Anda di halaman 1dari 1

6 CIRI GURU ABAD 21

1. Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu
agak canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan
sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.

2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi


Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam
kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih kondusif dan mesra pelajar.

3. Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid


Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk
faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka
seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid
sesuai dengan kebolehan mereka.

4. Memahami Psikologi Pembelajaran


Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para
pelajarnya. Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar
ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih
baik sebagai seorang pendidik.

5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan
pelajar. Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga
pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja. Adalah
satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam
menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.

6. Penggunaan Teknologi Terkini


Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah
satu ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang
mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru
juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat
pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd, game, aplikasi
mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam
kelas.

Anda mungkin juga menyukai