Anda di halaman 1dari 62

Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab
untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di
dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

1
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

KATA PENGANTAR

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat murni Negara bagi menyediakan pendidikan
bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Pelaksanaan cita-cita yang murni ini
diteruskan dengan pelbagai usaha dan cara antaranya, dengan penyediaan dan pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Tujuan ini
antara lain ialah memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan mempersiapkan murid dengan cabaran-cabaran semasa dan akan datang pada abad ke-21.

Program j-QAF adalah antara usaha memperkasa Pendidikan Islam dalam Pelaksanaan Kurikulum
Pendidikan Islam. Progran j-QAF ini merupakan hasil idea Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, mantan
Perdana Menteri Malaysia yang berhasrat melahirkan murid di sekolah rendah yang boleh membaca
dan khatam al-Quran, menguasai kemahiran asas Bahasa Arab, mengamalkan asas-asas Fardu Ain
serta boleh membaca dan menulis Jawi bermula di sekolah rendah.

Tanggungjawab untuk melaksanakan program ini dipikul oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan
usaha merealisasikannya oleh Bahagian Pendidikan Islam. Sesungguhnya program j-QAF yang
dilaksanakan adalah sebahagian daripada pengisian membangunkan modal insan dalam melahirkan
masyarakat Ulul Albab.

Adalah diharapkan model-model yang dicadangkan seperti Pemulihan Jawi, Model Tasmik dan Model
Khatam al-Quran, Bahasa Arab dan Model Bestari Solat akan dapat dilaksanakan dengan jayanya di
sekolah-sekolah rendah secara menyeluruh. Ini bagi memastikan matlamat Program j-QAF dapat
dicapai sepenuhnya.

Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak
yang terlibat sama ada secara persendirian atau mewakili institusi tertentu atas sumbangan kepakaran,
idea, masa dan tenaga sehingga terlaksananya program ini.

Sekian, terima kasih.

(DATO’ SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF)


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

2
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad ‫ﷺ‬.

Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, beramal
soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Program j-QAF yang
dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah KPM adalah untuk mencapai matlamat
Pendidikan Islam tersebut. Ia diperkenalkan bagi memperkasa pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah.

Program j-QAF ini memberi fokus kepada Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain untuk
membolehkan murid membaca dan khatam al-Quran pada Tahun 6 di sekolah rendah, di
samping meningkatkan penguasaan dalam tulisan Jawi, menghayati amalan Fardu Ain dan
boleh berkomunikasi dengan perkataan-perkataan mudah dalam Bahasa Arab.

Buku Panduan ini mengandungi tatacara pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum Program j-
QAF yang perlu dijadikan panduan oleh pihak sekolah dan guru dalam melaksanakan program
ini dengan jayanya.

Saya amat yakin Program j-QAF ini benar-benar berhasil dan mencapai matlamat yang
ditetapkan. Ucapan terima kasih disampaikan kepada pihak-pihak yang telah menyumbangkan
idea, pemikiran dan kepakaran sehingga konsep Program j-QAF ini diperkasakan di sekolah-
sekolah dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

(WAN RAMDZAN BIN WAN MAMAT)


Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam

3
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

Isi Kandungan

Muka Surat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan &
Falsafah Pendidikan Islam

Kata Pengantar

Pendahuluan

Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

1. Pendahuluan
2. Latar Belakang
3. Konsep Program j-QAF
4. Objektif Program j-QAF
5. Kepentingan Program j-QAF
6. Pelaksanaan Program j-QAF
7. Model-model program j-QAF
7.1. Model Pemulihan Jawi
7.2. Model Khatam al-Quran
7.3. Model Tasmik
7.4. Mata pelajaran Bahasa Arab
7.5. Model Bestari Solat
8. Penjadualan
9. Bahan dan kemudahan
10. Pentaksiran
11. Pemantauan dan bimbingan
12. Penutup

Program j-QAF di Pendidikan Khas


1. Konsep Program j-QAF Pendidikan Khas
2. Objektif Program j-QAF Pendidikan Khas
3. Kepentingan Program j-QAF Pendidikan Khas
4. Model-model Program j-QAF Pendidikan Khas
5. Modul-modul Program j-QAF Pendidikan Khas
6. Pelaksanaan Program j-QAF Pendidikan Khas
7. Sasaran
8. Penjadualan

4
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

Muka Surat
9. Latihan guru
10. Penempatan GPI Pendidikan Khas
11. Bahan dan kemudahan
12. Pentaksiran
13. Pemantauan dan bimbingan
14. Penutup

Pengurusan Program j-QAF


1. Program j-QAF dalam organisasi sekolah
2. Pengurusan fail Program j-QAF
3. Peranan Penyelaras Program j-QAF
4. Pengurusan bilik dan makmal j-QAF
5. Pelaporan Program j-QAF
6. Penutup

5
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF

6
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

1. PENDAHULUAN

Program j-QAF merupakan satu usaha bagi memperkasakan pendidikan Islam sesuai
dengan kehendak perubahan masa dalam era teknologi tinggi selaras dengan kurikulum
pembelajaran di Malaysia kini. Pengurusan program ini perlu dirancang dan dilaksanakan
dengan baik sesuai dengan peraturan yang ada dan keperluan semasa. Panduan ini
merangkumi pengurusan j-QAF di sekolah, organisasi dan fungsi, dokumen pentadbiran dan
pengurusan, serta penjadualan dan pekeliling-pekeliling yang berkaitan.

2. LATAR BELAKANG

1.1. Program j-QAF berasaskan idea Tun Abdullah bin Ahmad Badawi, Mantan Perdana
Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah
diperhalusi di peringkat Kementerian Pendidikan melalui satu seminar j-QAF pada 3
hingga 5 Mac 2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai
tahun 2005.

1.2. Mesyuarat Pengurusan KPM Bil.31/2004 pada 30 September 2004 telah memutuskan
Program j-QAF dilaksanakan di sekolah rendah mengikut perancangan secara
berperingkat-peringkat sebagaimana dijelaskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
13/2004: Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Rendah.

1.3. Berdasarkan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM Bil. 2/2007 bertarikh 15 hingga 17
Jun di Perlis, Program j-QAF telah dipeluaskan pelaksanaannya di Kelas Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermasalah pembelajaran pada tahun 2008 dan
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas bermasalah penglihatan pada tahun 2009 serta
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas bermasalah pendengaran pada tahun 2013.

1.4. Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, KPM Kali
Ke-201 Bil. 04/2012 bertarikh 2 Oktober 2012 telah bersetuju untuk melaksanakan
Program j-QAF di semua sekolah rendah pada tahun 2013 berdasarkan Surat Siaran Bil.
35/2012.

1.5. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 2/2015: Pelaksanaan
Norma Baharu Guru Pendidikan Islam di Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bertarikh 4 Februari 2015 menetapkan asas pengurusan guru serta mata
pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Program j-QAF.

7
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

1.6. Program j-QAF merupakan salah satu strategi memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) dan
melahirkan modal insan sebagaimana yang dinyatakan dalam teras 1 dan 2 Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010.

1.7. Kelangsungan pelaksanaan Program j-QAF dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, adalah selari dengan anjakan ketiga iaitu Melahirkan Rakyat Malaysia dengan
penghayatan nilai dan juga aspirasi murid iaitu Etika dan Kerohanian.

3. KONSEP PROGRAM j-QAF

3.1. Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui
penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain
(penekanan aspek solat) yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah KPM.

3.2. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
serta model dan modul yang tersendiri untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran,
pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid.

3.3. Pelaksanaan program j-QAF Pendidikan Khas menggunakan kurikulum serta model dan
modul tersendiri yang diubahsuai mengikut keupayaan murid.

3.3.1. Masalah Pembelajaran: Hanya menggunakan Modul Kaedah Iqra’ dan Modul amali
solat.
3.3.2. Masalah Pendengaran: Hanya menggunakan Modul Kaedah Iqra’, Modul amali solat
dan Modul Jawi.
3.3.3. Masalah Penglihatan: Menggunakan Modul j-QAF seperti di aliran perdana.

4. OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

4.1. Semua murid Islam Tahun Enam sekolah rendah akan dapat:
a. menguasai bacaan dan tulisan Jawi;
b. menguasai bacaan dan khatam al-Quran;
c. menguasai kemahiran asas Bahasa Arab; dan
d. menguasai wuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan
perbuatan.

8
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

5. KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF

5.1. Memartabatkan Jawi sebagai warisan bangsa dan membudayakan warisan tulisan jawi.

Cabutan petikan ucapan titah Raja Nazrin Shah dalam Persidangan Tulisan Jawi Warisan
Bangsa & Peradaban Melayu Kali Ke-164:

Bahawa tulisan jawi adalah sebahagian dari warisan sejarah Melayu. Tulisan jawi telah
memartabatkan bahasa Melayu, menyuntik komponen tulisan kepada bahasa yang indah lagi
kaya.

Melalui tulisan jawi, bahasa Melayu lebih luas tersebarnya dan berperanan amat penting untuk
merakamkan secara bertulis kekayaan sejarah dan warisan bangsa; begitu juga peranan
pentingnya membolehkan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu.

Tulisan jawi adalah tulisan yang mendapat pengiktirafan tinggi - diguna pakai di istana Raja
Melayu. Malah surat-surat dari luar negara yang diutus kepada Raja-Raja Melayu, begitu juga
perjanjian-perjanjian yang dimeterai dengan Raja-Raja Melayu, ditulis dengan tulisan jawi.
Sehingga hari ini, Raja-Raja Melayu meneruskan dan kekal memberi tempat yang mulia kepada
warisan sejarah bangsa ini; watikah-watikah dan surat-surat utama Raja-Raja Melayu masih
kekal menggunakan tulisan jawi.

5.2. Memperkukuh modal insan.

Memetik kata-kata Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (2006), untuk memperkukuhkan modal
insan dan membawa perubahan budaya dan sikap pastinya merupakan satu cabaran utama
dalam tempoh pembangunan Malaysia. Faktor yang paling utama untuk menjadi sebuah negara
maju ialah keupayaan dan keperibadian masyarakat negara tersebut. Malaysia tidak boleh lagi
dilihat sebagai sebuah negara yang memiliki ‘infrastruktur kelas pertama’ tetapi ‘mentaliti kelas
ketiga’. Kita perlu menerapkan pendekatan yang menyeluruh terhadap pembangunan modal
insan, yang menekankan bukan sahaja ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga nilai etika,
minda yang progresif dan kesedaran budaya yang tinggi.

Memperkukuhkan modal insan selari dengan PPPM dalam anjakan trasnformasi pendidikan
negara melalui anjakan ke-3 iaitu melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai dan
memperkukuhkan Pendidikan Islam dengan memberi fokus ke atas teras nilai dan falsafah
agama utama menjelang 2017.

9
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

Justeru, Program j-QAF yang dilaksanakan di sekolah rendah menekankan pembelajaran al-
Quran dan Fardu Ain (Wuduk dan Solat) bagi memastikan murid menjadi insan yang yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

5.3. Memperkasa Bahasa Ketiga

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 melalui Anjakan ke-2 menyatakan aspirasi
Kementerian untuk memastikan setiap murid berpeluang mempelajari bahasa tambahan dari
peringkat rendah sehingga peringkat menengah menjelang 2025.

Semasa Perhimpunan Agong UMNO ke 65 pada 11 Mei 2014, YAB TPM selaku Menteri
Pendidikan telah mengumumkan serta mempromosikan Bahasa Arab, Mandarin dan Tamil
sebagai mata pelajaran elektif di sekolah.

6. PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF

6.1. Pihak sekolah dikehendaki melantik seorang Penyelaras Program j-QAF dalam kalangan guru
Pendidikan Islam.
6.2. Kedudukan Program j-QAF dalam Pendidikan Islam adalah seperti berikut:

Rajah 1:

10
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

6.3. Pelaksanaan program j-QAF melibatkan:

6.3.1. Kurikulum

 Pendidikan Islam (Al-Quran, Ulum Syariah, Hadis dan Jawi);


 Bahasa Arab.

6.4. Model dan modul.

6.4.1. Model Pemulihan Jawi;


6.4.2. Model Khatam al-Quran;
6.4.3. Model Tasmik;
6.4.4. Mata pelajaran Bahasa Arab; dan
6.4.5. Model Bestari Solat.

6.5. Pengukuhan program j-QAF hendaklah dilaksanakan melalui kelab, persatuan dan aktiviti
seperti berikut;
a. Kelab Jawi dan Khat;
b. Persatuan Bahasa Arab;
c. Kem Literasi al-Quran;
d. Ihtifal j-QAF; dan
e. Kem Bina Juara.

6.6. Jenis-jenis sekolah yang melaksanakan Program j-QAF:

Jadual 2:

11
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

7. MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF

7.1. Model Pemulihan Jawi

7.1.1. Model Pemulihan Jawi bertujuan untuk memulihkan murid yang keciciran dalam Jawi
yang dikenal pasti melalui Ujian Diagnostik yang dijalankan pada awal tahun bagi murid
tahun dua hingga tahun enam. Model Pemulihan Jawi ini dilaksanakan dalam bentuk
kem dengan menggunakan Modul Kem Cemerlang Jawi (KCJ). Modul ini akan
dilaksanakan dua kali setahun di luar waktu persekolahan dan dimasukkan dalam
takwim sekolah. Perincian pelaksanaan model ini boleh dirujuk dalam Panduan
Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi.

7.1.2. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Jawi dan Khat serta menjalankan aktiviti
pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan
tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT
sedia ada berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2008: Penubuhan Persatuan
Bahasa Arab dan Kelab Jawi dan Khat di Sekolah Rendah yang melaksanakan
Program j-QAF.

7.1.3. Murid-murid yang terlibat dengan KCJ akan dinilai tahap pencapaian semasa kem
dilaksanakan.

7.1.4. Murid ini juga akan melalui Pentaksiran Sumatif yang dikendalikan oleh Bahagian
Pendidikan Islam (BPI) bersama murid arus perdana yang lain.

7.2. Model Khatam Al-Quran

7.2.1. Model Khatam al-Quran bertujuan untuk memastikan semua murid Islam khatam al-
Quran di peringkat sekolah rendah menggunakan pendekatan talaqi dan musyafahah
secara kolaboratif.

7.2.2. Dilaksanakan dalam waktu Pendidikan Islam mengikut agihan yang ditetapkan seperti di
bawah:
 Dilaksanakan dalam setiap waktu al-Quran.
 Tiga (3) waktu sepanjang tahun di SK.
 Dua (2) waktu di Tahap 1 dan tiga (3) waktu di Tahap 2 bagi SJK.

7.2.3. Model Khatam al-Quran dilaksanakan mengikut sukatan yang telah ditetapkan
berdasarkan agihan seperti di bawah:

12
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

Rajah 3:

7.2.4. Pihak pentadbir perlu memastikan pelaksanaan P&P oleh Guru Pendidikan Islam (GPI)
menggunakan kaedah talaqi dan musyafahah dipatuhi. Guru tidak dibenarkan menjadi
guru ganti pada waktu P&P kolaboratif berlangsung.

7.2.5. Sekiranya salah seorang guru tiada di sekolah, pihak pentadbir perlu menyediakan guru
ganti pada waktu P&P kolaboratif tersebut.

7.2.6. Guru dikehendaki menyediakan dan mencatat rekod pencapaian bacaan murid serta
boleh dikemukakan apabila diminta.

7.3. Model Tasmik

7.3.1. Model Tasmik bertujuan untuk memastikan semua murid Islam menguasai bacaan al-
Quran dan dilaksanakan secara kolaboratif.

7.3.2. Dilaksanakan bermula minggu pertama persekolahan.

7.3.3. Setiap kelas dikehendaki melaksanakan dua (2) waktu Tasmik dan diambil kira sebagai
waktu mengajar rasmi guru serta dimasukkan dalam Jadual Waktu Persendirian guru.

7.3.4. Pengisian Tasmik adalah seperti berikut:


a. Iqra’ (bagi murid yang belum menguasai al-Quran);
b. Al-Quran (Konsep Tajwid Berwarna);
 Penerusan bacaan sukatan dan merekod bacaan murid; dan
 Tadarus setelah murid khatam al-Quran.

7.3.5. Sekiranya salah seorang guru tiada di sekolah, pihak pentadbir perlu menyediakan guru
ganti pada waktu P&P kolaboratif tersebut.

7.3.6. Guru dikehendaki menyediakan rekod pencapaian bacaan murid dan boleh dikemukakan
apabila diminta.

13
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

7.3.7. Guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi setiap P&P
Tasmik seperti contoh di bawah:

Tajuk : Tasmik
Tarikh :
Masa :
Kelas :
Bil. Murid :
Objektif :
Refleksi :

Rajah4:

14
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

7.3.8. Pelaksanaan waktu Tasmik Tahap 1 seperti:

Rajah 5:

15
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

7.3.9. Untuk mengelakkan pertembungan jadual waktu guru, dua waktu


lebihan boleh berada di mana-mana dalam jadual waktu tanpa
mengambil hak waktu mata pelajaran yang lain bagi sekolah
mempunyai hanya murid beragama Islam.

7.3.10. Pelaksanaan dua waktu Tasmik boleh dilaksanakan seperti jadual di


atas bagi sekolah satu sesi. Manakala sekolah dua sesi pelaksanaan
Tasmik hendaklah ditentukan pihak sekolah mengikut waktu yang
bersesuaian.

7.3.11. Bagi Tahap 2, waktu Tasmik hendaklah dilaksanakan pada waktu


yang sesuai mengikut ketetapan pihak sekolah.

7.3.12. Model Tasmik dilaksanakan oleh Guru Pendidikan Islam (GPI).

7.4. Mata Pelajaran Bahasa Arab

7.4.1. Bahasa Arab merupakan mata pelajaran elektif di sekolah


kebangsaan yang ditawarkan dalam KSSR dengan
peruntukan masa 90 minit seminggu seperti mana yang
terkandung dalam Surat Panduan Melaksanakan Modul Elektif di
Semua Sekolah Kebangsaan (SK) bertarikh 3 Januari 2011.

7.4.2. Murid-murid yang terlibat dengan Program j-QAF hendaklah


mengambil mata pelajaran Bahasa Arab sekiranya tidak
mengambil mata pelajaran elektif yang lain.

7.4.3. Murid-murid yang terlibat dengan mata pelajaran Bahasa Arab


dinilai pencapaian melalui Pentaksiran Sumatif yang dikendalikan
oleh BPI sebanyak dua kali setahun dan dilaporkan pencapaian
dalam e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF.

16
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

7.4.4. Mata pelajaran ini diajar oleh Guru Bahasa Arab.

7.5. Model Bestari Solat

7.5.1. Model Bestari Solat bertujuan untuk memastikan murid dapat


berwuduk dan menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan
dan perbuatan.

7.5.2. Model ini dilaksanakan dalam bentuk Modul Kem Bestari Solat
(KBS) yang dirancang dan dimasukkan dalam takwim sekolah.
Perincian pelaksanaan model ini boleh dirujuk dalam Panduan
Pelaksanaan Kem Bestari Solat.

7.5.3. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut
kesesuaian sesebuah sekolah di luar waktu persekolahan.

7.5.4. Model ini dilaksanakan kepada semua murid Islam sebanyak dua (2)
kali setahun pada setiap peringkat persekolahan.

7.5.5. Pelaksanaan KBS hendaklah diteruskan bagi murid yang belum


menguasai modul yang ditetapkan.

7.5.6. Peruntukan masa bagi setiap kem adalah selama lima (5) jam.

7.5.7. Pelaksanaannya memerlukan kerjasama semua pihak terutama


penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak
semata-mata diserahkan kepada guru Pendidikan Islam.

7.5.8. Setiap pencapaian murid hendaklah direkodkan dan dilaporkan


melalui e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF yang disediakan
oleh BPI, KPM.

17
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

8. PENJADUALAN

8.1.1. Peruntukan waktu dan nisbah guru bagi pelaksanaan P&P


Pendidikan Islam dan Program j-QAF seperti jadual di bawah:

Rajah 6:
Kolaboratif Pendidikan Islam di SK, SK ASLI, SABK, Model Khas Dan K9

Rajah 7:
Kolaboratif Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) Tahap Satu

Rajah 8:
Kolaboratif Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) Tahap Dua

18
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

9. BAHAN DAN KEMUDAHAN

9.1.1. Bahan-bahan asas yang disediakan dalam program ini adalah:


 Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan
Program j-QAF;
 Mushaf al-Quran Bertajwid dan Berwarna;
 Buku Iqra’;
 Buku Latihan Aktiviti Jawi Tahap 1;
 Buku Teks Bahasa Arab; dan
 Buku Latihan Aktiviti Bahasa Arab Tahap 1.

10. PENTAKSIRAN

10.1.1. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) turut dilaksanakan dalam


Program j-QAF.

10.1.2. Bidang Jawi dan mata pelajaran Bahasa Arab dinilai melalui
Pentaksiran Sumatif yang dikendalikan oleh BPI, KPM.

10.1.3. Pihak sekolah hendaklah mencetak sijil yang terdapat dalam


Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF bagi setiap murid
Tahun 6 yang telah tamat mengikuti Program j-QAF.

19
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

11. PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN

Pegawai j-QAF peringkat pusat, negeri dan daerah akan menjalankan


pemantauan secara berterusan untuk memberi bimbingan bagi menjamin
keberkesanan pelaksanaan program ini. Laporan pemantauan akan dibuat
dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan program tersebut untuk diambil tindakan sewajarnya.

“MEMARTABATKAN PENDIDIKAN ISLAM


MEMPERKASAKAN PROGRAM j-QAF”

20
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

PROGRAM j-QAF
DI PENDIDIKAN KHAS

21
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

1. KONSEP PROGRAM j-QAF PENDIDIKAN KHAS

Program j-QAF Pendidikan Khas adalah adalah suatu usaha memperkasakan


Pendidikan Islam (PI) Pendidikan Khas untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK)
Bermasalah Pembelajaran, Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah
Penglihatan.

Bagi Murid Bermasalah Pembelajaran (BP) program ini memberi penekanan


khusus dalam P&P al-Quran menggunakan Modul Kaedah Iqra’ dan Pengajaran
dan Pembelajaran Fardu Ain menggunakan Modul Amali Solat.

Bagi Murid Bermasalah Pendengaran (BD) program ini memberi penekanan


khusus dalam Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran menggunakan Modul
Kaedah Iqra’, Pengajaran dan Pembelajaran Fardu Ain menggunakan Modul
Amali Solat dan Pengajaran dan Pembelajaran Jawi menggunakan Modul
Pembelajaran Jawi.

Manakala bagi Murid Bermasalah Penglihatan (BL) menggunakan sepenuhnya


modul j-QAF aliran perdana yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah.

Modul-modul ini telah diubah suai mengikut tahap penguasaan dan keupayaan
murid berkeperluan khas. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk
pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan
murid. Keutamaan diberikan kepada GPI yang telah mengikuti kursus
Pendidikan Khas.

Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada dan


penambahan waktu di kelas PI Pendidikan Khas.

22
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

2. OBJEKTIF PROGRAM j-QAF PENDIDIKAN KHAS

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan kepada murid
Islam di Pendidikan Khas sekolah rendah, MBK akan dapat:

2.1. Murid Bermasalah Pembelajaran


2.1.1. Membaca ayat-ayat pendek berpandukan buku Iqra’.
2.1.2. Menguasai bacaan buku Iqra’ 1-6 setelah tamat sekolah rendah.
2.1.3. Mengetahui dan melakukan perbuatan berwuduk.
2.1.4. Menyebut dan membaca bacaan dalam solat.
2.1.5. Mengetahui dan melakukan perlakuan dalam solat.

2.2. Murid Bermasalah Pendengaran


2.2.1. Membaca ayat-ayat pendek menggunakan kod isyarat tangan
berpandukan buku Iqra’.
2.2.2. Mengetahui dan melakukan perbuatan berwuduk.
2.2.3. Mengetahui dan melakukan perlakuan dalam solat.
2.2.4. Menggunakan kod tangan Jawi dari segi pemilihan perkataan, ejaan,
bacaan dan tatabahasa dengan betul.

2.3. Murid Bermasalah Penglihatan


2.3.1. Membaca ayat-ayat pendek berpandukan buku Iqra’ menggunakan
kod Braille al-Quran.
2.3.2. Menguasai bacaan buku Iqra’ 1-6 setelah tamat sekolah rendah
menggunakan kod Braille al-Quran.
2.3.3. Mengetahui dan melakukan perbuatan berwuduk.
2.3.4. Menyebut dan membaca bacaan dalam solat.
2.3.5. Mengetahui dan melakukan perlakuan dalam solat.
2.3.6. Menguasai kemahiran asas Bahasa Arab menggunakan kod Braille
Bahasa Arab.
2.3.7. Menggunakan kod Braille Jawi dari segi pemilihan perkataan, ejaan,
bacaan dan tatabahasa dengan betul.

23
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

3. KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF PENDIDIKAN KHAS

Program j-QAF Pendidikan Khas amat penting dilaksanakan di Program


Pendidikan Khas sebagai usaha untuk memperkasakan penguasaan bacaan al-
Quran dan Amali Solat dalam kalangan MBK. Mereka juga perlu diberi
kemahiran tersebut seiring dengan murid-murid di aliran perdana supaya dapat
dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

4. MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF PENDIDIKAN KHAS

4.1. Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Iqra’

Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Iqra’ diperjelaskan


dalam buku Panduan Kaedah Iqra’. Ia akan diajar oleh guru Pendidikan
Islam (GPI) dalam waktu Pendidikan Islam dengan menggunakan Modul
Pengajaran dan Pembelajaran Iqra’.

4.2. Model Tasmik

Model Tasmik dilaksanakan oleh GPI dalam waktu Pendidikan Islam.

4.3. Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat

Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat diperjelaskan dalam


buku Panduan Amali Solat yang diajar oleh GPI dalam waktu Pendidikan
Islam.

24
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

4.4. Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Jawi

Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Jawi diajar oleh GPI


menggunakan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Jawi yang diubah suai
mengikut keperluan murid bermasalah pendengaran.

5. MODUL-MODUL PROGRAM j-QAF PENDIDIKAN KHAS

5.1. Kategori Bermasalah Pembelajaran

5.1.1. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Iqra’.


a. Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Iqra’
b. Model Tasmik

5.1.2. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat.


a. Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat (teori
dan amali).

5.2. Kategori Bermasalah Pendengaran

5.2.1. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Iqra’.


a. Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Iqra’
b. Model Tasmik

5.2.2. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat.


a. Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat (teori dan
amali).

5.2.3. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Jawi


a. Model Kelas Pengajaran dan Pembelajaran Jawi (teori dan amali
kod tangan jawi).

25
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

5.3. Kategori Bermasalah Penglihatan


a. Mengikut pelaksanaan Modul Program j-QAF aliran perdana.

6. PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF PENDIDIKAN KHAS

Program j-QAF di Pendidikan Khas terdapat dalam dua kategori sekolah:


a. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
b. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK).

7. SASARAN

Sasaran bagi program ini ialah murid-murid yang boleh menguasai bacaan dan
perlakuan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK).

8. PENJADUALAN

Rajah 9:
Kolaboratif Pendidikan Islam di PPKI dan SKPK

26
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

CADANGAN JADUAL WAKTU KELAS


PELAKSANAAN MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KAEDAH IQRA’ DAN AMALI SOLAT

Hari / Masa 8.00-8.30 8.30 – 9.00 9.30 – 10.00 11.00 -11.30 11.30-12.30

Isnin Bacaan Iqra’

Selasa Amali Solat/ Ulum Syariah

Rabu

Khamis Jawi Tasmik

Jumaat

Jadual ini tertakluk kepada kesesuaian sekolah

27
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

9. LATIHAN GURU

GPI yang mengajar di Pendidikan Khas perlu diberi latihan dan bimbingan
yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru Pendidikan Islam dalam


bidang Pendidikan Khas, Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan
Malaysia akan mengadakan latihan berkaitan kepada mereka dari semasa ke
semasa di dalam dan luar negara.

10. PENEMPATAN GPI PENDIDIKAN KHAS

Urusan penempatan GPI di SKPK adalah di bawah tanggungjawab Bahagian


Pendidikan Khas dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Manakala penempatan GPI di PPKI di bawah tanggungjawab Bahagian


Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

11. BAHAN DAN KEMUDAHAN

Bahan-bahan asas yang disediakan dalam program ini adalah:

a. Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan Dan Pengurusan Kurikulum Dan Ko-


Kurikulum Program j-QAF di Pendidikan Khas
b. Buku Panduan Kaedah Iqra’;
c. Buku Panduan Amali Solat;
d. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah Iqra’;
e. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Amali Solat; dan

28
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

f. Buku Iqra’ (Pendidikan Khas).


g. Buku teks Bahasa Arab Braille.

12. PENTAKSIRAN

12.1. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dilaksanakan dalam


Program j-QAF.

12.2. Pihak sekolah hendaklah mencetak sijil bagi setiap murid yang telah
tamat mengikuti Program j-QAF di sekolah rendah.

13. PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN

Pegawai-pegawai j-QAF dan Pendidikan Khas peringkat pusat, negeri dan


daerah akan menjalankan pemantauan secara berterusan dan memberi
bimbingan bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan program ini. Laporan
pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk
mengenal pasti kelemahan dan kekuatan program tersebut bagi tindakan
sewajarnya.

29
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

PENGURUSAN
PROGRAM j-QAF

30
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

Program j-QAF merupakan program khusus Kementerian Pendidikan Malaysia


yang dilaksanakan bermula tahun 2005. Program ini perlu diurus dengan kemas,
teratur dan tersusun supaya matlamat pelaksanaannya dapat dicapai
sepenuhnya di peringkat persekolahan rendah. Panduan pengurusan ini
memberi tumpuan kepada aspek organisasi kurikulum sekolah, penjadualan
Program j-QAF dan organisasi kokurikulum. Amat mustahak pihak pengurusan
sekolah menjadikan program j-QAF sebagai satu program sekolah yang perlu
diberi perhatian secara menyeluruh. Program j-QAF sebagai satu usaha
memperkasa Pendidikan Islam di sekolah. Justeru, Penyelaras j-QAF perlu
dilantik dan dimasukkan dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah bagi
menyelaras aktiviti Program j-QAF.

1. Program j-QAF Dalam Organisasi Sekolah

Rajah 10:

31
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

2. PENGURUSAN FAIL PROGRAM j-QAF

Penyelenggaraan fail-fail panitia sangat penting bagi memastikan pengurusan


sistem fail teratur. Berikut panduan pengurusan fail Program j-QAF:

a. Fail Pengurusan Program j-QAF berada dalam sistem fail Panitia


Pendidikan Islam.
b. Perlu diselenggara semua minit atau laporan mesyuarat, surat
menyurat dan rekod-rekod berkaitan dengan Program j-QAF seiring
dengan fail Panitia Pendidikan Islam.
c. Disimpan ditempat yang selamat dan mudah untuk diperolehi
sekiranya diperlukan.
d. Menggunakan kod sistem fail yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.

3. PERANAN PENYELARAS PROGRAM j-QAF

Penyelaras Program j-QAF di sekolah berperanan:

a. Memastikan agar pengurusan dan pelaksanaan j-QAF sekolah


berjalan berdasarkan model dan modul Program j-QAF
Kementerian Pendidikan Malaysia.
b. Merancangkan aktiviti sepanjang tahun Program j-QAF.
c. Membantu dan bekerjasama dengan semua AJK persatuan agar ia
lebih efisyen dan sistematik.
d. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
e. Memastikan laporan, penilaian dan dokumentasi setiap aktiviti
disediakan.
f. Mengurus hal ehwal kewangan program j-QAF dan menyediakan
laporan penyata laporan kewangan.
g. Membentuk jawatankuasa pelaksanan Program j-QAF.

32
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

h. Menerima arahan daripada pihak pentadbir dari semasa ke


semasa.

4. PENGURUSAN BILIK DAN MAKMAL j-QAF

Pengurusan bilik dan makmal j-QAF yang baik akan memastikan bilik dan
makmal menjadi tempat belajar yang kondusif. Penyelaras j-QAF
hendaklah memastikan perkara berikut dilaksanakan:
a. Membentuk jawatankuasa penyelaras bilik dan makmal j-QAF.
b. Menyediakan inventori bilik dan makmal j-QAF.
c. Jadual pengunaan bilik dan makmal disediakan bagi mengelak
pertembungan kelas.
d. Menyediakan laporan bulanan penggunaan bilik dan makmal j-QAF.
e. Memastikan bilik dan makmal j-QAF kemas dan teratur selepas
digunakan.

5. PELAPORAN PROGRAM j-QAF

Program j-QAF akan dilaporkan melalui e-Pelaporan Bersepadu yang akan


dibuat kutipan sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Oktober.
Penyelaras j-QAF perlu memastikan:
a. Seorang Penyelaras e-Pelaporan dilantik dari kalangan GPI.
b. Data pencapaian murid diisi dalam aplikasi e-Pelaporan Bersepadu.
c. Mengumpul dan menggabung data e-Pelaporan setiap kelas dari
setiap guru yang pertanggungjawabkan.
d. Menyediakan analisa pencapaian Program j-QAF.
e. Membentang laporan pencapaian Program j-QAF dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum.
f. Menyerahkan data e-Pelaporan ke JPN.

33
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

6. PENUTUP

Pelaksanaan program ini akan memerlukan beberapa kemudahan


infrastruktur yang sesuai. Secara jangka panjang perkara ini akan
dipertingkatkan. Pada masa ini pihak sekolah melalui jawatankuasa
kurikulum dan panitia Pendidikan Islam perlu menyesuaikan kemudahan
yang ada bagi membolehkan program j-QAF berjalan lancar dan
mencapai objektif.

Buku Panduan Pengurusan kurikulum dan kokurikulum program j-QAF ini


diharap dapat menjadi panduan asas untuk rujukan para pentadbir
sekolah dan guru dalam melibatkan diri dalam alam persekolahan secara
realiti. Meskipun begitu masih banyak lagi perkara yang perlu dilalui dan
dipelajari oleh para guru di sekolah untuk menjadikan mereka lebih matang
dan berpengalaman. Pengurusan j-QAF yang lebih licin dan lancar
secara profesional adalah amat diperlukan agar matlamat dan cita-cita
penubuhan j-QAF ini dapat dicapai dengan jayanya.

34
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

PEKELILING-PEKELILING
Lampiran 1

Pekeliling Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Tingkat 12—14,
Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar,
50604 Kuala Lumpur Telefon: 03-2922066
Kawat: Pelajaran

Ruj. Kami: KB (BS) 8591/Jld.II(44)


Tarikh: 13 Mac 1986

Semua Pengarah Pelajaran Negeri Malaysia.


YB Datuk/Tuan,

Per: Surat Pekeliling Ikhtisas


Bil.4 1986 Panitia Mata Pelajaran

Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir


Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Daerah, salah satu perkara yang
hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di
sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah
menubuhkan panitia mata pelaj ar a n dan dapat berf ungs i dengan baik dan ada
pula di s ebalik nya . W alau bagaimanapun, sama ada panitia mata itu berfungsi atau
tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat
penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah,
panitia mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.

2. O leh yang dem ik ian , s ur at pek elilin g ini dik eluark a n dengan tuj uan
untuk memberitahu pihak sekolah tentang perluanya penubuhan panitia mata pelajaran,
supaya dengan ini, penubuhan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak
yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.

35
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah
adalah dikehendaki menubuhkan atau memperkemaskan lagi panitia mata pelajaran
supaya keberkesanan pengajaran-pengajaran di sekolah dapat ditingkatkan.

3.1 Latar Belakang

Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat


mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai
hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar.
Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam
menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di
sekolah tercapai atau tidak.

Menyedari hakikat ini, maka ada wajar bagi guru yang terlibat atau
mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama, menggembleng tenaga
mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar
sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama,
saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran
untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan
demikian, guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk
bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan
bersepadu. Dengan wujudnya badan
ikhtisas seumpama ini, guru yang menganggotainya juga berpeluang
untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah, bukan sahaja
dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan
motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.

3.2 Struktur dan Organisasi

3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang


dianggotai oleh s em ua gur u yang m engaj ar mata pelaj ara n
yang s am a di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang
bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu
menubuhkan pelbagai panitia mata pelajaran);

3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh Guru Besar
atau Pengetua Sekolah;

3.2.3 Semua Ketua Panitia mata pelajaran adalah secara automatik


menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Pelajaran
masing-masing di dalam Jawatankuasa tersebut dan menjadi
sebagai penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar
atau Pengetua Sekolah;

36
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di


dalam perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu
masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh
ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong
Kanannya, sama ada untuk mendapat penyelesaian atau
makluman;

3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah


belum ditubuhkan, Ketua panitia masih memainkan peranan
penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi
membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang
dihadapi dan mensyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-
ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan
pembelajaran.

3.3 Tujuan Panitia Mata Pelajaran

Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk panitia
mata pelajaran:

3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan


pengajaran- pembelajaran;

3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi


mengajar yang inovatif dan boleh mendorong sera menggerakkan
kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran;

3.3.3 Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan


(berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan
berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/target yang
ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah;

3.3.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara panitia mata


pelajaran dengan persatuan kelab akademik.

3.4 Peranan Panitia Berikut adalah di antara perkara yang dianggap


perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai
sebuah badan ikhtisas.

3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemas kini


untuk kegunaan ahli-ahli panitia;

3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal


dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini
diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan
juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan;

3.4.3 M e m ilih dan m enc adangk a n k epad a pentadbira n s ek olah


buk u teks untuk digunakan oleh pelajar berdasarkan kepada
kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan

37
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

tahap kebolehan mereka;

3.4.4 Mem ilih da n m enc adangk a n buk u ruj uk an atau ba han


bac aan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran
para pelajar dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat
sumber sekolah;

3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan


(berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan
atau darjah dan jika perlu, menubuhkan bank soalan;

3.4.6 Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam


tiap- tiap peperiksaan berasaskan (khususnya peperiksaan
pertengahan dan ak hir tahun) dan m engam bil langk ah-
langk ah untuk m engatas i kelemahan-kelemahan pelajaran dan
pembelajaran;

3.4.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-


kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan
secara ‘ad-hoc’ jika perlu;

3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia


(secara formal atau tidak formal) untuk memikirkan dan
membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan
seperti maslaah-masalah yang berhubung dengan kaedah
mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu
tersebut;

3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang


diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-
ahli lain;

3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasam a dengan


persatuan di sekolah dan menjalani hubungan kerja yang boleh
membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan
pembelajaran;

3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan


kepakaran den gan p aniti a - pan itia d i s ek olah - s ek olah
ber ham pir a n ata u sekawasan;

3.4.12 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam


usaha ke arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata
pelajaran tertentu;

3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk


menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada
semua ahli panitia;

3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau


laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang
berkenaan.

38
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

4. Harap Y.B. Datuk/Tuan memaklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua
sekolah.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

t.t.
(HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD. NOOR)
Bahagian Sekolah
Ketua Pengarah Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Surat ini telah diilustrasikan semuladaripada yang asal.

39
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

Lampiran 2

PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN


MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 8, BLOK ES
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 6077


Faks: 03-8889 4548
Web: http://www.moe.gov.my

Rujukan kami: KP(85) 8591/Jld. XVII(13)


Tarikh: 30 Disember 2004

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Y.Bhd. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 13/2004


PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF DI SEKOLAH RENDAH

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan bahawa


Program j-QAF akan dilaksanakan mulai 2005 yang akan melibatkan semua murid
Tahun 1 di sekolah-sekolah rendah terpilih. Pelaksanaan program ini akan diikuti
oleh sekolah- sekolah lain pada tahun-tahun berikutnya secara berperingkat-
peringkat.

2. Program j-QAF adalah suatu usaha untuk memperkasakan Pendidikan Islam


melalui penekanan khusus kepada pengajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan
Fardu ‘Ain. Peruntukan jadual waktu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Komunikasi
sedia ada akan digunakan untuk menjayakan program ini.

3. Pelaksanaan Program j-QAF menggunakan kurikulum dan model tersendiri


yang merangkumi:

3.1 Model Kelas Pemulihan Jawi

Model Kelas Pemulihan Jawi dijalankan oleh guru j-QAF untuk


memulihkan murid yang keciciran dalam Jawi. Ia dilaksanakan serentak
dengan waktu pengajaran Jawi murid-murid biasa. Murid yang keciciran
dalam jawi ini hendaklah diasingkan dan dididik di tempat yang
bersesuaian. Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 1, Jawi diajar selama 2
waktu seminggu. Manakala 6 bulan berikutnya diajar selama 1 waktu
seminggu. Jumlah bilangan murid bagi Model Kelas Pemulihan Jawi
hendaklah di antara 6 hingga 10 orang.

40
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

3.2 Model 6 bulan Khatam al-Quran

Model 6 Bulan Khatam al-Quran akan menggunakan 4 waktu Pendidikan


Islam dalam tempoh 6 bulan pertama di Tahun 1. Manakala pada 6 bulan
kedua, pengajaran al-Quran menggunakan 3 waktu untuk Tahun Satu dan
2 waktu untuk Tahun 2 hingga Tahun 6. Pros es pengaj ara n dan
pem belaj ar a n hendaklah menggunakan pendekatan talaqi dan musyafahah
(iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi
mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan fasih
dan lancar).

3.3 Model Tasmik Khatam al-Quran

Model Tasmil Khatam al-Quran dilaksanakan di luar jadual waktu


persekolahan dan hendak lah dijalank an sepanjang tahun
persekolahan. Guru j-QAF bertanggungjawab melaksanakan model ini.
Pihak sekolah boleh melantik guru Pendidikan Islam dan guru mata pelajaran
lain yang berkebolehan dan sesuai untuk menjadi pembimbing dalam
melaksanakan model ini apabila diperlukan.

3.4 Model Peluasan Pelaksanakan Bahasa Arab Komunikasi

Mode l Pe luas a n Pe lak sanak a n Ba has a Ara b K om unik as i (BAK) ak an


dilaksanakan seperti mana pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi
sebagai bahasa tambahan di sekolah kebangsaan pada masa ini, iaitu
2 waktu seminggu. Pengajaran dan Pembelajaran bagi mata pelajaran
Bahasa Arab Komunikasi hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu rasmi
persekolahan seperti mana yang dijelaskan dalam Surat Pekeliling
Ikhtisas: Bil. 8 Tahun 2002 KP (BS) 8591 jilid XVII (8) bertarikh 1
Oktober 2002: Penawaran Mata Pelajaran Bahasa Tambahan di
Sekolah Kebangsaan (SK).

Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau
bagaimanapun murid hendaklah memilih BAK sekiranya tidak mengambil
mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi atau Bahasa Tamil Komunikasi.

3.5 Model Bestari Solat (Kokurikulum)

Model Bestari Solat adalah model kokurikulum yang dilaksanakan di luar


jadual waktu persekolahan. Program ini hendaklah dilaksanakan 4 kali
dalam tempoh

41
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

setahun. Satu Jawatankuasa Pelaksana di peringkat sekolah


hendaklah dibentuk untuk mengendalikan Kem Bestari Solat tersebut.

4. Guru-guru yang terlibat dalam pelaksanaan Program j-QAF adalah guru j-QAF dan
guru Pendidikan Islam. Guru-guru lain boleh dilibatkan sama berdasarkan
keperluan sekolah.

5. Pihak pentadbir sekolah hendaklah menyusun jadual waktu pengajaran dan


pembelajaran dengan terancang supaya program ini dapat dilaksanakan dengan
lancar dan teratur. Empat waktu bagi pengajaran Khatam al-Quran dan 2 waktu bagi
Pemulihan Jawi hendaklah dimasukkan ke dalam jadual waktu pada 6 bulan
pertama di Tahun 1. Manakala 3 waktu Khatam al-Quran dan 1 waktu Pemulihan
Jawi dijalankan pada 6 bulan kedua Tahun 1. Contoh Jadual waktu dan Panduan
Penjadualan boleh dirujuk dalam Buku Panduan Dasar dan Pengurusan Kurikulum
dan Kokurikulum terbitan JAPIM, dan diberi percuma kepada sekolah-sekolah
yang terlibat.

6. Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Siaran KPM
Bil. (JAPIM) 5206/4/4/1. Jld. 2 (4) bertarikh 03 Januari 2003: Pelaksanaan Jawi
dan al-Quran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam
KBSR/KBSM Tahun 2003.

Sil a m ak lum k a n k andungan s ur at pek elili n g i k htis a s ini k epada pe g awa i ya ng


bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat. Pelajaran Gabungan Daerah,
Guru-Guru Besar sekolah-sekolah yang terpilih di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/
Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

t.t

TAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHAT


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

42
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

s.k
1. Y.B. Dato’ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein
Menteri Pelajaran Malaysia
1. 2. Y.B.
Y.B. Dato’
Dato’ Sri
NohHishammuddin
bin Omar Bin Tun Hussein

Timbalan Menteri Pelajaran


3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pelajaran
4. Y.B. Puan Komala Devi
Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian

7. Pelajaran
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran

9. Ketua Nazir Sekolah

10. Penasihat Undang-Undang

11. Pegawai Perhubungan Awam

Surat ini telah diilustrasikan semuladaripada yang asal.

43
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

Lampiran 3

BAHAGIAN KEWANGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 6, 7 & BLOK E12
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

Telefon: 03-8884 6000


Fax No: 03-88847679

Ruj. Tuan : KP.1602/900/A-1/SJ.6 Jld.1/(79)


Ruj. Kami :
Tarikh : 30 Oktober 2006

Pengarah
Bahagian Sekolah

Pengarah
Jabatan Pendidikan Teknikal

Pengarah
Jabatan Pendidikan Khas

Pengarah
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Pengarah
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Tuan,

TATACARA PERAKAUNAN UNTUK PERUNTUKAN PROGRAM j-QAF


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

1. Peruntukan j-QAF telah disalurkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan


Moral (JAPIM) kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk diagihkan kepada sekolah-
sekolah di bawah kawalan masing-masing.

2. Sehubungan dengan itu, tatacara perakaunan bagi peruntukan j-QAF adalah


seperti berikut:

44
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

Akaun
Kumpulan Wang Lajur Buku Tunai Sekolah
Subsidiari

Semua sekolah
Kerajaan Pelbagai j-QAF rendah dan
menengah

Pihak sekolah dikehendaki memasukkan peruntukan j-QAF yang diterima di bawah lajur
(column) Pelbagai dan menyelenggara akaun subsidiari bagi peruntukan tersebut.
Pihak tuan diminta untuk memaklumkan kepada sekolah-sekolah di bawah kawalan
tuan mengenai tatacara perakaunan ini.

3. Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang masalah atau kesulitan, pihak tuan
boleh menghubungi Unit Akaun Sekolah di talian 03–8884 7548 / 7508 / 7553.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

‘TINGKATKAN PRODUKTIVITI KURANGKAN KOS’

Saya yang menurut perintah,

(KAMARUDIN B HJ ABD GHANI)


Bahagian Kewangan
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

No. Tel : 03-88847445


No. Faks : 03-88886240

s.k

Setiausaha
Bahagian Kewangan

Setiausaha
Bahagian Audit Sekolah

Timbalan Setiausaha
Cawangan Bajet

Timbalan Setiausaha
Cawangan Perancangan dan Sistem

Timbalan Setiausaha
Cawangan Pentadbiran Kewangan

Fail Timbul

Surat ini telah diilustrasikan semuladaripada yang asal.

45
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

Lampiran 4

46
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

47
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

48
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

Lampiran 5

49
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

50
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

51
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

Lampiran 6

52
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

53
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

54
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

Lampiran 7

55
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

56
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

57
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

58
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

59
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

60
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

Panel Pembina
Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF

Depan dari kanan: Norhisham bin Haji Miswan (Melaka), Mohamed Zamri bin Basir (KU j-QAF, BPI), Hassan Nuddin bin Abd. Hamid
(Ketua Sektor SOPI, BPI), Syed Abdul Hafiz bin Syed Mohamad (BPSM), Hj. Azmi bin Abdul Hamid (Pulau Pinang)

Baris kedua dari kanan: Hj. Yusri bin Mohd Akhir (N. Sembilan), Hj. Zulkifli bin Ghozali (Kedah), Hj. Ahmad Lutfi bin Abu Bakar (Perak),
Mohd Raffidzi bin Zainol Abidin (Perlis), Norazman bin Samid (Selangor), Mohd. Fauzi bin Abdul (BPK)

Baris ketiga dari kanan: Mohd Fadhil bin Muslim (BPI), Ahmad Shuhaimi bin Md. Isa (BPKhas), Mohd Shahrin bin Kadmo (BPI),
Muhammad Rahawaluddin bin Ismail (Kuala Lumpur)

61

Anda mungkin juga menyukai