jenis makanan kepada kanak-kanak. (iii) Memastikan kanak-kanak makan pada waktu makan utama. (iv) Memberi kanak-kanak makanan yang bertenaga tinggi iaitu ayam atau ikan goreng sehingga berat badannya meningkat pada tahap normal. (v) Beri kanak-kanak makanan ringan yang sihat di antara waktu makan seperti buah, susu dan biskut. Antara kesan kurang berat badan adalah: (i) | Menjejaskan kecerdasan otak; (ii) Mengganggu pertumbuhan fizikal; (iii) Mengganggu perkembangan kanak-kanak; dan. (iv) Mudah dijangkiti penyakit. Berikut adalah cara-cara mengatasinya: () — Jangan memberi makanan ringan sebelum waktu makan. (ii) Mempelbagaikan jenis, rasa, tekstur, rupa dan warna makanan. (iii) Sentiasa memberi perhatian ketika kanak-kanak makan. (iv) Memastikan suasana yang selesa dan menyeronokkan semasa waktu makan seperti memasangkan lagu dan muzik. (v) Menggosok gigi selepas waktu makan. (vi) Melatih kanak-kanak makan pada waktu yang telah ditetapkan. (vii) Menyediakan makanan yang seimbang dengan mengambil kira makanan yang digemari oleh kanak-kanak. 146 >» TOPIK7 PERANCANGAN PEMAKANAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN 7.1.3 Pendidikan Pemakanan Kanak-Kanak Pendidikan ini menjurus kepada aspek pendidikan di dalam diri kanak-kanak. Pendidikan hendaklah bermula sejak kecil lagi. Jika berada di rumah, ibu bapa atau penjaga dewasa akan memberi tunjuk ajar dan peneguran kepada kanak- kanak. Oleh kerana ibu bapa dan penjaga bekerja, maka pendidikan ini juga dipikul oleh guru prasekolah khususnya. ‘Terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan kepada ibu bapa dan guru kepada kanak-kanak, iaitu: (a) Penyediaan makanan yang menarik. (b) Hidangan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik disamping menggunakan peralatan yang pelbagai warna dan bentuk. (c) Menjadikan waktu makan masa yang menyeronokkan. (a) Elakkan memarahi atau mengugut kanak-kanak semasa makan. (e) Galakkan mereka makan sendiri bersama-sama dengan rakan-rakan. () Atur waktu makan. (g) Kanak-kanak perlu jadual makan yang teratur dan pastikan jarak di antara waktu makan jangan terlalu lama atau pendek. (h) Sekiranya memberi snek, elakkan memberi terlalu hampir dengan waktu makan utama supaya tidak mengganggu selera makan. (i) Beri snek yang berkhasiat. (j) Kanak-kanak perlu diberi makan 4-6 kali sehari. Disamping 3 hidangan utama. Makanan snek yang berkhasiat boleh diberikan kepada mereka di antara waktu makan untuk menambahkan pengambilan makanan. (k) Snek yang berkhasiat adalah: (i) Tidak terlalu manis atau masin; (ii) Tidak terlalu berminyak; dan (iii) Mengandungi bahan segar seperti sayur dan buah-buahan.

Anda mungkin juga menyukai