Anda di halaman 1dari 26

Sedikit Sumbangan Saya Buat Sahabat-Sahabat Usahawan Yang

Juga Anak Didik Mentor Kita, Dr Hj Azizan Osman

-­‐ Mohd Najib Asaddok, Kuala Lumpur 2 Mac 2015

www.najibasaddok.com   1  
PENGENALAN
Salam Hormat

Blog adalah satu medium terbaik untuk kita berkongsi ilmu, idea &
sebagainya lebih-lebih lagi kepada seorang usahawan yang
menjalankan pemasaran. Ebook ni saya tulis khas untuk sahabat
usahawan yang ingin membina blog sendiri. Anda boleh ikuti
langkah demi langkah secara paling mudah dan santai.

Bukan ebook ini sahaja anda akan dapat tapi insyaAllah saya akan
kongsikan kepada anda bagaimana nak menarik followers pada
blog anda menggunakan medium facebook.

Ini sangat penting kepada anda yang nak memasarakan apa


sahaja produk atau servis anda.

Di sini saya kongsikan sedikit kelebihan blog kepada anda

1. Dapat membina kepakaran anda


2. Membina raving fans
3. Membina brand/jenama
4. Dapat offer produk atau servis anda

InsyaAllah saya harap perkongsian ini akan bermanfaat untuk


anda ya!

Mohd Najib Bin Asaddok


CEO Momentum Internet Sdn Bhd
www.najibasaddok.com

www.najibasaddok.com   2  
FASA 1

Setting Domain &


Hosting
( Anggaran masa 10-15minit )

www.najibasaddok.com   3  
Dalam ebook ini saya akan tunjukkan terus bagaimana anda boleh
mempunyai satu blog yang berbayar bukan PERCUMA macam
blogspot. Bukan apa, ia akan mempunyai banyak kelemahan,
antaranya

-­‐ Menjejaskan kredibiliti, kata bisnes juta-juta tapi blog pun


yang FREE..malu woohh…
-­‐ Akan di delete oleh blogspot bila-bila masa jika mereka
dapati anda melanggar rule
-­‐ Blog free ni ibarat meniaga menumpang depan kedai orang,
lebih baik sewa kedai sendiri dan kita bebas dari sebarang
rule yang bukan-bukan..faham ke faham? Hehehee…

Ok jom teruskan..

Perkara paling mustahak untuk anda mempunyai blog dan domain


anda sendiri adalah anda memerlukan

Domain

Alamat blog anda contohnya www.najibasaddok.com

Fungsi dia lebih kurang macam alamat rumah..

Biasanya kos domain ni setahun cuma RM40++ sahaja..bukannya


mahal pun..

Hosting

Hosting ni tapak tempat menyimpan data-data untuk blog kita.


Pentingnya memilih hosting yang terbaik dan mempunyai servis 24
jam dari pihak mereka.

Biasanya hosting di Malaysia ni kosnya antara RM50-RM600


setahun bergantung pada spec mereka. Tapi jika silap pilih banyak
masalah akan timbul.

www.najibasaddok.com   4  
Saya nak sarankan anda menggunakan hosting antara yang
terbaik dunia iaitu GoDaddy.

Saya juga nak share kupon yang akan memberikan anda diskaun
sehingga 85%. Saper nak? Say I !

GoDaddy antara yang terbaik & mereka mempunyai team support


yang sangat responsive.

www.najibasaddok.com   5  
Klik pada webhosting tu…

www.najibasaddok.com   6  
Untuk buat blog memadai untuk anda guna plan economy sahaja
& untuk diskaun 85% hanya boleh digunakan untuk plan economy
sahaja.

Anda mesti tak percaya harganya dari RM225 turun hingga RM40
sahaja untuk setahun..saya ulang setahun… J

Tapi tiada masalah jika anda nak guna plan Deluxe sebab hosting
tu boleh pasang unlimited domain, maksudnya lain kali kalau anda
nak setup domain baru anda tak perlu lagi beli hosting. Hanya
tambahkan domain baru sahaja.

Seterusnya ikut langkah ni ya…

www.najibasaddok.com   7  
Kemudian pilih nama domain yang anda nak gunakan & periksa
adakah domain itu masih dijual. Jika domain tu tak available
maknanya ia telah pun dibeli orang lain.

Pilih nama domain yang paling minimum sebutannya atau


sekurang-kurang 3 perkataan. Elakkan guna dash ( - ) dalam
nama domain. Bila dah beli tak boleh edit lagi tau..

Masukkan nama domain dan jika available terus klik Add &
Continue

www.najibasaddok.com   8  
Rahsia nak dapatkan harga diskaun untuk hosting adalah seperti
di atas ni. Salin code tu dan paste kat ruangan promo code seperti
gambar di bawah. Diskaun hingga 85% tu!

CODE : cjcrmn1hos

Note: Saya berikan link untuk dapat code diskaun sebab kadang-
kadang ia berubah mengikut bulan.
è http://www.retailmenot.com/view/godaddy.com?c=5788930

www.najibasaddok.com   9  
Sekarang lihat harga hosting selepas diskaun

Dari harga asal iaitu RM228 setahun sekarang anda hanya perlu
keluarkan RM40.75 jer… Kemudian klik Proceed To Checkout

Klik New Customers untuk daftar sebagai pelanggan


GoDaddy..Diorang pun nak simpan database..hehehe… J

www.najibasaddok.com   10  
Masukkan maklumat/info anda.

www.najibasaddok.com   11  
Proses seterusnya adalah untuk selesaikan bayaran

Klik Place Your Order

Sekarang pembelian untuk hosting & domain anda sudah berjaya.


Kita akan masuk fasa kedua untuk setting Control Panel hosting
anda pula.

www.najibasaddok.com   12  
FASA 2

Setting Control
Panel Hosting
( Anggaran masa 5 minit )

www.najibasaddok.com   13  
Selepas pembelian berjaya tadi, perkara paling penting adalah
AKTIFKAN DOMAIN anda terlebih dahulu.

Klik untuk verify

Success! Good job !

www.najibasaddok.com   14  
Sekarang ni kita nak setting control panel/webhosting dulu.
Selepas tu baru kita boleh setting untuk blog pula.

Ni ambil masa sekejap jer lebih kurang 5 minit jer tau.

Pastikan semua maklumat yang anda isikan disimpan dalam satu


nota samada buku atau dalam computer anda untuk rujukan/rekod
anda. Ia penting sebab anda perlu masukkan maklumat ni bila nak
login masuk ke control panel.

Klik manage

www.najibasaddok.com   15  
Dah pun siap setting CPanel anda…Good Job!

Inilah Cpanel hosting anda.

Kegunaanya adalah untuk setting apa yang anda nak gunakan


pada hosting ni samada nak buat blog, website, minisite atau
landing page. Semua boleh…semua ada… (macam kedai mamak
plak..hehehee)

www.najibasaddok.com   16  
FASA 3

Setting WordPress
Blog
( Anggaran masa 10 minit )

www.najibasaddok.com   17  
Ada 2 platfrom untuk membina blog berbayar
è Wordpress
è Blogspot

Saya akan tunjukkan cara membina blog menggunakan


WordPress & ia sangat mudah sebab memang setting tu dah ada
dalam Cpanel GoDaddy ni…Jom saya teruskan lagi

Klik Wordpress blog

www.najibasaddok.com   18  
Pastikan semua info ni anda simpan ya. Lepas ni bila anda nak
edit/post kat blog anda hanya maklumat ni diperlukan.

www.najibasaddok.com   19  
Selepas ni bila anda nak login ke blog anda hanya perlu taip ni kat
browser anda

--à www.NAMADOMAINANDA.com/wp-admin

Ok dah siap setting Wordpress anda & pada level ni sebenarnya


BLOG anda telah pun sedia untuk digunakan. Cuma saya nak bagi
extra tips lagi..Nak ke?

www.najibasaddok.com   20  
Klik pada POST untuk buat post/ edit post lama

Siap post anda boleh klik pada PUBLISH

www.najibasaddok.com   21  
Sekarang post pertama anda telah pun dipaparkan pada blog
anda

Tapi ia kurang menarik sebab THEME yang digunakan adalah


yang paling basic.

www.najibasaddok.com   22  
FASA 4

Setting Theme
Blog
( Anggaran masa 5 minit )

www.najibasaddok.com   23  
Klik pada Appearance > Themes

Kemudian pilih THEMES yang bersesuaian dengan anda. Pilih


yang simple & Nampak professional lebih baik.

www.najibasaddok.com   24  
dan sekarang THEME baru telah pun selamat diactivekan

Sekarang blog anda dah mempunyai THEME yang baru

www.najibasaddok.com   25  
Saya ucapkan tahniah kerana anda telah pun berjaya memiliki
blog sendiri dan saya yakin anda mampu meletupkan bisnes anda
dari tips & strategi marketing yang telah anda pelajari.

InsyaAllah saya akan kongsikan pula bagaimana nak marketkan


blog anda & membina followers menggunakan teknik pemasaran
yang berkesan berdasarkan pengalaman saya lebih 7 tahun dalam
pemasaran internet.

Nantikan dalam emel anda ya!

Anda kaya berjaya! Anda Marketing Genius!

Mohd Najib Asaddok


Usahawan/Coach Pemasaran Internet
2 Mac 2015, Corus Hotel Kuala Lumpur

www.najibasaddok.com   26