Anda di halaman 1dari 1

FALSAFAH, ONTOLOGI, EPISTIMOLOGI DAN AKSIOLOGI.

Falsafah adalah disiplin ilmu yang mencari kebenaran sesuatu perkara. Falsafah juga cara berfikir dan
cinta akan kebenaran. Falsafah mendorong penyelidik agar terus menerus mencari kebenaran. Harus
diingati bahawa falsafah dan filsafat itu dua perkara yang berbeza. Hal ini kerana, filsafat adalah
kebenaran yang belum selesai, masih terbuka untuk diperdebatkan. Dalam falsafah cara berfikir itu
adalah radikal dan menyeluruh untuk mengupas sesuatu dengan dalam. Oleh itu, prosesnya
mengambil masa yang lama. Falsafah adalah tonggak kepada ilmu ontologi, epistimologi dan
aksiologi.

Ontologi berasal daripada perkataan Yunani iaitu ontos bermaksud ada, manakala logos
bermaksud ilmu. Dari aspek istilah ontologi bermaksud ilmu yang membahas tentang hakikat yang
ada. Merupakan cawangan metafizik terbesar dalam falsafah. Ontologi membahas tentang apa yang
kita ingin ketahui. Ontologi juga boleh diertikan sebagai teori tentang ada. Ontologi juga merupakan
suatu perdebatan tentang sifat dunia. Misalnya, seorang penduduk bumi menerangkan tentang
struktur asas dan komposisi bumi kepada mahluk asing dari planet lain. Penerangan ini akan
membincangkan soal “apa” tentang bumi. Maka perbincangan itu akan membincangkan set kategori
yang mengambarkan ciriciri asas bumi. Selain itu, persoalan tentang “apa” ini juga akan membawa
kepada perbincangan mengenai barangan yang terdapat dalam bumi seperti fenomena semula jadi
dan sosial. Sebagai penyelidik, ontologi amatlah penting kerana ianya merupakan titik permulaan
dalam kajian iaitu perkara utama yang perlu difahami oleh penyelidik sebelum sesebuah
penyelidikan dijalankan.

Epistimologi dalam bahasa Yunani iaitu epistime yang bermaksud pengetahuan manakala
logos pula ilmu. Secara umumnya, epistimologi adalah suatu pemikiran yang mendalam dan
sistematik mengenai sesuatu ilmu pengetahuan. Epistimologi adalah ilmu yang membahaskan
tentang masalah-masalah pengetahuan. Epistimologi juga merupakan teori tentang metod dan
dasar-dasar pengetahuan. Dalam epistimologi, wujud persoalan tentang “bagaimana” yang
membawa kepada cara-cara mendapatkan pengetahuan. Bagi mendapatkan ilmu, maka ianya
melibatkan prosedur atau teknik tertentu. Oleh itu, objek utama dalam epistimologi adalah
pengetahuan. Fokus utamanya adalah untuk menjawab apa yang sudah diketahui dan menjawab
persoalan tentang bagaimana untuk mengetahuinya.

Aksiologi juga berasal daripada Yunani iaitu Aksio bermaksud sesuai atau wajar dan logos
pula bermaksud ilmu. Secara umum, aksiologi adalah teori nilai yang berkaitan dengan kegunaan
dari pengetahuan yang diperoleh. Dalam falsafah, aksiologi adalah merujuk kepada pemikiran yang
berharga yang diidamkan setiap insan. Aksiologi juga ilmu yang membicarakan tentang tujuan ilmu
pengetahuan itu sendiri yang mempelajari tentang manfaat yang diperoleh dari pengetahuan. Oleh
itu, aksiologi mengajar bahawa setiap pengetahuan itu mempunyai manfaat dan manusia perlu
memanfaatkannya dengan sebaikbaiknya. ilmu itu bernilai dalam aksiologi kerana ilmu itu
mempunyai kegunaan yang mampu mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dalam
meningkatkan kesejahteraan.

Anda mungkin juga menyukai