Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, selawat serta salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, serta ahli keluarganya yang suci serta
para sahabat bagida yang dihormati.
Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana keizinan,
kurnian rahmat dan hidayatnya membolehkan saya melengkapkan Projek Sarjana Muda Satu ini
bagi menjayakan salah satu projek untuk Pembangunan Massive Open Online Course (MOOC)
Bedasarkan Model ADDIE Di Kolej Vokasional Batu Pahat pada semester ini.
Syukur Alhamdulillah, sepanjang penglibatan saya dalam program dan penghasilan
laporan dari BAB 1 hingga BAB 3 ini memenuhi kriteria Projek Sarjana Muda Satu, saya telah
mendapat kerjasama, sumbangan dan bantuan dari segi nasihat, sokongan moral dan spiritual,
dan bantuan teknikal daripada pelbagai pihak. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
diucapkan kepada Dr. Mohd Erfy Bin Ismail selaku penyelia bagi kursus ini atas bimbingan dan
dorongan yang diberi sepanjan tempoh penyelidikan tesis ini. Ucapan ribuan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujuan kepada beliau yag dengan sabar
menyelia saya sepanjang saya bersaa-sama menjayaan rogram ini.
Ucapan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telibat sepanjang
saya menjalankan tugasan saya ini, pelbagai input serta maklumat yang telah saya perolehi dan
pelbagai pengalaman yang dapat dikongsikan bersama dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa
juga setingi enghargaan kepada keluarga tercinta yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan
dalam pelbagai bentuk kemudahan untuk menjayakan projek ini. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai