Anda di halaman 1dari 8

PK07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BATU,


BATU 4 ½ JALAN SULTAN AZLAN SHAH, 51200 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT INDUK KURIKULUM KALI PERTAMA TAHUN 2018

Tarikh : 27 Disember 2017


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan Kampung Batu
Pengerusi : Encik Badarul Ihsan bin Bhujang@Buyong
Kehadiran :

1. Encik Badarul Ihsan bin Bhujang @Buyong - Guru Besar


2. Puan Sharidah binti Mustafa - Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum
3. Encik Oslan bin Mohd Husin - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
4. Cik Uma Devi a/p Bala Krishnan - Setiausaha Kurikulum
5. Encik Mohd Farid bin Ibrahim - Setiausaha Peperiksaan
6. Puan Naziratul Akmar binti Mohd Redzwan - Setiausaha SPSK
7. Encik Abdul Hafiz bin Abdul Rahim - Penyelaras FROG VLE
8. Encik Mohd Haslizam bin Mohd Nor - Guru Data/ EMIS
9. Puan Rozita binti Hassan - Guru Kaunselor
10. Puan Noorhayati binti Jaaffar - Guru Prasekolah
11. Encik Qhairil Anwar bin Azhar - Guru Pemulihan
12. Cik Norazan Merdukawati binti Sharuddin - Penyelaras Pusat Sumber
13. Puan Nor Zulida binti Alias - Guru Perpustakaan
14. Bavani a/p Sagathevan - Penyelaras Nilam
15. Encik Hairil Ariff bin Hamran - Penyelaras LINUS
16. Puan Ain Zawani binti Mohd Zaki - Penyelaras TMK Tahun 1 & 2
17. Puan Nor Hayati binti Sayat - Ketua Panitia Bahasa Melayu
18. Puan Khalai Mhathy a/p Ponnampalam - Ketua Panitia Bahasa Inggeris
19. Puan Christina a/p Murugusu - Ketua Panitia Sains
20. Puan Ainul Muriza binti Ibrahim - Ketua Panitia Matematik
21. Encik Mohd Shariff bin Mat Ria - Ketua Panitia Pendidikan Islam
22. Encik Mohd Nazri bin Abdullah - Ketua Panitia Pendidikan Jasmani &
Kesihatan
23. Puan Long Teh binti Abdullah - Ketua Panitia Sejarah
24. Encik Iskandar bin Kasran - Ketua Panitia Reka Bentuk & Teknologi.
25. Encik Mohd Khairil Hanif bin Ramli - Ketua Panitia Bahasa Arab
26. Encik Azminor bin Kamarudin - Ketua Pentaksir Bahasa Inggeris
27. Encik Ahmad Afendi bin Abdullatif - Ketua Pentaksir PAFA
28. Puan Faizah binti Baharuddin - Ketua Pentaksir Bahasa Inggeris
29. Encik Muhammad Aman bin Hasbullah - Naib Setiausaha Peperiksaan
30. Encik Badrul Hisham bin Ahmad - Setiausaha Panitia Bahasa Melayu
31. Encik Mohammad Azhirruddin bin Rusnaidi - Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris
1
PK07/3

32. Puan Wan Nur Fadhlin Sakina binti Wan - Setiausaha Panitia Sains
Razuli
33. Puan Siti NurulHafizah binti Elias - Setiausaha Panitia Pendidikan Islam
34. Puan Sabihah binti Ab Ghani - Setiausaha Panitia Bahasa Arab
35. Puan Junitah binti Mohd Sari - Setiausaha Panitia Pendidikan Moral
36. Encik Mohd Nazri bin Hasan - Guru Pendidikan Islam
37. Puan Lismahida binti Kamarudin - Guru Pendidikan Islam

Tidak Hadir :

1. Puan Norsiah binti Ibrahim - Cuti Sakit


2. Encik Muhammad Asmawi bin Isa - Cuti Sakit
3. Puan Hashimah binti Hashim - Temu Janji Klinik

Setiausaha : Cik Uma Devi a/p Bala Krishnan

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Encik Badarul Ihsan bin Bhujang@Buyong, Guru Besar SK Kampung Batu mengucapkan
salam dan terima kasih atas keperihatinan guru kerana hadir pada Mesyuarat Induk
Kurikulum kali Pertama bagi tahun 2018. Beliau menjelaskan bahawa kurikulum
merupakan asas kepada pendidikan dan semua murid berhak mendapat pendidikan
tersebut. Beliau juga mengingatkan agar guru-guru perlu peka terhadap perubahan-
perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan.
Makluman semua guru

1.2 Guru Besar juga menyatakan bahawa pengisian proses pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) perlulah 100% menjurus ke arah pembelajaran Abad Ke-21(PAK 21). Proses
pembelajaran harus berpusatkan murid, berteraskan elemen komunikasi, beretika,
melibatkan pemikiran kritis dan kreatif, dan pengaplikasian nilai murni. Semua penilaian
PdPc harus berteraskan i-THINK, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan kolaborasi
antara murid.
Makluman semua guru

1.3 Guru Besar menyata bahawa pelaksanaan dan pentaksiran LINUS perlulah lebih teliti,
telus dan berintegriti. Guru-guru yang mengajar Tahun 4 perlu ambil maklum murid yang

2
PK07/3

terlibat dengan saringan LINUS pada tahun 2017. Hasil kerja murid perlu disimpan
sebagai bahan bukti untuk Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2). Guru-guru
dinasihatkan supaya mendokumentasikan bahan-bahan, program dan aktiviti yang
dijalankan. Penilaian dan pentaksiran bilik darjah adalah secara berterusan.
Makluman semua guru

1.4 Guru Besar menjelaskan bahawa semua guru perlu menjadi role model yang baik kepada
murid-murid. Pengurusan data SEGAK adalah dalam kurikulum. Unit kaunseling akan
menguruskan program yang bersesuaian bagi murid selepas memperolehi data SEGAK.
Makluman semua guru
1.5 Guru Besar menyatakan bahawa semua panitia perlu menyiapkan One Page Project
Management (OPPM) bagi aktiviti dan program tahun 2018. OPPM perlu diserahkan
kepada Puan Sharidah binti Mustafa selepas mesyuarat pertama panitia dijalankan iaitu
sebelum 26 Januari 2018. Soft copy OPPM boleh didapati dari e-mel sekolah. Guru Besar
akan masukkan soft copy tersebut dalam e-mel sekolah. Ketua panitia juga diminta rujuk
kepada kerani pentadbiran bagi mendapatkan maklumat kewangan dan peruntukkan
panitia serta membincangkannya dalam mesyuarat pertama panitia.
Tindakan : Semua Ketua Panitia

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Encik Badrul Hisham bin Ahmad mencadangkan Minit Mesyuarat Induk Kurikulum
Ketiga 2017 disahkan.
2.2 Cadangan ini disokong oleh Encik Mohammad Azhirruddin bin Rusnaidi.

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit berdasarkan Minit Mesyuarat Induk Kurikulum Ke Empat 2017.

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN

4.1 Puan Sharidah binti Mustafa, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum mengucapkan
salam dan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran dalam Mesyuarat Kurikulum
Kali Pertama bagi tahun 2018. Beliau juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih
kepada semua guru yang menjayakan Hari Anugerah Cemerlang 2017 dan semua aktiviti
serta program di bawah unit kurikulum. Beliau berharap agar semua program dan aktiviti
yang dirancang dalam Unit Kurikulum bagi tahun 2018 dapat berjalan dengan lancar
seperti yang dirancang.
Makluman semua guru
3
PK07/3

4.2 Takwin Kurikulum


Puan Sharidah binti Mustafa meminta agar semua guru merujuk Buku Pengurusan 2018
muka surat 28 – 38 dan membentangkan takwim kurikulum. Beliau telah membacakan
perlantikan Ketua Panitia bagi tahun 2018 dan menyerahkan surat lantikan Jawatan
Kuasa Kurikulum. Beliau memohon kerjasama guru bagi mematuhi perlantikan jawatan
kuasa seperti yang tertera dalam Buku Pengurusan. Kerjasama para guru penting bagi
melancarkan pengurusan sekolah dan membentuk kemenjadian murid.
Makluman semua guru

4.3 Puan Sharidah binti Mustafa memaklumkan bahawa makmal komputer boleh digunakan
pada akhir bulan Februari atau Mac. Guru-guru diminta menggunakan kemudahan yang
disediakan bagi merealisasikan PAK 21. Semua bilik-bilik khas perlu ada log
penggunaan dan guru perlu mencatat log penggunaan tersebut sebelum keluar dari bilik
khas.
Makluman semua guru

4.4 Puan Sharidah binti Mustafa juga meminta guru merujuk kepada Puan Nor Hayati binti
Sayat bagi mendapatkan maklumat berkenaan pengurusan panitia dan evidens SKPMg2.
Beliau telah melengkapkan fail Panitia Bahasa Melayu dengan semua evidens yang
diperlukan dan fail tersebut telah di bawa oleh Guru Besar untuk bermesyuarat.
Makluman semua guru

4.5 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


Puan Sharidah binti Mustafa memberitahu bahawa penulisan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) perlu selaras dan mengikut format yang ditentukan oleh panitia masing-
masing. Guru-guru perlu menjalankan PAK 21 dan KBAT dalam PdPc. Semua aktiviti
pentaksiran perlu direkod dalam buku rekod pengajaran dan pembelajaran. Beliau
menyarankan agar guru-guru menambah elemen-elemen seperti berikut dalam penulisan
RPH.
a) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
b) Elemen Merentasi Kurikulum (EMK)
c) Sumber / Bahan Bantu Belajar (BBB)
d) Nilai
e) Tahap Penguasaan / PPPM (mengikut pentaksiran yang dijalankan)-PBS
f) Penilaian PdP
g) Refleksi/Impak
Makluman semua guru

4
PK07/3

4.6 Puan Sharidah binti Mustafa meminta agar semua Ketua Panitia menyerahkan 1 salinan
contoh penulisan RPH kepada beliau sebelum 29 Disember 2017 untuk difailkan bagi
tujuan rujukan. Contoh penulisan RPH perlu dibincangkan dalam mesyuarat pertama
panitia dan diminitkan.
Tindakan : Ketua Panitia

4.7 Puan Sharidah binti Mustafa menyatakan bahawa semua Ketua Panitia dan Setiausaha
perlu mengemaskini fail panitia masing-masing. Ketua panitia perlu menghantar salinan
Pelan Strategik yang telah dikemaskini, penambahbaikan Pelan Operasi dan Pelan
Taktikal (Jadual 2 dan Jadual 3) sebelum atau pada 26 Januari 2018.
Tindakan : Tindakan : Ketua Panitia

4.8 Pengurusan Mesyuarat


Puan Sharidah binti Mustafa meminta guru merujuk pada helaian ‘Carta Pengurusan
Mesyuarat’ yang telah diedarkan. Beliau menegaskan surat panggilan mesyuarat perlu
diedar 10 hari sebelum bermesyuarat supaya guru bersedia untuk hadir ke mesyuarat.
Draf mesyuarat perlu disiapkan dalam tempoh 3 hari bekerja untuk kelulusan pengerusi.
Minit mesyuarat panitia perlu diserahkan kepada beliau untuk semakan dan 1 salinan
untuk Fail Minit Mesyuarat Panitia bagi tujuan rujukan. Guru-guru dinasihatkan
mengikut prosedur Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) dalam mengurus sesuatu
mesyuarat. Gunakan Minit Mesyuarat Kurikulum sebagai panduan bagi membuat minit
mesyuarat panitia (Font Times New Roman, saiz 12 dan 1.5 spacing).
Makluman semua guru

4.9 Pemulihan
Encik Qhairil Anwar bin Azhar, Guru Pemulihan memaklumkan bahawa terdapat
seramai 15 orang murid di Tahap 1 bagi tahun 2017. Beliau memohon kerjasama guru-
guru supaya melibatkan murid pemulihan dan menyediakan aktiviti yang bersesuaian
bagi mereka semasa menjalankan minggu panitia. Guru-guru boleh memberi nama
murid Tahap 2 yang lemah dalam Bahasa Melayu kepada beliau untuk tujuan kelas
bimbingan.
Makluman semua guru
4.10 Prasekolah
Puan Noorhayati binti Jaaffar, Guru Prasekolah menjelaskan bahawa pendaftaran
Prasekolah telah dijalankan pada 30 November 2017 (Khamis) dan seramai 23 orang
5
PK07/3

murid telah berdaftar. 20 orang murid berusia 6 tahun dan 3 orang murid berusia 5
tahun. 2 orang murid telah menolak tawaran kerana berpindah. Kurikulum semakan
2017 akan digunakan bagi PdPc prasekolah bermula 2018.
Makluman semua guru
4.11 LINUS
Puan Sharidah binti Mustafa mengucapkan tahniah kepada semua guru LINUS
Matematik dan Bahasa Inggeris. PdPc LINUS dan BBB yang dihasilkan menarik minat
Pejabat Pendidikan Daerah Tampin dan mereka berminat untuk membuat lawatan
pembelajaran LINUS ke Sekolah Kebangsaan Kampung Batu.
Makluman semua guru
4.12 Jadual Waktu
Encik Mohd Shariff bin Mat Ria , Jawatan Kuasa Jadual Waktu menjelaskan bahawa
jadual waktu bagi tahun 2018 adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian
Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2016 yang menggunakan peruntukkan waktu
jam setahun untuk pelaksanaan PdPc. Semua ketua panitia diminta untuk muat turun
surat pekeliling tersebut dan simpan 1 salinan dalam fail panitia. Tasmik dan
Kokurikulum telah dimasukkan dalam jadual waktu. Kokurikulum akan dijalankan pada
12.20 tengah hari – 1.20 petang. Murid moral perlu menjalankan Program Nilam di
dalam kelas semasa PdPc Tasmik. Guru Pendidikan Islam (GPI) diminta untuk
mengambil maklum hal ini. Rancangan Pengajaran Tahunan perlu dirangka untuk 37
minggu pembelajaran. Minggu persekolahan adalah sebanyak 43 minggu.
Makluman semua guru

4.13 Puan Sharidah binti Mustafa meminta Penyelaras Program Kecemerlangan PPSR untuk
membuat satu takwim khas bagi menunjukkan program dan aktiviti Tahun 6 selama
setahun dan serahkan 1 salinan kepada unit kurikulum sebelum 26 Januari 2018.
Tindakan : Puan Ainul Muriza binti Ibrahim

4.14 Puan Sharidah binti Mustafa meminta kerjasama semua guru yang terlibat dengan relief
agar masuk ke kelas dengan tepat bagi memastikan keadaan murid dalam kelas terkawal
dan tidak berlaku sebarang kecederaan. Beliau juga meminta guru mengajar atau
menjalankan aktiviti semasa relief. Jadual relief akan dimasukkan dalam watsap Group
Relief sekolah sebelum 7.30 pagi.Bagi guru yang tidak mempunyai watsap diminta rujuk
Buku Relief di kaunter pejabat. Slip relief perlu ditampal pada buku RPH.
Makluman semua guru

6
PK07/3

4.2 Puan Sharidah binti Mustafa meminta Puan Ain Zawani binti Mohd Zaki agar
menyerahkan dokumentasi Program Transisi Tahun 1 pada 9 Februari 2018 iaitu 3 minggu
selepas program.
Tindakan : Cik Ain Zawani binti Mohd Zaki
5 HAL-HAL LAIN
5.1 Guru Besar memaklumkan bahawa Tadarus Al-Quran perlu dijalankan setiap hari Selasa-
Khamis pada 7.15 pagi - 7.30 pagi. Manakala bacaan Yassin akan dijalankan pada setiap
Jumaat. Semua guru beragama Islam diwajibkan berada di dewan sekolah semasa Tadarus
Al-Quran dijalankan. Program Moral pula akan dijalankan bagi murid moral mengikut
jadual yang akan diedarkan kelak. Program Moral akan diselia oleh guru-guru yang bukan
beragama Islam. Beliau berharap semua guru memberi kerjasama semasa program
dijalankan.
Makluman semua guru
5.2 Guru Besar meminta agar semua mesyuarat panitia dijalankan sebelum 12 Januari 2018
memandangkan banyak perkara yang perlu dibincangankan dalam panitia termasuk
penulisan RPH dan OPPM.
Makluman semua guru

5.3 Guru Besar mengingatkan Penyelaras dan Setiausaha Program Kecemerlangan UPSR 2017
agar menyerahkan dokumentasi bagi semua program dan aktiviti yang dijalankan bagi
murid Tahun 6 Tahun 2017 dengan kadar segera.
Tindakan : Puan Ainul Muriza binti Ibrahim dan Puan Rozita binti Hassan

5.4 Puan Sharidah binti Mustafa mengingatkan agar guru-guru yang mengajar Tahun 2 supaya
menjalankan PdPc mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Semakan yang terkini. Semua DSKP dan borang perekodan boleh diperolehi di laman
sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).
Makluman semua guru

5.5 Puan Sharidah binti Mustafa menyerahkan fail yang mengandungi carta pengurusan
mesyuarat, borang SKPMg2 Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan, borang
SKPMg2 Standard 3.1.2 : Pengurusan Mata Pelajaran, jadual waktu tahap 1 dan 2 serta
borang maklumat diri kepada semua panitia untuk kegunaan mesyuarat pertama panitia.
Makluman semua guru

7
PK07/3

5.6 Encik Qhairil Anwar bin Azhar, Naib Setiausaha Kurikulum memohon kerjasama semua
guru untuk melengkapkan borang maklumat diri dan sertakan borang tersebut dengan
salinan jadual waktu untuk Fail Induk Kurikulum sebelum minggu kedua persekolahan.
Makluman semua guru

6 PENUTUP
Guru Besar mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua guru yang hadir dan
mengharapkan agar semua guru mengambil tindakan yang sewajarnya atas apa yang telah
disampaikan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.35 pagi.

Disediakan oleh,
…………………………………….
(Cik Uma Devi a/p Bala Krishnan)
Setiausaha Kurikulum

Tarikh : 29 Disember 2017

Anda mungkin juga menyukai