Anda di halaman 1dari 9

1

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM HARI PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN PENETAPAN TARGET 2017

TARIKH : 21 APRIL 2017

TEMPAT : DEWAN BESAR SK ST. ALPHONSUS(M), JULAU

QUE SKRIP

Ketibaan Mohon perhatian. Hadirin diingatkan supaya mematikan telefon bimbit

KPPDJ atau menetapkan mod senyap semasa majlis sedang berlangsung. Hadirin

dipersilakan berdiri sebaik sahaja ketibaan tetamu diumumkan. Terima

kasih.

--------------------------------------------------------------------------------

Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia, Encik Dali anak Rain,

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Julau.

Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia, _____________________

________________________________ mewakili Encik Dali anak

Rain Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Julau

diiringi oleh Yang Berusaha, Encik Zamerene bin Ruin, Guru Besar SK

St. Alphonsus dan Encik Kueh Gian Boh, Pengerusi Program.

Lagu Hadirin dan hadirat sekalian,

Negaraku, Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan,lagu Negaraku,

Ibu Pertiwiku. diikuti lagu kebesaran negeri Sarawak, Ibu Pertiwiku. Hadirin hadirat

dipersilakan berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu.

-----------------selesai nyanyi-------------------

Majlis merakamkan mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.

Hadirin dipersilakan duduk.

ASR/2017
2

QUE SKRIP

Ucapan alu- Sayang kumbang mencari makan,

aluan emcee Terbang seiring di tepi kali;

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiringi restu Ilahi.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Yang berbahagia,

_____________________________________________

Mewakili Encik Dali anak Rain,Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Julau,

pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Julau,

Yang Berusaha,

Encik Zamerene bin Ruin, Guru Besar SK St. Alphonsus, Julau.

Encik Kueh Gian Boh, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK St.

Alphonsus, merangkap Pengerusi Program Hari Permuafakatan,

Puan Carolan Anak Banding, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK St.

Alphonsus selaku naib pengerusi Program Hari Permuafakatan,

Yang dihormati,

___________________________, Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa

dan Guru SK St. Alphonsus,

Encik James anak Langai, Guru Bimbingan dan Kaunseling SK St.

Alphonsus, selaku Penyelaras Program Hari Permuafakatan,

Rakan-rakan guru, *rakan-rakan PPM, ibu bapa-ibu bapa /penjaga yang

prihatin, dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

ASR/2017
3

Warga dewan sekalian,

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-

Nya jua, kita diberikan kelapangan waktu, digerakkan minda positif

serta kekuatan fizikal untuk bersama-sama berhimpun dalam satu majlis

yang bermakna hari ini.

Majlis sekali lagi mengucapkan selamat datang ke Dewan Besar SK St.

Alphonsus Julau bersempena program Hari Permuafakatan Ibu Bapa

dan Penetapan Target UPSR 2017.

Sedikit info mengenai program ini iaitu, program yang bertemakan

“Ibu Bapa Prihatin, Anak Cemerlang” ini merupakan program yang

direncanakan khas untuk semua ibu bapa serta penjaga dan murid-murid

SK St Alphonsus khususnya murid-murid Tahun 6

bagi mencari dan menentukan hala tuju yang sepatutnya dalam mencapai

kecemerlangan sama ada dari sudut sahsiah, akademik mahupun arah

hidup.

Saya ringkaskan di sini, antara objektif program ini adalah untuk

Memberi ruang kepada para ibu bapa/penjaga dan guru berbincang

untuk meningkatkan potensi serta pencapaian murid dalam peperiksaan,

Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa tentang perkembangan aktiviti

akademik, keperluan pembelajaran anak-anak dan seterusnya

Sebagai satu langkah proaktif pihak sekolah dalam mewujudkan

hubungan silaturahim antara ibu bapa dan guru.

Mudah-mudahan, segalanya berjalan dengan lancar, Insya-Allah.

ASR/2017
4

QUE SKRIP

Ucapan alu- Hadirin hadirat sekalian,

aluan GB

Emas tempawan buatmu puteri,

Busana indah buat rupawan;

Sudilah tuan tampilkan diri,

Bersama madah kata aluan.

Majlis dengan ini mempersilakan

Yang Berusaha, Encik Zamerene bin Ruin, Guru Besar SK St. Alphonsus

untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya majlis

mempersilakan…

-----------------------------selesai berucap---------------------------------

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Zamerene atas ucapan

sebentar tadi.

Ucapan Tarian etnik warisan sejati,

perasmian Menjadi kebanggaan seisi negeri,

penutupan Ucapan perasmi memang dinanti,

oleh KPPDJ Berilmu tinggi bijak bestari.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya majlis menjemput Yang Berusaha Encik Zamerene bin Ruin,

Guru Besar SK St. Alphonsus Julau untuk mempersilakan

Yang Berbahagia, ___________________________,

_____________________________untuk menyampaikan ucapan dan

seterusnya merasmikan Program Hari Permuafakatan dan Penetapan

Target UPSR 2017.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…

--------------ucapan selesai------------------

ASR/2017
5

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih

kepada Yang Berbahagia, ____________________________

atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Hadirnya tuan menyerikan majlis,

Warga dewan tampak ceria,

Kesudian Tuan merasmikan majlis,

Bersyukurnya kami tidak terkata.

ASR/2017
6

QUE SKRIP

Lafaz Ikrar Hadirin hadirat sekalian,

Murid

Majlis diteruskan lagi dengan menyaksikan lafaz ikrar daripada murid-

murid Tahun 6 Sk St. Alphonsus.

Majlis dengan ini mempersilakan lima orang wakil murid Tahun 6 dengan

diketuai oleh

Adik Christiano Valentino Anak Ibung bagi mengetuai lafaz ‘Ikrar

untuk Kejayaan’. Dipersilakan….

Oleh itu, majlis menjemput semua murid *Tahun 6 untuk berdiri bagi

melafazkan ikrar dengan penuh bersemangat.

-----------------------------------------------------------------------------

Ikrar untuk Kejayaan sudah pun dilafazkan. Diharapkan semua murid

Tahun 6 akan menjadi lebih bersemangat, lebih gigih dan serius untuk

mencapai kecemerlangan demi membuktikan kepada diri sendiri, ibu

bapa dan guru-guru mereka bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai di

dunia ini dan sesungguhnya Anda semua boleh!

Simbolik Warga dewan yang dikasihi sekalian,

Perasmian

Hari Kita beralih ke acara yang seterusnya

Permuafakatan

ASR/2017
7

ASR/2017
8

QUE SKRIP

Majlis Hadirin sekalian,

Bersurai Kita telah pun berada di penghujung majlis.

Pada kesempatan ini, kami, mewakili ahli jawatankuasa program

memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan

sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia,

_________________________________________________

serta hadirin dan hadirat sekalian kerana telah memberikan kerjasama

dan sokongan yang padu untuk menjayakan program ini.

Saya mewakili pihak majlis menamatkan majlis ini dengan serangkap

pantun..

Indah bahasa jiwa bangsa,

Baik budi elok pekerti,

Salam perpisahan untuk semua,

Lain masa bersua lagi.

Majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Zamerene bin Ruin untuk

mengiringi Yang Berbahagia serta para jemputan ke dewan makan bagi

menikmati sedikit hidangan.

Sekian sahaja, salam hormat, salam seni tari,

wa billahit taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum w.b.t..

ASR/2017
9

ASR/2017