Anda di halaman 1dari 19

Khasiat Dan Manfaat Buah-Buahan Alami Bagi Tubuh

Manusia - Ilmu Kesehatan Masyarakat


Sun, 18/11/2007 - 12:56pm — godam64

Buah adalah salah satu jenis makanan yang memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang
pada umumnya sangat baik untuk dikonsumsi setiap hari. Dibandingkan dengan suplemen obat-
obatan kimia yang dijual di toko-toko, buah jauh lebih aman tanpa efek samping yang
berbahaya serta dari sisi harga umumnya jauh lebih murah dibanding suplemen yang memiliki
fungsi yang sama.

Di bawah ini kita dapat melihat kandungan, khasiat dan manfaat sehat dari beberapa jenis
buah yang ada di bumi :

1. BUAH TOMAT (TOMATO)


- tomat mengandung vitamin A, B1 dan C.
- tomat dapat membantu membersihkan hati dan darah kita.
- tomat dapat mencegah beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. gusi berdarah.
b. rabun senja / kotok ayam.
c. penggumpalan darah.
d. usus buntu.
e. kanker prostat dan kanker payudara.

2. BUAH PEPAYA (PAPAYA)


- pepaya mengandung vitamin C dan provitamin A.
- pepaya dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan.
- pepaya dapat mebuat lancar saluran pencernaan makanan.
- pepaya dapat menanggulangi atau mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain
seperti :
a. menyembuhkan luka.
b. menghilangkan infeksi.
c. menghilangkan alergi

3. BUAH PISANG (BANANA)


- pisang mengandung vitamin A, B1, B2 dan C.
- pisang dapat membantu mengurangi asam lambung.
- pisang bisa membantu menjaga keseimbangan air dalam tubuh.
- pisang dapat menanggulangi atau mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain
seperti :
a. gangguan pada lambung.
b. penyakit jantung dan stroke
c. stress
d. menurunkan kadar koleterol dalam darah.
4. BUAH MANGGA (MANGO)
- mangga mengandung vitamin A, E dan C.
- mangga dapat bertindak sebagai disinfektan.
- mangga dapat membersihkan darah.
- mangga dapat menanggulangi atau mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain
seperti :
a. bau badan / bb / bau tubuh yang tidak enak.
b. menurunkan panas tubuh saat demam.

5. BUAH STRAWBERRY (STRAWBERRY)


- stoberi mengandung provitamin A, vitamin B1, B dan C.
- stobery mengandung antioksidan untuk melawan zat radikal bebas.
- strawbery memiliki kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. mengobati gangguan kesehatan pada kandung kemih.
b. menjadi anti virus
c. menjadi anti kanker

6. BUAH APEL (APPLE)


- apel mengandung vitamin A, B dan C.
- aple dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
- apel mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. menjadi zat anti kanker.
b. mengurangi nafsu makan yang terlalu besar.

7. BUAH JERUK (ORANGE)


- jeruk mengandung vitamin A, B1, B2 dan C.
- jeruk mengandung antikanker bagi tubuh.
- jeruk dapat mencegah dan mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain
seperti :
a. mengobati sariawan.
b. menurunkan resiko terkena kardiovaskuler, kanker, dan katarak.

8. BUAH PEAR / PIR (PEAR)


- pear mengandung vitamin C dan provitamin A.
- pear mengandung anti oksidan yang baik untuk menjaga kesehatan.
- pear dapat mencegah beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. menurunkan demam / panas tubuh.
b. mengencerkan dan menhilangkan dahak pada batuk berdahak.

9. BUAH JAMBU BIJI MERAH / JAMBU MERAH (GUAVA)


- jambu merah mengandung vitamin C yang sangat banyak.
- jambu merah mengandung zat antioxidan dan antikanker.
- jambu merah mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. menurunkan kadar kolesterol darah
b. mengobati infeksi.
c. menjaga mengobati sariawan.
d. memperlancar peredaran darah.
e. melancarkan saluran pencernaan.
f. mencegah konstipasi.

10. BUAH SEMANGKA (WATERMELON)


- semangka mengandung vitamin C dan provitamin A.
- semangka dapat menjadi antialergi.
- semangka mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
seperti :
a. menurunkan kadar kolesterol.
b. mencegah dan menahan serangan jantung.

11. BUAH MELON (HONEYDEW)


- melon mengandung vitamin C dan provitamin A.
- melon mengandung zat anti kanker dan anti oksidan.
- melon mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. mencegah darah menggumpal.
b. membersihkan kulit.
c. menlancarkan saluran pencernaan.
d. menurunkan kadar kolestrerol.

12. BUAH WORTEL (CARROT)


- wortel kaya akan vitamin A.
- wortel baik untuk menjaga kesehatan mata.
- wortel mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. meningkatkan kekebalan dan ketahanan tubuh jasmani.
b. menjaga hati tetap sehat.

13. BUAH BELIMBING (STAR FRUIT)


- belimbing mengandung vitamin C dan provitamin A.
- belimbing dapat membantu memperlancar pencernaan makanan.
- belimbing mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. menurunkan tekanan darah.
b. menurunkan kadar / tingkat kolesterol dalam tubuh.

14. BUAH NANAS (PINEAPPLE)


- nanas mengandung vitamin B dan C.
- nanas dapat mencegah terkena serangan jantung dan stroke / struk.
- nenas dapat mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. menyembuhkan luka.
b. menyembuhkan infeksi pada saluran pencernaan.

Untuk menjadi sehat alami tanpa bahan kimia makanlah berbagai buah secukupnya setiap hari
demi kesehatan badan kita yang sangat berharga.
Pengenalan

Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan
nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran dan buah-
buahan telah dikenali pasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.

Jika dahulu sayur-sayuran dan buah-buahan hanya menjadi santapan ruji penghuni-penghuni kuil, tetapi
kini kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun turut menjadikannya sebagai
menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan
makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.

Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran dan buah-buahan ini
mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihata serta menyediakan hidup
yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan
kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kancer,
penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan
penyakit yang telah dikenal pasti yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.

Secara amnya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi pelbagai kandungan yang boleh
memuajarabkan pelbagai jenis penyakit . Malahan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ini dapat
mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui khasiat yang diperolehi akibat
pengamalan sayur-sayuran dan buah-buahan ini, kerana kurangnya pendedahan yang diberikan. Di sini
terdapat beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dikenal pasti mempunyai khasiat
dari segi perubatan.

BUAH KELO

Ramai yang menggemari buah kelo kerana rasanya yang enak. Tetapi ramai yang kurang mengetahui
yang buah ini mempunyai khasiat dari segi kesihatan dan perubatan. Nama saintifiknya adalah Moringa
oleifera dan buah ini amat baik untuk jantung, saraf dan peredaran darah.Buah kelo amat berkesan
untuk meredakan demam panas.

Air perahan daun kelo bukan sahaja kaya dengan vitamin A, vitamin C dan kalsium, malahan juga
mengandungi asid amino yang bersifat antibakteria yang membantu menambahkan darah dan menentang
berbagai jenis penyakit.Jus buah kelo digunakan untuk tujuan melawaskan kencing serta membantu
menghilangkan rasa kembung dan senak akibat ketidakcernaan.

DAUN SALAD

Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak dimakan begitu
sahaja.Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai
kepentingan dari segi perubatan. Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa, merupakan penawar
kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus,
sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali
sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.
Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala
keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan
rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan .

KOBIS

Brassica oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini berasal dari keluaraga
Brassica. Sayur ini mengandungi belerang, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kobis
bukan sahaja berkesan untuk mengubati

penyakit ulser dan barah malahan juga berkesan untuk mengubati masalah –masalah lain di usus.

Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C
dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak.
Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia
berbahaya dalam tubuh badan. Amalan memakan kobis dapat menghalang carcinogen daripada
bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga
bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus
membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.

TIMUN

Di setengah- setengah tempat, timun juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya ialah
Cucumis sativus .Ia mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu
timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A,vitamin B1, vitamin B2 dan
vitamin C.

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang
kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat
dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa
kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.

Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat
menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah
dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.

KUCAI

Kucai adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga Lili. Tumbuhan
ini tengik baunya tetapi enak dimakan samada sebagai sayur atau ulam.

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-
penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi
perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah,
sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga
lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab
sekiranya diminum setiap pagi.

ASPARAGUS

Berasal dari keluaraga liliaceae, dan dikenali sebagai Asparagus officinalis dari segi sainsnya. Sayur ini
kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.

Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan
dalam darah yang menyebabkan wujudnya masalah-masalah seperti jerawat,

ekzema atau lebih dikenali sebagai kudis , asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka.Ini
kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit.

Selain itu asparagus juga mengandungi eleman –eleman yang baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan
adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.

SELERI

Merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, sodium,
potsium,karotin,vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Dikenali sebagai Apium graveolens dan
berasal dari keluarga Dulce umbelliferae, adalah merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah
tinggi.Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah
tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-
kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih
baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria.
Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran
kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau
septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu
menghentikan pembiakan kuman.

LOBAK PUTIH

Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh
menyakitkan seluruh badan.Ramai yang tidak mengetahui yang lobak putih mempunyai

kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman. Brassica rapa
adalah nama saintifiknya dan beasal dari keluarga Crucifera. Sayur ini mengandungi kandungan air ,
glukos, sokros dan fruktos yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid
amino.

PUDINA

Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies
mentha.Terdapat berbagai jenis pudina di seluh dunia, antaranya:

 mentha spicata "moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot,


 mentha aquatica untuk merawat cirit-birit
 mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.

Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia
juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan
mengeluarkan peluh.

Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan
otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya
serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.

PASLI

Sayuran ini berasal dari keluarga Umbelliferae dan kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium,
magnesium dan klorofil.

Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagimenjaga kesihatan rambut. Air
ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.

Pasli juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan
menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.

KACANG BUNCIS

Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah Phaseolus vulgaris mengandungi pelbagai khasiat yang
tidak terdapat pada tumbuhan sekelurga dengannya.

Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal
metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing
manis atau darah tinggi.

Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan , kacang ini dapat membantu
mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat
dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.
PERIA

Peria atau dikenali sebagai kanbas atau nama sainsnya Momordica charantia adalah sejenis sayur yang
rasanya amat pahit,tetapi di sebalik kepahitan itulah tersembunyi seribu satu khasiat untuk menjaga
kesihatan tubuh badan.

Sayur ini adalah penawar kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis. Kandungan bahan
yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing.
Peng- hidap kencing manis mestilah menjadikan jus peria ini sebagai satu jus minuman harian, terutama
sekali sebelum sarapan.Selain itu peria juga dapat menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang
kanak-kanak.

BAYAM

Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus,
besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi
saintifiknya.

Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah seperti anemia sejenis
penyakit kurang darah. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengandengan segelas air dan
diminum dua kali sehari.

Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan. Jus bayam yang
dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi secukupnya untuk
menambah tenaga mereka kerana jus bayam mengandungi asid aksalik dan penambahan jus-jus lain
dapat mengatasi kesan-kesan keasidannya.

KADUK

Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper
sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae.

Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab untuk merawat
demam malaria dengan minum air rebusannya.air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-
batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.

DAUN KARI

Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya koeniggi,
mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya digunakan dalam menambahkan
keharuman masakan dan masyarakat India merupakan pengguna terbanyak daun ini.
Dari segi perubatanya, daun ini amat berkesan dalam mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea,
menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan
penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah.Selain itu daun ini juga baik untuk peredaran darah dan
boleh bertindak sebagai sedatif.

KAPSIKUM

Merupakan sejenis cili yang berisi tebal berwarna hijau atau merah. Adalah dari spesies Kapsikum
annuun yang berasal dari keluaraga Solanaceae.Ia kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat besi
seperti kalsium, fosforus, sodium, dan potasium.Sayur ini dikatakan dapat

meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukan.Ia juga baik untuk pengedaran darah dan
boleh mengtasi masalah sakit kerongkong.

Kapsikum juga mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal, sekali
gus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis.

TOMATO

Nama sainsnya adalah Iycopersicon esculentum.Merupakan sayur yang digemari oleh orang ramai dan
boleh dimakan secara mentah atau dimasak.Berasal dari kelurga Solanaceae, kaya dengan zat besi,
serat serta vitamin A dan C dimana diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.Ia juga baik untuk
melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet yang penting .

Satu kajian terbaru di amerika syarikat telah menunjukkan bahawa pigman merah yang terdapat pada
kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Iycopene yang mana boleh mengurangkan
risiko di kalangan kaum lelaki daripada mendapat penyakit barah prostat.Dalam kajian tersebut, amalan
memakan 10 biji tomato seminggu boleh kurangkan risiko sehingga 45%.

KENTANG

Berasal dari keluarga Solanaceae, dan merupakan sejenis sayuran yang paling popular di selurug dunia.
Terdapat berbagai jenis ubi kentang di seluruh dunia.Ubi kentang kaya dengan karbohidrat dan zat
galian terutamanya dibahagian kulit.

Sayur ini berkesan untuk merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah jerawat dan
bisul.Caranya adalah dengan mengadun udi kentang dengan sedikit air kemudian disapu ke atas jerawat
atau bisul yang sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih. Cara rawatan yang sama
juga digunakan bagi merawat kudis atau luka.

TERONG PIPIT
Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika.Biasanya dimakan secara mentah
ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Dikenalai sebagai Solanum torvum ,dalam nama sainsnya.

Daripada kajian, terong ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi
fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C dan sedikit vitamin BI.Terong ini juga mengandungi
alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%.

Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan
kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada
kaki.

BAWANG PUTIH

Dikenali sebagai Allium sativum dan mempunyai kegunaan yang banyak dan khasiat yang tinggi.Bawang
ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah
dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu
menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).

Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan
mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang
mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta
menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

MANGGA

Berasal dari kelurga Anacardiaceae dan nama saintifiknya dikenali sebagai Mangifera Indica. Jus buah
ini mengandungi khasiat yang tinggi dan berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit. Minuman ini, kaya
dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium dan magnesium dan vitamin A dan C.

Penyakit hernia atau burut merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan
kantung kemaluan menjadi bengkak. Amalan meminum jus buah mangga merupakan amalan berkesan
untuk mereda dan menyembuhkan penyakit ini.Ini kerana kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi
dalam mangga akan mempercepatkan proses penyembuhan di dalam dan di luar badan.

Selain itu, jus buah mangga ini juga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah
penyidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan.

Petua berkesan adalah dengan menyedut perlahan-lahan jus buah mangga dengan menggunakan straw
dan bukannya dengan meminum terus. Memandangkan kandungan gula yang tinggi hanya secawan sahaja
dihadkan dan bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan alahan adalah dinasihati
membataskan penggunaannya.

AVOKADO
Adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium,sodium,
potasium, vitamin A dan C dan niasin.Dikenali sebagai Persea americana dan buah ini berasal dari
keluarga Lauraceae.

Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada
lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang
bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus
dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.

Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di samping
mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu
daripada diserang sakit jantung.

Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan
kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.

LEMON

Dikenali sebagai Citrus limon dari segi saintifiknya dan boleh ditemui pada bila-bila masa sepanjang
tahun.Buah ini seperti buahan lain kaya dengan vitamin C yang berkesan untuk menghindarkan penyakit-
penyakit kelamin seperti gonorea, siflis dan klamidia. Ini kerana ia bertindak membunuh kuman
bakteria, sekali gus mempertingkatkan daya tahan badan.

Kandungan vitamin C dalam jus lemon, yang turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus,
potasium,magnasium dan vitamin B-Kompleks, juga bertindak membunuh sejenis bakteria dikenali
sebagai stafilokokus.Bakteria ini menjadi punca beberapa jenis penyakit seperti keracunan makanan,
radang paru-paru dan jangkitan jangkitan lain.

DELIMA

Merupakan sejenis buah yang berasal dari kawasan Mediterrane. Dikenali sebagai Punica granatum dan
mengandungi asid tannin yang amat muajarab untuk hapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak.

Selain daripada asid tannin , buah ini juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium,
magnasium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk
cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus.

Penyakit buasir juga dapat dirawat dengan buah delima ini .Airnya yang bertindak sebagai astringen,
disapu ke bahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.

BELIMBING BULUH
Buah ini mempunyai rasa yang masam dan juga digunakan dalam pelbagai jenis masakan tempatan
seperti sambal belacan dan masak lemak. Dikenali sebagai Averrhoa belimbi linn dan berasal dari
keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan.

Jus buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia
juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi.
Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air
rebusan ini setiap pagi dan petang.

PISANG

Antara buah tempatan yang digemari ramai adalah pisang atau dikenali sebagai Musa sapientum dari
segi sainsnya.Pisang kaya dengan vitamin A dan C, kalsium, fosforus, potasium dan besi .Ia juga
merupakan salah satu daripada beberapa jenis buah yang mengandungi kromium, iaitu sejenis bahan
yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk memberi tenaga.

Selain itu, pisang juga merupakan jawapan yang tepat bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit,
dan juga dapat melegakan penyakit ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

NANAS

Berasal dari keluarg Bromeliaceae dan nama sainsnya ialah Ananas comosus. Buah ini mempunyai
kandungan vitamin A, B, da C yang tinggi.

Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di
bahagian bibir dan di bahagian muka.Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah
kencing tidak lawas. Enzim yang terdapar pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan
daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini
juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing,
cacing dan kelesuan tubuh badan.

TEMBIKAI

Buah tropika ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, asid folik
dan zink. Dikenali sebagai Citullus vulgaris dan mempunyai khasiat yang tinggi.

Jus buah ini amat muajarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti demam, masalah perut
kembung, sakit kepala dan penyakit paru-paru. Jus ini juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan
orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh badan yang lemah bagi mereka yang baru sahaja
sembuh daripada penyakit . Selain itu penyakit artritis, gout serta

keracunan uremik yang berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan dapat diatasi dengan
pengamalan minum jus buah ini.
PLUM

Berasal dari keluarga Rosaceae dan mengandungi khasiat yang tinggi.Buah ini mengandungi sejenis
bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation yang bertindak sebagai julap. Bahan ini bukan sahaja
mencuci perut, malahan juga mengatasi masalah sembelit. Di samping itu, ia juga sesuai diamalkan oleh
mereka yang mengalami masalah kolesterol kerana diphenylisation yang membantu menurunkan paras
serum dalam darah. Buah ini mengandungi serat ,iaitu salah satu daripada zat-zat makanan penting yang
diperlukan dalam pemakanan harian untuk menjaga kesihatan.

Buah ini juga merupakan penawar bagi mengubati penyakit gastritis akibat inflamasi pada lapisan mukus
dalam perut akibat pengambilan terlalu banyak makanan berempah, arak dan ubat-ubat aspirin.

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, kita telah mengenal pasti beberapa sayur-sayuran dan buah-buahan yang bukan
sahaja mengandungi kandungan khasiat yang tinggi malahan juga mempunyai nilai-nilai perubatan yang
amat muajarab. Walau bagaimanapun masih terdapat banyak lagi sayur-sayuran dan buah-buahan yang
belum dikaji potensinya sebagai radas kesihatan manusia.Sekecil-kecil cili padi sekalipun mungkin
mengandungi kompaun yang berguna untuk menyelamatkan manusia. Jika kita masih melengah-lengahkan
usaha pengkajian ke atas tumbuh-tumbuhan ini, mungkin banyak lagi nyawa yang akan terkorban akibat
pelbagai jenis penyakit.

Fenomena ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak.Dunia ini dicipta lengkap dengan segala unsur pro
dan kontra. Apabila tuhan mencipta penyakit, Dia juga mencipta ubatnya.
Khasiat Sayuran Sawi
Nov 15th 2007
No Comments
respond
trackback

Khasiat sawi luar biasa, mampu menangkal hipertensi, penyakit jantung, dan berbagai
jenis kanker. Manfaat lainnya adalah menghindarkan ibu hamil dari anemia.

Konsumsi sayur-sayuran sudah menjadi kebutuhan primer karena kandungan gizinya


yang sangat tinggi. Menurut Gladys Block, Ph.D, dari University of California di
Berkeley, Amerika Serikat, konsumsi sayuran hijau secara teratur dapat menyusutkan
risiko penyakit kanker hingga separuhnya.

Dr. Joann Manson dari Harvard Medical Scholl menyebutkan bahwa konsumsi sayuran
hijau dapat menurunkan risiko penyakit kardiovaskular seperti stroke, jantung koroner,
dan hipertensi. Salah satu jenis sayuran yang sangat populer di Indonesia adalah sawi.

Sawi sangat digemari oleh berbagai lapisan masyarakat. Dalam bahasa Inggris, sawi
dikenal dengan istilah mustard. Dalam perdagangan internasional, sawi dikenal dengan
beberapa istilah, yaitu green mustard, Chinese mustard, Indian mustard, ataupun sarepta
mustard.

Sawi umumnya dimasak dengan cara ditumis, oseng-oseng, asinan, atau digunakan
sebagai pelengkap pada mi ayam, bakso, dan gado-gado. Sawi termasuk ke dalam genus
Brassica, spesies Brassica juncea.

Cegah Osteoporosis

Sawi banyak mengandung vitamin dan mineral. Kadar vitamin K, A, C, E, dan folat pada
sawi tergolong dalam kategori excellent. Mineral pada sawi yang tergolong dalam
kategori excellent adalah mangan dan kalsium. Sawi juga excellent dalam hal asam
amino triptofan dan serat pangan (dietaryfiber).

Zat-zat gizi yang termasuk dalam kategori very good pada sawi adalah kalium, tembaga,
fosfor, besi, magnesium, vitamin B6, vitamin B2, dan protein. Komposisi gizi lengkap
dari sawi dapat dilihat pada tabel.

Zat Gizi Kadar AKG (%) Densitas Gizi Worlds Healthiest Foods Rating
Vitamin K (mkg) 419,3 524,1 449,2 Excellent
Vitamin A (IU) 4243,4 84,9 72,7 Excellent
Vitamin C (mg) 35,42 59,0 50,6 Excellent
Folat (mkg) 102,76 25,7 22,0 Excellent
Mangan (mg) 0,38 19,0 16,3 Excellent
Vitamin E (mg) 2,81 14,1 12,0 Excellent
triptofon (g) 0,04 12,5 10,7 Excellent
Serat pangan (g) 2,8 11,2 9,6 Excellent
Kalsium (mg) 103,6 10,4 8,9 Very good
Kalium (mg) 282,8 8,1 6,9 Very good
Vitamin B6 (mg) 0,14 7,0 6,0 Very good
Protein (g) 3,16 6,3 5,4 Very good
Tembaga (mg) 0,12 6,0 5,1 Very good
Fosfor (mg) 57,4 5,7 4,9 Very good
Besi (mg) 0,98 5,4 4,7 Very good
Vitamin B2 (mg) 0,09 5,3 4,5 Very good
Magnesium (mg) 21 5,3 4,5 Very good
Vitamin B1 (mg) 0,06 4,0 3,4 Good
Vitamin B3 (mg) 0,61 3,0 2,6 Good

sumber: www.whfoods.org
keterangan: AKG= angka kecukupan gizi

Kandungan vitamin K pada sawi sangat tinggi, yaitu mencapai 419,3 mkg per cangkir.
Konsumsi satu cangkir sawi sudah dapat memenuhi kebutuhan tubuh akan vitamin K per
hari.

Vitamin K sangat berguna untuk membantu proses pembekuan darah, sehingga sering
disebut sebagi vitamin koagulasi. Vitamin K mempunyai potensi dalam mencegah
penyakit-penyakit serius, seperti penyakit jantung dan stroke, karena efeknya mengurangi
pengerasan pembuluh darah oleh faktor timbunan plak kalsium.

Vitamin K juga terkait dengan pengaturan protein tulang dan kalsium di dalam tulang dan
darah, sehingga dapat menjaga tulang dari proses osteoporosis. Tanpa peran vitamin K,
osteokalsin sebagai protein tulang tidak dapat bekerja dengan normal.

Vitamin K juga dapat digunakan untuk menangani kanker karena dapat bertindak sebagai
racun bagi sel-sel kanker, tetapi tidak membahayakan sel-sel yang sehat.

Fungsi lain dari vitamin K adalah dalam mencegah penyakit alzheimer, pengontrolan
kadar gala darah, serta mencegah sitokin, pembawa pesan yang berperan dalam
menyebabkan pembengkakan sambungan tulang saat penuaan terjadi.

Kadar vitamin A pada sawi juga sangat tinggi. Konsumsi 1 cangkir sawi cukup untuk
memenuhi 84,9 persen kebutuhan tubuh akan vitamin A per hari. Vitamin A berperan
menjaga kornea mata agar selalu sehat. Mata yang normal biasanya mengeluarkan
mukus, yaitu cairan lemak kental yang dikeluarkan sel epitel mukosa, sehingga
membantu mencegah terjadinya infeksi.

Kekurangan vitamin A membuat sel epitel akan mengeluarkan keratin, yaitu protein yang
tidak larut dalam air dan bukan mukus. Bila sel-sel epitel mengeluarkan keratin, selsel
membran akan kering dan mengeras, dan bila tidak segera diobati akan menyebabkan
kebutaan.
Kandungan vitamin C pada sawi hampir setara dengan jeruk. Konsumsi 1 cangkir sawi
cukup untuk memenuhi 59 persen kebutuhan tubuh akan vitamin C per hari.

Peran utama vitamin C adalah dalam pembentukan kolagen interseluler. Kolagen


merupakan senyawa protein yang banyak terdapat dalam tulang rawan, kulit bagian
dalam tulang, dentin, dan vascular endothelium.

Vitamin C sangat penting perannya dalam proses hidroksilasi dua asam amino prolin dan
lisin menjadi hidraksiprolin dan hidroksilisin. Kedua senyawa ini merupakan komponen
kolagen penting. Selain itu, vitamin C sangat berperan dalam penyembuhan luka serta
daya tahan tubuh melawan infeksi dan stres.

Asam Folat

Sawi juga sangat baik bagi ibu hamil karena mengandung asam folat yang cukup tinggi.
Asam folat dibutuhkan tubuh untuk mengatasi anemia yang sering terjadi pada ibu hamil.
Selain itu, asam folat merupakan koenzim untuk beberapa sistem enzim.

Salah satu peranan asam folat adalah biosintesis dan pemindahan satu satuan karbon
seperti gugus metil. Dengan demikian memungkinkan terjadinya sintesis metionin, kolin,
dan penambahan gugus metil pada pirimidin sehingga terbentuk timin. Senyawa terakhir
ini merupakan salah satu komponen penting dalam molekul DNA.

Peran asam folat dalam proses sintesis nukleoprotein merupakan kunci pembentukan dan
produksi butir-butir darah merah normal dalam sumsum tulang. Asam folat juga terlibat
dalam proses oksidasi fenilalanin menjadi tirosin.

Kebutuhan asam folat pada orang dewasa mencapai 400 mkg perhari. Kebutuhan ini
menjadi dua kali lipat pada ibu yang sedang hamil dan bertambah 50 persen untuk ibu
yang sedang menyusui.

Asam folat dan vitamin B6 dapat mereduksi homosistein di dalam tubuh. Homosistein
dapat mencegah terbentuknya ikatan silang pada kolagen, sehingga tulang menjadi lebih
mudah keropos.

Kandungan vitamin E pada sawi dapat berfungsi sebagai antioksidan utama di dalam sel.
The George Mateljan Foundation (2006) menggolongkan sawi dalam kategori excellent
sebagai sumber vitamin E. Kebutuhan rata-rata vitamin E mencapai 10-12 mg/hari.
Kandungan vitamin E pada sawi juga berperan balk untuk mencegah penuaan.

Unggul Serat, Kaya Mineral

Sawi juga memiliki keunggulan dalam hal serat pangan. Serat dibutuhkan tubuh untuk
menurunkan kadar kolesterol dan gula darah. Di dalam saluran pencernaan, serat akan
mengikat asam empedu (produk akhir kolesterol) dan kemudian dikeluarkan bersama
tinja.
Semakin tinggi konsumsi serat, akan semakin banyak asam empedu dan lemak yang
dikeluarkan oleh tubuh. Hal tersebut secara otomatis akan mengurangi kadar kolesterol.
selain untuk mengendalikan kolesterol, serat pada sawi juga sangat berguna mencegah
diabetes melitus dan terjadinya kanker kolon.

Kandungan mangan pada sawi juga termasuk dalam kategori excellent. Mangan sangat
esensial untuk proses metabolisme tubuh, sedangkan triptotan merupakan protein utama
penghubung antarsaraf dan pengatur pola kebiasaan (neurobehaviour} yang berdampak
kepada pola makan, kesadaran, persepsi atas rasa sakit, dan pola tidur.

Sawi juga memiliki kalsium yang sangat baik. Kalsium merupakan salah satu mineral
terpenting yang dibutuhkan tubuh. Konsumsi kalsium kurang dari kebutuhan dapat
menyebabkan rapuhnya integritas tulang dan osteoporosis di usia dini, terutama pada
wanita.

Kandungan kalsium yang tinggi pada sawi dapat mengurangi hilangnya bobot tulang
yang biasa terjadi pada usia lanjut. Tekanan darah tinggi juga dapat disebabkan oleh
rendahnya kadar kalsium di dalam darah.

Mineral lain yang cukup berarti pada sawi adalah magnesium. Kandungan magnesium
pada sawi sangat berguna untuk mereduksi stres dan membantu membentuk pola tidur
yang baik.

Tangkal Macam-Macam Kanker

Sawi merupakan jenis sayuran yang sangat bermanfaat untuk mencegah berbagai
penyakit, terutama kanker. Hal itu disebabkan tingginya kadar senyawa fitokimia pada
sawi, khususnya glukosinolat. Di dalam tanaman, glukosinolat bereaksi dengan enzim
mirosinase, menghasilkan komponen aktif indol dan isotiosianat.

Indol dan isotiosianat berfungsi untuk mereduksi potensi kanker karena kemampuan
kedua komponen itu mengatur enzim yang berfungsi mendetoksifikasi hati. Indol dan
isotiosianat juga dapat menghambat enzim yang dapat menyebabkan terbentuknya
senyawa karsinogenik (penyebab kanker).

Sebuah penelitian yang dilakukan dari Ohio State University membuktikan bahwa
senyawa isotiosianat dapat menghambat sel kanker. Senyawa ini berasal dari senyawa
glukosinolat yang mengalami perubahan setelah sayuran digigit, dikunyah, dan dicerna.

Dari beberapa hasil studi epidemologi, Park dan Pezzuto (2002) melaporkan bahwa
konsumsi sayuran dari genus Brassica (termasuk sawi) dapat menurunkan risiko berbagai
jenis kanker, yaitu kanker payudara, prostat, ginjal, kolon, kandung kemih, dan paru-
paru. Konsumsi tiga porsi atau lebih sayuran tersebut mampu menurunkan risiko kanker
prostat dibandingkan dengan konsumsi hanya satu porsi per minggu. Dilaporkan juga
bahwa konsumsi sayuran Brassica sebanyak 1-2 porsi/hari mampu menurunkan risiko
kanker payudara sebesar 20-40 persen.
Sawi juga bermanfaat untuk mencegah kanker kandung kemih. Kanker kandung kemih
merupakan penyakit yang paling menakutkan. Tercatat 11.000 orang didiagnosis
menderita kanker tersebut di Inggris dan lebih dari 30 persen-nya meninggal akibat
penyakit ini. Sebuah penelitian yang dilakukan oleh Dr. Steven Schwartz dari Ohio State
University membuktikan bahwa senyawa isotiosianat dapat memangkas sel kanker
kandung kemih, khususnya sel agresif yang cenderung cepat menyebar ke seluruh tubuh.

Sawi juga mengandung sulforafan yang juga bersifat antikanker. Sebuah publikasi pada
Journal of Nutrition pada tahun 2004 menunjukkan bahwa kandungan sulforafan yang
banyak terdapat pada golongan Brassica sangat efektif untuk mencegah pertumbuhan sel
kanker payudara. Paul Talalay, farmakologis dari Johns Hopkins, menegaskan bahwa
sulforafan diketahui mampu meningkatkan produksi enzim fase II di dalam hati.

Enzim ini berperan mengangkut bahan-bahan karsinogen yang dihasilkan dari senyawa
prokarsinogen dan membuangnya keluar dari sel.

Turunkan LDL, Naikkan HDL

Kandungan vitamin E, betakaroten, dan vitamin C pada sawi sangat baik untuk mencegah
kolesterol dan penyakit jantung. Ketiga zat tersebut sangat bermanfaat untuk mencegah
terjadinya oksidasi kolesterol LDL.

Kandungan vitamin B6, asam folat, dan magnesium pada sawi juga berpotensi untuk
mencegah penyakit jantung. Vitamin B6 dan asam folat dapat menghambat terbentuknya
homosistein, yaitu suatu senyawa yang mampu menyumbat pembuluh darah sehingga
berpotensi menyebabkan penyakit jantung.

Sebuah studi di Amerika Serikat pada tahun 1995 menunjukkan bahwa konsumsi asam
folat 400 mikrogram per hari dapat mencegah 28.000 kematian setiap tahun akibat
penyakit jantung. Kandungan magnesium pada sawi juga dapat mencegah tekanan darah
tinggi dan penyakit jantung.

Sawi juga mengandung niasin. Niasin dapat menurunkan kadar kolesterol dan
meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik). Niasin berperan dalam merangsang
terbentuknya prostaglandin 12, yaitu hormon yang membantu mencegah pengumpulan
agregasi trombosit. Dengan demikian, niasin dapat memperkecil proses ateroskerosis dan
akhirnya menurunkan kemungkinan terjadinya serangan jantung.

Kurang Baik bagi Penderita Ginjal

Sawi merupakan salah satu bahan pangan yang banyak mengandung oksalat. Kandungan
oksalat yang terlalu tinggi di dalam tubuh dapat menyebabkan kristalisasi yang menjurus
pada terbentuknya batu. Karena itu, mereka yang mempunyai gangguan terhadap ginjal
sebaiknya menghindari konsumsi sawi yang berlebihan.
Kandungan oksalat dapat menghambat penyerapan kalsium di dalam tubuh. Kandungan
vitamin C yang tinggi pada sawi juga akan mendorong terbentuknya oksalat di dalam
tubuh.

Sawi juga mengandung goitrogen, yaitu senyawa yang dapat menghambat fungsi kelenjar
tiroid. Kelenjar tiroid berfungsi untuk menghasilkan hormon tiroksin dari bahan baku
mineral iodium. Terhambatnya fungsi kelenjar tiroid akan menyebabkan terjadinya goiter
(gondok).

Menurut Cahanar dan Suhanda (2006), meskipun belum memiliki data ilmiah0

Anda mungkin juga menyukai