Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN 2017

1.0 PENDAHULUAN

Kursus kepimpinan 2017 merupakan program rutin yang memberi


pendedahan kepada para pemimpin pelajar dengan maklumat yang
berkaitan kepimpinan dan ciri-ciri pemimpin yang boleh diteladani. Ia
juga bertujuan memberikan pendedahan terhadap kepentingan sifat
kepimpinan dan membuang sikap sambil lewa pemimpin pelajar
disamping menanamkan perasaan sentiasa bersedia untuk memimpin.
Maklumat berkaitan kemahiran komunikasi juga perlu disampaikan
supaya mereka boleh menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin
dengan lebih berkesan lagi.

2.0 RASIONAL

2.1 Menyediakan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas agar
dapat bersedia dengan jawatan yang disandang.
2.2 Menyampaikan maklumat dan bimbingan berkaitan cara gaya
kepimpinan berkesan kepada pemimpin pelajar sekolah tahun 2017.
2.3 Memberi panduan dan bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan
berkesan kepada kumpulan yang dipimpin.
2.4 Menanamkan nilai tanggungjawab.
2.5 Membentuk budaya kerja berpasukan dan bertanggungjawab di
kalangan peserta serta mempunyai nilai hormat menghormati yang
tinggi sesama insan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memperkukuhkan kesediaan pemimpin pelajar untuk memimpin.


3.2 Pemimpin pelajar tahu dan sedar cara gaya kepimpinan yang baik dan
sesuai untuk digunakan sebagai pemimpin.
3.3 Sebagai pemimpin mereka perlu sedar ciri-ciri pemimpin yang perlu
ada pada diri agar mereka boleh dihormati dan diteladani.
3.4 Para pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas dapat
memimpin dengan penuh keyakinan.
3.5 Pelajar sedar potensi yang ada dalam diri mereka untuk bergelar
sebagai pemimpin JUARA.

4.0 MATLAMAT

Melahirkan golongan pemimpin pelajar yang bermatlamat, bermotivasi


tinggi, rajin, tekun dan sentiasa berkesanggupan membantu sekolah
dalam pelbagai tugas kepimpinan.

1
5.0 SASARAN

Pengawas sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas

6.0 JANGKAMASA

2 hari 1 malam

7.0 TARIKH

24 – 25 Februari 2017 (Jumaat & Sabtu)

8.0 TEMPAT

SK Buit Hill, Penampang

9.0 PENILAIAN DAN PROGRAM SUSULAN

9.1 Penilaian semasa program dijalankan oleh pengendali dan urusetia


kursus.
9.2 Melalui borang-borang penilaian kursus.
9.3 Maklumbalas daripada guru

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

SUMBER KEWANGAN PERBELANJAAN


Peserta Makanan
(RM20 x 80 (RM 20 x 80 RM 1600.00
orang) orang)
Sumbangan Unit
Bimbingan dan RM 250.00
Kaunseling
Tag Nama, Pen,
Fail, Buku Nota
Sumbangan dan Bahan
RM RM 400.00
Kokurikulum Cetakan
(RM 5.00 x 80
orang)
JUMLAH RM JUMLAH RM 2000.00

12.0 TENTATIF PROGRAM

2
Sila rujuk Lampiran 1

13.0 JAWATANKUASA PENGELOLA DAN PELAKSANA PROGRAM

Sila rujuk Lampiran 2

14.0 SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM

Sila rujuk Lampiran 3

15.0 SENARAI PERALATAN YANG PERLU DIBAWA

Sila rujuk Lampiran 4

16.0 PENUTUP

Diharap Kursus Kepimpinan Pengawas 2017 ini dapat dimanfaatkan


sepenuhnya oleh semua pemimpin pelajar untuk dijadikan panduan
semasa bertugas di sekolah seterusnya dapat menjadikan SK Buit Hill,
Penampang cemerlang daripada segi disiplin

Disediakan oleh:

NOORAIDY MUTANG
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Buit Hill, Penampang

Disahkan oleh:

AWANG LAI
Guru Besar
SK Buit Hill, Penampang

Lampiran 1

3
TENTATIF PROGRAM
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
SK BUIT HILL, PENAMPANG
TAHUN 2017

Masa/ 0500 0600 0730 0830 1030 1100 1230 0230 0600 0800
Hari 0600 0730 0830 1030 1100 1200 0230 0600 0800 1130

2.00-2.30: Pendaftaran

Pengurusan Diri/Solat/Minum/Makan
2.00-2.30:
Taklimat Program
2.30-3.30: 8.00-9.00:
Slot 1=Ice Breaking/ Latihan malam
Pembahagian kumpulan/ kebudayaan
Penyerahan mandat 9.00-11.30:
Jumaat
3.30-4.30: Malam
Solat Asar Kebudayaan
4.30-5.00: 11.30:
Slot 2= Persediaan sebagai Minum malam
pemimpin
5.00-6.00:
Latihan malam kebudayaan
hanian & Moral Solat Subuh/Pend. Kero

Malaysia Cergas/Sarapan pagi/

11.00-12.00:
Slot 4=
Teori &
Persiapan diri

Minum pagi

Slot 3: Pratikal Makan/ Solat


Sabtu Bidang 12.00-12.30: Majlis
Tugas
Khidmat Penutupan
Pemimpin
Masyarakat

4
Lampiran 2

JAWATANKUASA PENGELOLA DAN PELAKSANA


KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PENGAWAS 2017

BAHAGIAN Pegawai PERINCIAN TUGAS


PENASIHAT Guru Besar - Merasmikan penutupan Program kem Jati Diri,
En. Awang Lai - meluluskan peruntukan kewangan, peralatan
- menyelia pelaksanaan program
PENGERUSI PK HEM - Mempengerusikan mesyuarat
Pn. Christine R Amandus - Menyelia pelaksanaan program
PENYELARAS Guru Bimbingan dan Kaunseling - Memanggil mesyuarat sebelum program
Pn. Nooraidy Mutang - menyelaras aktiviti Program Kem Jati Diri
- menyediakan kertas kerja
- memohon peruntukan
- merancang dan menyusun atur perjalanan aktiviti
TIM. PENYELARAS Ketua Guru Disiplin - memberi taklimat kpd peserta sebelum diserahkan
PROGRAM En. Faisal Awang Alias kepada Kem Komandan
- memantau pelaksanaan aktiviti seperti yg dirancang
- menyelia petugas-petugas mengikut unit masing-
masing
SETIAUSAHA - menyediakan minit mesyuarat
- menulis & mengedarkan surat jemputan mesyuarat
- surat jemputan ibu bapa (hadir majlis penutupan)
BENDAHARI En. Ellyana Noor Salleh - mengurus bahagian kewangan
KEM KOMANDAN En. Faisal Awang Alias - memastikan semua aktivti yang dirancang berjalan
mengikut masa yg ditetapkan
- memastikan kelancaran keseluruhan program
- Memberi taklimat kepada guru-guru bertugas
- memastikan peraturan dipatuhi oleh semua peserta
- memastikan disiplin pelajar sentiasa terkawal
- memantau komitmen setiap peserta/ fasilitator
-Menyediakan laporan program
TIMB. KEM En. Fancey Sami - membantu memastikan semua aktivti yang dirancang
KOMANDAN : berjalan mengikut masa yg ditetapkan
-membantu memastikan kelancaran keseluruhan
program
-membantu memberi taklimat kepada guru-guru
bertugas
- membantu memastikan peraturan dipatuhi oleh semua
peserta
- membantu memastikan disiplin pelajar sentiasa
terkawal
- membantu memantau komitmen setiap peserta/
fasilitator
-membantu menyediakan laporan program

5
URUSETIA - Menyedia tag nama
- Menyediakan peralatan seperti marker pen, kertas
putih, kertas kajang sekiranya diperlukan
- Memastikan keperluan sepanjang program telah di
sediakan
- Memasang & menyediakan LCD, skrin putih untuk
keperluan ceramah
- perlu hadir sepanjang program (mengikut jadual)
yang ditetapkan oleh ketua
- Menilai dan mencari peserta terbaik/kump terbaik
- Menyedia dan menyerahkan lapran perjalanan setiap
aktiviti kepada kem komanden
- Membantu kelancaran program/ pelaksanaan aktiviti
- Wajib menghadiri semua mesyuarat program bersama
kem komanden dan guru-guru
PA SYSTEM / - memastikan PA system sentiasa berfungsi setiap
masa (di dewan sekolah)
PENDAFTARAN/ Sijil - mendaftar/mengagihkan tag nama peserta (hari
pertama )
- membahagikan amanat kpd setiap peserta
- Menyediakan sijil peserta dan guru-guru yang
terlibat
TAKLIMAT / BORANG Pn. Nooraidy Mutang - Menyediakan senarai peserta
KEBENARAN - Edar dan kutip borang kebenaran ibu bapa
- beri taklimat kepada peserta 4 hari sebelum
program bermula, kenalpasti kg peserta, pengangkutan
balik dan peserta yg tidak dapat hadir pd hari
tersebut.
- memastikan peserta menghadiri program kecuali
yang mempunyai alasan kukuh
KESELAMATAN - memastikan keselamatan pelajar semasa di dalam
atau diluar sekolah ketika pelaksanaan program
- memastikan pelajar tidak mendapat ancaman dari luar
PERUBATAN - menyediakan ubat-ubatan yang sesuai sepanjang
program
- menghntr pelajar yg sakit utk mendapatkan rawatan
JURUKAMERA - merakam aktiviti pelajar sepanjang pelaksanaan
program .
PENILAIAN PROGRAM - menyediakan dan mengedarkan borang penilaian
program
- merumus dan menulis laporan penilaian program
MAKAN DAN MINUM - Memastikan makan minum pelajar mencukupi
- memastikan bahan mentah untuk dimasak oleh pelajar
telah disediakan
- Memastikan ada pelajar yang menyediakan makanan
HADIAH -Mengurus pembelian dan penyampian hadiah
BUKU ATURCARA urusetia - Menyediakan buku aturcara majlis penutupan
PENUTUPAN
GURU BERTUGAS Rujuk tentatif - perlu berada di sekolah seperti masa yang ditetapkan
dan membantu AJK yang lain mengikut keperluan

6
Lampiran 3

SK BUIT HILL, PENAMPANG


SENARAI NAMA PESERTA KURSUS KEPIMPINAN

BIL NAMA PENGAWAS KELAS NO. KAD PENGENALAN

7
8
Lampiran 4

Alatan Keperluan Peribadi Yang Perlu Dibawa Peserta

1. Pakaian Pengawas
2. Pakaian biasa
3. Pakaian solat
4. Pakaian riadah
5. 2 pasang kasut (aktiviti biasa dan riadah)
6. Selipar (Untuk kegunaan mandi)
7. Berus dan ubat gigi serta sabun mandi
8. Alatan peribadi
9. Tuala mandi
10. Alat tulis seperti pen, buku nota dan lain-lain

Barang-barang Yang Dilarang Untuk Dibawa Peserta.

1 Rokok, mancis dan lain-lain


2 Handphone
3 Radio, walkman dan alat-alat muzik
4 Barang kemas dan wang yang banyak
5 Pakaian yang seksi dan menjolok mata
6 Minuman keras dan makanan tidak halal
7 Seterika dan pemanas air

9
Lampiran 4

Alatan Keperluan Peribadi Yang Perlu Dibawa Peserta

1. Pakaian Pengawas
2. Pakaian biasa
3. Pakaian solat
4. Pakaian riadah
5. 2 pasang kasut (aktiviti biasa dan riadah)
6. Selipar (Untuk kegunaan mandi)
7. Berus dan ubat gigi serta sabun mandi
8. Alatan peribadi
9. Tuala mandi
10. Alat tulis seperti pen, buku nota dan lain-lain

Barang-barang Yang Dilarang Untuk Dibawa Peserta.

1 Rokok, mancis dan lain-lain


2 Handphone
3 Radio, walkman dan alat-alat muzik
4 Barang kemas dan wang yang banyak
5 Pakaian yang seksi dan menjolok mata
6 Minuman keras dan makanan tidak halal
7 Seterika dan pemanas air

Anda mungkin juga menyukai