Anda di halaman 1dari 4

SJK ( T ) LADANG VICTORIA

LAPORAN HARI PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2018.

Pada 31 Disember 2017, SJK ( T ) Ladang Victoria telah mengadakan hari pendaftaran
bagi murid-murid Tahun 1. Majlis ini bermula pada pukul 8.30 pagi. Dalam majlis tersebut, satu
taklimat telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa murid-murid Tahun 1 tentang
sesi persekolahan yang akan dijalankan. Seramai 27 orang murid telah mendaftar bagi sesi
prsekolahan tahun 2018 .

Setelah selesai sesi taklimat,, majlis diteruskan dengan bayaran perbelanjaan persekolahan
2018 serta pembelian buku latihan murid-murid Tahun 1. Ibu bapa juga diminta mengisi borang
maklumat murid yang diedarkan oleh guru kelas .

Selain itu, ibu bapa diminta membawa bersama beberapa dokumen seperti kad suntikan
kanak-kanak, surat kelulusan penempatan, salinan surat beranak, gambar berukuran passport dan
borang maklumat murid yang telah siap diisi untuk diberi kepada guru kelas Tahun 1.

Disamping itu , taklimat berkaitan tentang Semakan KSSR , PBS , PAJSK dan bahagian
HEM juga telah diberikan oleh barisan pentadbir sekolah kepada para ibu bapa yang hadir pada
hari tersebut .

Secara keseluruhannya, hari pendaftaran murid tahun 1 ini berjalan dengan lancar.Ramai
ibu bapa yang dapat menghadirkan diri pada hari tersebut.

Laporan disediakan oleh ,

______________________

( SARASWATHY JAYASANKARAN )
Laporan
hari pendaftaran
tahun 1 2018

TARIKH : 31 DISEMBER 2017 ( AHAD )


TEMPAT : SJK ( T ) LADANG VICTORIA

ANJURAN : UNIT HEM STLV