Anda di halaman 1dari 8

MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Suara Kanak-
kanak dan
Remaja

Mengenal pasti Membuat koleksi


Perkembangan Melatih teknik
Menyanyi & menangani repertorie
vokal kanak- vokal untuk
mengikut pic masalah nyanyian sesuara
kanak dan kanak-kanak
yang tepat nyanyian dalam dan berlapisan
remaja dan remaja
kelas suara untuk
sekolah rendah

Perkembangan Vokal Kanak-Kanak Dan Remaja


Suara adalah satu anugerah tuhan kepada setiap manusia. Setiap manusia mempunyai suara yang unik dan
tersendiri dan tidak sama antara satu degan yang lain. Suara juga berbeza diantara lelaki dan perempuan.
Disamping itu juga ia juga berbeza diantara lelaki dewasa, lelaki remaja dan lelaki kanak-kanak serta
diantara wanita, remaja perempuan dan kanak-kanak perempuan. Suara akan berubah menjadi lebih garau
bagi kanak-kanak lelaki apabila meningkat dewasa.

Renj suara berbeza mengikut individu yang berbeza. Suara lelaki adalah lebih rendah picnya dari suara
wanita. Suara kanak-kanak lelaki pula lebih tinggi dari suara lelaki dewasa. Adalah sukar untuk mendapatkan
suara bes dalam pasukan koir di kalangan pelajar lelaki di sekolah rendah dan di kalangan wanita. Adalah
sukar juga untuk mendapatkan suara soprano di kalalangan lelaki dewasa.

Renj dan Tesitura suara Kanak-kanak 6 hingga 9 tahun


Sumber: Campbell & Kassner, 1995: 130

Melatih Teknik Vokal Untuk Kanak-Kanak Dan Remaja


Untuk menghasilkan vokal yang baik, latihan yang betul adalah amat diperlukan. Mutu vokal dan renj akan
dapat diperbaiki dan dipertingkatkan melalui latihan menggunakan teknik yang betul. Semasa menyanyi,
postur adalah amat penting. Ia mempengaruhi cara pernafasan, pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian
seseorang penyanyi. Kedudukan postur yang batul akan memudahkan penyanyi dan menjadikannya lebih
1
MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah
selesa. Pemanpilan di pandangan mata penonton juga menjadi lebih baik. Ini adalah kerana tubuh badan
adalah berfungsi ibarat alat muzik semasa nyanyian. Dalam keadaan yang normal, sesebuah persembahan
nyanyian adalah dalam bentuk postur duduk dan postur berdiri sahaja. Terdapat beberapa teknik yang boleh
dipraktikkan untuk mendapatkan postur yang betul dan seterusnya menghasilkan mutu vokal yang lebih baik.

Bagi postur nyanyian semasa duduk, beberapa langkah perlu dipraktikkan. Penyanyi perlu duduk tegak
dengan kaki diregangkan sedikit. Jangan bersandar dan duduklah di separuh bahagian kerusi sahaja dengan
berat badan kehadapan. Kedua-dua kaki hendaklah diletakkan dengan selesa di atas lantai dengan sebelah
kaki dikehadapankan. Elakkan dari mengangkat bahu sementara tangan diletakkan di atas paha. Elakkan dari
mendongak kepala semasa menghasilkan not yang tinggi atau menunduk semasa menghasilkan not yang
rendah. Kebabasan kepala adalah penting dan ia perlu rileks. Pandang kehadapan ke arah penonton. Penyani
juga perlu mengelakkan dari mengangkat bahu. Ini adalah kerana ia akan mengganggu perjalanan udara dan
menghalang penghasilan ton. Semasa menarik nafas, elakkan dada yang tidak selesa kerana ia akan
nyanyian frasa lagu dengan baik. Seperti juga postur nyanyian semasa duduk, postur nyanyian semasa
berdiri juga mempunyai teknik yang tersendiri. Namun begitu terdapat persamaan postur secara berdiri dan
secara duduk pada bahagian atas badan. Yang membezakannya hanyalah bahagian kaki sahajadan tangan
sahaja. Tangan perlu diletakkan di belakang badan atau di sisi badan dalam keadaan selesa. Kaki juga dalam
keadaan selesa dengan imbangan berat badan diletakkan di kedua-dua kaki. Ia juga perlu diregangkan sedikit
dengan sebelah kaki di ke hadapankan sedikit. Perletakan kaki adalah dalam bentuk ‘V’.

Pernafasan yang lancar akan menjamin udara yang cukup untuk membatu menghasilkan mutu suara yang
berkualiti.terdapat empat fasa dalam menarik nafas iaitu tarik nafas, tahan mengeluarkan nafas dan
pemulihan. Fasa ini akan terus berulang dan berluang lagi. Suara akan dikeluarkan semasa fasa menghembus
nafas. Suara akan keluar bersama-sama udara yang terhembus. Frasa lagu yang panjang memerlukan nafas
yang panjang. Terdapat beberapa teknik yang perlu dipraktikkan untuk menjadikan mutu suara lebih baik.
Penyanyi perlu bernafas melalui mulut dan bukannya melalui hidung. Semasa bernafas, penyanyi akan dapat
merasakan bahagian dadanya akan membesar. Pernafasan yang baik ada berhubungkait dengan postur
badan yang betul samada secara berdiri atau secara duduk. Mulut perlu dikukan dengan besar supaya suara
yang dikeluarkan adalah lebih jelas.

Bebepapa perkara perlu dielakkan iaitu jangan naikkan dan menarik ke belakang bahagian bahu serta jangan
naikkan bahagian dagu. Jangan juga mendongakkan kepala terutamanya semasa menyanyikan lagu yang
mempunyai pic yang tinggi.selalu gunakan udara dari perut semasa menyanyi. Terdapat beberapa latihan
ringkas untuk latihan pernafasan yang boleh dipraktikkan di dalam bilik darjah atau oleh seseorang penyanyi.
Antara latihan yang boleh dijalankan ialah menghembus dan menarik nafas, bernafas secara mengejut,
bernafas secara staccato, bernafas secara legato dan bernafas secara forte. Antara aktiviti lain yang boleh
untuk memperbaiki pernafasan ialah aktiviti berlari, bersenam, menyelam, menghembus air di dalam baldi,
meniup belon, mencium bunga dan lain-lain lagi.

Menyanyi Mengikut Pic Yang Tepat


Pic ialah unsur muzik yang menggambarkan tinggi atau rendah sesuatu bunyi. Ia melibatkan bunyi dari alat
muzik dan juga vokal serta lain-lain bunyi dan diukur dengan hertz berasaskan kepada bilangan getaran per
saat. Pic yang tepat memerlukan latihan yang khursus. Latihan yang terbaik ialah latihan pic latihan lagu
solfa, latihan lagu fonasi dan latihan nyanyian lagu.

2
MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah

3
MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah

4
MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah

Latihan nyanyian

5
MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah

Mengenalpasti Dan Menangani Masalah Nyanyian Dalam Kelas

Antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru sewaktu persembahan nyanyian sama ada kumpulan
atau pun individu adalah pic yang tidak tepat dimana masalah pic yang tidak tepat biasanya berkait rapat
dengan pendengaran pelajar. Pelajar didapati tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada ketepatan bunyi
yang dihasilkan dari nyanyian mereka. Ia berlaku apabila pelajar menghadapi masalah seperti kebolehan
menyanyi yang baik, kelemahan membaca notasi muzik serta faktor persekitaran yang sering menganggu
para pelajar.

Hearing is an involuntary physical act that happens through our primary sense organ when sound waves
impinge upon the ear. Everyone with healthy ears can hear. Listening takes cultivation and evolves through
one's lifetime. (Pauline Oliveros, 2001).

Berdasarkan penyataan diatas dapat kita lihat bahawa latihan pendengaran merupakan latihan yang
paling penting apabila mempelajari muzik kerana ia dapat menerangkan dengan jelas terhadap konsep untuk
mendapatkan pic yang tepat. Konsep ini perlu difahami oleh semua murid. Kematangan pendengaran perlu
dipertingkatkan dan diperkembangkan dari masa ke masa dan ia hanya dapat dicapai melalui latihan yang
berterusan serta komitmen yang tinggi. Kemahiran pendengaran yang kurang baik sudah pasti akan
membebankan pelajar untuk memahami dan menguasai kemahiran nyanyian. Pelajar tidak akan dapat
mengetahui sama ada mereka telah menyanyi dengan betul atau salah. Jika ini berlaku, sudah pasti mereka
tidak dapat menikmati apatah lagi menghayati lagu yang dinyanyikan. Kesilapan membuat anggaran kelajuan,
tekanan dan jumlah udara inilah merupakan antara punca yang menyebabkan pic berubah dan akan memberi
kesan yang ketara pada pic, harmoni, dan sebagainya. Kesimpulannya, kesemua faktor ini diakibatkan oleh

6
MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah
kelemahan pendengaran yang membawa kepada kelemahan untuk melakukan perkiraan yang tepat untuk
menghasilkan pic yang tepat.
Masalah seterusnya adalah intonasi dan kualiti ton yang kurang baik. Ini menyebabkan bunyi yang
dihasilkan tidak tepat. Pic yang dihasilkan mungkin berbunyi sedikit rendah atau tinggi. Jika ini berlaku maka
bunyi yang dihasilkan akan menyebabkan berlakunya masalah intonasi. Masalah ini juga boleh berlaku
sekiranya ton yang dihasilkan oleh alat vokal itu tidak mencerminkan ton yang sewajarnya. Tambahan lagi
kualiti ton yang dihasilkan oleh seseorang penyanyi memberi kesan pada lagu yang dimainkan. Terdapat
pelajar-pelajar yang tidak dapat menghasilkan ton yang berkualiti seperti menyanyi terlalu kuat dalam
ensembel atau sering menyanyi di luar piawaian pic atau sumbang, ton yang kasar dan keras.
Selain daripada itu, masalah dinamik dimana ketepatan dinamik adalah sesuatu yang subjektif dalam
persembahan nyanyian. Aras dinamik tidak boleh dikurangkan pada sesuatu ukuran desibel (kekuatan bunyi)
kerana ianya berkaitan dengan kebolehan menginterpretasi skor, kemahuan jurulatih dan mood sesuatu lagu.
Selalunya masalah yang timbul kerana penyanyi tidak dapat merasai kekuatan sebenarnya sesuatu dinamik
seperti piano (p) atau forte (f). Semuanya ditentukan oleh berbagai aspek seperti, register, stail, pencipta,
zaman, kawalan bunyi daripada penyanyi, kehendak konduktor dan citarasa seseorang. Kegagalan penyanyi
mengamati tanda dinamik yang ditulis akan memberi kesan pada bunyi atau kemerduan sesuatu lagu dan
sudah pasti kekurangan warna atau kecantikan kepada lagu yang dipersembahkan.
Masalah ekspresi sering berlaku kepada pelajar yang kurang pengalaman muzik dan kurang diberi
pendedahan oleh jurulatih mengenai kehendak atau karektor nyanyian yang ingin dihasilkan. Mereka gagal
menterjemahkan karektor-karektor yang ditulis dalam skor kepada bunyi yang bermakna seperti mood lagu,
kualiti ton, ketepatan irama, keseimbangan, intonasi, dinamik, frasa lagu dan berbagai aspek estetika yang
terkandung didalam lagu tersebut. (Middleton, James, et. all,1998 )
Masalah pengfrasaan juga sering berlaku dalam nyanyian. Pengfrasaan biasanya ditandakan dengan
satu garisan yang menunjukkan pengfrasaan tersebut. Bahagian ini perlu dimainkan dengan licin tanpa putus.
Untuk mengelak daripada kesan terputus, maka ia dimainkan dengan satu pernafasan bagi satu frasa. Namun
demikian, permasalahan ini timbul apabila skor lagu tidak dilengkapi dengan tanda frasa. Jika tanda frasa tidak
dilengkapkan maka guru perlu meletakan tanda frasa tersebut. Ada kalanya permasalahan ini timbul
disebabkan oleh kecuaian guru dan pelajar mengesan frasa lagu. Oleh itu, proses penganalisisan perlu
dilaksanakan dan guru perlu menandakan pengfrasaan yang sesuai. Ini merupakan satu keperluan bagi
mengelak daripada berlakunya masalah pengfrasaan. Pengfrasaan juga berkait rapat dengan tempat
pernafasan iaitu tempat di mana pemuzik alat tiupan mengambil kesempatan untuk mengambil nafas sebelum
memulakan permainan mereka.
Pengfrasaan yang tidak betul akan memberi kesan terhadap persembahan keseluruhan. Persembahan
akan kedengaran seperti terputus-putus dan tidak lancar. Sedikit sebanyak ia akan mengganggu konsentrasi
para pemuzik dan menyebabkan pemuzik hilang konsentrasi serta tidak dapat mengeluarkan ekspresi yang
terbaik pada persembahan.
Harmoni juga merupakan salah satu masalah yang sering terjadi dalam persembahan ensemble.
Kebanyakan pelajar kurang memahami harmoni dan peranan atau karektor bagi setiap alat untuk
menghasilkan pic yang tepat, keseimbangan dan harmoni yang bermutu. Terdapat juga pelajar yang tidak
memahami keseimbangan di antara melodi, kaunter melodi dan pergerakan kord dalam lagu. Masalah ini
dapat diatasi dengan berbagai kaedah dan latihan yang perlu diberi kepada pelajar agar mereka dapat
meningkatkan kemahiran mendengar dan memahami pergerakan harmonik yang terdapat dalam lagu.
Setiap masalah yang timbul pasti mempunyai jalan penyelesaian. Bagi mengatasi masalah kekangan
masa, guru ataupun pengarah muzik boleh menyediakan prosedur latihan yang lebih jelas dengan
menyediakan satu jadual terperinci berkaitan dengan prosedur dalam latihan. Prosedur yang disediakan
secara teliti dapat membantu mereka dalam menyediakan rancangan mengajar dan melatih dengan lebih baik
dan berkesan. Perancangan yang baik ini akan membantu dalam menyediakan segala keperluan termasuklah
bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan dalam menyampaikan pengajaran. Ini dapat menjimatkan masa
yang banyak sekali gus mengelakkan daripada timbulnya pelbagai masalah kelak.
Seterusnya, masalah corak irama juga dapat dikurangkan jika guru menjadikan latihan corak irama
sebagai salah satu aktiviti wajib semasa warm-up. Perkenalkan beberapa corak irama pada setiap kali latihan
yang dijalankan. Ia perlu diperkenalkan mengikut urutan serta tahap pelajar iaitu daripada mudah kepada
tahap yang lebih mencabar. Terdapat pelbagai bahan seperti buku dan skor latihan telah diterbitkan untuk

7
MZE3023 Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah
tujuan tersebut. Ia juga boleh didapati menerusi laman web yang boleh diterokai menerusi Internet. Latihan ini
telah disediakan mengikut tahap-tahap tertentu oleh golongan profesional.
Guru juga boleh menganalisa nilai bagi corak irama tersebut agar pelajar faham dari segi teorinya.
Perkenalkan corak irama bahagian demi bahagian. Misalnya bar demi bar dengan menggunakan tempo yang
lambat dan lajukan tempo apabila kemajuan telah dicapai. Proses ini perlu diulang sehingga pelajar dapat
menguasainya secara praktikal. Cara penyelesaiannya lain ialah corak irama ditulis pada papan hitam dan
dibahagikan kepada quarter note kepada empat bahagian yang sama. Kemudian bilang dengan tempo yang
lambat setiap bahagian. Jurulatih perlu membimbing pelajar supaya menepuk irama dengan betul.
Selain itu, penggunaan audio visual mampu membantu pelajar bermain dengan ton yang baik. Kaedah
ini memerlukan kepada beberapa arahan yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar. Oleh itu, ia perlu dimulakan
dengan memberi arahan atau panduan kepada pelajar. Arahan dan panduan guru perlu jelas serta mudah
difahami. Ini penting agar pelajar tahu apa yang harus didengar dan diperhatikan. Pelajar perlu diminta untuk
membuat komen terhadap persembahan tersebut sebaik sahaja persembahan tamat.
Bagi mengatasi masalah berkaitan sinkopasi pula, satu kaedah yang digunakan untuk mendapat
ketepatan irama sinkopasi ialah melatih pelajar menyanyi dan menepuk irama pada keratan-keratan irama
yang terdapat sinkopasi. Selain itu, pelajar perlu menanda ‘downbeats’ dengan pensel pada skor. Cara ini
dapat membantu pelajar jika mereka menghadapi masalah percampuran not dan tanda rehat. Menconteng
skor dengan berbagai tanda adalah penting dan berkesan untuk mengingatkan pelajar mengenai berbagai
aspek yang terdapat dalam skor seperti pertukaran dinamik, artikulasi dan tempat yang sesuai untuk menarik
nafas. Ianya membantu pelajar mencapai tahap ketepatan irama yang diperlukan dalam skor.
Pic yang tidak tepat sememangnya suatu masalah yang agak rumit sekiranya tidak diatasi dengan
baik. Untuk mengatasinya, dicadangkan agar latihan pendengaran dijadikan latihan wajib bagi setiap sesi
latihan. Latihan ini akan memberi fokus kepada ketepatan pic. Latihan ini juga boleh diperkukuhkan semasa
melakukan warm-up.
Memberi arahan semasa permainan ensembel bertujuan untuk memperbaiki persembahan
terutamanya dari segi keseimbangan bunyi, mula dan akhir, frasa, dinamik, artikulasi dan sebagainya.
Terdapat dua kaedah yang digunakan semasa latihan nyanyian. Kaedah pertama memberi arahan dengan
menggunakan suara. Kaedah kedua ialah memberi arahan menerusi gerak badan dan tangan dengan
disertakan ekspresi wajah. Kaedah ini sememangnya berkesan jika pelajar telah dilatih dengan betul. Ia
memerlukan latihan yang berterusan sehingga ia menjadi satu kebiasaan bagi semua murid.
Ekspresi juga merupakan salah satu elemen yang harus diberi perhatian di dalam nyanyian. Konduktor
perlu memainkan peranan yang penting untuk membantu penyanyi menyanyi dengan ekspresi. Ia dapat
dilakukan dengan menggunakan gerakan badan dan melakonkan ekspresi wajah mengikut ekspresi yang
diinginkan. Konduktor perlu memberi penerangan mengenai bagaimana dan kenapa ekpresi sangat penting
semasa persembahan. Demonstrasi adalah cara yang paling berkesan untuk membantu pelajar mendapat
ekpresi yang betul. Penerangan secara lisan perlu diberi dengan jelas, tepat dan mudah difahami. Jurulatih
perlu menerangkan secara teliti apa yang perlu dilakukan untuk menghasilkan bunyi yang ekpresif.
Selain itu, untuk mengelakkan masalah-masalah sampingan berkaitan kumpulan penyanyi yang akan
dibentuk di sekolah, uji bakat perlu dilaksanakan. Uji bakat adalah bertujuan mendapatkan ahli-ahli yang
benar-benar mempunyai potensi dan kemampuan dalam nyanyian. Dalam hal ini, kita sebagai guru muzik
perlu tahu berapa bilangan ahli koir atau pemuzik yang diperlukan. Jumlah ahli akan mempengaruhi bunyi
keseluruhan yang dihasilkan nanti. Ini memudahkan proses keseimbangan bunyi. Melalui uji bakat juga kita
dapat memilih ahli yang betul-betul berdisiplin dan komited terhadap tanggungjawab dan peranan masing-
masing.

Anda mungkin juga menyukai