Anda di halaman 1dari 1

Dalam pertanian, tanaman adalah beberapa jenis organisme yang dibudi dayakan pada suatu ruang atau

media untuk dipanen pada masa ketika sudah mencapai tahap pertumbuhan tertentu. Pengertian ini
dibedakan dari penggunaan secara awam bahwa tanaman sama dengan tumbuhan. Pada kenyataannya,
hampir semua tanaman adalah tumbuhan, tetapi ke dalam pengertian tanaman tercakup pula beberapa
fungi (jamur pangan, seperti jamur kancing dan jamur merang) dan alga (penghasil agar-agar dan nori)
yang sengaja dibudidayakan untuk dimanfaatkan nilai ekonominya. Tanaman "sengaja" ditanam,
sedangkan tumbuhan adalah sesuatu yang muncul atau tumbuh dari permukaan bumi.

Cuaca ialah istilah yang digunakan untuk menghuraikan semua fenomena yang banyak dan pelbagai
yang boleh berlaku dalam atmosfera planet. Istilah ini biasanya digunakan untuk memaksudkan aktiviti
fenomena ini selama tempoh masa yang pendek, biasanya tidak lebih daripada beberapa hari
panjangnya. Purata keadaan atmosfera untuk tempoh yang lebih panjang dikenali sebagai iklim.
Penggunaan dua istilah ini selalu bertindih dan konsep ini jelas berhubung kait rapat.

Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari adalah sumber cahaya yang utama. Tumbuhan
hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan. Tumbuhan hijau ini akan menjadi makanan kepada
haiwan lain yang akan menjadi makanan kepada haiwan lain pula. Ini membentuk rantaian makanan.
Haiwan yang makan tumbuhan sahaja dikenali sebagai haiwan maun. Haiwan yang makan daging sahaja
dikenali sebagai haiwan maging. Haiwan yang makan tumbuhan dan daging dikenali sebagai haiwan
maserba.

Anda mungkin juga menyukai