Anda di halaman 1dari 11

1.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang begitu pesat


menyebabkan kita berasa dunia ini semakin kecil.

Huraikan manfaat teknologi maklumat dan komunikasi kepada masyarakat dunia.

Pendahuluan : Memetik peribahasa yang menyatakan, “Sekali air bah sekali pasir berubah”
menunjukkan bahawa, kehidupan kita memang tidak dapat lari daripada dikejar perubahan dan
kemajuan. Kemajuan datang bak air deras sehingga melanda tamadun dan peradaban.
Demikianlah kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan ICT dalam media sosial seperti
Facebook, Whats Apps dan Twitter kini telah membentuk dimensi dunia dengan pelbagai impak
positifnya. Fenomena tersebut memungkinkan pelbagai peranti mudah alih dan gajet telah
melimpah dalam pasaran. Situasi tersebut merupakan suatu pencapaian luar biasa dalam proses
liberalisasi sistem maklumat tuntas dalam alam siber. Walaupun terdapat pelbagai perdebatan
tentang pro dan kontra namun tiada sesiapapun yang boleh lari daripada ledakan teknologi
maklumat yang cukup canggih itu. Semua pihak harus menjadi rasional kerana teknologi
maklumat ibarat batu permata jikalau disepuh menjadi permata, jikalau dibiar menjadi tongkol.

Isi 1 : Media sosial berjaya menyempitkan dan mendekatkan komunikasi sosial – mewajarkan
kata-kata, ‘dunia semakin sempit’.

Isi 2 : Menyampaikan maklumat secara tepat, jelas dan asli lagi tulen – maklumat bergerak tanpa
melalui perantara yang bertingkat-tingkat sehingga menjejaskan originalitinya.

Isi 3 : Mendekatkan hubungan dan interaksi sosial di seluruh persada dunia – komunikasi
langsung dan lebih mesra tanpa dibatasi sempadan geografi sosial dan geografi politik – memupuk
sifat saling hormat dan saling memahami.

Isi 4 : Inovasi sistem maklumat lebih canggih dan sofistikated - perantaraan sistem teknologi
digital– inovasi seperti gambar, grafik dan dan ilustrasi membantu fakta dan data disampaikan
lebih tepat.

Isi 5 : Mempercepat segala urusan sama ada sama ada urusan secara peribadi mahupun agensi
– semua maklumat berlaku secara segera seolah-olah pengirim dan penerima berada di sebalik
dinding sahaja.

Kesimpulan : Kebanjiran pelbagai produk dalam ICT bagaikan air deras yang datang dari banjaran
gunung. Andai diempang nescaya melimpah kalau dirempuh nescaya hanyut. Demikianlah suatu
gambaran yang menunjukkan perkembangannya amat menakjubkan dan mencabar sekiranya
gagal ditangani dengan bijaksana. Kewujudannya banyak memberikan manfaat daripada mudarat.
Walau bagaimanapun, pelbagai musibah akan terjadi apabila salah ditangani. Oleh itu, jadilah
pengguna yang bijaksana kerana jauharilah yang mengenal manikam.
1. Media massa sering memaparkan iklan barangan dan perkhidmatan untuk melahirkan
pengguna yang bijak. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang
bertajuk, “Peranan Iklan Dalam Melahirkan Pengguna Yang Bijak”.

Tulis rencana itu selengkapnya.

Dimensi : Dimensi umum/masyarakat

Pendahuluan: Industri media, sama ada media cetak mahupun media elektronik telah membuka
suatu wahana dalam kemajuan sistem maklumat yang pantas. Semua perkara atau peristiwa akan
dapat diketahui seberapa pantas yang mungkin. Dalam ruang siber yang terbuka luas semua pihak
mempunyai peluang mengakses maklumat. Dengan kemajuan dalam bidang teknologi digital itu,
sektor yang paling menguntungkan ialah industri pengiklanan. Pelbagai maklumat tentang produk,
perkhidmatan dan barangan dapat disampaikan kepada kumpulan sasar dengan cepat dan
mudah. Atas kemudahan itulah, industri pengiklanan perlu lebih beretika agar dapat menjadi
saluran mendidik masyarakat pengguna menjadi lebih bijak tentang isu-isu kepenggunaan dan
hak-hak pengguna.

Isi 1: Iklan hendaklah mematuhi kod etika pengiklanan seperti mengutamakan budaya dan
keperibadian Malaysia – mencerminkan kepelbagaian penduduk dan masyarakat dan mesti
tertakluk kepada falsafah Rukunegara – iklan hendaklah terikat kepada undang-undang.

Isi 2: Iklan perlu mendidik pengguna untuk memperoleh barangan dan keperluan yang munasabah
berasaskan keperluan dan bukan nafsu – iklan menjadi medium primer yang membantu
masyarakat merancangkan perbelanjaan.

Isi 3: Iklan hendaklah telus dan bukan auta – masyarakat menerima maklumat yang tepat – tidak
mengutamakan retorik, pujukan dan penipuan – sebagai lidah penyampai maklumat tepat bukan
khianat.

Isi 4: Iklan hendaklah berpegang kepada prinsip dalam falsafah menang–menang antara
pengeluar, peniaga dan pengguna – tiada unsur diskriminasi dan mencari keuntungan sebelah
pihak.

Isi 5: Iklan menjadi perantara antara pengeluar dengan pengguna – iklan harus mendidik
pengguna mendapat maklumat tepat tentang barangan sama ada kandungan bahan, kualiti dan
perbandingan harga.

Kesimpulan: Pendek kata, iklan hendaklah mengambil tanggungjawab sosial yang berwibawa
dengan mementingkan sifat ketelusan, kebenaran dan kebertanggungjawaban. Iklan bukanlah
suatu retorik penceritaan untuk mempengaruhi lalu memperbodoh masyarakat pengguna
sehingga mereka lalai dan tertipu. Oleh hal yang demikian, industri pengiklanan hendaklah
sentiasa berdiri atas prinsip kebenaran, berani kerana benar takut kerana salah.
1. Peningkatan kos pendidikan, kos rawatan dan harga makanan telah menimbulkan
masalah kewangan dalam keluarga.

Bincangkan.

Pendahuluan: Orang tua-tua pernah menukilkan bahawa tiada kehidupan tanpa masalah dan
sesungguhnya masalah itulah kehidupan. Masalah akan menatijahkan rasa tertekan dan
kemahuan untuk mencari jalan penyelesaian. Manusia mula berfikir dan menjadi bijak untuk
menyelesaikan segala masalah. Benarkah? Untuk mengiyakan hakikat ini bukan semua masalah
yang boleh diselesaikan secara mudah. Masalah yang bertali-temali dalam kehidupan harian
memang menjadi punca seseorang berasa tertekan terutama dalam peningkatan kos pendidikan,
kos rawatan dan harga makanan telah menimbulkan masalah kewangan dalam keluarga.

Isi 1: Peningkatan dalam kos pendidikan memberi kesan negatif jangka panjang untuk melahirkan
masyarakat yang berpengetahuan – peningkatan mendadak dalam aspek logistik pendidikan
seperti harga buku, alat tulis, yuran tidak berjadual dan peralatan kokurikulum amat merimaskan
ibu bapa – yuran kelas tuisyen dan akses pendidikan yang lain turut naik juga - ramai kanak-kanak
di bangku sekolah yang tercicir.

Isi 2: Peningkatan yang mendadak untuk memperoleh akses pengajian tinggi – rata-rata ibu bapa
merungut tentang yuran pendaftaran ke IPT amat membebankan – kos sara hidup dan kos
peralatan pengajian di IPT juga telah melonjak naik - ramai siswa yang terpaksa ikat perut –
menjadi punca kemerosotan pencapaian akademik.

Isi 3: Kos rawatan dan perubatan terutama sekali di hospital swasta telah meningkat naik dengan
begitu luar biasa – golongan miskin yang tiada kemampuan untuk membeli insurans kesihatan
menghadapi masalah untuk memperoleh rawatan yang sempurna – menjadi punca kes menunggu
yang panjang sehingga ada yang menemui ajal – harga ubat-ubatan di klinik dan farmasi juga
sangat membebankan – boleh menjadi punca kegagalan kempen rakyat sihat negara sejahtera.

Isi 4: Peningkatan harga makanan dan barangan mentah juga banyak memberikan kesan negatif
kepada masyarakat – Malaysia yang bergantung kepada import makanan mengalami defisit yang
teruk ketika krisis penurunan nilai ringgit – masyarakat terpaksa memperuntukkan kos yang lebih
untuk makanan – keperluan sampingan yang lain seperti pakaian, riadah dan sosial terpaksa
dikurangkan – golongan miskin mungkin mengalami sindrom kurang zat makanan yang boleh
mengancam pertumbuhan fizikal dan mental.

Kesimpulan: Tuntasnya, peningkatan kos telah menyebabkan perbelanjaan isi rumah meningkat
hingga berkali ganda. Golongan berpendapatan rendah sudah pasti menjadi mangsa fenomena
seperti ini. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan dan rakyat hendaklah berganding bahu bagi
menangani masalah ini daripada berlarutan. Sikap menudung jari dan menyalah antara satu sama
lain tidak akan memberikan apa-apa signifikan kepada pertumbuhan ekonomi, sosial dan siasah
negara. Semua pihak harus berusaha dan berdoa agar malapetaka yang sedang melanda negara
akan pulih secepat mungkin.
1. Keunikan tempat-tempat menarik di Malaysia seperti Cameron Highland, Pulau Langkawi,
dan Genting Highland telah menggamit kedatangan pelancong asing ke Malaysia.

Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah industri pelancongan kepada masyarakat


Malaysia.

Pendahuluan: Apabila berbicara perihal melancong, banyak orang yang akan mengalih pandang
sama ada ke negara-negara Barat mahu pun di negara-negara Asia Timur Jauh seperti Jepun,
Korea, dan Taiwan. Sebenarnya dalam ghairah kita melancong ke tempat lain, tanpa disedari ramai
pula pelancong asing yang datang ke negara kita. Oleh itu, jelaslah bahawa Malaysia pun tidak
kurang hebat dengan destinasi pelancongan yang menarik. Peluang tersebut wajar sekali kita
manfaatkan demi faedah kepada negara kerana industri pelancongan sangat banyak impaknya
kepada kemajuan ekonomi, sosial, dan politik sesebuah negara.

Isi 1 : Dari segi politik, hubungan antarabangsa dengan negara asing semakin meluas – imej
Malaysia akan dihebahkan oleh duta-duta tidak rasmi yang datang melancong.

Isi 2 : Dalam aspek ekonomi – banyak sekali peluang ekonomi yang terjana – kemajuan kepada
industri pelancongan itu sendiri seperti dalam bidang perhotelan – memajukan industri hiliran
berkaitan pelancongan seperti makanan, pakaian, cenderamata, pengangkutan dan sebagainya.

Isi 3 : Dalam aspek sosial – masyarakat setempat memperoleh pelbagai pendedahan daripada
interaksi dengan orang asing – aspek budaya – bahasa dan cara berfikir.

Isi 4 : Malaysia dapat memaksimumkan potensi negara – sistem pengangkutan yang dibangunkan,
kemudahan prasarana, alam sekitar yang terjaga dan semua potensi alam berjaya dimanfaatkan.

Isi 5 : Boleh mempertingkat tukaran asing – satu lagi peluang dalam bidang ekonomi – minat yang
tinggi daripada pelancong-pelancong dari Timut Tengah, Jepun, Korea, dan Eropah boleh
meningkatkan kadar tukaran mata wang negara.

Kesimpulan : Sektor pelancongan sebenarnya telah lama menjadi penjana ekonomi kepada
banyak negara di dunia. Walaupun industri pelancongan sering dilabelkan dengan pelbagai
implikasi yang negatif, namun imej tersebut boleh diatasi sekiranya rakyat Malaysia sendiri
memiliki jati diri yang kuat terutama dalam aspek budaya dan agama. Janganlah sebabkan nilai
setitik rosak susu sebelanga
1. Pengangkutan awam di negara kita semakin tiidak mendapat sambutan disebabkan
beberapa faktor . Hal ini sudah pasti dapat diatasi dengan meningkatkan sistem
pengangkutan awam di negara kita. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah
rencana yang berjudul, “Usaha Meningkatkan Sistem Pengangkutan Awam Negara”.

Tulis rencana itu selengkapnya.

PERINGATAN: Oleh sebab soalan ini dalam format rencana, calon hendaklah menulis tajuk
rencana seperti yang diberikan dan menulis nama penulis.

Pendahuluan: Pada masa ini sudah menjadi fenomena biasa apabila para pemandu terperangkap
berjam-jam lamanya di jalan raya akibat kesesakan trafik. Keadaan menjadi lebih parah di bandar-
bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Johor Baharu terutama dalam waktu puncak. Keadaan
tersebut mengakibatkan peningkatan kos dan pembaziran tenaga serta masa. Adakah keadaan
yang bertambah parah ini sekadar dapat ditonton dan didengari sekadar masuk telinga kanan
keluar telinga kiri? Bagi kalangan warga kota, inilah suatu cabaran besar yang tepaksa mereka
harungi sejak puluhan tahun yang lampau. Walaupun pelbagai usaha dilakukan seperti
menambahkan rangkaian lebuh raya, namun situasi sama terus berulang. Oleh hal yang demikian,
penyelesaian yang berbentuk konvensional haruslah diperluas kepada penyelesaian yang bersifat
menyeluruh melalui pelbagai inisiatif daripada semua pihak.

Isi 1 : Memodenkan sistem pengangkutan awam terutama di bandar-bandar besar – mengangkat


taraf pengangkutan awam kepada perkhidmatan profesional – pengangkutan awam lebih canggih,
lancar dan istimewa daripada kenderaan persendirian – cadangan mewujudkan lorong khas untuk
pengangkutan awam.

Isi 2 : Mempelbagaikan jenis kenderaan pengangkutan awam – dapat menarik minat penumpang
serta sesuai dengan pilihan mereka – kenderaan konvensional seperti bas dan teksi kepada
kenderaan yang lebih sofistikated.

Isi 3 :Melancarkan sistem bersepadu antara semua jenis rankaian pengangkutan awam –
menyediakan kemudahan pengangkutan yang bersambungan dan transit dengan setiap destinasi
utama ke destinasi hiliran – sebagai contoh pengguna kereta api/LRT tidak perlu memparkir
kenderaan di setiap stesen disebabkan wujud perkhidmatan bas awam yang efisien.

Isi 4 : Memberi suatu penanda aras cemerlang/status sosial yang tinggi kepada pengguna
perkhidmatan awam – menukar paradigma berfikir masyarakat bahawa pengangkutan awam
sekadar untuk golongan marhaen – logistik dan status kenderaan hendaklah memenuhi pilihan
dan cita rasa setiap kelas masyarakat – ambil cara modus operandi perkhidmatan teksi Uber yang
sangat efisien.

Isi 5 : Memperkemas sistem waktu bekerja anjal – untuk mengurangkan lambakan kenderaan
dalam waktu puncak – mewujudkan jarak masa pekerja yang anjal antara agensi kerajaan, GLC,
institusi pendidikan dan sektor swasta (perlu dilaksanakan secara tegas melalui arahan kerajaan).

Isi 6 :Mengangkat budaya dan pemikiran operator/pengusaha pengangkutan awam dalam budaya
berfikir kelas pertama (pemikiran berkelas dunia) – menjadikan bidang pengangkutan awam
sebagai pekerjaan yang mulia dan lumayan – menjadi pemandu yang berhemah, mesra pelanggan
dan berilmu pengetahun – membuang imej buruk pemandu teksi dan sebagai kasar, baran dan
pengotor.
Kesimpulan : Berpandukan kata-kata tokoh, “Jikalau mahu maju bersedialah untuk keluar
daripada kepompong jumud katak di bawah tempurung dan berani membuat anjakan paradigma
barulah nampak kejayaannya. Sesungguhnya, kejayaan yang hakiki biasa lahir daripada kebolehan
insan-insan biasa yang mampu berfikir secara luar biasa. Oleh sebab itu, dalam mencari
penyelesaian kepada masalah kronik kesesakan trafik, sudah tiba masanya sesuatu idea baru
yang kreatif dan produktif dicetuskan segera. Biarlah lontaran idea tersebut tidak logik kepada
sesetengah pihak tetapi relevan dalam menyelesaikan masalah yang tiada kesudahannya.

1. Pengguna bijak mendatangkan pelbagai manfaat kepada keluarga.

Jelaskan manfaat-manfaat tersebut.

Pendahuluan: Terdapat banyak slogan tentang hak pengguna, antaranya ‘Kuasa Beli Dalam
Tangan Pengguna’, ‘Pengguna Ialah Raja’ dan ‘Pengguna Menentukan Kuasa Pasaran’.
Alangkah hebatnya hak pengguna dalam pasaran terbuka. Betulkah andaian tersebut?
Sesungguhnya, slogan tersebut sekadar muluk dan indah tetapi hakikatnya pengguna
bagaikan singa tiada berkuku. Acap kali kedengaran isu pengguna tertipu dan menjadi mangsa
peniaga di mana-mana sahaja. Kini, dengan kemudahan media alternatif, trend pasaran
menjadi semakin komplek. Terdapat bermacam-macam urus niaga seperti pembelian dalam
talian, prapesanan, prabayar dan pelbagai lagi teknik jual beli cara moden. Walau apa-apapun
urusan jual beli sudah sewajarnya pengguna lebih bijak agar tidak menjadi mangsa sesetengah
peniaga yang gemar menangguk di air keruh dan menahan lukah di pergentingan. Apabila
pengguna lebih bijak tentang segala produk urus niaga, justeru banyaklah manfaat yang
diperoleh pengguna.

Isi 1: Pengguna dapat mengawal perbelanjaan dan berbelanja secara berhemat – berwaspada
dengan taktik iklan, promosi dan pujuk rayu – gunakan kuasa beli pada tempat yang betul –
jadilah pengguna bijak bukan terlajak.

Isi 2: Pengguna berhak menggunakan kuasa yang ada dalam menentukan urusan beli belah –
merancang terlebih dahulu sebelum membeli - berbelanja atas keperluan bukan atas
keinginan.

Isi 3: Pengguna tidak mudah tertipu dengan sewenang-wenangnya – menyiasat dan mengenal
pasti aspek kualiti barangan – menilai secara bijak helah penjual melalui iklan yang tidak
munasabah – tidak terburu-buru membeli – biar peniaga yang memujuk bukan pengguna yang
terlalu obses membeli.

Isi 4: Dapat mewujudkan situasi pasaran menang-menang – peniaga bertindak secara lebih
demokratik dan bertanggungjawab – pengguna menyokong peniaga secara berhemat – urusan
jual yang dikawal oleh norma agama dan moral.

Kesimpulan: Sesungguhnya, antara peniaga dan pengguna masing-masing saling


memerlukan. Tanpa pengeluar dan peniaga pengguna akan menghadapi masalah keperluan
hidup. Demikian pula dengan peniaga, pengguna ialah nadi dan talian hayat kepada
perniagaan mereka. Oleh itu, bertindaklah secara bermaruah bukan menjadi lintah darat yang
memerah keringat pengguna. Sementara itu, pengguna juga hendaklah tahu akan hak-hak
mereka bukan membeli secara membujur lalu melintang patah.
1. Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat hari ini dikatakan kian luntur. Jelaskan
langkah-langkah yang boleh diambil oleh ahli keluarga untuk memupuk semangat
kejiranan. CATATAN: Saya gantikan soalan ini dengan soalan alternatif dimensi
masyarakat.

Amalan positif kejiranan seperti budaya tegur-menegur dan semangat bergotong-royong


semakin pupus dalam kalangan masyarakat. Huraikan langkah-langkah untuk
mengembalikan budaya tersebut dan kebaikannya (Ruj. Teks Tkn 4, Unit 1 Bhg 2).

Pendahuluan : Kita hidup sandar-menyandar, bak aur dengan tebing. Kita sentiasa berpegang
dengan amalan murni budaya lama ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, hati gajah
sama dilapah dan hati kuman sama dicecah. Kehidupan seperti inilah yang bakal menjanakan
sebuah masyarakat yang prihatin, dinamik, dan progresif.Walau bagaimanapun, akibat perubahan
zaman yang dibelenggu dengan hambatan mengejar kerjaya dan kehidupan yang semakin
kompleks, manusia mula mengabaikan tradisi mulia itu. Kini kehidupan dirasakan terlalu rumit,
merimaskan dan tiada roh kesejahteraan. Demi menjadikan kehidupan kita lebih bermakna,
seyogialah kita kembalikan semula amalan lama tersebut dengan menyuburkan budaya tegur-
menegur dalam kalangan masyarakat.

Isi 1 : Menghidupkan semula tradisi masyarakat silam – masyarakat silam terlalu kuat ikatan
kejiranan dan kasih sayang – menyuburkan tradisi kunjung-mengunjung - tradisi bergotong-royong,
unjuk-mengunjuk, memberi dan menerima hendaklah diperkasakan dalam masyarakat (sedikit
tanda ingat dan banyak tanda ada).

Isi 2 : Berusaha memupuk persefahaman dan saling hormat sesama jiran tetangga – jiran ibarat
saudara mara sendiri - sentiasa bersama dalam menghadapi sebarang masalah besar atau kecil -
tidak membezakan status dalam masyarakat – tiada perbezaan pangkat, miskin atau kaya -
amalan menegur kesalahan dengan nasihat secara ikhlas – amalkan tanggungjawab anakku
anakkau dan anakkau anakku.

Isi 3 : Mengembalikan tradisi secara contoh dan teladan - kalangan berpengaruh dalam
masyarakat hendaklah menjadi role model -ibu bapa mengajarkan anak-anak cara-cara
menghormati orang yang lebih tua –golongan tua dan berpengalaman sentiasa dijadikan pakar
rujuk -pemimpin sentiasa mendekati rakyat – sentiasa berinteraksi secara sopan, jujur, dan telus.

Isi 4 : Saling membantu dan menyokong dalam urusan harian – boleh memperkukuh jalinan
kejiranan - golongan berada sentiasa menjadi tempat merujuk golongan miskin manakala yang
miskin menghormati dan menyokong yang berada - mengadakan jamuan dan kenduri-kendara –
tidak mengukur nilai kebendaan tetapi ikhlas sebagai paksi perhubungan mesra.

Isi 5 : Berusaha mengaktifkan institusi masyarakat – sebagai landasan untuk anggota


masyarakat berinteraksi – mengaktifkan program surau, masjid, rukun tetangga dan persatuan
penduduk – mengambil bahagian secara aktif dalam program sukarela – menjadi institusi untuk
melahirkan pemimpin pelapis.

Kesimpulan : Walaupun amalan tradisi nenek moyang itu semakin terhakis dalam kehidupan
masyarakat global, namun rohnya masih dirasai oleh sebahagian masyarakat di pedalaman. Oleh
hal yang demikian, amalan yang sudah lama menjadi darah daging masyarakat itu tidak wajar
diabaikan semata-mata merasai kehidupan kini sudah terlalu selesa. Ingatlah hidup kita sandar-
menyandar, bak aur dengan tebing, ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, biar sedikit
tanda ingat banyak tanda ada.
TERENGGANU

1. Kempen gaya hidup sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat
yang mementingkan kesejahteraan hidup.

Bincangkan amalan yang wajar anda lakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa
terjaga.

Dimensi: Dimensi diri – jawapan perlu rujuk kepada diri sendiri (saya)

Pendahuluan: Kesihatan ialah harga yang paling mahal. Kesihatan ialah anugerah daripada Allah
kepada setiap insan setelah semua sistem anatomi dan fisiologi disempurnakan. Kesihatan tidak
boleh ditukarkan dengan nilai wang ringgit kerana manusia yang paling kaya dalam dunia pun tidak
boleh membeli kesihatan. Demikian juga dengan sepotong ungkapan dalam lima perkara
terpenting daripada Hadis Rasulullah yang menyatakan, “Jagalah masa sihatmu sebelum datang
masa sakit”. Oleh itu, alangkah besarnya makna kesihatan dalam kehidupan setiap insan, justeru
saya wajar menjadikan kesihatan sebagai agenda terpenting sesuai dengan peribahasa, jimat
sementara belum habis, ingat sementara belum kena.

Isi 1 : Saya perlu sentiasa mengawal keseimbangan kesihatan mental dan fizikal – fizikal yang
cergas menjamin mental yang cerdas serta emosi yang stabil – perlu menjauhi aktiviti yang tidak
sihat seperti melepak, berjaga malam – membendung emosi daripada mengalami tekanan dan
kemurungan – emosi yang tidak stabil boleh menjejaskan mental.

Isi 2: Saya perlu teliti tentang cara pemakanan yang sihat – pemakanan menjadi terminologi utama
yang menentukan asas kesihatan – peka terhadap piramid makanan – pengambilan makanan
yang berzat dan bukan mengambil makanan yang mengikut sedap – mengurangkan makanan
bergula dan berlemak yang menjadi punca obesiti, keradangan jantung, komplikasi buah pinggang,
kencing manis dan darah tinggi.

Isi 3: Saya harus mementingkan riadah dan latihan jasmani secara teratur dan berjadual – riadah
sebagai asbab menjaga pertumbuhan fizikal yang sihat – menyusun jadual yang terancang untuk
berehat, beriadah, bersosial dan tidur.

Isi 4: Saya harus bijak bersosial dan berkawan – bersosial boleh meluaskan kontak silaturahim,
menjalinkan semangat setia kawan dan menstabilkan emosi – emosi yang stabil akan
mempengaruhi minda yang waras serta mengawal tindakan yang bijaksana – perlu memilih kawan
yang boleh menunjukkan jalan kebenaran kerana salah pilih terjadi kawan makan kawan.

Isi 5: Saya hendaklah mendekati Allah – Allah Tuhan pencipta seluruh makhluk dan isi alam – Allah
menguruskan jalan hidup manusia dan isi alam dengan sunnah-Nya – hendaklah patuh kepada
ajaran agama seperti bersolat dan sebagainya – insan yang sentiasa patuh kepada ajaran Tuhan
akan selamat sama ada di dunia mahupun di akhirat

Kesimpulan: Dalam menguruskan kehidupan yang sihat, sejahtera dan harmoni, saya hendaklah
sentiasa berpegang kepada kata-kata bijaksana, “Seseorang yang gagal merancang dia telah
merancang untuk gagal”. Kita hidup atas rahmat dan kurniaan daripada Tuhan yang amat besar
anugerah-Nya. Oleh hal yang demikian, menjaga kesihatan diri merupakan sebahagian daripada
amanah Tuhan kepada kita. Insan yang sihat sentiasa boleh beribadah kepada Allah, memberikan
sumbangan kepada negara dan berguna kepada masyarakat. Oleh itu, jagalah kesihatan dengan
mengamalkan gaya hidup sihat.
1. Seorang pegawai dari Fakulti Pertanian Malaysia telah dijemput untuk menyampaikan
sebuah ceramah yang bertajuk kepentingan-kepentingan dan langkah-langkah
mewujudkan bandar dalam taman.

Tulis ceramah itu selengkapnya.

PERINGATAN: Calon diingatkan supaya patuh kepada kehendak format soalan

Pendahuluan: Manusia dan alam saling berkolaborasi. Malahan, manusia itu sendiri merupakan
sebahagian daripada komponen alam. Yang membezakannya, alam sebagai asbab manusia
memperoleh pelbagai faedah untuk kelangsungan hidup, manakala manusia bertanggungjawab
sebagai khalifah untuk menjaga kelestarian alam. Apabila hilangnya sifat cakna manusia terhadap
alam, banyak malapetaka seperti tanah runtuh, banjir kilat dan udara yang tercemar melanda.
Oleh hal yang demikian, suatu inovasi harus dicetuskan agar generasi hari ini menyedari betapa
pentingnya landskap kejiranan yang disuburkan oleh persekitaran semula jadi melalui
pemerkasaan bandar dalam taman.

A: Kepentingan:

Isi 1: Bandar dalam taman mampu memenuhi fitrah manusia yang sentiasa berhajat kepada alam
sekitarnya – membuktikan hubungan lestari flora dan fauna tidak boleh dipisahkan –kehidupan
dalam landskap hijau yang damai, sejahtera dan harmoni.

Isi 2: Boleh mengekalkan alam semula jadi yang segar, indah dan mesra alam – mengekalkan
pandangan hijau, bersih, nyaman – mampu menstabilkan ekosistem.

Isi 3: Memberi pendedahan kepada generasi muda agar mensyukuri nikmat Tuhan – flora dan
fauna merupakan anugerah semula jadi oleh Allah SWT – manusia harus bersyukur dan
memanfaatkan rahmat tersebut.

B: Langkah-langkah:

Isi 4: Pihak berwajib hendaklah merancangkan pelan struktur perbandaran, petempatan dan
bandar raya dengan pembangunan lestari yang berkonsepkan flora dan fauna – setiap
pertumbuhan bandar baru hendaklah mementingkan landskap hijau – PBT atau Dewan Bandar
Raya harus mempunyai dasar yang tegas terhadap sebarang cubaan merosakkan taman dalam
bandar.

Isi 5: Menguatkuasakan akta larangan menebang dan menggondolkan kawasan hijau – setiap
kawasan bandar baru yang hendak dibangunkan dilarang sama sekali merosakkan kawasan hijau
(semula jadi).

Isi 6: Memperbanyak kawasan hijau dan kawasan rekreasi di tengah-tengah bandar – sebagai
langkah menghindarkan sebarang cubaan memusnahkan kawasan hijau di bandar – akta tanah
kosong dan tanah lapang mesti dikuatkuasakan.

Kesimpulan: Sifat saling bergantungan antara manusia dan alam sekitar merupakan warisan
sejagat sejak azali. Tanpa alam dan kehijauan flora, fauna tidak mempunyai habitat yang
sempurna. Manusia merupakan haiwan berakal dalam spesies fauna yang memikul
tanggungjawab untuk menjaga kehijauan alam daripada terus pupus. Oleh hal yang demikian, idea
dan inovasi bandar dalam taman boleh menjadi kelangsungan zon hijau yang indah, sejahtera dan
harmoni.
PERAK

1. Setiap pelajar pasti mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian
tinggi (IPT) demi masa depan yang gemilang.

Berikan pendapat anda tentang persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan sebelum
melanjutkan pelajaran ke IPT.

Pendahuluan: Meminjam kata-kata besar daripada Saiyidina Ali KW, “Berjual belilah olehmu akan
ilmu kerana ilmu akan bertambah apabila diperdagangkan, sebaliknya harta akan berkurang
apabila diperdagangkan. Ilmu menjaga kamu dan kamu menjaga harta”. Tafsiran daripada
falsafah tersebut menunjukkan bahawa ilmu merupakan modal niaga kehidupan yang amat
bernilai. Semakin tinggi ilmu di dada semakin tinggilah martabat seseorang itu. Oleh sebab itu,
setiap anak muda wajar sekali menyimpan iltizam untuk sampai ke puncak ilmu di menara gading.
Walau bagaimanapun, ilmu tidak semudah kata-kata yang diucapkan, ilmu harus digali dan
diteroka, justeru cukup banyak pengorbanan dan persediaan yang mesti dilakukan sebelum kaki
membuka langkah pertama ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Isi 1: Persediaan mental dan psikologi – ketahanan mental psikologi menjadi prasyarat mutlak
kelayakan ke IPT – perlu lulus dengan cemerlang dalam semua peringkat peperiksaan – beroleh
gred mata timbunan tertinggi sebagai syarat memasuki kursus-kursus yang ditawarkan.

Isi 2: Perlu gigih belajar – belajar merupakan jihad (kaitkan dengan maksud sepotong Hadis,
Tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri Cina sekalipun) – memerlukan ketajaman minda dan emosi
– sanggup bersengkang mata dan mengerah otak.

Isi 3: Mesti kenal pasti bidang yang sesuai dengan minat dan kebolehan – senang membuat
persediaan – minat menjadi motivasi untuk berusaha lebih gigih – tahu matlamat dan cita-cita
yang hendak ditujui – tidak kecewa dan terus gagal apabila tersalah pilih bidang di IPT.

Isi 4: Berusaha mendapat nasihat pakar – memperoleh maklumat yang tepat – berbincang dengan
guru, kaunselor atau ahli keluarga yang telah berjaya – nasihat dan bimbingan yang diberi boleh
dijadikan garis panduan untuk ke IPT.

Isi 5: Merancang dan mengenal pasti sumber kewangan – kewangan menjadi nadi penting semasa
di IPT – mencari maklumat tepat tentang sumber dana seperti PTPTN, sumber penajaan, pinjaman
daripada institusi kewangan – tabungan sendiri, peribahasa sediakan payung sebelum hujan.

Kesimpulan: Kejayaan sampai ke IPT merupakan matlamat akhir paling manis dalam sejarah
pendidikan seseorang. Selain kepuasan dalam aspek mental dan emosi, kejayaan ke IPT menjadi
jaminan untuk hidup senang-lenang apabila dewasa. Tawaran gaji yang lumayan dan persekitaran
kerja yang kondusif akan melonjakkan prestasi kerja seseorang. Oleh itu, semasa di bangku
sekolah, individu hendaklah bijak menentukan hala tuju masa depannya dengan meneroka jalan
hidupnya di IPT.
1. Sebagai ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa memberikan sumbangan yang
bermakna demi kemajuan sekolah.

Huraikan sumbangan-sumbangan tersebut.

Pendahuluan: Perihal kemenjadian pelajar sama ada dalam aspek kurikulum, kokurikulum
mahupun sahsiah menjadi matlamat akhir sekolah. Semua guru beriltizam untuk melahirkan murid
yang serba boleh, terampil dan kebolehpasaran. Walaupun tanggungjawab membentuk personaliti
pelajar menjadi tugas profesional guru, namun pihak lain turut berperanan untuk menyokong
segala usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah. Dalam hal ini ibu bapa melalui saluran PIBG
memainkan peranan penting untuk menyokong pihak sekolah meningkatkan prestasi akademik
dan sahsiah murid. Amat banyak sumbangan yang boleh diberikan oleh ibu bapa sama ada secara
langsung atau tidak, dalam bentuk kebendaan mahupun moral. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya tidak
lokek menyumbangkan sumbangan mereka kepada pihak sekolah.

Isi 1: Ibu bapa menjadi sumber dana yang membantu perbelanjaan pelbagai program – sebagai
modal asas melaksanakan sesuatu program koakademik - sumbangan ibu bapa sama ada dalam
bentuk yuran berjadual atau adhoc banyak membantu menyelesaikan masalah kewangan sekolah
– sekolah-sekolah terkemuka di bandar seperti sekolah sekolah beraliran Cina selalu mendapat
suntikan kewangan yang besar daripada ibu bapa.

Isi 2: Ibu bapa menjadi enjin kedua penjana kecemerlangan – menyokong semua aktiviti di sekolah
– memberikan dorongan, motivasi dan nasihat kepada anak-anak – pembekal maklumat primer
tentang peribadi dan potensi anak-anak – berkongsi masalah dan menyelesaikan masalah anak-
anak dengan para guru.

Isi 3: Menjadi mata dan telinga terhadap segala gerak-geri anak-anak – menyampaikan segala
maklumat tentang kegiatan negatif anak-anak pada waktu luar persekolahan – menjadi panel
PIBG dalam membincangkan segala hal berkaitan pelajar.

Isi 4: Menjadi delegasi rasmi dalam perjumpaan tahunan (Mesyaurat Agung PIBG) – membawa
segala usul untuk diperdebatkan – memberi sokongan secara kolektif tentang segala resolusi
untuk kemenjadian akademik anak-anak – mengambil bahagian aktif dalam sebarang program
anjuran PIBG (hari sukan, kokurikulum dan program kecemerlangan akademik).

Isi 5: Rakan kongsi dalam perkongsian pintar akademik dengan guru-guru – kalangan ibu bapa
yang profesional, tokoh akademik, tokoh sosial dan pemimpin tempatan sentiasa membantu para
guru – sekolah memperoleh tenaga pakar dan profesional yang percuma.

Kesimpulan: Sekolah juga sebagai sebuah institusi masyarakat sudah sewajarnya memperoleh
suntikan daripada pelbagai pihak untuk meningkatkan kecemerlangan murid. Ibu bapa hendaklah
sedar bahawa sumbangan mereka amatlah ditagih oleh pihak sekolah. Tanpa sokongan padu
daripada ibu bapa banyak kerenah yang dibawa oleh anak-anak remaja ke sekolah boleh menjadi
duri dalam daging yang menggagalkan Pelan Transformasi Pendidikan Nasional.