Anda di halaman 1dari 6

PERMOHONAN PENUBUHAN

INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (IPS)


Unit Pendidkan Swasta,
Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas
Jabatan Pelajaran Johor
Blok A Tingkat 2, Wisma Pendidikan
Jalan Tun Abdul Razak, 80604 Johor Bahru.
e-mail: jpnjohor@joh.moe.gov.my

1. Pemohon IPS mestil warganegara Malaysia berumur lebih 18 tahun. (termasuk


pemastautin tetap)

2. Pemohon mengemukakan surat permohonan (Borang PI) ke jabatan ini, dengan


menyatakan butiran ;
2.1 Nama , Alamat dan No telefon pemohon untuk dihubungi
2.2 Alamat dan Kategori / Jenis Institusi yang ingin ditubuhkan
3. Setelah permohonan diterima, Pegawai Unit Pendidikan Swasta akan
menghubungi pemohon bagi temujanji lawatan tapak 'on site'

4. Semasa lawatan ke premis cadangan, jika Jabatan ini berpuas hati dengan
premis yang dicadangkan, laporan kesesuaian premis akan dikeluarkan dan
diserahkan kepada pemohon institusi. Jika tidak sesuai, pegawai akan
menasihati pemohon untuk mecari premis dan lokasi lain yang sesuai.

5. Bagi permohonan penubuhan tadika di kawasan perumahan Bandaraya, atau di


kawasan perumahan PBT Daerah-Daerah negeri Johor yang lain yang
memerlukan Kebenaran Merancang (KM), permohonan penubuhan tadika
mestilah dikemukakan terlebih dahulu ke Unit Perancang Bandaraya, MPJB atau
PBT daerah-daerah negeri Johor bagi tujuan menukarkan status premis tempat
kediaman kepada premis perniagaan tadika.

6. Pemohon juga perlu mendapat persetujuan bertulis dari sekurang-kurangnya 6


jiran-jiran berhampiran premis yang dipilih. (Untuk mengelakkan aduan kacau
ganggu oleh jiran terhadap tadika sebelum atau selepas ditubuhkan)

7. Pemohon perlu memilih nama IPS yang sesuai dengan institusi pendidikan. Sila
rujuk kepada pegawai swasta di daerah atau JPN untuk penentuan nama institusi
dan ‘lock’ nama di SSM.

8. Pemohon wajib menghadiri taklimat penubuhan IPS mengikut tarikh yang


ditentukan oleh Unit Pendidikan Swasta, JPN. Semasa taklimat pegawai akan
menerangkan berkaitan Peraturan-Peraturan Pematuhan Dasar IPS. Penerangan
proses membuat kertas kerja juga akan diberikan, dan sesi soal jawab berkaitan
pematuhan dasar institusi akan dijawab secara insitu.

9. Kertas kerja yang mengandungi borang permohonan penubuhan IPS (Borang


BPS1) dan dokumen berkaitan perlu dihantar ke Pendaftar Institusi Pendidikan,
Unit Pendidikan Swasta, Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas JPN
Johor.

Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pelajaran Johor Page 1


10. Setelah borang permohonan (Borang BPS1) dan dokumen diterima lengkap, satu
Perakuan Pendaftaran Sementara akan dikeluarkan (tempoh sah laku 1 tahun).
Pemohon dikenakan fee RM150.00 bagi penubuhan IPS dan RM7.00 bagi Tadika.

11. Pengusaha akan mendaftarkan kelulusan penubuhan IPS ke Suruhanjaya


Syarikat Malaysia (SSM) untuk pendaftaran perniagaan. Sebuah IPS yang
berdaftar akan diberi Nombor Pengenalan bermula SRJ dan diikuti dengan 4 digit.

12. Unit Pendaftaran, Sektor Pendidikan Swasta, Jabatan Pelajaran Johor akan
mengeluarkan 3 surat bagi memohon sokongan 3 jabatan / agensi dan perlu
diserahkan oleh pemohon kepada ketiga-tiga jabatan / agensi berkaitan, iaitu:

12.1 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) - Bagi tujuan perlesenan premis


12.2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (mengikut daerah) – Keselamatan premis
12.3 Pejabat Kesihatan Daerah – Kapasiti bilangan pelajar/murid dalam premis

13. Sentiasa berhubung dengan ketiga-tiga agensi berkaitan untuk menentukan


tarikh dan masa lawatan pemeriksaan premis yang berkaitan bidang masing-
masing seperti dalam 12.1,12.2 &12.3.

14. Dalam jangka masa satu tahun dari tarikh IPS didaftarkan di JPN, pemohon
bertanggungjawab untuk memperoleh surat sokongan dari 3 agensi berkaitan
bagi membolehkan sesuatu IPS diberikan status institusi berdaftar sepenuhnya.

PEMILIHAN LOKASI DAN PREMIS IPS

Lokasi & Premis

Lawatan premis hendaklah dilakukan ke atas premis yang dicadangkan oleh


pemohon oleh pegawai swasta dari JPN atau PPD. Pegawai perlu memastikan
premis yang dicadangkan adalah sesuai dan selamat, terutamanya aspek berikut:

• Lokasi institusi hendaklah sesuai dengan iklim pengajaran pembelajaran,


keselamatan, kesihatan, keselesaan dan lain-lain.
• Tiada gangguan atau ancaman bahan kimia atau kotoran sampah.
• Tidak berdekatan dengan pusat hiburan, perjudian, rekreasi atau pasar.
• Tidak berdekatan dengan tempat yang mudah terbakar, bengkel yang bising, di
tebing sungai cerun berbahaya atau di bangunan lama.
• Premis yang digunakan bagi penubuhan IPS (Institusi Pendidikan Swasta)
hendaklah sesuai dan selamat serta boleh didaftarkan sebagai sebuah IPS.
Ruang dan bilangan bilik darjah sesuai.
• Premis sesuai, binaan kukuh, ruang mencukupi, tandas mencukupi (sekurang-
kuranya 2 unit), ada ruang aktiviti rekreasi. Ruang dalaman premis menerima
pencahayaan yang mencukupi.

• Pusat tuisyen mesti beroperasi di bangunan rumah kedai atau bangunan untuk
tujuan komersial. Premis yang selain daripada itu tidak dibenarkan kecuali premis
yang didapati sesuai dan mendapat kebenaran Ketua Pendaftar.

Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pelajaran Johor Page 2


• Tadika boleh beroperasi di rumah lot tepi, banglo, rumah berbandung rumah batu
atau separuh batu (teres/berkembar/sesebuah); bangunan dikhaskan untuk
tadika; kompleks / bangunan perniagaan / rumah kedai (hanya tingkat bawah dan
tingkat satu sahaja); premis kerajaan; bangunan bertingkat (hanya tingkat
bawah sahaja); kawasan rumah ibadat (termasuk masjid) dengan kebenaran
bertulis dari pihak yang berkenaan; bangunan kayu (bertingkat/setingkat) atau
rumah kayu (bertingkat/setingkat); balai raya atau dewan orang ramai dengan
kebenaran bertulis dari pihak yang berkenaan; premis lain atau bangunan
komersial atau mana-mana premis yang lain yang didapati layak dan sesuai oleh
Ketua Pendaftar.

• Jika disediakan makanan, maka ruang penyajian hendaklah bersih dan selamat

• Sebarang penambahan bilik darjah / perpindahan premis / penubuhan cawangan


baru / ubah suai premis hendaklah mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu
daripada Pendaftar Institusi (Pengarah Pelajaran Johor).

Jenis-Jenis / Ketagori IPS (Institusi Pendidikan Swasta)

 Tadika
 Pusat Tuisyen
 Pusat Perkembangan Minda / Individu
 Pusat Bahasa
 Pusat Latihan Komputer
 Pusat Kemahiran
 Sekolah Rendah/ Menengah Swasta
 Sekolah Rendah/Menengah Agama Swasta
 Sekolah Antarabangsa
 Sekolah Ekspatriat
 Sekolah Menengah Persendirian Cina
 Sekolah Pendidikan Khas
 Sekolah Gaya Pos

Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pelajaran Johor Page 3


SENARAI NAMA PEGAWAI PENDIDIKAN SWASTA
DI JABATAN DAN DAERAH TAHUN 2012

NAMA NO TEL. PEJ NO TELEFON

PEGAWAI PENDIDIKAN SWASTA DI JPNJ

HJ. MD. AMIN BIN ANIS


(KETUA SEKTOR UPS) 07-2310079
CIK NORBIHA BUANG
( TIMBALAN KETUA SEKTOR ) 07-2310082 012-7020630
EN MUSA BIN ISMAIL
( UNIT PENGUATKUASAAN ) 07-2310083 019-7508115
PN ROSLIZA BT. ROSLI
( KU PERHUBU. ANTARABANGSA / PENDAFTARAN) 07-2310081 012-2200518
EN. NOORLIZAM BIN MOHD MONZAI
( UNIT PENGUATKUASAAN SWASTA) 07-2310080 013-7131130
HJ. MOHD SAAD BIN HJ. MOHD ANSOR
(UNIT PENDAFTARAN SWASTA )
07-2310078 016-7735056
mashars@yahoo.com

UNIT PENDIDIKAN SWASTA (AM) 07-2310004 07-2310089


No Fax JABATAN ( UNIT PENDIDIKAN SWASTA) 07-2347127
PEGAWAI PENDIDIKAN SWASTA DAERAH

EN . ISKANDAR RADZY BIN ABU BAKAR (J BAHRU) 07-2266244 012-7046555


EN. MOHD FAUZI BIN SAEM (P. GUDANG ) 07-3881210 012-7871001
EN. MAHAMAD SOBRI BIN HAJAR ( KULAI) 07-6632677 012-7222209
EN. HAMZAH BIN RAWIAN (PONTIAN) 07-6871677 013-7388001
EN. NORAZLAN BIN ZAKARIA (B.PAHAT) 07-4342201 013-7646767
HJ. DAUD BIN AMAT (K.TINGGI) 07-8831012 013-7213015
HJ. SOOPAR BIN SARBINI (KLUANG) 07-7722946 013-7365529
EN. RUSLI BIN TUMIJAN (MUAR) 06-9521895 012-3384859
HJ. AZLANG B. MOHAMAD NOR (SEGAMAT ) 07-9311132 012-7165156
EN. ABDUL WAHAB BIN MOHAMAD (MERSING) 07-7991269 019-7812221

Portal rasmi Jabatan Pelajaran Johor : www.moe.gov.my/jpnjohor

Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pelajaran Johor Page 4


JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR
UNIT PENDIDIKAN SWASTA

PROSES KERJA PENUBUHAN & PENDAFTARAN IPS / TADIKA

DAERAH : ………..………………………… TARIKH: ……………………….

Permohonan Baru Buka Cawangan Pindah Premis

SRJ :
Nama IPS / Tadika

Pemohon / Pengerusi

No.Telefon

PERKARA PELAKSANAAN
1 Isi Borang Permohonan IPS / Tadika ( Borang P1) Tarikh:

2 Laporan Lawatan Tapak – Sesuai / Tak Sesuai (P4) Tarikh:

2 Surat Kebenaran Jiran ( Kawasan Perumahan- Tadika ) Tarikh:

3 Menghadiri Taklimat Penubuhan IPS / Tadika Tarikh:

4 Carian Nama Tadika / IPS di SSM (BorangP1A) Tarikh:

5 Buat Kertas Kerja dan Lengkapkan Dokumen Tarikh:

6 Pembetulan / Pembentangan Kertas Kerja Tarikh:

7 Kelulusan J/k Penubuhan / Buka Fail LS Tarikh:

8 Pendaftaran Perniagaan di SSM (ROB) Tarikh:

9 Surat Kelulusan SSM /Fee Pendaftaran (RM150.00-IPS) Tarikh:

10 Sijil Perakuan Sementara ( 1 Tahun ) Tarikh:

11 Sokongan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tarikh:

12 Sokongan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Tarikh:

13 Sokongan Pejabat Kesihatan Daerah Tarikh:

14 Surat Tawaran Pendaftaran IPS / Tadika Tarikh:

15 Surat Perakuan Pendaftaran IPS / Tadika Tarikh:

16 Permit Pengelola / Pengerusi / Pekerja Tarikh:

17 Permit Guru Tarikh:

Tarikh Kelulusan Sijil Perakuan Pendaftaran:

Sila hubungi Tel 07- 2310078 atau Fak 07- 2347127 email: unitswastajohor@gmail.com

Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pelajaran Johor Page 5


Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pelajaran Johor Page 6