Anda di halaman 1dari 7

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

MAJLIS HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG DAN GRADUASI MURID TAHUN 6 SESI 2014

Digumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Pioh Anak Aloh, Yang Dipertua PIBG SK Sungai Bakas
diiringi oleh Cik Lim Tanyit, Guru Besar dan Encik Nyawai PK Kurikulum SK Sungai Bakas

NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN SABAH TANAH AIRKU

Sebagai pembuka acara, majlis menjemput para hadirin berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu
Negaraku dan Ibu Pertiwiku
………………………………………………..
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

PEMBUKA MAJLIS

Bismillahirahmanhiram

Kompang bergema pusaka bangsa,


Dipalu oleh si anak muda,
Hadir tuan meriah suasana,
Kami menyambut penuh ceria.

Yang Berusaha,
Encik Pioh Anak Aloh,
Yang Dipertua PIBG SK Sungai Bakas

Yang Berusaha,
Cik Lim Tanyit
Guru Besar SK Sungai Bakas

Yang Dihormati,
- Encik Nyawai Ak Unsa, PK Kurikulum
- Puan Olivia Ling Maxson, PK Kokurikulum

Guru-guru, para ibu bapa, hadirin-hadirat dan anak-anak didik yang dikasihi.

Assalamualaikum warahmatuhlahi wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat dariNya juga,
pada hari ini, kita sekali lagi dipinjamkan kesihatan yang baik untuk bertemu dan berkumpul di
Dewan Terbuka SK. Sungai Bakas ini bagi memeriahkan Majlis Anugerah Murid Cemerlang Sesi 2017

Mewakili ahli jawatankuasa majlis, kami mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Encik Pioh Anak
Aloh dan hadirin sekalian pada hari ini.

BACAAN DOA

Sebelum kata tersusun jauh, sebelum bicara terus dikhabarkan, kita mulakan majlis ini dengan
menjemput Al-Fadhil Ustaz Muhammad Ashraf bin Mansur untuk memimpin bacaan doa.
......................................................................................................................
Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi...
UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR

Yang berhormat hadirin yang dihormati,

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Aturcara majlis pada pagi ini, diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang akan disampaikan oleh Cik
Lim Tanyit, Guru Besar SK Sungai Bakas Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
.....................................................................................................
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar atas ucapan
beliau sebentar tadi.

UCAPAN YDP PIBG

Hadirin yang dihormati,

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Seterusnya, majlis dengan hormatnya mempersilakan, Yang Dipertua PIBG SK. Sungai Bakas iaitu
Yang Berusaha Encik Pioh Ak Aloh untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Anugerah Murid Cemerlang SK Sungai Bakas sesi 2017. Dipersilakan.
……………………………………………………….

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha YDP PIBG atas ucapan perasmian sebentar tadi.

GIMIK

Seterusnya, dijemput YDP dan barisan Pentadbir untuk Bersama sama melakukan gimik perasmian

PENYAMPAIAN CENDERAKENANGAN KEPADA YB

Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha Encik Pioh Anak
Aloh hadir ke majlis pada hari ini, dipersilakan Yang Berusaha Cik Lim Tanyit, Guru Besar SK Sungai
Bakas untuk menyampaikan cendera kenangan kepada Yang Berusaha YDP PIBG. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
.......................................................
Jutaan terima kasih diucapkan atas penyempurnaan majlis itu tadi.

PERSEMBAHAN TARIAN TAHUN 6

Membuka tirai majlis, marilah sama-sama kita saksikan persembahan Tarian Chamak Chalo yang
dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 6
...............................................................................

Untuk makluman para hadirin, persembahan tarian itu tadi adalah di bawah koreografer murid sendiri.
Jutaan terima kasih diucapkan.
MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH DAN TAHUN 6

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Para hadirin yang dihormati sekalian,


Acara dimulakan dengan Majlis Graduasi Murid Prasekolah khusus untuk 12 orang murid yang
berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat prasekolah. Dengan itu, dipersilakan Encik Pioh
Anak Aloh, YDP PIBG diringi Cik Lim Tanyit dan Encik Nyawai Unsa untuk menyampaikan sijil
tersebut.

(RUJUK NAMA)

Diteruskan pula dengan Majlis Graduasi Tahun 6 seramai 10 orang murid. Dipersilkan

(RUJUK NAMA)

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Encik Pioh Anak Aloh, kerana telah sudi
menyempurnakan majlis.

PENYAMPAIAN ANUGERAH KURIKULUM CEMERLANG TAHAP 1

Hadirin sekalian, seterusnya merupakan Penyampaian Anugerah Kurikulum Cemerlang Tahap 1. Oleh
itu dijemput, Encik Nyawai Unsa, PK Kurikulum untuk menyampaikan sijil.

Terima kasih diucapkan

PERSEMBAHAN TARIAN TAHUN 4

Kita rehatkan minda seketika dengan menyaksikan persembahan tarian Lelaki Pengayah dari murid
tahun 4 yang diketuai oleh Pattercia Lini Ak Teo. Dipersilakan.

PENYAMPAIAN ANUGERAH KURIKULUM CEMERLANG TAHAP 2

Hadirin sekalian, seterusnya merupakan Penyampaian Anugerah Kurikulum Cemerlang Tahap 2. Oleh
itu dijemput sekali lagi, Encik Nyawai Unsa, PK Kurikulum untuk menyampaikan sijil.

Terima kasih diucapkan

PERSEMBAHAN PRA SEKOLAH

Sehabis merah daun yang sihat


Dahan melebar bercerita sakan
Majlis anugerah mohon berehat
Persembahan pelajar kita saksikan

Seterusnya merupakan persembahan Baby Shark dari Pra Sekolah. Persembahan ini dibawah seliaan
Cikgu Daisy James Renang selaku guru kelas Pra Sekolah
PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS

Terbang tinggi si burung helang


Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan

Dijemput Cik Lim Tanyit untuk menyampaikan hadiah tersebut. Dipersilakan

ANUGERAH PEMULIHAN CEMERLANG diberikan kepada murid pemulihan yang telah memberikan
dedikasi dan komitmen sepanjang berada di dalam kelas tersebut Bersama Cikgu Nur Atikah Wan
Ghazali.

ANUGERAH MURID PEMULIHAN TERBAIK diberikan atas usaha gigih yang berterusan sehingga lulus
dan Berjaya melepasi saringan LINUS tahun 2017

ANUGERAH IBU BAPA CONTOH merupakan anugerah yang pertama kali diperkenalkan oleh SK Sungai
Bakas. Dimana anugerah ini merupakan pengiktirafan di atas penglibatan ibu mahupun bapa murid
tersebut dalam segala aspek perkembangan anak mereka dari segi akademik, kokurikulum, sukan,
sahsiah dan disiplin.

ANUGERAH PENGUSAHA diberikan kepada kontraktor mahupun pembekal sekolah yang membantu
memastikan semua urusan sekolah berjalan dengan lancar seperti keselamatan, kebersihan, pembekal
makanan kepada murid dan lain lain lagi

ANUGERAH PERKHIDMATAN SWASTA diberikan kepada pekerja swasta yang menunjukkan khidmat
bakti cemerlang sepanjang tahun 2017. Yang membantu dari segi pembangunan fizikal sekolah amnya

ANUGERAH GURU CEMERLANG KURIKULUM diberikan kepada usaha gigih guru tersebut untuk
memastikan GPS matapelajaran Sains semasa UPSR 2016 berada di tahap yang sangat baik

ANUGERAH GURU CEMERLANG KOKURIKULUM diberikan kepada usaha cemerlang guru membawa
murid untuk menghadiri beberapa aktiviti di luar sekolah sekaligus memastikan kemenjadian murid
dalam unit beruniform pengakap seterusnya mengekalkan kebitaraan sekolah

ANUGERAH GURU CEMERLANG PENGURUSAN SEKOLAH diberikan kepada guru yang telah membantu
pengurusan sekolah dari segi akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan juga aspek pengurusan
sekolah yang lain.

Terima Kasih diucapkan kepada Cik Lim Tanyit atas kesudian memberikan hadiah tersebut.

PERSEMBAHAN PENGAKAP MIRI 38

Dari Kedah ke Kuala Perlis


Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan nyanyian memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dijemput Kumpulan Pengakap Miri 38 untuk menyampaikan persembahan.


ANUGERAH KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID

Warga cemerlang tersenyum manis


Hadir bersama ibu bapa wibawa
Sambutan anugerah penyeri majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa

Seterusnya merupakan Anugerah Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Dijemput Encik Pioh Anak Aloh
untuk menyampaikan hadiah.

Pemilihan Olahragawan dan Olahragawati adalah berdsaarkan penglibatan aktif dalam sukan 1
Malaysia Zon Bakong, Sukan Sekolah, mahupun Majlis Sukan Sekolah Rendah Daerah Miri. Bukan itu
sahaja, murid ini juga pernah menyumbangkan pingat sekaligus mengharumkan nama sekolah dalam
bidang sukan

Murid Aktif Cemerlang Kokurikulum diberikan berdasarkan penglibatan aktif dalam bidang
kokurikulum yang dijalankan di sekolah mahupun di luar sekolah. Murid ini aktif dalam bidang
nyanyian dan tarian. Bukan itu sahaja, beliau merupakan calon bagi Tarian untuk memasuki ke Sekola
Seni Sarawak dan telah menghadiri temuduga pada awal November lalu. Murid tersebut adalah
Connylia Bunga Ak Kubong

Pencapaian Lencana Keris Gangsa diberikan kepada 12 orang murid yang telah lulus dalam
perkhemahan yang diadakan pada 17 hingga 19 November 2017 lalu di Rumah Pengakap Miri.
Pelbagai ujian dan amali yang telah dilaksanakan dan telah dilalui oleh murid dengan jayanya
sekaligus mendapat pujian kerana dokumentasi fail adalah yang terbaik dalam daerah Miri.

Persatuan Kokurikulum Cemerlang diberikan kepada Pengakap Miri 38 diatas penglibatan aktif dalam
semua program di peringkat zon, daerah mahupun negeri. Antara penglibatan iaitu
1. JOTA JOTI
2. PERKHEMAHAN ZON BAKONG
3. PERKHEMAHAN LENCANA KERIS GANGSA

Dipersilakan Ketua Patrol Gonzales Ak Pelima untuk mengambil hadiah

Seterusnya merupakan hadiah kepada kepada

PENGAWAS TERBAIK LELAKI

PENGAWAS TERBAIK PEREMPUAN

PENGAWAS PERPUSTAKAAN TERBAIK

TOKOH MURID CEMERLANG

Seterusnya merupakan anugerah tertinggi SK Sungai Bakas iaitu Tokoh Murid Cemerlang.Pemilihan
murid ini adalah berdasarkan kecemerlangan dari segi Akademik, Kokurikulum dan Sukan. Murid ini
merupakan anak kedua dari 4 orang adik beradik. Merupakan anak perempuan kepada Encik Thomas
Kana dan Puan Ronita. Hobi nya adalah berenang dan cita cita ingin menjadi seorang doctor. Motto
yang dipegang oleh murid ini adalah ringkas namun memberi nilai yang tinggi iaitu Usaha Tangga
Kejayaan.
Murid ini pernah mewakili sekolah dalam acara sukan di MSSR mahupun Sukan 1 Malaysia dalam
Acara Lontar Peluru. Menjadi johan untuk semua pertandingan melukis poster yang dianjurkan oleh
pihak sekolah dan tidak hairanlah jika beliau terpilih menjadi calon untuk memasuki ke Sekolah Seni
Malaysia Sarawak dalam jurusan Seni Visual. Murid ini juga menunjukkan disiplin yang cemerlang dan
keperibadian yang menarik sesuai dengan tugasnya sebagai Pengawas Sekolah.

Oleh itu, dijemput Tokoh Murid SK Sungai Bakas bagi sesi 2017 iaitu adik Magdelinna Eva Ak Jacky.
Diminta ibu bapa murid naik ke pentas Bersama sama.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Pioh Ak Aloh diatas kesudian menyampaikan hadiah.

PENUTUP

Bagi mengakhiri majlis kita pada hari ini, dijemput semua Murid Tahun 6 untuk memberikan
persembahan.

Dengan berakhirnya persembahan dari murid tahun 6 sebentar tadi, maka berakhirlah sudah Majlis
Anugerah Murid Cemerlang SK Sungai Bakas Tahun 2017.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid murid yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga
kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang yang diceburi di hari-hari
yang mendatang. Renungilah kata-kata seorang cendekiawan:

“Kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa”
__________________________________________________

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua hadirin
atas kerjasama yang telah diberikan.
Saya selaku pengacara majlis, mewakili jawatankuasa kerja Majlis Anugerah Murid Cemerlang 2017
menyusun jari memohon maaf atas segala kekurangan,terlanjur kata mahupun tersilap bicara
sepanjang majlis berlangsung.

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Wabillahitaufiq… Sekian, terima kasih. Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai