1
PEMIKIRAN ILMU SOSIAL
1.0. PENGENALAN
Pemikiran ilmu sosial bolehlah dianggap sebagai salah satu disiplin atau bidang intelektual yang
penting. Ini kerana ia merupakan satu disiplin yang menggunakan metodologi pemahaman,
penganalisaan, penghujahan dan pewajaran yang harus diberi perhatian. Ini kerana bahasa
membawa ciri nilai, bias dan cerminan zaman yang berkenaan. Satu lagi aspek yang tidak
kurang pentingnya dalam kajian Pemikiran ilmu sosial ialah persoalan nilai dan bias yang
terkandung di dalamnya. Ini ialah disebabkan kajian pemikiran lebih banyak menggunakan
pendekatan subjektif. Persoalan-persoalan pokok dalam pemikiran ilmu sosial dirumuskan
berdasarkan kriteria etika dan moral. Ini berbeza daripada pengkajian sains yang lebih banyak
menggunakan pendekatan deskritif, yakni tanpa melibatkan nilai atau value-judgement. Bahasa
Pemikiran ilmu sosial biasanya mengandungi bukan sahaja “moral judgements as to what action
are right but also value judgment as to what things are good.” (Oppenheim 1968:9).
Juga, istilah “pemikiran ilmu sosial” kerap digunakan oleh sesetengah pengkaji secara
bertukar-ganti dengan istilah “teori politik”. Sebenarnya “teori politik” lebih merujuk kepada
rumusan-rumusan yang dicapai melalui metodologi penyelidikan yang bersifat saintifik, yakni
rumusan-rumusan umum tentang politik dan masyarakat yang dibuat berdasarkan data. Kajian
politik merangkumi tajuk Negara (bentuk kerajaan, hubungan antarabangsa, diplomasi, konflik
dan peperangan, perjanjian antarabangsa, dan sebagainya); kerajaan (perlembagaan,
parlimen, pilihanraya, polis, kewangan, pentadbiran dan sebagainya); undang-undang dan
badan perundangan (mahkamah, parlimen, perlembagaan, dan sebagainya), yakni kedudukan
“politik” semasa. Sementara kajian teori politik pula merangkumi teori kenegaraan (asal usul
Negara, kedaulatan, konsep pemerintahan dll); teori pemerintahan (bentuk dan konsep
institusi-institusi kerajaan, skop kuasa badan eksekutif, asas dan takrif perlembagaan, dll); teori
perundangan (pemikiran perundangan, takrif dan perlaksanaan undang-undang, matlamat
kerajaan, dll) dan sebagainya. Manakala Pemikiran ilmu sosial kerap didefinisikan secara
bertindan lapis dengan Teori Politik. Bagaimanapun Pemikiran ilmu sosial menangani isu sifat
dan matlamat-matlamat ideal Negara/ kerajaan, hak dan peranan warganegara/rakyat, dan
hubungan di antara individu dengan Negara/ kerajaan.
“….. a political philosopher observes the actual in the context of the ideal, the momentary
in the light of the eternal, the particular in the framework of the universal. This makes the
subject highly theoretical. Political Philosophy accordingly, does not solve the riddles of
political problems of man. In brief, political philosophers are interested not so much in
how people and governments behave as they are [as] in how they ought to behave. If
the political scientist studies reality and tries to explain its functioning, the political
philoshoper studies ideas and tries to discover which have the greatest moral validity”
(Kapur 1971:7-8)
Sebagai contoh, Pemikiran ilmu sosial bertujuan meletakkan kriteria bagi menilai dan
menentukan skop serta penggunaan kuasa yang terbaik untuk tujuan mencapai kebajikan am.
Maksudnya setiap dasar pemerintahan, pelaksanaan undang-undang dan perjalanan
pentadbiran adalah untuk tujuan kebaikan, kesejahteraan, kemakmuran dan kebahagiaan
2
rakyat umum. Pertimbangan tentang penggunaan kuasa dalam konteks kebajikan am ini kekal
penting dalam kehidupan manusia selama manusia hidup bermasyarakat dan harus menangani
pentadbiran Negara. Yakni, kajian Pemikiran ilmu sosial adalah amat penting bagi membantu
kita memikir serta mempertimbangkan persoalan-persoalan yang mencabar dalam kehidupan
politik kita secara khusus dan dalam seluruh aspek kehidupan masa kini yang berkait dengan
hal-hal yang berlaku dalam bidang politik secara amnya. Kemampuan untuk memikir,
menganalisa dan membuat penilaian tentang hal-hal ini lebih-lebih lagi mencabar akibat arus
modernisasi dan globalisasi yang melanda seluruh masyarakat dunia yang antara lain telah
menyebabkan pertembungan dan penyesuaian antara pelbagai nilai.
Dalam sistem demokrasi, kebajikan am ini biasanya diertikan sebagai kebajikan majoriti
atau kehendak majoriti. Konsep ini berbeza maksudnya daripada kebajikan untuk semua atau
kehendak semua 1 yang bermaksud kehendak setiap orang mengenai sebarang hal dalam
kehidupan sesuatu masyarakat itu. Ini merupakan suatu hal yang boleh menjejaskan kestabilan
sebarang sistem pemerintahan manusia. Sedangkan kebajikan am atau general good pula
adalah satu konsep asas dalam perbahasan Pemikiran ilmu sosial tentang matlamat
pemerintahan dan ukuran pemerintahan yang baik. Masalahnya sekarang ialah terdapatnya
pelbagai pendirian dan tafsiran tentang semua persoalan pemikiran poltik disebabkan oleh
kehadiran bersama pelbagai ideologi, sistem moral, agama dan kebudayaan. Misalnya, terdapat
perbahasan yang berterusan tentang tafsiran dan cara mencapai “kebajikan am”. Kepesatan
komunikasi dan interaksi masa kini menambahkan kompleks lagi perbincangan tentang hal-hal
seperti ini.
John Rawls2, seorang tokoh pemikiran ilmu sosial yang berpengaruh di abad ke-20 ini,
tertarik kepada interaksi pelbagai kelompok dalam masyarakat moden untuk tujuan yang sama:
mengwujudkan masyarakat adil. Demokrasi biasanya diutamakan bagi menangani masalah
kepelbagaian atau pluralism ini 3. Dua pendekatan utama dalam hal ini ialah pendekatan pluralis
dan elitis. Bagi golongan pluralis, kehidupan masyarakat sivil yang mengandungi interaksi
pelbagai kelompok, merundingkan konflik dan merumuskan consensus, adalah lebih penting
daripada struktur rigid “rakyat dan pemerintah yang menyokong konsep elitisma.”
The new problem Rawls address in his discussion of political liberalism, then, is how it is
possible to have a “stable and just society” or a society in which citizens “live together
and.. affirm” the principle of constitutional democracy, even when it is the case that
citizens are “divided by reasonable though incompatible religious, philosophical, and
moral doctrines”
(De Lue 1997:219)
1
Istilah Bahasa Inggerisnya ialah good of all and will of all.
2
Karya John Rawls yang penting ialah “A Theory of Justice” (1971) dan “ Political Liberalism” (1993).
3
Bagi golongan pluralis, kewujudan pelbagai kelompok dalam sesebuah masyarakat adalah asas kegiatan
politik sesebuah masyarakat tersebut.
3
metodologinya. Sesuatu Pemikiran ilmu sosial ialah suatu set pemikiran ilmu sosial yang
lengkap dari segi andaiannya, prinsip-prinsipnya, matlamatnya dan cara pelaksanaannya, yang
dianuti serta diperjuangkan oleh para penganutnya. Dipercayai bahawa “ideologi” mula
digunakan oleh tokoh pengkaji Perancis, Antoine Louis Claude Destutt de Tracy (1754-1836),
yang memberinya maksud “sains pemikiran” (science of idea) 4 . Karl Marx (1818-1883) dan
Friedrich Engels (1820-1895) dalam karya mereka The German Ideology, mengatakan bahawa
ideologi hanyalah cerminan kepentingan kelas pemerintah. Karl Mannhiem (1893-47), tokoh
sosiologi Hungari telah membuat sumbangan bererti kepada bidang sosiologi ilmu dalam aspek
ini melalui karyanya Ideology and Utopia (1929). Dia menganalisa ideologi dari prespektif
sejarah dan berpendapat bahawa ideologi harus difahami dalam konteks sejarahnya sendiri.
Sebenarnya terdapat banyak definisi ideologi, bagaimanapun yang jelasnya pada masa kini,
ideologi difahami sebagai kenyataan-kenyataan politik yang menyeru rakyat awam bertindak ke
arah memperbaiki kehidupan politik. (Baradat 1997:1-11)
Dengan itu, sebagai contoh, Pemikiran ilmu sosial tidaklah memberi fokus
utama kepada persoalan-persoalan seperti bagaimana kumpulan pendesak
melaksanakan tujuannya atau tentang perlaksanaan sistem pilihanraya,
misalnya, (Lihat modul Kursus Pengantar Sains Politik). Sebaliknya Pemikiran
ilmu sosial lebih membahas dan membincangkan apakah tujuan aktiviti
kumpulan pendesak atau sesuatu sistem pilihanraya tersebut sehubungan
dengan satu-satu persoalan pokok dalam Pemikiran ilmu sosial seperti konsep
pemerintahan terbaik atau hak rakyat terlibat politik, yang mana dari prespektif
demokrasi melibatkan isu “masyarakat sivil”.
4
Karyanya diterjemahkan oleh Thomas Jefferson dan diterbitkan dalam Bahasa Inggeris sebagai Elements
of Ideology pada tahun 1817.
5
Teoretik dan normatif di sini bermaksud pendirian atau kesimpulan yang tidak semestinya didasarkan
kepada fakta atau data yang diperolehi secara sistematik dan objektif. Sebaliknya ia didasarkan
kepada keyakinan dan kepercayaan tentang apa yang ditanggapi sebagai benar. Lihat modul
Kursus Pengantar Sains Politik, MJ1114.
6
Emprik maksudnya berdasarkan data atau fakta yang didapati secara sistematik serta objektif dari
kajilapangan. Deskriptif maksudnya memperihalkan atau menghuraikan fakta dan data tersebut
secara sistematik dan objektif.
4
Pemikiran ilmu sosial juga dikatakan bersifat prespektif. Sebagimana juga para
doktor mendiagnosis, atau menentukan jenis penyakit daripada tanda-tandanya,
dan kemudian memberikan preskripsi, atau arahan tentang ubat yang harus
disediakan dan cara menggunakannya, begitulah juga kebiasaan para ahli
Pemikiran ilmu sosial. Mereka menganalisa keburukan dan kelemahan
masyarakat-masyarakatnya dengan manggunakan pendekatan teoretik dan
normatif, dan seterusnya menyarankan dengan cara hujahan tentang langkah
dan cara yang terbaik bagi memperbaikinya.
5
menyarankan satu set soalan yang boleh dipertanyakan apabila kita berhadapan
dengan satu-satu pemikiran ilmu sosial. Ternyata apabila kita mengenali pelbagai
tokoh dan aliran dalam kajian Pemikiran ilmu sosial, kita akan dapati andaian-
andaian yang berbeza yang kemudian menghasilkan pula pemikiran-pemikiran
ilmu sosial yang berlainan mengenai satu-satu persoalan pokok yang sama.
Soalan-soalan yang beliau cadangkan ialah:
II.Apakah kesan sifat semula jadi manusia ini terhadap sistem politiknya?
7
Istilah Bahasa Inggeris State kerap digunakan bagi merujuk kepada Negara dan kerajaan selain
daripada maskud negeri seperti yang kita gunakan di Malaysia. Dengan itu makna state dalam
teks Bahasa Inggeris haruslah mengikut konteks ayat berkenaan.
6
Contohnya, menurut Hobbes rakyat mematuhi kerajaan atau pemerintah
berkuasa mutlak kerana mereka tiada pilihan lain sekiranya mereka mahu
hidup dalam keadaan aman dan selamat dari tindakan kalangan mereka
sendiri. Jika mereka menentang pemerintah, bererti mereka akan
mengancam keselamatan mereka sendiri dengan melemahkan kuasa
pemerintah. Dengan itu penentangan terhadap pemerintah melanggar
persetujuan bersama yang asal dan revolusi adalah tidak sah.
III. Dengan andaian bahawa ada kebebasan yang wajar dan diperlukan,
apakah kebebasan-kebebasan ini? Patutkah ia dihadkan atau tidak?
Siapakah yang berhak menentukan had ini?
e. Persamaan
III. Andainya ada beberapa persamaan yang wajar dan diperlukan, apakah
persamaan-persamaan ini? Patutkah persamaan ini bersifat absolute,
yakni mutlak, atau relatif, yakni dalam bentuk yang berbeza-beza? Jika
persamaan harus wujud dalam bentuk yang relatif, apakah kriteria bagi
menentukan perbezaan ini? Siapakah yang berhak menentukan
8
Substantif bermaksud dari segi kandungan dan prosedural bermaksud dari segi tatacara perlaksanaan.
9
Pemikiran Locke adalah berlatar-belakangkan sistem feudal Eropah di mana golongan petani atau
peasants menjadi sebahagian hak milik golongan bangsawan yang ramai terdiri dari kalangan
tuan punya tanah dan mereka pada umumnya diperlakukan sekehendak hati golongan
bangsawan tersebut. Kebebasan beragama itu pula sebenarnya merujuk khusus kepada
kebebasan memilih di antara pelbagai mazhab Kristian yang telah mula timbul di Eropah pada
zaman itu.
7
perbezaan jenis-jenis persamaan ini? Siapakah yang berhak menentukan
kriterianya? Siapakah pula yang berhak menguatkuasakan kriteria ini?
Contohnya, pemikiran ilmu sosial Demokrasi menegaskan bahawa wujud
persamaan hak politik, hak di sisi undang-undang, hak sosial dan hak
kepada peluang ekonomi. Bagaimanapun ia menerima juga bahawa tidak
semestinya wujud persamaan dalam kuasa politik dan agihan hasil
ekonomi. Dengan itu dalam sistem politiknya sentiasa diusahakan cara
terbaik bagi mengelakkan ketidakadilan dan ketidaksamarataan sedapat
mungkin. Keputusan-keputusan mengenai hal ini ditentukan oleh majoriti
kerana ia berandaian bahawa manusia pada sifat semulajadinya adalah
rasional, bertanggungjawab dan bermoral.
Marx would no doubt argue ….that modern liberal civil societies that provide rights to
individuals do not encourage individuals to use these rights to shape the political
community and to forge the direction of the economy. The major economic decisions are
left to an elite few, those who are the owners or managers of capital. Yet, these decisions
impact the lives of most people in the most significant ways imaginable.
(De Lue 1997:278)
8
II. Jika hal ini memang diingni, apakah bentuk kuasa tersebut? Patutkah
kuasa tersebut dihadkan atau tidak? Siapa pula yang akan
menghadkannya? Bagaimanakah menghadkannya?
Dalam pemikiran ilmu sosial demokrasi yang prinsip-prinsipnya
disumbangkan oleh tokoh-tokoh pemikiran poltik aliran Liberalisme, 10
kuasa tertinggi atau kedaulatan terletak di tangan rakyat. Kuasa
pemerintah hanya setakat yang dibenarkan oleh rakyat. Yakni,
pemerintahan oleh rakyat, untuk rakyat. Cara mengawal kuasa ialah
melalui kebebasan penyertaan politik rakyat, sistem pemerintahan
berpelembagaan dan sistem pengasingan kuasa.
h. Keadilan
10
Lihat modul 2, Aliran-aliran Falsafah Politik
9
terdapat di dalam Arthasastra karya Kautilya dan epik Mahabhrata adalah
tentang cara-cara menunaikan serta memenuhi matlamat-matlamat yang
telah ditentukan.
Bertentangan sama sekali ialah pendirian pemikiran ilmu sosial Marx yang
menganggap bahawa matlamat kerajaan itu ialah eksploitasi oleh
golongan elit yang berkuasa ekonomi dan yang ideal ialah masyarakat
tanpa kerajaan, atau “a stateless society”.
j. Struktur Kerajaan
3.0 RUMUSAN
Walau apa pun cara kita menyenaraikan atau membentuk persoalan-persoalan pokok dalam
bidang kajian pemikiran ilmu sosial ini, kita tidak akan lari daripada persoalan-persoalan yang
disebutkan di atas. Setiap tokoh dan aliran pemikiran ilmu sosial itu pula memberi fokus kepada
aspek-aspek tertentu yang berkaitan. Aspek-aspek yang ditekankan itu mungkin dipilih
berdasarkan penelitian masing-masing terhadap pergolakkan sezamannya, kecenderungan
peribadi, pengaruh tokoh lain, dan pelbagai macam sebab yang lain. Yang jelasnya tidaklah
mereka membincangkan. Kalau pun ada yang mampu, tentang kesemua persoalan-persoalan
pokok tersebut. Dengan itu kita dapat mengenal pasti perbincangan utama tokoh-tokoh atau
aliran-aliran tertentu. Kungfu Tze, misalnya menekankan betapa pentingnya anggota
masyarakat kembali kepada nilai-nilai tradisi dalam warisan kebudayaan cina kuno dan melantik
pemerintah yang bersifat “ChunTzu” demi mengembalikan masyarakat kepada zaman gemilang
yang telah pernah dilalui dalam sejarah Cina.11 Iqbal pula menganjurkan agar setiap anggota
11
Lihat Modul 5, Kungfu Tze (551-479 SM).
10
masyarakat mengenal dan memperbaiki diri masing-masing ke arah konsep “insan kamil” untuk
menegakkan masyarakat dan Negara ideal.12
Socrates said that, until “philosophers rule as kings” or until kings act as philosophers, it
will be impossible to marry power to philosophy and thus create cities bent upon avoiding
evil and achieving good.
(De Lue 1997: 37)
Di dalam kerangka yang lebih umum, pemikiran ilmu sosial adalah sejenis pemikiran
ilmu sosial. Yang dimaksudkan dengan pemikiran ilmu sosial itu merangkumi pemikiran-
pemikiran, teori-teori dan nilai-nilai yang merangsang dasar dan pelakuan politik. Ia juga
termasuk teori-teori yang digunakan bagi menerangkan perlakuan politik dan mekanisme bagi
mengaturnya. Dengan itu teori politik adalah sejenis pemikiran ilmu sosial yang mempunyai
fokus dan skop penelitian yang khusus dan terhad kepada satu-satu fenomena politik seperti
teori tentang kerajaan atau aspek-aspek kerajaan, teori tentang undang-undang, perwakilan
atau pilihanraya. Sedangkan pemikiran ilmu sosial mempunyai pendekatan yang lebih umum
dan berandaian bahawa rumusan-rumusannya adalah benar bagi semua. Yakni, pertama,
persoalan-persoalan pokok dalam pemikiran ilmu sosial adalah persoalan-persoalan yang
universal bagi semua masyarakat manusia, dan kedua, jawapan-jawapan yang diutarakan oleh
pelbagai tokoh dan aliran pemikiran ilmu sosial mengenainya yakni mereka sebagai benar, a
universal truth. Sebagaimana menurut ghandi, jika sesuatu itu benar, ia akan diterima oleh
semua bangsa, semua kebudayaan, semua agama. Dengan sebab itulah pemikiran ilmu sosial
merupakan satu bidang kajian yang merangsang intelek dan ketajaman daya analisa.
1. Kemukakan persoalan-persoalan penting yang lain yang tidak disebutkan di sini yang
seharusnya juga menjadi persoalan pokok bagi pemikiran ilmu sosial. Mengapa anda
menganggapnya penting?
5. Dapatkah anda kenalpasti dan huraikan jalur-jalur pemikiran ilmu sosial dalam politik
Malaysia.
12
Lihat Modul 9, Iqbal (1876-1938).
11
5.0. BIBLIOGRAFI
De Lue, Steven M. (1997) Political Thinking, Political Theory, and Civil Society. Boston: Allyn &
Bacon.
Kapur, Anup Chand (1971) Principles of Political Science. New Delhi: S. Chand & Co.
Muhammad Kamlin. (1986). Pengantar Pemikiran ilmu sosial Barat. Bangi: Penerbit UKM.
Oppenhiem, Felix E. (1986). Moral Principles In Political Philosphy. New York: Random House.
Sabine, G.H. (1961). A History Of Political Theory. New York: Holt, Rienhart and Winston.
Sibley, M.Q. (1970). Political Idea and Ideologies: A Histrory of Political Thought. New York:
Harper and Row.
Sinclair, T. A. (1972). Aristotle. The Politics. Terjemahan oleh T.A. Sinclair. Middlesex, England:
Penguin Books.
Tinder, Glenn. (1979). Political Thinking. The Perennial Questions. Bonston: Little, Brown & Co.,
3rd edition.
12