Anda di halaman 1dari 2

Antara Kesalahan Yang Sering Dilakukan Murid

1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di…dengan imbuhan di … salah –
disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara, di beri, di ambil, di hantar, di
dapati, di anjurkan, urus niaga di gantung (seperti yang ditulis papa papan kenyataan
sebuah pejabat pos di Ampang) betul – di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di
samping, di utara, diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan

2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke salah –
keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan betul – ke Melaka, ke padang, ke
sana, kehendak, ketua, ke kasih

3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada dari – rumus ATM A –arah
(dari belakang, dari timur, dari depan) T – tempat (dari Saratok, dari Kajang, dari
sekolah, dari kantin) M –masa (dari semalam lagi, dari pagi tadi, dari pukul enam
petang) daripada – rumus KABOS K – keanggotaan (daripada Persatuan Bahasa
Melayu) A – asal (asal kejadian sesuatu benda: daripada getah, daripada kayu jati,
daripada tepung) B – banding /beza (perbezaan dan perbandingan sesuatu: lebih daik
daripada, berbeza daripada) O – orang / organisasi (daripada Ahmad, daripada
Kementerian Pertahanan, daripada PPUSM) S – sumber ( sumber sesuatu: daripada
guru besar, daripada markah ujian, daripada petikan)

4 Mengulang kata atau menggunakan kata ganda selepas kata bilangan jamak
(banyak) salah – semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli betul – semua
guru, segala alat, kebanyakan ahli

5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunanan salah – beratus orang, beribu


penonton, berguni padi betul – beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi

6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan salah – paling tinggi sekali, terlalu
mahal sekali betul – paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali

7 Menggandakan kata selepas saling (kesalahan berbentuk lewah) salah – saling


hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan betul – saling menghormati, hormat-
menghormati, saling bermaafan

8 Pembentukan ayat pasif Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah) Surat itu telah kami
hantar. (betul) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah) Laporan itu perlu anda
siapkan. (betul) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah) Majalah itu telah diedarkan
oleh mereka. (betul) Kesimpulannya, INGAT.. Kata Sendi Nama oleh hanya untuk Kata
Ganti Nama Diri Orang Ketiga; yakni mereka, baginda, ibu, ayah Raju, dan lain-lain.
Kata Sendi Nama oleh tidak boleh digunakan untuk orang pertama (aku, saya, patik,
beta, hamba, kami, kita dan lain-lain) dan kedua (engkau, awak, anda, kalian, dan
tuanku).

9 Penggunaan imbuhan –kaN di tempat kata bantu akan salah – sayangkan, rindukan,
bencikan, cintakan betul – sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan

10 Menjarakkan imbuhan pinjaman salah – juru taip , ko kurikulum, pasca moden, anti
dadah, anti kerajaan, pro pembangkang betul – jurutaip, kokurikulum, pascamoden,
antidadah, antikerajaan, propembangkang betul – sosioekonomi, ekabahasa,
prasekolah, dwitahunan, mahasiswa

11 Menganggap penggunaan kata sendi pada dan kepada boleh bertukar ganti Pada
berperanan sebagai kata sendi di bagi manusia, haiwan, perkara dan benda ( Buku itu
ada pada Encik Bean), (taji hanya ada pada ayam jantan), (Adik menampal poster itu
pada dinding) bagi menunujkkan maksud sandaran. (pada pandangan saya, guru itu
baik/ Tindakan yang bakal diambil bergantung pada keputusan mesyuarat petang ini/
Adik tidak jatuh kerana sempat berpaut pada dahan pokok itu) bagi masa (pada waktu
malam, pada era globalisasi, pada musim buah-buahan) Kepada menunjukkan sasaran
bagi manusia (surat ini ditujukan kepada Encil Azman/ Acapan sentiasa menunjukkan
contoh yang baik kepada adik-adiknya) menunjukkan perubahan (Hujan lebat yang
berterusan telah menyebabkan paras air Sungai Ampang meningkat kepada paras
bahaya) menunjukkan pecahan (Peserta perkhemahan itu dibahagikan kepada
beberapa kumpulan)

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai