Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN
Perkahwinan merupakan asas kepada pembinaan keluarga dalam meluaskan
tamadun manusia.

2.0 KONSEP PERKAHWINAN DALAM ISLAM


Perkahwinan atau nikah dari segi bahasa ialah himpunan, pengumpulan,
percantuman, persetubuhan dan akad. Nikah pula diertikan juga sebaikan menindas,
setubuh dan senggama. Dalam kalangan ulama ushul berkembang kepada tiga
pendapat tentang erti lafaz nikah. Menurut golongan Hanafi, nikah asalnya adalah
setubuh dan menurut erti majazi adalah akad yang dengan akad ini menjadi halal
hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan. Manakala golongan Syafi’e
menjelaskan bahawa nikah pada asalnya akad dengan akad ini menjadi halal
hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan, sedangkan menurut erti majazi ialah
bersetubuh.
Nikah dari segi syarak pula bererti sebagai suatu akad yang menghalalkan
pergaulan dan membatasi hak-hak kewajipan serta tolong menolong antara seorang
lelaki dengan seorang perempuan yang antara kedua-duanya bukan mahram.
Menurut Imam Hanafi, nikah merupakan akad yang membolehkan persetubuhan
setelah bersatunya suami isteri dalam perkahwinan tersebut. Al-Bardisi mentakrifkan
perkahwinan sebagai kontrak yang memberi faedah kepada seseorang dengan tujuan
memiliki keseronokan dengan seseorang perempuan yang tidak dilarang
mengahwininya oleh larangan syarak.
Berdasarkan definisi-definisi tersebut, jelas menunjukkan bahawa perkahwinan
dari sudut pandangan Islam mempunyai tujuan yang suci dan kesucian itulah yang
menjadikannya sebagai satu institusi keagamaan, terutamanya dalam Islam yang
menekankan aspek rasional, logik akal serta lebih kepada agama fitrah manusia.
Rasionalnya, manusia tidak akan berkahwin dan membuat undang-undang
perkahwinan seandainya ia tidak memberi manfaat kepada kepentingan manusia itu
sendiri. Di situlah terletaknya keistimewaan undang-undang Islam dalam mengatur
tatacara perkahwinan yang mana ianya bukan diatur oleh manusia tetapi telah
dirancang dengan rapi dan kemas oleh Allah dan telah disampaikan kepada umat
manusia menerusi wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W.

1
3.0 PROSEDUR PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Islam telah menetapkan beberapa prosedur bagi ummatnya yang ingin mendirikan
rumah tangga. Prosedur yang dilaksanakan itu bukan tujuan untuk menyusahkan
ummatnya, sebaliknya bertujuan untuk menjaga kesucian sesebuah perkahwinan
tersebut agar diredai Allah S.W.T.
Pertama sekali pasangan bagi warganegara Malaysia perlu mengikuti kursus
perkahwinan bagi memperoleh Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.

3.1 UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN


Kemudian, pemohon perlu membuat ujian saringan HIV. Hal ini bertujuan untuk
mengelakkan daripada penyakit tersebut tular kepada orang lain. Sekiranya
keputusan ujian adalah negatif, maka proses permohonan kebenaran
berkahwin akan diteruskan. Sekiranya keputusan HIV adalah positif, maka
pemohon perlu menjalan sesi khidmat nasihat di Jabatan Agama sebelum
meneruskan permohonan kebenaran berkahwin. Pemohon, pasangan dan
keluarga akan diberi pendedahan tentang implikasi HIV. Sekiranya pemohon
dan pasangan berkeputusan untuk meneruskan perkahwinan, maka
permohonan kebenaran berkahwin akan diproses. Pemohon dan pasangan
perlu merujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga dan Klinik Penyakit Berjangkit
untuk penjagaan kesihatan seterusnya.

3.2 PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN


3.2.1 PENGESAHAN PERMOHONAN BERKAHWIN
Penolong Pendaftar hendaklah memastikan pemohon yang membuat
permohonan kebenaran berkahwin adalah tinggal atau menetap di negerinya.
Selain itu, penolong pendaftar perlu memastikan permohonan mengisi borang
yang telah ditetapkan dengan lengkap. Tambahan lagi, penolong pendaftar
perlu memastikan borang permohonan kebenaran berkahwin dilampirkan
bersama dokumen-dokumen penting seperti salinan sijil kelahiran, salinan kad
pengenalan, sijil kursus pra perkahwinan (MBKPPI), keputusan saringan HIV
kedua-dua bakal pengantin, surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh
majikannya atau surat akuan sumpah teruna sekiranya beliau tidak mempunyai
majikan (jika pemohon seorang lelaki).

2
Dalam hal ini juga, jika pemohon itu bercerai hidup maka surat perakuan
cerai juga diperlukan dan jika seseorang pemohon itu bercerai mati, maka surat
perakuan mati juga perlu diselitkan sekali. Tidak lupa juga bagi yang baru
memeluk Islam, mereka perlu menyelitkan surat akuan memeluk agama Islam
dan jika pemohon dari anggota polis atau tentera, surat kebenaran daripada
jabatan polis dan angkatan tentera juga diperlukan.
Setelah berpuas hati dengan lampiran surat yang disediakan, Penolong
Pendaftar hendaklah mengesahkan status pemohon dalam ruang yang
disediakan dalam borang permohonan perkahwinan berkenaan.

3.2.2 KEBENARAN PERMOHONAN BERKAHWIN


Pendaftar hendaklah menerima permohonan yang telah disahkan oleh
penolong pendaftar. Pendaftar hendaklah memastikan borang perkahwinan
diterima selewatnya tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dicadangkan.
Selain itu pendaftar boleh menerima borang permohonan perkahwinan bagi
kes-kes tertentu. Setelah berpuas hati, pendaftar hendaklah mengeluarkan
kebenaran berkahwin melalui catatan dalam borang permohonan bagi
perkahwinan dalam negeri. Manakala bagi pemohon perkahwinan luar negeri
dan tempat lain dikeluarkan melalui surat kebenaran.

3.2.3 PROSES PERMOHONAN PERKAHWINAN


Pendaftar perlu memastikan kes-kes berikut dirujuk kepada mahkamah
apabila perempuan tidak mempunyai wali nasab atau wali enggan, pasangan
atau salah seorang kepada perkahwinan itu masih di bawah umur,
perkahwinan itu secara poligami dan perempuan yang bercerai dan belum
disetubuhi oleh suami.
Pendaftar hendaklah menyemak permohonan tersebut sebelum
dikemukakan ke mahkamah. Setelah berpuas hati terhadap borang pendaftar
hendaklah mengeluarkan surat dan laporan kepada pendaftar mahkamah
melalui pemohon. Pendaftar hendaklah menguruskan perkahwinan setelah
mendapat kebenaran daripada pihak mahkamah.

3
3.2.4 TEMPOH SAH KEBENARAN BERKAHWIN
Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran kahwin bagi tempoh
sembilan puluh hari dari tarikh yang dikeluarkan. Selain itu, pendaftar boleh
memohon untuk melanjutkan tempoh sah kebenaran berkahwin selama
sembilan puluh hari lagi bagi kes-kes tertentu. Pendaftar juga perlu
memastikan bahawa kebenaran berkahwin lanjutan dibuat dalam tempoh 14
hari dari tarikh tamat kebenaran berkahwin kali pertama dan perlu mendaftar
di pejabat pendaftaran yang telah mengeluarkan kebenaran asal.

3.2.5 KEBENARAN BERKAHWIN DENGAN WARGA ASING


Bagi seseorang warganegara Malaysia yang ingin berkahwin dengan
warga asing, mereka perlu memohon kebenaran dari pihak berwajib terlebih
dahulu. Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan berkahwin
disertakan dengan dokumen-dokumen seperti salinan pasport sah, surat
kebenaran dari kedutaan negara pemohon dan surat keterangan dari Jabatan
Imigresen Malaysia. Sekiranya warganegara asing adalah seorang wanita,
pendaftar hendaklah memastikan kehadiran walinya atau mendapat surat
pengesahan wakalah wali dari pihak berkuasa agama negara pemohon.
Bagi perkahwinan warganegara Malaysia dengan warganegara asing di
luar negeri, pendaftar hendaklah mengeluarkan surat kebenaran berkahwin
bagi mana-mana permohonan perkahwinan yang akan dilangsungkan di luar
negeri sama ada dengan warganegara asing atau sesama warganegara
Malaysia.

3.2.6 BAYARAN SURAT KEBANARAN BERKAHWIN


Pendaftar hendaklah memastikan akad nikah dilangsungkan dalam
kariah di mana perempuan itu tinggal atau bermastautin. Namun begitu,
pendaftar juga boleh memberi kebenaran bagi akad nikah untuk dilangsungkan
di tempat lain. Tambahan lagi, pendaftar perlu memastikan bahawa majlis akad
nikah dilangsungkan dengan wali berada di hadapan pendaftar, wakil wali di
hadapan dan dengan kebenaran pendaftar, pendaftar sendiri sebagai wakil
wali dan pendaftar sebagai wali hakim bagi perempuan yang tidak ada wali
nasab atau wali enggan.

4
4.0 PROSEDUR PENCERAIAN DALAM ISLAM
Penceraian hanya akan berlaku sekiranya kedua-dua belah pihak telah bersetuju
dengan rela untuk bercerai. Namun jika si suami tidak bersetuju melafazkan talak
sedangkan si isteri mengkehendakinya, maka terdapat beberapa kaedah yang boleh
digunakan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Islam.
Dalam undang-undang perkahwinan agama Islam, walaupun kuasa talak
berada di tangan suami, namun undang-undang keluarga Islam di Malaysia telah
menetapkan bahawa semua bentuk penceraian perlu dilakukan di Mahkamah
Syariah. Suami mempunyai kuasa menceraikan isteri dan penceraian yang berlaku
adalah menurut undang-undang Islam yang berasaskan kepada al- Qur’an dan
Sunnah. Apabila proses penceraian diuruskan oleh pihak mahkamah, pasangan perlu
menunggu sehingga mahkamah mengeluarkan surat cerai. Dalam pada itu, pihak
isteri perlu mematuhi tempoh ‘iddah seperti yang digariskan oleh agama sebelum
dibenarkan berkahwin semula.
Syarat-syarat penceraian telah ditentukan dalam Islam. Berdosa hukumnya
bagi suami yang menceraikan isterinya dengan sengaja tanpa ada sebarang alasan
yang bertepatan dengan ajaran Islam. Selain itu, penceraian Islam tidak berhenti
setakat proses penceraian mahkamah sahaja, sebaliknya turut menetapkan syarat
yang berkait dengan hak isteri semasa iddah iaitu tempoh bercerai, nafkah dan hak
penjagaan anak (hadanah), hak pemilikan harta pasangan suami isteri dan
sebagainya.

4.1 TALAK
Talak ialah melepaskan ikatan nikah daripada [ihak suami atau memutuskan ikatan
perkahwinan dengan mengucapkan lafaz yang tertentu atau seumpama dengannya.
Contohnya suami berkata kepada isterinya: “Engkau telah kutalak”, maka dengan
ucapan ini ikatan nikah menjadi terungkai bermakna suami dan isteri akan bercerai.
Pensyariatan talak ini telah disabitkan melalui al-Qura’an, al Sunnah dan Ijma’.

Firman Allah S.W.T:

5
“Talak (yang boleh dirujuk kemabali itu) dua kali. Sesudah itu, bolehlah ia (rujuk dan)
memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan
(menceraikannya dengan cara yang baik).”

Surah al-Baqarah (2): 229

Islam telah menetapkan bahawa keputusan menjatuhkan talak berada di tangan


suami dan bukan isteri atau hakim atau kadi kecuali jika diminta oleh isteri. Kuasa
menjatuhkan talak oleh suami tidak dilaksanakan sewenang-wenangnya. Talak
menurut al-Qur’an ialah dua kali yang bererti talak tidak boleh dijatuhkan tiga kali
sekali gus. Jika berlaku demikian, yang jatuh cuma satu sahaja. ‘Abd al-Rahman al-
Jaziridalam bukunya Al-Fiqh ‘Ala-Madhahib Al-Arba’ah, seorang suami yang merdeka
memilik tiga talak sekalipun suami bagi seorang hamba perempuan. Manakala
seorang hamba (suami) memilik dua talak sekalipun dia merupakan suami bagi
perempuan yang merdeka. Sekiranya seorang lelaki (suami) mentalakkan isterinya
tiga kali sekali gus dalam satu masa, sebagaimana suami berkata kepada isterinya,
‘aku talakkan engkau dengan talak tiga”, maka jatuhlah talak, sepertimana yang ia
tuturkan itu dari segi bilangannya menurut keempat-empat mazhab. Maka inilah yang
dijadikan sebagai dasar Syariah Islam yang dikehendaki Allah SWT dan Nabi
Muhammad SAW.
Dalam hal ini juga Islam telah menetapkan bahawa seorang suami yang
menjatuhkan talak ke atas isterinya tanpa ada sebab musabab dikehendaki
membayar muta’ah iaitu harta benda yang wajib diberikan oleh suami yang
menceraikan isterinya. Ini bererti hak talak turut diiringi dengan tanggungan kewangan

6
yang perlu dipenuhi oleh suami. Bersesuaian dengan itu, Islam juga membenarkan
isteri membuat tuntutan cerai melalui kadi. Jika si suami tidak mampu memberi nafkah
atau mempunyai kecacatan yang tidak boleh sembuh atau tindakannya yang zalim
dan sebagainya. Syarat utama untuk membolehkan wanita untuk menuntut cerai ialah
mestilah ada alasan syar’ie yang dibenarkan oleh hukum. Sabda Rasulullah SAW
mafhumnya yang bermaksud

“Setiap isteri yang meminta cerai dari suaminya tanpa apa-apa (alasan yang
dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga”

Namun begitu, seorang isteri masih mempunyai tiga cara untuk menuntut
penceraian iaitu yang pertama Ta’liq yang bererti talak yang digantung dengan syarat
melalui lafaz yang dilakukan oleh suami di waktu pasangan (suami isteri) dinikahkan.
Berakad nikah boleh diikat dengan syarat-syarat, asal sahaja perkara-perkara
tersebut tidak menyalahi hukum Allah SWT.
Seterusnya ialah tuntutan melalui Fasakh. Bagi memelihara hak wanita (isteri)
dan menolak bahaya serta kemudaratan menimpanya,maka syariat Islam
membolehkan seorang perempuan cukup umur memfasakhkan nikahnya dengan
perantaraan Hakim Syariah (Kadi) jika seseorang suami itu tiada kuasa memberi
kepada isterinya perkara-perkara seperti belanja maka dan minum, pakaian, rumah
yang sepatutnya dan membayar maharnya yang tunai sebelum melakukan
persetubuhan, disebabkan kepapaan, kecacatan akal, penyakit menular hingga
menghalang hubungan kelamin dan ketidakupayaan untuk melakukan hubungan
kelamin.
Akhir sekali ialah, Tebus Talak iaitu khulu’. Ianya diharuskan bagi isteri
mendapatkan penceraian melalui tebus talak iaitu dengan membayar kepada suami
suatu benda yang bernilai sebagai ganti berdasarkan persetujuan kedua belah pihak.
Pembayaran itu boleh dibuat dengan mata wang atau benda yang bernilai atau
memulangkan mas kahwin dan sebagainya. Seorang isteri yang menuntut cerai
melalui ta’liq dan fasakh tiada tanggungan kewangan untuk membayar ganti rugi ke
atas suaminya. Namun, jika seseorang itu menggunakan haknya menuntut cerai
melalui khulu’ yang mana ia tiada apa-apa alasan tetapi semata-mata untuk
membebaskan diri dari ikatan perkahwinan, maka isteri perlu membuat suatu
pembayaran sebagai ganti rugi kepada suaminya.

7
Tuntasnya, syariat Islam walaupun membenarkan proses penceraian, tetapi
telah menetapkan syarat-syarat yang ketat kepada penceraian dan sebuah
mahkamah khas didirikan untuk menguruskan perkahwinan dan penceraian Islam
khususnya di Malaysia iaitu Mahkamah Syariah. Justeru, semua perkahwinan dan kes
penceraian Islam mempunyai peraturan dan syarat-syarat tersendiri dan mesti
didaftarkan di bawah undang-undang keluarga Islam sama ada mengenai
perkahwinan, penceraian ataupun pembubaran perkahwinan.

5.0 BENTUK KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN UNDANG-UNDANG


KEKELUARGAAN NEGERI

Setiap insan yang ingin mendirikan rumah tangga bukan hanya perlu mengambil tahu
tentang prosedur perkahwinan sahaja bahkan juga perlu faham akan kesilapan yang
boleh di sabitkan kesalah di bawah enakmen undang-undang kekeluargaan. Hal ini
kerana, ramai pasangan muda sekarang ini tidak mengambil peduli tentang bentuk-
bentuk kesalah di bawah enakmen kekeluargaan yang akhirnya membawa masalah
kepada diri sendiri dan juga pasangannya. Antara kesalahan yang banyak dilakukan
oleh pasangan muda pada zaman sekarang ini ialah bernikah di Thailand, Indonesia
atau di mana-mana negara lain selain di Malaysia. Sekiranya sesuatu perkahwinan
tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan, maka hukuman akan dikenakan
terhadap pasangan tersebut. Hal ini telah ditetapkan dalam Seksyen 40 yang
menyatakan bahawa semua bentuk pernikahan yang dilangsungkan tanpa kebenaran
Pendaftar Nikah adalah menjadi satu kesalah dan boleh dikategorikan sebagai
pernikahan yang tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pasangan akan
dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tempoh
enam bulan atau kedua-duanya sekali
Seterusnya, akuan atau pernyataan palsu bagi mendapatkan perkahwinan
secara sah. Kesalahan bagi akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan
perkahwinan secara sah ini merujuk kepada dua bentuk prosedur permohonan
perkahwinan iaitu memohon kebenaran untuk berkahwin daripada pendaftara di mana
tempat pihak perempuan bermastautin dengan menggunakan borang yang ditetapkan
dan memohon kebenaran untuk berkahwin daripada mahkamah. Hakim Syarie akan
membuat pengesahan mengikut UUKI sebelum majlis akad nikah dilangsungkan.
Perkara ini terkandung dalam Seksyen 17 dan 18 iaitu dalam kes-kes tertentu seperti
perkahwinan bawah umur, perkahwinan perempuan janda, perempuan yang tidak

8
mempunyai wali nasab mengikut hukum syarak dan juga poligami. Oleh kerana
prosedur UUKI memerlukan pasangan yang ingin berkahwin mendapat kebenaran
sama ada dari pendaftar ataupun hakim syarie untuk kes-kes tersebut. Ada
sesetengah pihak sengaja membuat keterangan dan atau akuan palsu untuk
mendapatkan kebenaran. Sekiranya keada tersebut berlaku, maka mereka akan
dikenakan denda di bawah seksyen 40.

5.1 KES NUSYUZ

Dalam EUUKIK 2008, perkataan nusyuz disebut sebanyak 3 kali sahaja iaitu 2
kali disebutkan dalam sek 60 dan sekali di dalam sek 66. Dalam sek. 60 disebutkan
berkaitan hak isteri untuk mendapatkan nafkah dari suaminya semasa dalam
pernikahan, manakala sek 66 pula adalah mengenai hak isteri untuk mendapatkan
nafkah ketika dalam iddah.
Istilah nusyuz hanya dikaitkan dengan tindakan isteri sahaja dan tiada tafsiran
khusus bagi nusyuz suami. Walaupun terdapat undang-undang yang menyebut
tindakan suami nusyuz seperti tidak adil dalam berpoligami, menganiayai isteri,
meninggal langsung isteri, namun istilah nusyuz tidak diguna pakai terhadap suami.
Kebanyakan kes-kes nusyuz yang dibangkitkan di mahkamah adalah berkaitan
tindakan isteri meninggalkan rumah suaminya. Namun, sejak kebelakangan ini,
penulis mendapati semakin banyak muncul kes-kes nusyuz yang mana pihak suami
mendakwa isterinya mempunyai hubungan intim dengan lelaki lain. Dalam kes
dakwaan isteri meninggalkan rumah, sebelum mensabitkan nusyuz, biasanya
mahkamah akan merujuk kepada Hukum Syarak terlebih dahulu seperti tentang
keadaan tempat tinggal (maskan syarie) atau rumah yang dicadangkan tersebut.
Dato’ Sheikh Ghazali bin Abdul Rahman telah menggariskan beberapa ciri
maskan syarie iaitu tempat tinggal yang disediakan adalah berasingan dan sesuai
dengan taraf kewangan suami. Selain itu, tempat tinggal itu sesuai dengan keadaan
kedua-dua suami isteri dan dapat memberi perlindungan cukup untuk menjaga diri
dan harta benda. Tambahan lagi, tempat itu lengkap dengan bahagian penting seperti
bekalan air, tandas, dapur dan sebagainya serta tidak mendatangkan gangguan
kepada dia daripada sesiapa yang turut tinggal di situ.

9
5.1.2 KES SANISAH LAWAN ZULKIFLI
Dalam kes ini, isteri telah menuntut mutaah dari bekas suaminya, namun suami
pula mendakwa isterinya tidak berhak mendapat mutaah akibat penceraian ini kerana
isterinya sendiri yang selalu mendesak dia untuk bercerai. Namun begitu, mahkamah
berpendapat isteri masih berhak menuntut mutaah kerana penceraian itu berlaku di
luar mahkamah. Dalam penghakimannya, YA Hakim menyatakan:
“walaupun defendan mendakwa dia menceraikan isteri akibat didesak oleh isteri
tetapi beliau sepatutnya tidak menceraikan isterinya, perkara ini sepatutnya tidak
berlaku kerana isteri masih boleh mendapat mutaah disebabkan desakan seperti itu
tidak kira hukum syarak sebagai desakan tetapi pilihan isteri itu sendiri, isteri tidak
berhak mendapat mutaah sekiranya perceraian secara fasakh atas dua alasan iaitu
kerana suami mati pucuk dan kerana suami murtad”

Oleh kerana penceraian itu disebabkan suami sendiri yang melafazkan cerai di luar
mahkamah dan desakan itu pula bukannya desakan pada pandangan hukum syarak
sudah tentulah isteri layak mendapat mutaah itu.

5.1.3 KES FAKHARIAH LAWAN JOHARI


Kes ini adalah Kes Rayuan Mal berlaku pada 1988 di Selangor. Fakta kesnya adalah
isteri menuntut cerai taklik dengan alasan suaminya telah gaga emberi nafkah
kepadanya lebih 4 bulan. Dalam perbicaraan suami membangkitkan isu bahawa
isterinya tidak berhak mendapat nafkah kerana telah nusyuz iaitu keluar
meninggalkan rumah tanpa keizinan. Dalam penghakiman mereka, Mahkamah
Rayuan telah menyatakan:
“keterangan yang diberi dalam kes ini menunjukkan walaupun isteri itu tidak lagi
tinggal bersama suami itu selepas 25 November 1986, suami tidak membuat apa-apa
aduan kepada mahkamah bahawa isterinya telah nusyuz dan tidak mengambil
langkah untuk mendapat perintah nusyuz dari mahkamah. Atas alasan ini juga kami
berpendapat isteri berhak mendapatkan cerai takliknya disabitkan.”

Berdasarkan kes di atas, jelas bahawa apabila suami mendapati isterinya Nusyuz,
suami perlu memulakan tindakan proaktif iaitu dengan membuat aduan ke mana-
mana Pejabat Agama untuk satu sesi kaunseling untuk menasihati pihak-pihak bagi
menyelesaikan krisis yang dihadapi. Jika suami tidak mengambil sebarang tindakan
wajar, maka kemungkinan isteri tidak dapat disabitkan sebagai nusyuz. Nusyuz ini
biasanya akan dimulakan dengan tuntutan taat terlebih dahulu yang dikemukakan
oleh suami. Jika selepas perintah isteri taat dikeluarkan, isteri masih lagi enggan,
maka isteri boleh disabitkan nusyuz.

10
RUJUKAN

Abdul Jalil Hj. Mohd Hassan. (1992). The Islamic of Marriage, Islamik II, Kuala
Lumpur: Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya
Ahmad Ibrahim. (1999). Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia. Malayan Law
Journal Sdn Bhd.
Boestamam Ahmad Dan Farah Safura Muhammud. (2011). Dari Fail Mahkamah
Syariah. Kuala Lumpur: Inteam Publishing Sdn Bhd.
Mat Saad Abd. Rahman. (1993). Undang-undang Keluarga Islam, Aturan
Perkahwinan, Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa. Shah Alam:
Hizbi Sdn Bhd.
Mahmood Zuhdi Abdul Majid. (2010). Transformasi Fikah Semasa. Selangor: PTS
Islamika Sdn Bhd.

Raihanah Abdullah. (2003). “Antara Hak Suami dan Hak Isteri Menurut Undang-
Undang Keluarga Islam di Malaysia,” Jurnal Syariah 11, 1: 131-144.

Rozumah Baharudin & Rumaya Juhari. (2002). Pengantar Perkahwinan dan


Keluarga. Serdang: Universiti Putra Malaysia

http://www.mswp.gov.my/mswp/images/stories/Files_MSWP/PDF_Files/akta%20und
ang-undang%20keluarga%20islam%20%28wilayah-
wilayah%20persekutuan%29%201984.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/5182/3/BAB_2__The_latest_.pdf

11