Anda di halaman 1dari 12

TAJUK : KEPIMPINAN SEKOLAH BESTARI

Che Mohamad Saif Mustakim bin Che Aziz (DB150020)


Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Batu Pahat, Johor Darul Takzim
saif_mustakim92@yahoo.com

Khirrul Nafis bin Bahaudin (DB150157)


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Batu Pahat, Johor Darul Takzim
khirrulnafis11@gmail.com

Abstrak

Penulisan ilmiah ini membincangkan berkaitan kepimpinan di sekolah bestari yang melibatkan
pengetua , guru , pelajar serta ibu bapa yang perlu memainkan peranan yang penting dalam
pembestarian sebuah sekolah berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dilakukan. Kajian
lepas menunjukkan persamaan dari segi keputusan kajian yang menunjukkan kepimpinan di
sekolah bestari amatlah efektif dan teratur disamping setiap guru dan pelajar memainkan
peranan yang baik dalam sistem pengurusan Sekolah Bestari. Di dalam penulisan ini juga,
terdapat beberapa kajian berkenaan dengan kualiti Sekolah Bestari mengikut piawaian yang
telah ditetapkan oleh kerajaan.
1.0. Pengenalan

Tujuan utama kertas kerja ini ditulis adalah bagi membincangkan tentang perkaitan
kepimpinan sekolah bestari yang mendorong faktor keluaran pelajar yang cemerlang dalam
pendidikan. Pendidikan bukanlah satu perkara baru bahkan cara pendidikan itu
berkembang mengikut peredaran masa dan dipengaruhi kepentingan semasa. Pendidikan
didefinisikan sebagai sesuatu pelajaran yang didapati oleh seseorang murid ataupun pelajar
merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang
tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam mengenai pemberian pengetahuan, pertimbangan
dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar
kebudayaan melangkaui generasi.

Kepimpinan guru terhadap pelajar dan sistem sekolah bestari memainkan peranan
penting dalam mewujudkan sekolah yang terbaik di negara ini. Definisi kepimpinan ialah
kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang
tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai
kecemerlangan. Maurer dan Davidson (1998) berpendapat pemimpinan perlu membuat
keputusan untuk menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan untuk pelajar seperti
komputer yang disediakan perlulah mesra pelajar, fleksibel, dan kepelbagaian
kegunaannya. Tuntasnya, kepemimpinan moral (Maurer & Davidson, 1998) berkaitan
dengan penubuhan dan penyelenggaraan visi dan misi sekolah dan jenis kepemimpinan ini
telah dianggap sebagai paradigma kepemimpinan baru dalam kepemimpinan komuniti.
Kebijaksanaan keputusan ini sangat bergantung kepada moral pemimpin. Hakikat ini
menunjukkan tahap kepemimpinan moral seperti bidang pengurusan yang dijalankan oleh
setiap pengetua atau guru lain di dalam setiap sekolah.

Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat wawasan 2020, iaitu
memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi,
tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta bersedia untuk turut serta
dalam ekonomi dunia .Sehubungan dengan itu, pada tahun 1996 Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menggubal Konsep Sekolah Bestari bertujuan menyediakan pendidikan
yang lebih berkualiti untuk meningkatkan pencapaian Falsafah Pendidikan Negara ke tahap
maksimum. Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi Perdana
Koridor Raya Multimedia. Kaedah ini bukan sahaja dapat melicinkan dan memaksimakan
perkembangan pembelajaran dari segi kemahiran pemikiran yang tinggi, tetapi
kepelbagaian kebijakasanaan dalam mata pelajaran yang dipelajari (Hamizer,1997).
Disamping itu juga , sekolah bestari mewakili satu penciptaan semula persekitaran
pembelajaran dan pengajaran, sistem pentadbiran sekolah, proses sekolah dan lain-lain.
Teknologi baru juga digunakan bagi membolehkan transformasi sekolah biasa kepada
sekolah bestari dapat dilakukan.

Keberkesanan pendidikan dapat dilihat melalui peranan guru dan pelajar. (Ismail Zain).
Keberkesanan sistem pendidikan sekolah bestari amat berkait rapat dengan peranan guru
sebagai pembimbing atau fasilitator. Sekolah bestari boleh dimengertikan sebagai satu
usaha kearah mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih efektif
dimana guru adalah sebagai pembimbing untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan
(Ismail Zain) Jika dilihat peranan guru sebagai penyampai didalam system pendidikan
sebelum bestari, (Ngor, Hoi) mungkin tidak berjaya melahirkan pelajar yang berbudaya
berfikir. Mengikut beliau juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat
interaksi kolaboratif dikalangan pelajar.
2.0. Sorotan Kajian

Menurut Fiske (1991), sekolah bestari adalah berorientasikan pembelajaran bukan


pengajaran. Cara sekolah bestari beroperasi adalah berdasarkan hubungan bahawa guru
sebagai jurulatih (coach), pelajar adalah pekerja. Penekanan beralih dari pengajaran kepada
pembelajaran. Pendidikan dikatakan telah berlaku apabila berlaku proses pemikiran di
kalangan pelajar. Sekolah Bestari merupakan satu konsep yang berpusatkan pengajaran
dan pembelajaran berfikiran kreatif dan kritis. Teknologi sebagai pengupaya menjadi
komponen penting dalam konsep sekolah bestari. Sekolah bestari Malaysia ialah institusi
pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi pengajaran dan
pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi cabaran zaman
maklumat disamping membentuk penciptaan semula persekitaran pembelajaran dan
pengajaran, sistem pentadbiran sekolah, proses sekolah dan lain-lain.

Pengurusan sekolah bestari sering dikaitkan dengan peranan pengetua didalam


mengendalikan keperluan sekolah tersebut. Pengetua seharusnya terus berkuasa dalam
menentukan budaya dan pengurusan sesebuah sekolah ( Ngor, Hoi). Sokongan pengetua
didalam mengaplikasikan polisi-polisi yang membantu kearah membentuk sekolah yang
berkonsepkan bestari lebih ketara sekiranya pengetua memahami keperluan sumbernya.
Selain guru , keperluan staf-staf sokongan sekolah juga harus diambil kira bagi
mempermudahan mereka mengadaptasi perkembangan teknologi dan keperluan kearah
pembestarian sekolah.Berdasarkan kajian lepas iaitu ‘Kepimpinan Sekolah Bestari
berkaitan Konsep dan Harapan Perubahan terhadap Guru, Pelajar dan Pentadbir ‘ yang di
perkenalkan oleh Seminar Pendidikan 2005, Fakulti pendidikan UTM pada 15 oktober
2005. Menurut kajian yang lepas Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran
yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran,
pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar bagi Zaman Maklumat. Sekolah Bestari
berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan
pentadbiran yang cekap. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan
yang kian berubah dalam melahirkan kempimpinan yang berkualiti.

Objektif sekolah adalah penekanan kepada kejayaan pelajar-pelajar dan


kemenjadiannya, manakala kaedah untuk mencapai objektif itu pula adalah merujuk
kepada proses yang dilalui oleh sekolah seperti mempunyai visi yang jelas dan strategik,
kepimpinan yang cemerlang, keadaan persekitaran yang positif, proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti dan berkesan, pembangunan professional, penglibatan semua
pihak untuk membuat keputusan dan wujud hubungan serta kerjasama yang sihat dan
kukuh daripada semua pihak samaada pihak dalaman mahupun luaran. Beck dan Murphy
(1996) menyatakan ramai pengkaji melihat prestasi pelajar atau orientasi pencapaian
mereka sebagai kriteria sekolah yang berjaya dan cemerlang. Namun begitu, Walsh (1999)
dan Hill (2001) tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menurut mereka kejayaan
sesebuah sekolah mengambilkira orientasi proses , dimana pelajar-pelajar membangun
dengan baik di bawah kepimpinan yang baik , tanpa mengambilkira samaada mereka
mencapai tahap yang tinggi atau tidak. Leithwood et al (2003) pula berpendapat bahawa
sekolah yang berjaya dan berprestasi tinggi adalah sekolah yang menitikberatkan kepada
kedua-duanya iaitu orientasi proses dan orientasi pencapaian murid-murid serta pencapaian
organisasi tersebut. Kedua-dua jenis orientasi ini adalah penting dan saling melengkapi.
3.0. Metodologi Kajian

3.1. Instrumen Kajian

Pendekatan kualitatif kajian kes pelbagai digunakan kerana kajian ini


memenuhi kriteria yang dicadangkan oleh Yin (1994). Menurut beliau, kajian kes
digunakan bila persoalan tentang ‘bagaimana’ atau ‘kenapa’ diutarakan atau sebab
kenapa ia berlaku. Pendekatan ini juga menyediakan kaedah yang pelbagai untuk
mendapatkan maklumat yang lebih mendalam tentang pengalaman seseorang,
perasaan dan situasi sekolah bestari di bawah kepimpinan seseorang, dan yang pasti
tidak boleh diperolehi dengan kaedah kuantitatif.

Bil Pengarang Sumber Jenis


Model Dapatan
(Tahun) Rujukan Artikel
kepimpinan
/Penyeliaan
1 Baharom SEMINAR Empirikal Teori Disokong
Mohamad , KEBANGSAAN Kepimpinan
Ahmad Esa , PENGURUSAN Fleksibel
Mohd Yusop PENDIDIKAN Sebagai
Ab Hadi , (SEKOLAH Altenatif
Mohd Johdi UNGGUL Kepada
Salleh ( 2009 ) PENJANA Pencapaian
GENERASI Sekolah
GEMILANG) Pada Dekad
M/S 1 – 7 2020 : Satu
model
konsep
2 Ramli Bin Ali , SEMINAR Empirikal Kualiti Kerja Disokong
Kamarolzaman KEBANGSAAN Guru dan
Bin Md Jidi PENGURUSAN Kesannya
(2009) PENDIDIKAN Terhadap
(SEKOLAH Pencapaian
UNGGUL Akademik
PENJANA Pelajar
GENERASI
GEMILANG)
M/S 247 – 252
3 Ramlan Bin SEMINAR Empirikal Pendidikan Disokong
Zainal Abidin , KEBANGSAAN Sepanjang
Ahmad B Esa , PENGURUSAN Hayat :
Wan . Mohd PENDIDIKAN Sekolah
Rashid B Wan (SEKOLAH Peneraju
Ahmad (2009) UNGGUL Utama
PENJANA Menjana
GENERASI Generasi
GEMILANG) Terbilang
M/S 352 – 355
4 Rohana Bt SEMINAR Empirikal Sekolah Disokong
Baharim , PENDIDIKAN Bestari :
Mohd Tahir 2005 , Konsep dan
Bin Ismail , FAKULTI Harapan
Mariani Bt PENDIDIKAN , Perubahan
Mohd Nor , (Sub tema: ICT Terhadap
Sek. Men. dalam Guru,
Keb. Taman pendidikan guru) Pelajar
Pasir Putih , dan
Sek. Men. Pentadbir
Keb. Munsyi
Abdullah ,
Universiti Tun
Abdul Razak
( Pusat
Wilayah Johor
Bahru )
(2005 )
5 Abd. Ghani SEMINAR Empirikal Konsep dan Disokong
Jaafar , How PENDIDIKAN Perlaksanaan
Lee Chan , 2005 , Sekolah
K.Shoba A/P FAKULTI Bestari
C. Karuppaya PENDIDIKAN di Malaysia
dan
Bazrulzaman
Baharom
Fakulti
Pendidikan
Universiti
Teknologi
Malaysia
(2005)
6 Jamilah JOURNAL OF Empirikal Amalan Disokong
Ahmad dan EDUPRES, Kepimpinan
Yusof Boon VOLUME 1, Sekolah
(2011) PAGES 323-335 Berprestasi
Tinggi (sbt)
di Malaysia
7 Teng Lung JURNAL Empirikal Persepsi Guru Disokong
Kiu dan TEKNOLOGI terhadap
Zaidatol 41(E) Kepemimpina
Akmaliah n Pengetua:
Lope Pihie Implikasi
(2004) Dalam
Pengurusan
Sekolah
Bestari
8 Muhammad JURNAL Empirikal Model
Faizal A. KEPIMPINAN Program
Ghani , Abd. PENDIDIKAN Perkembanga
Khalil Adnan Bil. 2, Isu 2 n
, Fakulti Profesionalis
Pendidikan me Guru
Universiti Malaysia:
Malaya Satu Kajian
mdfaizal@u Analisis
m.edu.my * Keperluan di
(2015) Sekolah
Berprestasi
Tinggi dan
Sekolah
Berprestasi
Rendah
9 Zamri Abu JURNAL Empirikal Implimentasi Disokong
Bakar (MSc) KEPIMPINAN ICT dan
, Ketua PENDIDIKAN Kepimpinan
Jabatan Bil. 1, Isu 2 Sekolah :
Aplikasi Kejadian Kes
Komputer Di Sekolah –
Rusmini Ku Sekolah
Ahmad (phD) Bestari dan
, Ketua SMKJC
Jabatan
Penyelidikan
dan
Pembanguna
n pendidikan
Institut
Aminuddin
Baki
(Cawangan
Utara) (2015)
10 Muhammad JURNAL Empirikal Program Disokong
Faizal A. KEPIMPINAN Pembangunan
Ghani , PENDIDIKAN Profesionalisme
Abdul Khalil Bil. 3, Isu 3 Guru Sekolah
Adnan , Berprestasi
Zaharah Tinggi
Hussin, ,
Norfariza
Mohd. Radzi
, Ainoor
Mahfuzah
Ahmad dan
Faisol Elham
(2016)

4.0. Hasil Kajian

Sekolah Bestari: perubahan terhadap guru dan pelajar

Sekolah bestari adalah merupakan satu perancangan kerajaan didalam menaiktaraf


institusi pengajaran yang dirancang secara sistematik dari segi proses pengajaran dan
pembelajaran selari dengan hasil perkembangan teknologi. Konsep sekolah ini memerlukan
komitmen dari semua pihak yang berkepentingan didalam memastikan keberjayaannya.
Oleh yang demikian perlaksanaan idea sekolah bestati telah mewujudkan beberapa
perubahan yang besar didalam sistem pendidikan negara khususnya memperkayakan
tugasan profesion perguruan samada dalam konteks pembangunan terhadap para guru,
pelajar mahupun terhadap sistem pengurusan dan persekolahan.

Kualiti Sekolah Bestari

Menurut Dr.Nor Hayati (2003) Sekolah bestari di Malaysia seharusnya mempunyai


kualiti berikut :-

1. Satu falsafah bahawa semua pelajar boleh diajar dan dapat mempelajari sesuatu ilmu
sekiranya diajar dengan baik

2. Satu kurikulum yang mempertimbangkan kepelbagaian kebolehan dan keperluan yang


berbeza pada semua pelajar.

3. Iklim sekolah yang kondusif untuk pembelajaran.

4. Penilaian yang berterusan yang dapat menyokong pengajaran yang baik.

5. Mempunyai seorang pengetua yang professional, ‘strong’ dan mempunyai guru-guru


yang professional.

6. Penglibatan aktif dari ibubapa dan komuniti yang memberi sokongan.


Guru sebagai fasilitator

Keberkesanan pendidikan dapat dilihat melalui peranan guru dan pelajar. (Ismail Zain).
Keberkesanan sistem pendidikan sekolah bestari amat berkait rapat dengan peranan guru
sebagai pembimbing atau fasilitator. Sekolah bestari boleh dimengertikan sebagai satu
usaha kearah mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih efektif
dimana guru adalah sebagai pembimbing untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan
(Ismail Zain ) Jika dilihat peranan guru sebagai penyampai didalam system pendidikan
sebelum bestari, ( Ngor, Hoi) mungkin tidak berjaya melahirkan pelajar yang berbudaya
berfikir. Mengikut beliau juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat
interaksi kolaboratif dikalangan pelajar.

Peranan Pengetua Dalam Pembestarian Sekolah

Kepimpinan

Penyelaras komputer yang dianggap pakar dalam ICT pun tidak mungkin memberi
impak kepada sekolah tanpa sokongan daripada pengetua. Pengetua seharusnya terus
berkuasa dalam menentukan budaya dan pengurusan sesebuah sekolah, dan melalui bekerja
dengan individu-individu lain di dalam sistem persekolahan akan mampu untuk melibatkan
mereka dalam proses perubahan. Oleh itu, pengetua seharusnya bijak untuk mengambil hati
guru-gurunya bila hendak membestarikan sekolah. pengetua juga boleh bekerjasama
dengan penyelaras ICT untuk memastikan polisi ICT sekolah dilaksanakan dengan
sempurna. Pengetua boleh menggunakan pengurusan secara kolaboratif bagi menjayakan
projek pembestarian sekolah.

Pengaruh Guru Besar Pada Penentu Prestasi

Guru Besar boleh memperbaiki prestasi organisasi sekolah dengan mempengaruhi


penentu prestasi. Menurut Gary Yulk (2008) ada tiga bentuk pengaruh Guru Besar pada
penentu prestasi :

I. Penggunaan kepimpinan khusus kelakuan dalam interaksi dengan pekerja bawahan,


rakan – rakan sebaya, dan orang – orang luar.

II. Pengaruh melibatkan keputusan pengurusan program – program, sistem – sistem,


dan struktur organisasi.

III. Pengaruh melibatkan keputusan tentang strategi bersaing untuk pertubuhan.

Justeru dalam konteks ini Yulk (2008) menyarankan supaya tiga bentuk pengaruh ini
digunakan bersama – sama secara konsisten.
Banyak jenis gaya kepimpinan telah dikenalpasti Yulk (2016). Satu cabaran yang sukar
dan dihadapi untuk para sarjana pengurusan dan kepimpinan dalam penyelidikkan ialah
untuk mentadbir kelakuan kepada satu taksanomi yang berheirarki yang bermakna dalam
sebutan bagi kesan kelakuan. Pada peringkat awal para pengkaji mendapati bahawa dapatan
Blake iaitu hubungan berorientasikan tugas dan hubungan berorientasikan tingkah laku
begitu popular. Namun demikian para pengkaji kemudiannya menemui bahawa perubahan
berorientasikan tingkahlaku merupakan satu lagi perbezaan meta kategori (Yul, Gordon, &
Taber, 2002). Tiga jenis tingkahlaku pemimpin yang setiap satunya mempunyai objektif
utama yang berbeza, dan objektif – objektif itu dijajar dengan tiga penentu keberkesanan
organisasi iaitu :

I. Tingkah laku yang berorientasikan tugas yang paling berguna untuk meningkatkan
kecekapan.

II. Perubahan yang berorientasikan kelakuan adalah paling berguna untuk penyesuaian
peningkatan.

III. Perhubungan berorientasikan kelakuan juga adlah paling berguna untuk sumber
manusia meningkatkan hubungan.

Kesemua tiga jenis tingkahlaku kepimpinan ini mempunyai implikasi untuk


keberkesanan organisasi sekolah seperti kepimpinan di Sekolah Bestari.

Konsep Kepemimpinan Moral

Owens (1998) berpendapat kewujudan kepemimpinan moral bukan sekadar kerana


pangkat, ganjaran atau kuasa paksaan tetapi disebabkan kuasa rujukan dan kepakaran, serta
komunikasi kepemimpinan adalah merupakan proses dua hala. Ini bermaksud
kepemimpinan moral adalah sesuatu hubungan di antara pemimpin dan pengikut bukan
disebabkan kuasa, tetapi sesuatu perkongsian tulin mengenai keperluan, aspirasi dan nilai
bersama. Pengikut mempunyai reaksi yang sama dengan inisiatif pemimpin di mana
mereka mempunyai keupayaan membuat pilihan termaklum kepada siapa mereka akan
“menurut” dan “mengapa”. Mohd. Ismail Zamzam (1993), George dan Jones (1996) telah
mengenal pasti beberapa ciri-ciri kepemimpinan berkesan yang menumpukan kepada nilai
dan moral.

Institut Aminuddin Baki (1997), Abas (1998), Sharifah (1998), dan Bolman dan Deal
(dalam Abdul Shukor, 1998) juga menyarankan beberapa ciri pengetua berkesan yang
merupakan refleksi daripada moral dan etika. Kajian Teng (1999) telah membuktikan
saranan mereka (Institut Aminuddin Baki, 1997; Abas, 1998; Bolman dan Deal (dalam
Abdul Shukor, 1998); dan Sharifah, 1998) bahawa prasyarat untuk menjadi seorang
pengetua berkesan, kepemimpinannya perlu berasaskan kepada nilai-nilai murni.
Fenomena ini menunjukkan kekuatan pengaruh kepemimpinan moral dalam sekolah.
Kepemimpinan moral dalam teknologi pengajaran adalah sangat penting kerana proses
pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi berkait dengan persoalan etika dan
pembinaan sahsiah.
5.0. Perbincangan

Merujuk kepada jurnal-jurnal yang telah dikaji, setiap sekolah terutamanya sekolah
bestari mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri daripada pihak pengurusan yang
bermula dengan pihak pengetua , guru – guru serta pelajar.Setiap aktiviti serta
pembelajaran berpandukan kepada objektif yang telah ditetapkan oleh setiap sekolah.

Visi dan misi yang dibina untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat,
masyarakat bersaintifik dan progresif, berdaya saing dan berpandangan ke hadapan, yang
bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi menyumbang kepada negara dalam aspek
ketamadunan saintifik dan teknologi masa depan. Implikasinya, sekolah perlu diurus
dengan cekap dan berkesan bermula daripada faktor sekolah, guru sehingga murid (Odden,
Archibald, Fermanich & Gallagher, 2014). Justeru itu , pembaharuan dalam pendidikan
amat berkait rapat dengan penambahbaikan dalam pengurusan bilik darjah khususnya guru
(Siffington, Washburn & Elliott, 2011).

Tambahan lagi setiap pucuk kepimpinan yang dijalankan di setiap sekolah bestari
begitu efektif dan mengambil kira segala factor sekeliling kearah penambahbaikan pucuk
kepimpinan yang sedia ada. Justeru, negara maju telah ke hadapan melaksanakan
penambahbaikan agar seiring dengan perubahan persekitaran khususnya dasar pendidikan.
Gambaran dinyatakan dalam laporan Darling-Hammond, Chung Wei, Andree dan
Richardson (2009) bahawa Amerika Syarikat melalui The Common Core State Standards
telah mengumpulkan wakil jabatan pendidikan daripada 46 buah negeri. Tujuan
perjumpaan tersebut bagi mengenal pasti kaedah pengajaran yang berbentuk tradisional
agar dapat diubah kepada kaedah pengajaran yang berteraskan pemikiran kritikal dan
penyelesaian masalah. Tambah laporan tersebut lagi bahawa semua kaedah pengajaran
baru itu adalah berteraskan konteks negeri dan daerah masing-masing. Usaha tersebut
bertujuan untuk membangunkan diri murid dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai
manakala pihak sekolah diarah untuk bertanggungjawab terhadap pelaksanaannya
(Donaldson & Papay, 2012). Setiap sekolah bestari juga perlu mewujudkan daya
kepimpinan berasaskan kesinanbungan tahap pelajar dalam membentuk sebuah sekolah
yang Berjaya serta melahirkan pelajar yang berkreadibiliti serta bersikap lebih positf dan
lebih berkaliber.

Kesimpulanya, setiap pucuk kepimpinan di sekolah – sekolah bestari haruslah efektif


dan sentiasa mengikut keadaan semasa bagi meningkatkan mutu serta nilai sesebuah
sekolah itu. Pucuk kepinpinan sekolah serta setiap guru terutamanya Guru Besar dan
Pengetua haruslah dilaksanakan secara cekap dan berkesan seperti mana dapatan kajian ini
yang digambarkan menerusi pengumpulan atau secara kulitatif terhadap kajian – kajian
lepas.
6.0. Kesimpulan

Tuntasnya ,pembestarian sekolah bukan sahaja merujuk kepada tahap pencapaian


pelajar sahaj malahan tahap kepimpinan sekolah bestari hendaklah mandap bagi setiap
pengurusan dari pihak pengetua , guru – guru , pelajar dan ibu bapa.Setiap guru sekolah
bestari perlulah mempraktikan daya kepimpinan yang efektif bagi memstikan tahap
pengeluaran pelajar yang cemerlang dilaksanakan secara teratur dan efisien.

Tambahan lagi , untuk berdayasaing pada masa era yang mencabar , organisasi sekolah
memerlukan Guru Besar atau Pengetua yang fleksibel dan dapat menyesuaikan diri dalam
keadaan yang berubah – ubah selari dengan persekitaranya. Guru Besar atau pengetua mesti
berkeupayaan memahami perhubungan kompleks antara penentu prestasi dan mempelajari
pelbagai cara untuk mempengaruhi perhubungan kompleks antara penentu prestasi.Daya
kepimpinan Guru Besar atau Pengetua terutamanya di Sekolah Bestari haruslah berada di
peringkat maksima dan sentiasa teratur serta sentiasa mengikut keperluan semasa.

Pengurusan sekolah pula harus dilaksanakan dengan berlandaskan konsep berfikir


berasaskan teknologi dengan menggabungkan sumber manusia dan sumber bukan manusia
iaitu mesin. Perlaksanaan ini menerangkan tentang anjakan paradigm yang perlu dilakukan
oleh pihak yang telibat seperti guru dan para kakitangan sekolah. Kelahiran sekolah bestari
juga telah mendedahkan betapa pentingkan untuk guru mempunyai kemahiran berfikir
secara kreatif disamping memahirkan diri didalam tugas yang dipertanggungjawabkan.

Secara keseluruhanya Setaiap objektif sekolah yang perlu dicapai perlulah diselangi
dengan kepimpinan yang bersifat kualitatif yang positif daripada setiap penjuru dalam
pentadbiran sekolah – sekolah berprestasi tinggi seperti Sekolah bestari serta mengikut
perkembangan ICT semasa . Oleh yang demikian semua pihak didalam sistem pendidikan
harus memainkan peranan dan berhadapan dengan sebarang perubahan yang menjurus
kearah menjayakan hasrat kerajaan mewujudkan sekolah bestari didalam sistem pendidikan
negara ini.
7.0. Rujukan

Mohamad B., Esa A., Ab Hadi M.Y., Salleh M.J.. (2009), Konsep dan Perlaksanaan
Sekolah Bestari di Malaysia, Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan (Sekolah
Unggul Penjana Generasi Gemilang). UTHM, Batu Pahat: Penerbit UTHM

Ali R., Md Jidi K., (2009), Kualiti Kerja Guru dan Kesannya Terhadap Pencapaian
Akademik Pelajar, daripada Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan (Sekolah
Unggul Penjana Generasi Gemilang). UTHM, Batu Pahat: Penerbit UTHM

Zainal Abidin Ramlan., Esa A., Wan Ahmad W.M.R., (2009), Pendidikan Sepanjang
Hayat : Sekolah Peneraju Utama Menjana Generasi Terbilang, daripada Seminar
Kebangsaan Pengurusan Pendidikan (Sekolah Unggul Penjana Generasi Gemilang).
UTHM, Batu Pahat: Penerbit UTHM

Ahmad J., Boon Y., (2011), Amalan Kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di
Malaysia, Journal Of Edupres, Bil. 1, 323-335

Abd Ghani M.F., Adnan A.K., (2015) , Model Program Perkembangan Profesionalisme
Guru Malaysia: Satu Kajian Analisis Keperluan di Sekolah Berprestasi Tinggi dan
Sekolah Berprestasi Rendah, Jurnal Kepimpinan Pendidikan Bil. 2, Isu 2

Abu Bakar Z., (2015) , Implimentasi ICT dan Kepimpinan Sekolah : Kejadian Kes Di
Sekolah – Sekolah Bestari dan SMKJC, Jurnal Kepimpinan Pendidikan Bil. 1, Isu 2

Abd. Ghani M.F., Adnan A.K., Hussin Z., Mohd. Radzi N., Ahmad A.M., Elham F.,
(2016), Program Pembangunan Profesionalisme Guru Sekolah Berprestasi Tinggi ,
Jurnal Kepimpinan Pendidikan Bil. 3, Isu 3

Baharim R., Ismail M.T., Mohd Nor M., (2005), Sekolah Bestari: Konsep dan Harapan
Perubahan Terhadap Guru, Pelajar (Sub tema: ICT dalam pendidikan guru) dicapai
pada 21 April 2017, daripada
http://e-journal.um.edu.my/public/issue-view.php?id=1337&journal_id=163

Jaafar A.G., Chan H.L., Karuppaya K.S., Baharom B., (2005), Konsep dan Perlaksanaan
Sekolah Bestari di Malaysia, dicapai pada 21 April 2017, daripada
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Ker
tas%205.pdf
Lung Kiu T., Lope Pihie Z.A., (2004), Persepsi Guru terhadap Kepemimpinan Pengetua,
Implikasi Dalam Pengurusan Sekolah Bestari dicapai pada 22 April 2017 daripada
www.jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnalteknologi/article/view/724

Anda mungkin juga menyukai