Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pendahuluan

Zaman Prasejarah ialah zaman sebelum wujudnya rekod bertulis tentang


kehidupan manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan. Sebelum wujudnya
sebuah masyarakat yang bertamadun atau mempunyai peradaban yang tinggi, sudah
wujud satu zaman yang dikenali sebagai zaman prasejarah. Ini dapat dibuktikan
melalui fakta sains tentang pembentukan bumi sejak 4 600 juta tahun yang lampau
dengan kehidupan di dasar laut bermula 1000 juta tahun lampau dan darat 600 juta
tahun kemudiannya. Perubahan umum dalam perkembangan pensejarahan manusia
boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu zaman batu yang sering dikaitkan dengan
zaman prasejarah dan zaman logam yang dikaitkan dengan zaman sejarah. Malahan
zaman prasejarah mempunyai pengertian dan ciri-ciri masyarakat yang tersendiri
sebelum wujudnya zaman sejarah dan tamadun awal manusia.

Istilah prasejarah mula digunakan oleh Paul Tournal apabila beliau menghuraikan
beberapa jumpaannya dari gua-gua di selatan Perancis sekitar tahun 1830-an bagi
menggambarkan tempoh masa sebelum wujudnya sistem tulisan. Istilah ini
diperkenalkan dalam bahasa Inggeris oleh Daniel Wilsom pada tahun 1851. oleh
kerana sistem dijadikan asas penentuan zaman prasejarah, maka tarikh akhir zaman
prasejarah bergantung kepada kemunculan sistem tulisan. Lebih kurang 5000 tahun
yang lalu, masyarakat di Iraq dan Mesir telah mencipta sistem tulisan yang bertujuan
merekodkan aktiviti pertanian dan pengutipan cukai. Perkembangan ini menandakan
bermulanya zaman prasejarah. “Pra” bermaksud sebelum, jadi prasejarah bererti
zaman sebelum sejarah yang masyarakatnya belum mengenal sistem tulisan.

Kemunculan zaman prasejarah tidak dapat dipastikan dan titik permulaan


dikatakan berlaku sejak 3 juta tahun yang lampau di benua Afrika apabila muncul
beberapa kumpulan primat yang mempunyai ciri-ciri manusia. Walaupun begitu, apa
yang dapat dipastikan ialah permulaan zaman prasejarah adalah berbeza-beza
mengikut kawasan dan bukti yang jelas ialah kewujudan zaman prasejarah di benua
Amerika hanya berlaku sekitar 20 000 tahun yang lampau. Disebabkan belum
wujudnya sistem tulisan, secara langsung kelompok manusia pada masa itu tidak
mempunyai kebolehan untuk merekod dan mencatat segala bentuk aktiviti yang
berkaitan dengan kehidupan mereka. Para sejarawan hanya dapat membuat
interpretasi terhadap bukti-bukti arkeologi yang ditinggalkan oleh masyarakat
prasejarah seperti ekofak, artifak, feature dan fosil. Oleh yang demikian zaman
prasejarah merupakan zaman yang berlaku sebelum wujudnya sistem tulisan dan
kemunculannya adalah berbeza-beza mengikut kawasan dan tempat. kajian terhadap
zaman prasejarah dan budayanya dijalankan oleh ahli-ahli arkeologi. Ahli-ahli
arkeologi adalah ‘saintis’ yang menyelidik objek-objek tinggalan manusia iaitu
tinggalan seperti artifak, feature dan ekofak. Artifak ialah barang-barang yang dicipta
oleh manusia seperti kapak, pisau dan pinggan mangkuk. Manakala feature ini adalah
tinggalan seperti struktur bangunan dan lubang sampah yang tidak dapat diubah.

1
Manakala Ekofak pula merupakan tinggalan seperti sisa makanan, tulang dan
tumbuh-tumbuhan.

2.0 Sistem Tiga Zaman

Pembangunan konsep Sistem Tiga Zaman dalam menjelaskan perkembangan


zaman manusia khususnya masyarakat Prasejarah telah diperkenalkan oleh seorang
pengurus Muzium Negara Denmark di Copenhagen yang bernama Christian Jurgensen
Thomsen pada sekitar tahun 1788 hingga 1865 yang mana mentakrifkan zaman
manusia prasejarah mengikut kronologi dari zaman Batu diikuti dengan zaman Gangsa
kepada zaman Besi. Sistem Tiga Zaman ini telah menjadi asas dan panduan kepada
ahli sejarah dan arkeologi seterusnya dalam mengenali masyarakat prasejarah secara
lebih menyeluruh.

2.1 Zaman Batu

Zaman Batu merupakan satu tempoh prasejarah yang luas semasa manusia
menggunakan batu untuk membuat alat-alat. Alat-alat batu yang digunakan dari
berbagai-bagai jenis batu. Contohnya Flin dan Rijang dibentuk atau diserpihkan untuk
digunakan sebagai perkakas pemotong dan senjata, manakala basalt dan batu pasir
digunakan untuk alat-alat batu berasah, seperti batu kisar. Kayu, tulang, cangkerang,
tanduk rusa dan bahan-bahan lain juga digunakan secara meluas pada zaman ini.
Pada akhir zaman ini, endapan iaitu seperti tanah liat telah digunakan untuk membuat
tembikar.

Zaman Batu merangkumi penerapan teknologi pertama yang meluas dalam


evolusi manusia serta penyebaran kemanusiaan dari savana Afrika Timur ke
bahagian-bahagian lain di dunia. Zaman ini berakhir dengan pengembangan pertanian,
pembelajinakan sebilangan haiwan, dan peleburan bijih tembaga untuk menghasilkan
logam. Zaman Batu diistilahkan sebagai prasejarah kerana manusia masih belum
memulakan penulisan dan merupakan permulaan sejarah yang tradisional, iaitu
sejarah tercatat.

2
Istilah Zaman Batu telah digunakan oleh ahli-ahli arkeologi untuk menandakan
zaman pra-metalurgi yang alat-alat batunya iaitu artifak jauh lebih tahan berbanding
dengan alat-alat yang diperbuat daripada bahan-bahan lain yang. Zaman ini ialah
zaman pertama dalam sistem tiga zaman.

Peralatan-Peralatan Zaman Batu

2.2 Zaman Gangsa

Zaman Gangsa ialah zaman prasejarah semasa orang membuat alat-alat daripada
sejenis logam yang dipanggil gangsa. Gangsa ialah pancalogam tembaga dengan
sedikit timah. Ketika itu, kayu, batu, dan bahan-bahan lain juga dipergunakan untuk
membuat alat-alat, tetapi gangsa adalah jauh lebih baik untuk kegunaan memotong
serta membelah, dan lebih mudah untuk dibentuk.

Seterusnya Zaman Gangsa tidak terjadi pada masa yang sama di seluruh dunia
kerana kelompok manusia yang berbeza memulakan penggunaan gangsa pada
masa-masa yang berbeza. Di Eropah Barat, Zaman Gangsa berlangsung sejak 2000
SM hingga 800 SM, dan di Timur Tengah, Zaman Gangsa bermula seribu tahun lebih
dahulu. Ahli-ahli arkeologi mempercayai bahawa manusia menjadi lebih teratur pada
Zaman Gangsa kerana membuat alat-alat logam adalah sesuatu kerja yang susah dan
memerlukan kemahiran khas. Oleh itu, orang-orang yang mempunyai kemahiran baru
ini dianggap sebagai orang yang penting. Kemudian, apabila alat-alat besi menjadi
popular, Zaman Gangsa berakhir dan Zaman Besi bermula. Zaman Gangsa terbahagi
kepada tiga subzaman yang utama mengikut tarikh-tarikh yang berhampiran, Zaman
Gangsa Awal sekitar 3500 hingga 2000 SM, Kemudiannya Zaman Gangsa Pertengahan
sekitar 2000-1600 SM dan Akhir sekali iaitu Zaman Gangsa Akhir pada 1600 hingga
1200 SM.

3
Zaman Gangsa Awal juga melihatkan kebangkitan perbandaran menjadi
negara-negara kota yang teratur dan rekaan penulisan (zaman Uruk pada milenium
ke-4 SM). Pada Zaman Gangsa Pertengahan, pergerakan orang-orang mengubahkan
sebahagian pola politik Timur Dekat (Amorite, Hittites, Hurrians, Hyksos dan mungkin
juga orang Israel). Zaman Gangsa Akhir dicirikan oleh kemaharajaan-kemaharajaan
bersaing yang kuat dan negeri-negeri lindungannya (Mesir Kuno, Assyria, Babylonia,
Hittites, Mitanni). Hubungan yang meluas dipupuk dengan peradaban Aegia
(Ahhiyawa, Alashiya). Perdagangan tembaga memainkan peranan yang utama dalam
hubungan ini. Zaman ini berakhir dengan kejatuhan meluas yang menjejaskan
kebanyakan daripada Mediterranean Timur dan Timur Tengah.

Peralatan-Peralatan Zaman Gangsa

2.3 Zaman Besi

Zaman Besi ialah tingkat perkembangan mana-mana masyarakat yang


menggunakan alat-alat besi seperti perkakas dan senjata secara ketara. Penggunaan
bahan ini berbetulan dengan perubahan-perubahan yang lain di sesetengah
masyarakat purba, seringnya diiringi oleh pengamalan pertanian, kepercayaan agama,
dan gaya kesenian yang berbeza-beza, walaupun tidak semestinya.

Zaman Besi juga merupakan zaman utama yang terakhir selepas Zaman Gangsa
dalam sistem tiga zaman yang mengelaskan masyarakat-masyarakat prasejarah.
Tarikh dan konteksnya berbeza-beza, bergantung kepada negara atau kawasan
geografinya. Zaman Besi adalah lebih kurang sama dengan tingkat ketika pengeluaran
besi merupakan jenis kerja logam yang paling canggih. Kekerasan dan takat lebur
yang tinggi, dengan banyaknya sumber bijih besi, menyebabkan besi lebih diingini dan
"lebih murah" berbanding dengan gangsa, dan amat menyumbangkan kepada
penerimaannya sebagai logam yang paling biasa digunakan.

4
Peralaatan-Peralatan Zaman Besi

3.0 Zaman Prasejarah

5
Zaman Prasejarah terbahagi kepada 2 iaitu Zaman Prasejarah Awal dan Zaman
Prasejarah Akhir. Zaman Paleolitik dikatakan bermula sekitar 500,000 SM hingga
10000 SM dan dibahagikan kepada dua iaitu zaman Paleolitik Awal dan Zaman
Paleolitik Akhir. Zaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000 SM dan
berakhir pada 3500 SM setelah munculnya Tamadaun Mesopotamia di Lembah Sungai
Tigris dan Euphrates

3.1 Ciri-ciri Zaman Prasejarah Awal

Zaman Prasejarah Awal terdiri daripada kedua-dua zaman iaitu Zaman Paleolitik
dan Zaman Mesolitik. Zaman Mesolitik adalah zaman yang tidak ada perkembangan
atau tidak produktif dari sudut penciptaan peralataan. Ini boleh dibuktikan dengan
kewujudan peralatan yang diperbuat daripada tulang yang bermutu rendah
berbanding dengan peralatan yang sama yang terdapat pada Zaman Paleolitik. Selain
itu, kita boleh lihat dari segi lukisan yang dihasilkan oleh masyarakat Mesolitik, lebih
rendah mutunya berbanding dengan lukisan yang dihasilkan oleh masyarakat
Paleolitik. Masyarakat Prasejarah Awal tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap
dan hidup berpindah randah. Mereka sering berpindah dari satu tempat ke tempat lain
untuk mencari keperluan hidup. Apabila mereka sudah menjumpai makanan, maka
mereka akan tinggal di situ untuk tempoh tertentu. Setelah mengumpul makanan di
sektiar kawasan tersebut, mereka bergerak kawasan lain untuk tujuan yang sama.
Tempat tinggal masyarakat prasejarah awal ialah di kawasan-kawasan tepi sungai, di
dalam gua dan hidup dengan keluarga atau secara berkumpulan. Ada juga sesetengah
kalangan mereka yang tinggal di bawah ranting-ranting besar yang ditutup dengan
rumput rampai, lubang-lubagn bawah tanah dan juga khemah-khemah yang diperbuat
daripadan anggota haiwan seperti gajah. Masyarakat prasejarah awal menyara hidup
mereka dengan memungut hasil hutan, memungut buah-buahan, menangkap ikan
dan memburu binatang. Salah satu cara masyarakat Prasejarah Awal memburu
binatang ialah dengan mengejar binatang-binatang itu dan memaksa
binatang-binatang tersebut memasuki paya bagi memudahkan mereka
menangkapnya. Oleh kerana kehidupan mereka banyak bergantung dengan aktiviti
memburu dan memungut hasil hutan, mereka digelar “hunter-gatherers”.

Pada Zaman Paleolitik, sejenis batu yang sangat keras dikenali sebagai Flin. Batu
ini telah diserpihkan untuk dijadikan peralatan untuk kegunaan masyarakat ketika itu.
Antara peralatan yang dicipta pada masa itu adalah kapak tangan yang digunakan
secara meluas di Eropah, Asia dan Afrika. Selain Flin, Gading dan tulang telah mula
digunakan sebagai peralatan masyarakat ketika itu. Tulang dijadikan tempuling atau
serampang. Penggunaan tempuling ini adalah menunjukkan sebahagian daripada
manusia pada masa itu adalah nelayan dan ikan-ikan yang ditangkapnya mempunyai
saiz yang besar seperti ikan paus. Tidak ada seorang pengkaji yang dapat menjelaskan
bagaimana masyarakat awal mula menggunakan api. Sesetengah pengkaji
berpendapat bahawa suatu haru sekumpulan kecil pemburu melihat serpihan api

6
daripada halilintar atau petir yang menyambar pokok yang kemudiannya
menyebabkan kebakaran kecil di kawasan hutan. Bermula dari sini, Para pengkaji
percaya manusia mula menghasilkan api dengan menggeserkan dua batu.
Penghasilan api membolehkan mereka berpindah ke kawasan-kawasan yang cuacanya
sejuk. Selain daripada memanaskan badan, api juga dapat digunakan untuk memasak
makanan, menakutkan binatang dan menerangkan tempat yang gelap.

Terdapat juga bukti menunjukkan bahawa masyarakat prasejarah awal ini


melakukan upacara pengkebumian. Hal ini dapat dibuktikan dengan jumpaan
barang-barang pengkebumian di kawasan-kawasan perkuburan dan ada mayat yang
diwarnakan dengan warna merah. Keadaan ini menunjukkan masyarakat prasejarah
awal sudah mempunyai kepercayaan tentang kehidupan selepas kematian.

3.2 Ciri-ciri Zaman Prasejarah Akhir

Kemunculan Zaman Neolitik merupakan zaman penting dalam kehidupan manusia.


Zaman ini dianggap sebagai garis pemisah dalam proses pembinaan sesebuah
tamadun. Masyarakat Neolitik mula membina penempatan kekal dan tidak lagi hidup
berpindah-randah. Keadaan ini telah membawa kepada perubahan dalam aktiviti
manusia seperti menternak binatang, mengusahakan tanaman dan menenun pakaian.
Kewujudan petempatan yang kekal juga telah melahirrkan petempatan yang dikenali
sebagai kampung dan kemudiannya berkembang menjadi bandar. Kehidupan
bermasyarakat lama kelamaan menjadi semakin kompleks dan sudah tentu membawa
kepada sistem pentadbiran yang mudah.

Perkembangan dalam petempatan awal iaitu dengan wujudnya


kampung-kampung menyebabkan corak kehidupan masyarakat Neolitik turut berubah.
Antaranya termasuklah amalan gotong-royong yang diamalkan untuk menyelesaikan
masalah pertanian. Di samping itu timbul juga pertikaian yang berkaitan denga hal
milik tanah. Oleh kerana masyarakat Neolitik suda bercucuk tanam dan menternak
binatang, bermakna mereka sudah pandai menyesuaikan diri dan seterusnya berjaya
mengeksploitasi alam sekitar untuk memenuhi keperluan hidup mereka. Di Eropah,
masyarakat Neolitik menanam jagung, kacang dan labu. Manakala di China sudah
awal menanam padi. Antara binatang yang dijinakkan ialah anjing yang digunakan
untuk membantu manusia memburu. Mereka turut memelihara binatang-binatang lain
seperti kambing, biri-biri, Khinzir, kerbau, dan lembu. Daripada binatang-binatang ini,
masyarakat Neolitik memperoleh daging, susu, kulit dan bulu untuk kegunaan mereka.
Sejak tahun 2500 S.M, unta, kerbau, keldai dan lembu telah dilatih membawa
barang-barang berat. Manakala masyarakat di India menjinakkan gajah liar bagi
membantu mereka di medan peperangan.

Masyarakat Neolitik sudah mula menggunakan peralatan batu yang lebih halus
dan mempunyai pelbagai fungsi. Antara peralatan tersebut termasuklah kapak yang

7
ditajamkan dan tajak serta cangkul yang diperbuat daripada batu Granit. Ahli-ahli
arkeologi tidak lagi berminat untuk mengkaji peralatan yang diasaskan daripada
batuan keras bagi memahami masyarakat Neolitik. Ini kerana mereka mengalih
perhatian terhadap budaya tembikar. Di peringkat Awal, pembuatan peralatan
tembikar cuma menggunakan tangan manakala pembakarannya menggunakan
cahaya matahari. Namun selepas itu, roda digunakan dalam seni pembuatan tembikar
dan relau digunakan untuk membakar tembikar tersebut. Penciptaan baru yang
muncul daripada masyarakat Neolitik ialah penciptaan bajak dan roda. Bajak atau
tenggala yang menggunakan tenaga lembu yang dijinakkan membuktikan bahawa
masyarakat Neolitik telah mencapai kemajuan dalam bidang pertanian. Roda pula
digunakan dalam bidang pengangkutan iaitu penggunaan pedati. Roda juga
digunakan bagi melicinkan lagi kerja yang berkaitan dengan pembuatan tembikar.
Selain itu, Aktiviti perdagangan telah mula dijalankan sejak terciptanya kapal layar dan
dengan bantuan ilmu pelayaran pada zaman Neolitik. Perdagangan yang dijalankan
adalah berdasarkan sistem barter, Iaitu pertukaran barang dengan barang. Aktiviti
perdagangan ini dijalankan di antara kampung-kampung dan dengan kampung dan
dengan masyarakat berhampiran. Sistem barter ini dapat dijalankan kerana
masyarakat Neolitik telah menghasilkan bahan makanan yang berlebihan dan boleh
ditukar untuk mendapat barang lain yang diperlukan.

Masyarakat Neolitik juga percaya kepada kewujudan kuasa atau semangat yang
dipercayai dapat memberi kesan baik kepada mereka. Keadaaan ini membawa kepada
kemunculan kuasa yang hebat dikenali sebagai dewa atau tuhan. Mereka juga percaya
bahawa bencana seperti banjir, kemarau, serangan penyakit dan seumpamanya
merupakan tanda-tanda kemarahan dewa. Justeru itu mereka mula mententeramkan
dewa-dewa tadi dengan melakukan upacara-upacara tertentu.

4.0 Kesimpulan

Zaman prasejarah awal dan zaman prasejarah akhir menampakan perkembangan


dari semua aspek. Dua zaman ini terdapat jurang di antaranya akibat evolusi yang
berlaku dalam hidup manusia. Selain itu hal ini menjelaskan kita tentang
perkembangan tamadun yang berlaku dalam hidup manusia. Malahan Sistem Tiga
Zaman yang diperkenalkan oleh Christian Jurgensen Thomsen merupakan sistem yang
mengkategorikan tempoh arkeologi prasejarah yang merujuk kepada Zaman Batu,
Gangsa dan Besi serta satu sistem inovatif yang berasaskan kepada andaian
perkembangan dalam teknologi manusia dari batu kepada gangsa dan seterusnya
besi.

Walau bagaimanapun, zaman ini tidak berlaku pada yang sama di seluruh dunia
kerana tahap perkembangan kelompok manusia yang berbeza-beza. Tempoh
masyarakat prasejarah ini dapat dibuktikan melalui tinggalan artifak-artifak manusia

8
zaman prasejarah. Ini merupakan kelebihan Sistem Tiga Zaman yang diperkenalkan
oleh Thomsen untuk kepentingan kepada ahli arkeologi mahupun manusia bagi
mengetahui perkembangan kebudayaan manusia prasejarah dan yang sebelumnya
kerana mengkaji sesuatu yang lampau akan tiada noktahnya.

5.0 Rujukan

Goodrum, Matthew R. (2008).“Questioning Thunderstone and Arrowheads: The


Problem of Recognizing and Interpreting Stone Artifacts in The Seventeenth
Century”. United State: Brill Group. Hlm 494

Hougthn Mifflin Harcourt, (2005). “The American Heritage Science Dictionary ”.


America: American Heritage Dictionaries. Hlm 628.

Frank Hole, Robert F. Heizer.(1977) “Prehistoric archeology : a brief introduction”.


New York : Holt, Rinehart and Winston.

9
Scarre, Christopher (ed.)(1988). “Past Worlds: The Times Atlas of Archaeology”.
London: Times Books.

Schick, Kathy D.; and Nicholas Toth (1993). “Making Silent Stones Speak: Human
Evolution and the Dawn of Technology”. New York: Simon & Schuster.

https://www.kaskus.co.id/thread/555d997f12e257727f8b4568/sistem-tiga-zaman---t
hree-age-system--tree-of-life-vertebrata/

www.definition-of.net/three+age+system

http://history-world.org/stone_age.html

http://www.scribd.com/doc/19730033/Zaman-Batu

http://www.scribd.com/febzz/d/13139889-Zaman-Prasejarah

http://www.scribd.com/doc/60699560/PRESENTASI-SEJARAH.

10

Anda mungkin juga menyukai