Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN DAN SKEMA PEMARKAHAN – BM KERTAS 2

PANDUAN MEMERIKSA

BAHAGIAN A ( 10 MARKAH )
Aspek-aspek yang dinilai :
1. Menjawab tugasan
2. Ayat
3. Kata ( imbuhan/kata ganda/kata majmuk )
4. Kosa kata
5. Ejaan dan tanda baca

Idea Cadangan

Nombor Aktiviti
1 memaku mengetuk/membina/menyiapkan/membaik pulih/membaiki/menukul
2 menyusun/memasukkan/mengatur/memegang/memerhati/membilang/menghitung/mengira
3 membawa/mengangkat/menghulurkan/memberi/memasukkan
4 melutut/memegang/menanam/mengalih/mengubah
5 menyorong/menolak/menghantar/mengangkut/membawa
6 menyiram/menjirus
7 menyemai/menanam
8 mencabut/merumput/menanam/menyemai
9 mencangkul/menggembur/membina/membuat batas/mengorek/menimbus/menggali

1
PERATURAN DAN SKEMA PEMARKAHAN – BM KERTAS 2

Nota tambahan berdasarkan soalan UPSR Tahun 2013 sahaja.


1. Aktiviti yang berulang dengan watak yang berbeza diterima. Untuk lebih selamat calon perlu mengelakkan
aktiviti berulang. ( Aktiviti no 4,7 dan no 8 iaitu menanam berulang watak berbeza boleh diterima )

2. Terima lima ayat yang pertama sahaja jika calon menulis lebih lima ayat dan tidak layak diberi markah penuh.
Maksudnya ialah murid menjawab/menulis lebih 5 ayat tidak layak mendapat 10 markah penuh
walaupun tidak ada apa-apa kesalahan bahasa ( 9 markah ) . Jika ada kesalahan markah akan turun aras
BAIK ( 7 – 8 markah )

3. Terima suasana di kebun / di ladang sahaja.


Skema KBAT/HOTS iaitu jawapan murid selain tempat di atas tidak diterima.

4. Penggunaan perkataan SEDANG dalam setiap ayat diterima.


Disarankan murid tidak mengulangi penggunaan perkataan sedang lebih 2 kali kerana pemeriksa
menganggap penggunaan perkataan terhad / tidak meluas.

5. Impression turun jika ayat yang ditulis itu ayat tunggal. ( Rujuk nota no: 15 )

6. Ayat majmuk yang menggunakan perkataan SEDANG layak diberi markah CEMERLANG.

7. Penandaan ( / ) dihujung ayat diselaraskan kepada semua guru Bahasa Melayu.

8. Jumlah patah perkataan dalam ayat tidak diambil kira


Bilangan patah perkataan dalam setiap ayat tidak diambil kira atau tiada tolakan markah. Cuma murid-
murid perlu diingatkan supaya membina ayat majmuk yang sesuai supaya tidak terdedah dengan
kesalahan bahasa jika ayat terlalu panjang.

9. Penggunaan kata ganti nama / watak diterima.


Nama watak ( Ali , Abu , Aminah ) Kata ganti nama ( ibu , ayah , guru) Kata ganti ( seorang lelaki ,
seorang perempuan ) Kata ganti ( dia , mereka )
Kata bilangan seperti beberapa orang tidak digalakkan kerana akan mengganggu idea-idea lain / aktiviti
seterusnya untuk membina ayat.

10. Ayat-ayat yang dibina dalam bentuk kesinambungan cerita menggunakan penanda wacana markah maksimum
aras BAIK.
Contohnya ayat dimulakan dengan penanda wacana .. Selain itu , .. Akhir sekali , … Di
samping itu, …

11. Terima idea yang tersurat sahaja.


Andaian / aktiviti tidak jelas dalam gambar tidak diterima.

12. Penggunaan perkataan Bahasa Inggeris tidak diterima kecuali perkataan Bahasa Inggeris itu tiada dalam
Bahasa Melayu.
13. 5 suasana / 5 aktiviti / 5 suasana dan aktiviti diterima.
15. Ayat tunggal yang dimajmukkan masih dianggap sebagai ayat tunggal.
Pak Abu sedang membaiki pagar manakala Pak Ali menanam sayur.

14. 5 ayat majmuk yang tidak mempunyai keterangan diterima dan mula dengan aras BAIK.
15. 5 ayat bercampur antara ayat majmuk dengan ayat mudah
 4 ayat majmuk dan 1 ayat mudah - CEMERLANG ( 9 -10 markah )
 3ayat majmuk dan 2 ayat mudah - BAIK ( 7 – 8 markah )
 5 ayat tunggal - MEMUASKAN ( 4 – 6 markah )

2
PERATURAN DAN SKEMA PEMARKAHAN – BM KERTAS 2

Contoh ringkas cara membina ayat dan aras markah yang diberikan.
SALAM

S - siapa
A - aktiviti
L - lokasi
A - alat
M - mengapa

S – siapa - menggunakan nama orang ( Ali , Abu , Osman …. )


- menggunakan kata nama ( pak cik , ayah ……)
- kata ganti nama ( dia, mereka , …… )
- kata bilangan ( seorang lelaki , beberapa …… )

A – aktiviti - aktiviti yang dilakukan / perbuatan dalam gambar sahaja


- suasana dalam gambar diterima

L – lokasi - tempat

A - alat - alatan yang digunakan

M – mengapa - sebab / huraian lanjut

Nota : Pernyataan AKTIVITI atau SUASANA dalam ayat merupakan penentu utama atau kunci
jawapan murid diterima oleh pemeriksa.

SA
Pak Abu sedang membaiki pagar. ( Memuaskan 4 – 6 markah )
Markah aras memuaskan kerana murid membina ayat mudah atau ayat tunggal.

SAL
Pak Abu sedang membaiki pagar di kebunnya. ( Baik 7 – 8 markah )
Boleh dianggap ayat gramatis kerana menggunakan kata sendi ‘ di ‘ tetapi masih dianggap
ayat majmuk yang mudah.

SALA
Pak Abu sedang membaiki pagar di kebunnya dengan menggunakan paku dan penukul.
( Cemerlang 9 – 10 markah )

SALAM
Pak Abu sedang membaiki pagar di kebunnya dengan menggunakan paku dan penukul supaya
tidak dimasuki haiwan. / dengan berhati-hati . ( Cemerlang 9 – 10 markah )

SA - asas utama jawapan murid diterima ( markah aras memuaskan )


LAM - perluasan ayat / ayat gramatis/ayat majmuk ( aras baik dan cemerlang

Anda mungkin juga menyukai