Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENDAHULUAN
Kertas cadangan ini dibentangkan adalah untuk mendapat persetujuan dan perbincangan
bagi menubuhkan Persatuan Komputer Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Cadangan penubuhan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan serta memberi
pendedahan kepada guru pelatih tentang perkembangan teknologi yang mungkin dapat
membantu guru semasa menjalankan tugas. Cadangan ini juga sudah beberapa kali
diutarakan oleh beberapa orang pensyarah namun belum ada titik permulaannya. Justeru
itu, saya Ali Abdulrahim selaku wakil dari kelas minor bagi kursus Teknologi Maklumat dan
Komunikasi mencadangkan agar penubuhan persatuan ini dipersetujui oleh pihak yang
terlibat.

2.0 MATLAMAT
Matlamat penubuhan persatuan ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada
guru tentang kepentingan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini adalah bertepatan dengan cara P&P yang baharu iaitu memerlukan teknik
pengajaran abad ke-21 yang mana banyak menerapkan unsur komunikasi, kolaboratif,
kerjasama, serta pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi.

3.0 OBJEKTIF
Penubuhan persatuan komputer ini bertunjangkan kepada lima paksi objekti yang utama.
Antaranya ialah:
3.1. Mewujudkan guru celik IT
3.2. Mewujudkan guru yang mampu menggunakan teknologi dalam prosespengajaran
dan pembelajaran selaras dengan keperluan TPCK
3.3. Mewujudkan guru berpengetahuan luas baik dari segi teknologi, pedagogi dan
pengetahuan semasa.
3.4. Mendedahkan kepada guru tentang perisian-perisian baharu seperti Khan Acadamy,
Schology yang mampu membantu guru dalam PdP.
3.5. Melatih guru pelatih untuk menggunakan perisian-perisian, baharu seperti:
3.5.1. Kahoot
3.5.2. Prezi
3.5.3. Powtoon
3.5.4. Canva
3.5.5. Adobe Photoshop
4.0 CADANGAN NAMA PENUBUHAN
“PERSATUAN GURU DIGITAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA
MELAYU”
5.0 JENIS PERSATUAN
Persatuan akademik
6.0 LOGO

7.0 MOTO
“Bersama kami meneraju teknologi dalam pendidikan”
8.0 VISI DAN MISI
Visi
Mewujudkan guru yang peka dengan perkembangan teknologi dan mampu
mengaplikasikannya dalam bilik darjah
Misi
1. Memberi pendedahan kepada guru tentang aplikasi-aplikasi baharu
2. Melatih guru untuk menggunakan aplikasi baharu di dalam bilik darjah
3. Mendedahkan guru kepada isu-isu semasa tentang teknologi dalam pendidikan
9.0 SASARAN KEAHLIAN
Semua pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu yang mengambil program PPISMP dan
PISMP

10.0 BORANG KEAHLIAN PERSATUAN


Rujuk lampiran 1
11.0 RANCANGAN TAHUNAN PERGERAKAN PERSATUAN GURU DIGITAL
BIL AKTIVITI PENETAPAN OBJEKTIF / STRATEGI TINDAKAN
MASA

1 Pendaftaran Januari Pengambilan ahli baharu Penyelaras


ahli Jun persatuan
2 Mesyuarat Januari - Perancangan tahunan Penyelaras
April - Pembahagian tugas persatuan/
Julai - Taklimat tugas pensyarah
Sepetember penasihat
3 Kemaskini Januari - Memastikan peralatan Juruteknik
alatan ICT ICT berada dalam komputer &
keadaan baik untuk ajk
digunakan keselamatan
4 LDP VLE Frog Januari - Menerangkan kaedah AJK ICT
Julai baru dalam
Ogos pembelajaran maya
5 Google Mac - Menerangkan tentang AJK ICT
Education penggunaan Google
Edu
- Pengaplikasian Google
Docs, Google Sheets,
Google Slides, Google
form dan Google
Drawings
- Pendedahan kepada
Google Drive dan
Google Classroom
6 Aplikasi untuk April - Pengenalan kepada AJK ICT
pembentangan Haikudeck
- Pengenalan kepada
Draw and Tell
- Pengaplikasian
Animoto
7 Aplikasi untuk Mei - Pengaplikasian AJK ICT
projek Schoology
berkolaborasi
- Pengaplikasian
Mindmeister

8 Pemberitahuan Mac - Pemberitahuan tentang AJK


isu semasa Mei isu-isu semasa tentang Hebahan
Ogos teknologi dalam
Oktober pendidikan
9 Lawatan ke Ogos -
“Google
Malaysia Sdn
Bhd”
-

12.0
13.0
14.0 PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUAN GURU
DIGITAL IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN


Pada mematuhi subperturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No.
41 Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb Mei 1998, maka berikut ini
dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Guru Digital Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT


1.1 Nama Persatuan : Persatuan Guru Digital IPG Kampus Bahasa
Melayu
1.2 Alamat : 59990, Lembah Pantai Kuala Lumpur

PERATURAN 2 MATLAMAT
Memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang kepentingan serta kelebihan
penggunaan aplikasi baharu dalam pengajaran dan pembelajaran.

PERATURAN 3 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan guru yang mampu mengaplikasikan unsur TMK dalam
pengajaran dengan baik dan berkesan.
3.2 Mewujudkan guru yang mahir menggunakan TMK
3.3 Mewujudkan guru yang mampu menyelesaikan masalah berkaitan dengan
TMK

PERATURAN 4 KEAHLIAN
6.1 Dibuka kepada semua pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu yang mengambil
program PPISMP dan PISMP.
6.2 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi
menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5 PENSYARAH PENASIHAT


5.1 Pensyarah penasihat adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah IPG ini.
5.2 Pensyarah Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA


6.1 Dilantik semasa mesyuarat agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli
yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan
sebagai ahli jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Pensyarah Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat
7.4.1 Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat peletakan jawatan kepada Pensyarah Penasihat.
6.5 Ahli jawatankuasa persatuan hendaklah terdiri:
5.6.1. Pengurusi
5.6.2. Naib Pengerusi
5.6.3. Setiausaha
5.6.4. Penolong Setiausaha
5.6.5. Bendahari
5.6.6. Penolong Bendahari
5.6.7. Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung kepada keperluan)

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari semasa ke semasa
7.2 Naib Pengerusi
7.7.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diberi.
7.7.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah
Penasihat dari semasa ke semasa.

7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat
7.3.2 Mencatat, dan menandatangani minit mesyuarat/ laporan kegiatan-
kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah
Penasihat

7.4 Penolong Setiausaha


7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah
Penasihat.

7.5 Bendahari
7.7.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.
7.7.2 Menyediakan dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya.
7.7.3 Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
7.7.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa
7.7.5 Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan
dalam Mesyuarat Agung.
7.7.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari semasa ke semasa.
7.6 Penolong Bendahari
7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh Pensyarah Penasihat
dari semasa ke semasa.
7.7 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

PERATURAN 8: KEWANGAN
8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui pembayaran yuran yang
diputuskan semasa mesyuarat agung dan telah diluluskan sebanyak RM10
seorang sebulan
8.2 Persatuan juga boleh memperoleh sumber kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan
besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4 Semua pungutan/ pembayaran boleh dimasukkan ke dalam akaun sekolah
sekiranya mendapat kebenaran Pengarah.
PERATURAN 9: KEHADIRAN / PENYERTAAN
8.1
15.0
16.0 STRUKTUR JAWATANKUASA
Pengarah

Pensyarah
penasihat

Pengerusi

Timbalan
Setiausaha Bendahari
pengerusi

Pen. Pen.
Setiausaha Bendahari

Ahli
Jawatankuasa

17.0 KEAHLIAN
18.0 PENTADBIRAN
2.0 OBJEKTIF
Mewujudkan guru celik IT