Anda di halaman 1dari 7

SOALAN 4 : HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI

ENGLAND
DAN JERMAN PADA ABAD KE 18 HINGGA 19.

PENGENALAN
 Masyarakat industri muncul selepas tercetusnya Revolusi Perindustrian di
England pada abad ke 18.
 Masyarakat industri menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada
zaman praindustri.
 Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada
sektor perindustrian
 Masyarakat ini terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan
menggunakan mesin dan dicirikan menerusi pembahagian kerja dan
bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.

ISI-ISI PENTING

CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND PADA ABAD KE 18


DAN 19

i) Kegiatan Ekonomi
 Kegiatan ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran
barangan secara besar-besaran
 Mereka bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan
dan punca pendapatan untuk menyara kehidupan
 Masyarakat mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin yang
digunakan secara meluas hingga membawa kepada pengeluaran barangan
secara besar-besaran
 Barangan ini akan dipasarkan di peringakat domestik dan antarabangsa
 Pada peringkat awal, masyarakat industri di Englang bekerja di
kilang-kilang tekstil
 Ekonomi masyarakat industri juga tertumpu dalam sektor perlombongan.
Bekalan arang batu dan bijih besi yang banyak di New Castle dan Wales
menyumbang kepada perkembangan industri besi dan keluli.

ii) Pengkhususan kerja


 Penggunaan mesin secara meluas telah menyebabkan berlakunya
pengkhususan pekerjaan.
 Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian kerja untuk
menghasilkan barangan.
 Keadaan ini membolehkan kos operasi dapat dikurangkan dan
pengeluaran dapat ditingkatkan.

iii) Kemunculan kelas


 Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan pekerja menerima
pendapatan yang tinggi dan ini membawa kepada kemunculan kelas iaitu
kelas pekerja dan kelas kapitalis
 Golongan pekerja atau golongan proletariat merujuk kepada buruh yang
diperlukan untuk mengendalikan mesin-mesin seperti mesin menenun,
memintal dan bekerja di lombong.
 Kelas kapitalis pula merupakan pemilik kilang, tuan tanah dan juga
pengusaha lombong yang kebiasaanya menindas kelas pekerja untuk
meraih keuntungan yang banyak.
 Campurtangan kerajaan menyebabkan kebajikan pekerja ini terjamin dan
ini membawa kepada kemunculan golongan profesional daripada
kalangan kelas pekerja.

iv) Mobiliti Sosial


 Pengkhususan kerja dalam bidang perkilangan membawa kepada
pengeluaran produk secara besar-besaran
 Peningkatan dalam pengeluaran akan dapat meningkatkan pendapatan
pekerja.
 Taraf hidup golongan pekerja bertambah baik kerana mendapat
pendapatan yang tinggi.
 Situasi ini membawa kepada kemunculan golongan kelas menengah
dalam masyarakat yang berjuang untuk kepentingan diri dan juga hak
golongan pekerja.
 Mobiliti sosial berlaku kerana kejayaan seseorang individu bukan
ditentukan oleh status keturunan tetapi kerana bakat dan kekayaan yang
dimiliki.

v) Urbanisasi
 Masyarakat industri merupakan masyarakat yang tinggal di kawasan
bandar dan bekerja di sektor perkilangan
 Revolusi Perindustrian yang berlaku telah menyebabkan ramai penduduk
luar bandar berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang.
 Keadaan ini membawa kepada proses urbanisasi atau proses menjadi
bandar khususnya di kawasan perindustrian.
 Pertambahan penduduk secara mendadak berlaku di bandar dan ini
mengakibatkan kesesakan di kawasan bandar perindustrian.
 Antara bandar perindustrian yang mengalami proses urbanisasi di England
ialah Manchester, Leeds, Liverpool dan Lyons.

vi) Perkembangan Sains dan Teknologi


 Masyarakat industri merupakan masyarakat yang mempunyai
pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi.
 Mereka menerapkan pengetahuan dan teknologi baharu yang mereka
peroleh dalam pertumbuhan sektor perindustrian.
 Perkembangan ini membawa kepada lahirnya golongan saintis yang
menghasilkan mesin baru bagi kegunaan perindustrian.
 Antara saintis yang terkenal ialah Thomas Newcomen dan James Watt
yang telah menghasilkan mesin berkuasa wap

KESIMPULAN
Masyarakat industri di England cukup mahir dalam pelbagai bidang khususnya bidang
pertanian sehingga berjaya menyumbang kepada Revolusi Perindustrian.
 Perkembangan Revolusi Perindustrian di England telah membawa kepada
kemunculan England sebagai kuasa imperialis pada akhir abad ke 19

CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN PADA ABAD KE 18


DAN 19

ISI-ISI PENTING

PENGENALAN
 Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada
sektor perindustrian
 Masyarakat ini terlibat dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan
dengan menggunakan mesin
 Masyarakat ini dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung
kepada pengeluaran secara besar-besaran
 Revolusi perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di Eropah iaitu
selepas Revolusi Perindustrian di England
 Untuk memajukan perindustrian, kerajaan Jerman telah memberi banyak
modal dalam memajukan kemudahan infrastruktur seperti pengangkutan
dan komunikasi.

i) Kegiatan Ekonomi

 Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik menyebabkan


peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian
 Contohnya masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta
bagi menggantikan kuda.
 Masalah kesuburan tanah diatasi apabila formula untuk menghasilkan baja
tiruan ditemui.
 Ini menyebabkan hasil pengeluaran pertanian meningkat seperti oat,
gandum dan ubi kentang
 Aktiviti juga tertumpu dalam bidang perindustrian terutamanya apabila
berlaku pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di
Saxony dan Silesia barat Jerman
 Arangbatu dan bijih besi merupakan galian utama
 Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu dan galian ini meningkat
kepada 287 tan pada tahun 1913.
 Pengeluaran bijih besi juga meningkat daripada 1.5 juta pada tahun 1871
kepada 8.5 juta tan pada tahun 1900.
 Muncul pengusaha terkenal seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan
barangan alat ganti dan peralatan besi.
 Kemajuan dalam industri kulit menyebabkan Jerman mengambilalih tempat
England dalam industri kulit pada tahun 1870-1914
 Keadaan ini menyebabkan berlaku perubahan dalam kehidupan masyarakt
kepada gaya hidup yang lebih mewah
 Pembangunan industri tekstil tertumpu di wilayah Rhineland, Saxony
danSilesia. Berlin pula menjadi bandar pengeluar mesin-mesin tekstil
 Ciptaan baharu mulai berkembang di Jerman. Antaranya Syarikat Siemen
dan Martin telah meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun 1886
daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan.
 Ini membawa kepada kemunculan kejuruteraan elektrik di Jerman. Syarikat
kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis kepada pembangunan kimia dan
elektrik.
ii) Kemunculan kelas
 Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas iaitu kelas kapitalis dan
kelas pekerja
 Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang dan pengusaha lombong
seperti Alfred Krupp, Siemens dan Martin
 Kelas pekerja pula terdiri daripada buruh dan pekerja kilang di kilang
tekstil, Kimia dan Kejuruteraan elektrik.

iii)Perkembangan Sains dan Teknologi

 Teknologi yang digunakan di Jerman terdiri daripada pelbagai bahan,


sumber dan bentuk
 Kemajuan dalam teknik penyelidikan membolehkan Jerman menghasilkan
pelbagai ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala besar.
 Syarikat Kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan
makmal-makmal penyelidikan yang lengkap dengan ahli-ahli Kimia dan
Fizik terlatih daripada universiti
 Perkembangan ini menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai
peralatan dan inovasi baru
 Beberapa syarikat dan perbadanan Jerman telah memberi sumbangan besar
mencipta teknik baru dengan menjalinkan teori penyelidikan saintifik
dengan amalan kerja biasa di kilang
 Menjelang abad ke 19, industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin
dunia.

iv) Kemajuan kewangan

 Industri –industri di Jerman didominasi oleh pelaburan bank dan syarikat


insurans
 Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan
perdagangan dan perniagaan di Jerman.
 Pada tahun 1840an Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan
sebagai “joint stock” dalam pengeluaran kredit dan menyediakan pelaburan
kapital.
 Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu gabungan 4 buah
bank utama iaitu Disconto Gesellschaft of Stuttgart, Deutsche Bank,
Dammstadter Bank dan Dresdener Bank.
 Bantuan modal mempercepatkan perkembangan industri di Jerman pada
tahun 1870an.
 Hal ini menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu,
keluli, kapas dan kain bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat dan
laut.

v) Kemajuan sistem pengangkutan

 Pembinaan jalan kereta api dibina dengan pesat pada tahun 1870 hasil
pembangunan industri besi dan keluli.
 Firma Jerman di Bersiq menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman.
 Kerajaan juga menyediakan kadar perkhidmatan kereta api yang murah
untuk menghantar besi jerman ke negara Eropah.
 Pada tahun 1713, eksport besi dan keluli Jerman bernilai 100 juta pound
sterling.

vi) Perluasan perdagangan antarabangsa

 Perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan


pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam
memasarkan barangan dan mendapatkan sumber bahan mentah
 Perindustrian di Jerman telah berkembang kepada 243.8 peratus dari tahun
1887 hingga 1912
 Masalah pasaran dan bahan mentah menyebabkan Jerman terpaksa
meluaskan tanah jajahan
 Jerman dapat menguasai kawasan di Pasifik iaitu New Guinea, Kepulauan
Carolina dan juga meluaskan perdagangan dengan China

KESIMPULAN

 Masyarakat Jerman merupakan masyarakat yang gigih berusaha


dalam memajukan ekonomi mereka

 Perkembangan perindustrian di Jerman membawa kepada


kemunculan Jerman sebagai kuasa imperialis untuk mendapatkan lebih
banyak bahan mentah.