Anda di halaman 1dari 3

MERANGSANG KOMUNITI EKONOMI ASEAN

mustafa kamal basri 10 Januari 2016 6:00 PM

ASEAN memasuki babak baru pada tahun 2016, apabila secara rasminya pembentukan
Komuniti ASEAN menjadi kenyataan pada tengah malam 31 Disember lalu. Pembentukan ini
menyaksikan Komuniti Ekonomi ASEAN menjadi salah satu komponen utama bagi blok
komuniti itu.

Dua komponen lain yang menjadi tunggak utama ialah Komuniti Politik-Keselamatan
ASEAN dan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN.

Pembentukan Komuniti ASEAN merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah ASEAN
sejak pembentukannya pada 8 Ogos 1967.

Dengan penubuhan Komuniti ASEAN itu, terbentuklah satu blok komuniti baharu di Asia
Tenggara, sekali gus menjadikan rantau ini sebagai satu suara berpengaruh dan sebuah
pasaran ekonomi yang dinamik di dunia.

Idea pembentukan Komuniti ASEAN bermula di Bali, Indonesia pada Oktober 2003 apabila
pemimpin-pemimpin ASEAN menerima Deklarasi ASEAN Concord 11 atau Concord 11
Bali, bagi membentuk satu blok komuniti yang menyerupai Kesatuan Eropah (EU).

Komuniti ASEAN mungkin akan menjadi lebih menarik, jika blok komuniti serantau ini
mempunyai mata wang tunggal seperti euro yang digunakan oleh EU.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai Pengerusi ASEAN semasa mengetuai
pemimpin-pemimpin ASEAN memeterai Deklarasi Kuala Lumpur 2015 bagi penubuhan
Komuniti ASEAN pada November lalu di Kuala Lumpur berkata, penubuhan Komuniti
ASEAN adalah sebuah perjalanan baharu bagi pertubuhan serantau ini, serta pembaharuan
besar yang akan dicapai di Asia Tenggara.

“Komuniti ASEAN Pasca 2015 adalah satu dokumen, menyeluruh, strategik dan bersifat
memandang ke hadapan serta mencerminkan aspirasi yang ingin dicapai warga ASEAN
dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya.

Penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN pula, sebagai satu komponen penting, akan
menyaksikan integrasi ekonomi ASEAN dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan
dalam konteks liberalisasi ASEAN.

Pembentukan Komuniti Ekonomi ASEAN melibatkan penghapusan duti import bagi


barangan dagangan, penghapusan halangan pemilikan ekuiti bagi sektor perkhidmatan dan
pelaburan, mempermudahkan perdagangan dan pelaburan dengan menghapuskan prosedur
dan peraturan yang rumit serta memudahkan pergerakan tenaga mahir dan profesional.

Integrasi ekonomi

Tujuan utama adalah untuk menghapuskan sebanyak mungkin halangan perdagangan aktiviti
ekonomi serantau.
Dengan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN, aktiviti ekonomi, perdagangan dan
perniagaan dan industri dalam kalangan negara anggota ASEAN akan menjadi lebih rancak
dan memberi manfaat langsung kepada 10 negara anggota ASEAN terdiri daripada Malaysia,
Indonesia, Singapura, Thailand, Laos, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Brunei dan Filipina.

Komuniti Ekonomi ASEAN juga akan memberi faedah besar kepada penduduk ASEAN yang
kini berjumlah lebih 625 juta orang.

Apa yang menarik pembentukan Komuniti Ekonomi ASEAN antara lain membolehkan
penubuhan sebuah pasaran tunggal bagi menarik pelaburan serta menjalinkan hubungan
perdagangan dengan negara-negara lain.

Dengan tercapainya Komuniti Ekonomi ASEAN ini, ia akan membawa faedah berganda
kepada ASEAN iaitu integrasi ekonomi lebih kukuh dan menjadi destinasi pelaburan
perdagangan yang hebat di dunia sebagai pasaran ekonomi ketujuh terbesar di dunia.

Penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN akhirnya adalah untuk memastikan rakyat ASEAN
menikmati pendapatan yang lebih tinggi serta mengurangkan jurang antara negara kurang
maju dengan negara maju dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Hala tuju penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN mengambil kira tiga aspek utama iaitu
integrasi pasaran ASEAN dan rakan-rakan perdagangan; mengukuhkan kerjasama ekonomi
ke arah struktur industri yang lebih maju serta berteknologi tinggi; meningkatkan kualiti
pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Jangka masa bagi pelaksanaan hala tuju itu akan dibahagikan kepada Fasa 1 (2011-2015) dan
Fasa 2 (2015-2022).

Walaupun import duti telah dimansuhkan bagi hampir semua produk tetapi masih wujud
halangan bukan tarif yang membataskan keberkesanan pelaksanaan kawasan perdagangan
bebas ASEAN yang ditubuhkan pada 1992.

Negara-negara ASEAN perlu lebih bersedia untuk menghapuskan halangan-halangan ini


supaya rantau ini dapat segera menjadi pasaran yang dinamik untuk menarik pelaburan dari
negara lain.

Pada masa ini ASEAN telah mengadakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan
beberapa negara termasuk ASEAN-China (2004), ASEAN-Korea (2006), ASEAN-Jepun
(2008), ASEAN-India (2009), ASEAN-Australia-New Zealand (2009).

Dengan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN, aktiviti ekonomi, perdagangan dan


perniagaan dan industri dalam kalangan negara anggota ASEAN akan menjadi lebih rancak
dan memberi manfaat langsung kepada 
10 negara anggota.
Asean Free Trade Area (AFTA) - AFTA atau kawasan perdagangan bebas adalah suatu
bentuk kerja sama negara-negara anggota ASEAN untuk membentuk kawasan perdagangan
bebas. Pembentukan AFTA berdasarkan pertemuan para Menteri Ekonomi anggota ASEAN
pada tahun 1994 di Chiang Mai, Thailand. Pertemuan Chiang Mai menghasilkan tiga
keputusan penting sebagai berikut.

1. Seluruh anggota ASEAN sepakat bahwa pembentukan kawasan perdagangan


bebas dipercepat pelaksanaannya dari tahun 2010 menjadi 2005.
2. Jumlah produk yang telah disetujui masuk dalam daftar AFTA (inclusion
list/IL) ditambah dan semua produk yang tergolong dalam temporary exclusion
list/TEL secara bertahap akan masuk IL. Semua produk TEL diharapkan masuk dalam
IL pada tanggal 1 Januari 2000.
3. Memasukkan semua produk pertama yang belum masuk dalam skema
common effective preferential tariff (CEPT) yang terbagi sebagai berikut. a) Daftar
produk yang segera masuk dalam IL menjadi immediate inclusion list/IIL mulai
tarifnya menjadi 0–5% pada tahun 2003; b) Produk yang memiliki sensitivitas
(sensitive list), seperti beras dan gula, akan diperlakukan khusus di luar skema CEPT;
c) Produk dalam kategori TEL akan menjadi IL pada tahun 2003.

Negara-negara anggota ASEAN menggagas melaksanakan AFTA dengan tujuan:


 meningkatkan perdagangan dan spesialisasi di lingkungan keanggotaan ASEAN;
 meningkatkan jumlah ekspor negara-negara anggota ASEAN;
 meningkatkan investasi dalam kegiatan produksi dan jasa antaranggota ASEAN;
 meningkatkan masuknya investasi dari luar negara anggota ASEAN.