Anda di halaman 1dari 17

PADI DI MALAYSIA

1.0 Latar Belakang Pertanian Padi Masyarakat Melayu Tradisional

Pertanian padi dalam masyarakat Melayu tradisional dibuat secara gotong-royong. Ia bermula
dari proses membuka hutan sehinggalah mendapatkan hasil. Teknologi direka cipta sendiri seperti
membuat baji untuk menebang pokok serta membelah kayu. Memasang pelita dan unggun api
digunakan untuk meluruskan tali air dan batas sawah atau bendang. Membuat lesung bagi mengisar
padi dan sebagainya. Banyak lagi contoh-contoh teknologi masyarakat Melayu tradisional yang telah
direka cipta dan digunakan seperti panduan arah angin, persenjataan dan alat pertukangan, alat
memasak dan tenunan hatta kepada pembinaan kapal layar untuk perdagangan.

Konsep gotong royong ini amat penting kerana masyarakat tidak mampu melaksanakan
sebarang kerja secara bersendirian. Mengambil contoh bagi membuka sebuah kawasan sawah padi
misalnya pengusahaan sawah padi dikendalikan oleh seluruh penduduk kampung kerana melibatkan
kerja menebas dan menebang pokok, membakar atau memerun, menggali parit dan tali air, membuat
batas atau ban bagi takungan air mahupun untuk tujuan sempadan antara tuan punya, ataupun bagi
membina pagar dari ancaman babi hutan atau menghalang ternakan memakan pokok padi. Melalui
konsep kerjasama, bukan sahaja saling membantu, malahan dapat menyelaraskan kerja. Tali air dan
parit tidak boleh dibuat bersendirian kerana melibatkan luas dan kedalaman yang berbeza dari sebelah
hulu ke hilir. Begitu juga dengan batas atau ban yang hendak dibina harus mengambil kira
kedudukannya agar tidak memasuki ke bahagian orang lain. Menuai padi juga mesti bersama-sama
supaya dapat mengelakkan dari terkeluar dari musim panas. Ini kerana padi yang telah dituai harus
dijemurkan pada panas matahari supaya mudah semasa memprosesnya menjadi beras. Jika musim
hujan tiba, sedangkan kerja mengambil buah padi belum selesai, maka kerugian besarlah petani
tersebut dari segi hasilnya. Oleh yang demikian, istilah “muafakat membawa berkat” telah jadi
pengikat perhubungan dalam masyarakat Melayu tradisional.
2.0 Sejarah Perkembangan Penanaman Padi di Malaysia

Pertanian padi yang melambangkan pertanian sendiri sejak berabad-abad lamanya masih
menjadi pertanian utama orang Melayu. Walaupun mereka berdepan dengan perkembangan ekonomi
perdagangan yang menguntungkan, tetapi tidak bermakna pertanian padi juga turut berkembang
sebagai pertanian perdagangan. Harus diingat bahawa permintaan beras ketika ini sudah bertambah
dengan kehadiran buruh-buruh Cina dan India yang banyak. Bagaimanapun, perkembangan pertanian
moden tidak menampakan perubahan yang luar biasa bagi penanaman padi. Malahan konsep
pertanian padi bagi orang Melayu masih lagi bersifat traditional. Ia tetap diusahakan sebagai satu cara
hidup dan bukannya untuk keperluan perdagangan, sepertimana kata seorang pengarang, antara sebab
tidak berlaku perubahan nyata dalam pertanian padi ialah sikap orang Melayu sendiri yang melihat
pertanian sebagai satu cara hidup dan bukannya sebagai perusahaan ekonomi.

Perdagangan ini ada kaitannya dengan unsur-unsur adat dan pertanian padi masyarakat
Melayu. Bagaimanapun, ia bukanlah factor hakiki kerana faktor-faktor ekonomi mengatasi sebab-
sebab lain. Dengan sikap yang sedemikian rupa maka bentuk dan teknik pertanian padi tidak banyak
berubah. Penggunaan pawang dalam upacara pemujaan semangat padi, menepung tawarkan benih
semaian, menghalau musuh padi dan juga beberapa upacara ketika menuai padi masih diamalkan.
Selain daripada itu, terdapat juga upacara pembayaran niat melalui keramat apabila hasil padi
memuaskan dan beberapa lagi upacara menghalau jin daripada kawasan sawah padi.

Dari segi keluasan tanah, penggunaan tanah secara ekstensif untuk pertanian padi tidak
menunjukkan perubahan yang besar meskipun Inggeris berusaha meluaskan kawasan tanaman padi
bagi menambahkan keperluan beras tanah Melayu. Rancangan memajukan pertanian ini pernah
disarankan oleh Swettenham pada tahun 1987 lagi apabila beliau mengarahkan supaya sistem
pertanian secara perairan dimodenkan. Tetapi langkah kearah itu tidak disegerakan sehingga pada
tahun 1930-an apabila Jabatan Parit dan Tali air ditubuhkan. Sebenarnya kos pengeluaran beras lebih
tinggi kalau dibandingkan dengan mengimportnya, tetapi Inggeris merasai perlu untuk
memperkembangkan pertanian padi sejajar dengan dasarnya mengekalkan hidup dan corak hidup
orang Melayu. Dasar ini boleh dilihat dalam dua kepentingan. Pertama ialah mengelakkan status quo
masyarakat Melayu sebagai petani padi dan kedua untuk menghasilkan barang makanan sendiri.
Sememangnya menjadi dasar mana-mana kerajaan pun untuk mengeluarkan bahan makanannya
sendiri kerana pergantungan kepada Negara luar banyak kesan buruknya.

Langkah pertama yang dijalankan oleh kerajaan untuk mengalakkan orang Melayu menanam
padi ialah dengan mengadakan kemudahan-kemudahan perairan. Pada tahun 1898 satu projek
perairan yang besar dirancang di daerah Kerian. Projek ini yang hampir menelan satu juta ringgit siap
dibina pada tahun 1906 dan dapat mengairi kawasan sawah yang luas di Kerian. Rancangan perairan
ini dipergiatkan lagi dalam tahun 1930-an apabila Jabatan Parit dan Tali air ditubuhkan pada tahun
1932 dengan tujuan utama untuk memajukan pertanian padi. Projek pertama di bawah jabatan ini
ialah menyiapkan perjek perairan di sungai Manik pada tahun 1932 dan setahun seterusnya satu lagi
rancangan perairan dijalankan di Tanjung Karang Selangor. Di samping mengadakan rancangan
perairan, langkah menggalakkan orang Melayu menanam padi juga dibuat melalui perundangan. Pada
tahun 1917 Enakmen Tanah Padi dikeluarkan oleh MMP. Tujuan undang-undang ini ialah
mengenakan syarat penanaman padi bagi tanah-tanah yang diketagorikan sebagai tanah “bendang”.
Melalui undang-undang ini juga kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap petani-petani sekiranya
tanah itu tidak ditanam dengan padi.

Meskipun kerajaan berusaha mengalakkan orang Melayu menanam padi, tetapi kemajuan
dalam bidang ini masih boleh dipersoalkan lagi, kerana rancangan-rancangan yang dilaksanakan tidak
melahirkan golongan komersial masyarakat Melayu yang berasaskan pertanian padi. Faktor
ekonomilah yang menghalang kemajuan pertanian ini seperti masalah modal, tenaga buruh dan juga
masalah-masalah kemudahan teknologi yang lain seperti baja, racun tanaman dan sebagainya. Untuk
mengusahakan kawasan padi yang luas, modal yang banyak diperlukan. Tanpa modal, maka
kemudahan tenaga buruh tidak dapat diperolehi. Pegawai-pegawai pertanian Inggeris mengakui
hakikat ini umpama H.C.Patt dalam laporannya berhubung pertanian padi di Kerian menjelaskan
bahawa masalah paling besar yang dihadapi oleh petani padi ialah modal. Tanpa modal yang banyak,
petani tidak dapat mengupah tenaga buruh untuk mengerjakan tanah sawah tang luas. Dengan itulah
pertanian padi diusahakan oleh keluarga petani itu sendiri.

Kekurangan tenaga buruh untuk pertanian ini ada kaitannya dengan perkembangan pertanian
getah. Oleh kerana orang Melayu juga tertarik dengan pertanian getah, walaupun sebagai pekebun
kecil mereka secara langsung menyebabkan pertanian padi menjadi berkuangan. Keadaan ini jelas
berlaku di Negeri Sembilan. Ketika harga getah melambung tinggi, kebanyakan orang melayu
berkerja di kebun getah segingga pertanian padi hamper ditinggal terus. Selain daripada masalah
buruh, masalah pemasaran juga suatu yang merumitkan petani Melayu. Kebanyakan kilang-kilang
padi yang memberli padi orang Melayu dipunyai oleh pengilang-pengilang Cina yang selalunya
memonopolikan pembelian padi di NMB. Menurut laporan Jawatankuasa yang mengkaji pertanian
padi di NMB, sebelum tanun 1918, petani-petani tidak mempunyai pilihanuntuk memasar hasil
mereka melainkan kepada pengilang orang Cina. Petani ketika ini terdedah dengan penindasan
pengilang Cina yang dapat menentukan harga mengikut sesuka hati mereka.

Di Kerian, Perak ada dua buah kilang kepunyaan orang Cina. Pulau Pinang dan Province
Wellesley ada tuju belas buah kilang padi kepunyaan Cina, di Kedah ada 18 kilang padi. Di samping
membeli padi, pengilang-pengilang Cina juga bertindak sebagai kreadator melalui sistem Padi Kunca.
Sistem ini yang juga dikenali Padi Ratus adalah satu bentuk kemudahan pinjaman yang berbentuk
penindasan. Sebelum musim menuai, petani Melayu akan diberi kemudahan meminjam wang
daripada pengilang-pengilang padi untuk sara hidup. Apabila tiba, semua hasil padi akan dijual
kepada pengilang berkenaan, dan setelah ditolak pinjaman bakinya, ini juga disediakan oleh pekedai-
pekedai Cina membekalkan pendahuluan barang keperluan harian. Sistem ini berlaku secara
berterusan dan secara langsung mengikat petani-petani Melayu dengan bebanan hutang sepanjang
tahun. Peratus petani Melayu yang berhutang melalui sistem ini dan juga sumber-sumber lain adalah
tinggi. Jumlah pinjaman daripada pengilang-pengilang Cina di setiap kawasan pertanian padi di NMB
dianggarkan antara 40 hingga 90 peratus.

Masalah hutang ini boleh menggagalkan rancangan Inggeris untuk mengalakkan orang
Melayu menanam padi. Bagi mengatasi masalah putarbelit harga oleh pengilang Cina, Inggeris
terpaksa memecahkan monopoli pembelian padi dengan mendirikan kilang-kilang padi kerajaan.
Antara tahun 1917 hingga 1920, Inggeris mendirikan dua buah kilang padi iaitu di Bagan Serai dan
hilir Perak sebagai pilihan orang Melayu. Untuk menggalakkan orang Melayu menjual padinya
kepada pengilang kerajaan, pada tahun 1919 Inggeris mengisytiharkan langkah pengawalan harga
iaitu dengan meletakkan harga minimum bagi tempoh selama lima tahun. Melalui langkah ini, padi
yang ditanam di NMB dan dipasarkan ke kilang kerajaan akan dibayar 13 sen segantang. Langkah
seterusnya ialah menurunkan cukai air bagi kawasan pertanian padi yang mendapat kemudahan sistem
perairan, manakala bagi kawasan yang baru disediakan kemudahan perairan, cukai air tidak
dikenakan. Sesungguhnya kemudahan yang disediakan oleh Inggeris adalah tidak menyeluruh.

Sebenarnya masalah modal adalah faktor utama yang menghalang orang Melayu
mengusahakan pertanian padi secara besar-besaran. Sementara itu, kilang padi kerajaan pula hidup
segan mati tak mahu. Pada tahun 1926, kilang padi di Kuala Kurau terpaksa ditutup kerana
pengurusan yang tidak cekap. Pada mulanya kilang diuruskan oleh seorang pengurus Cina yang
bernama Lim Cheng Taik. Beliau mengambil ramai pekerja Cina sehingga timbul bantahan daripada
orang Melayu. Keadaan ini menyebabkan kilang ini tidak berjaya menarik minat petani Melayu, oleh
itu mereka terus memasarkan hasil padi mereka ke kilang padi Cina.

Walaupun ada cadangan supaya kilang padi kerajaan ini dijadikan syarikat kerjasama dengan
mengambil pekerja-pekerja Melayu, tetapi cadangan itu tidak dipersetujui Inggeris. Dalam mesyuarat
Resident-Resident pada 12 Disember 1931, persetujuan dicapai supaya pegawai syarikat kerjasama
Inggeris tidak membabitkan diri dalam kilang padi kerajaan. Resident-Resident berpendapat, buat
masa ini pegawai-pegawai syarikat kerjasama mestilah menumpukan sepenuh perhatian kepada
syarikat-syarikat kerjasama yang baru bertapak di negeri-negeri Melayu.
Akibat daripada beberapa masalah yang diterangkan inilah, maka pertanian padi tidak
berjaya mengubah orang Melayu menjadi petani yang bermotifkan perdagangan. Meskipun kawasan
yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan padi di NMB dianggarkan seluas antara 243,000
hingga 405,000 hektar, tetapi kawasan ini tidak boleh diajukan kerana faktor-faktor ekonomi tadi.
Untuk membuka sesuatu kawasan padi yang baru sudah tentu sistem perairan diperlukan dan untuk
mengadakan sistem perairan ini perbelanjaan yang banyak mestilah diperuntukkan. Oleh keana
masalah kewangan inilah maka sesetengah kawasan itu tidak dapat dimajukan sebagai kawasan
pertanian padi.

Satu lagi masalah yang dihadapi oleh petani melayu ialah kerosakkan tanaman padi akibat
daripada perlombongan biji timah. Keadaan ini berlaku hanya bagi sawah yang berhampiran dengan
kawasan perlombongan. Kerosakan ini disebabkan oleh mendapan air lombong yang yang mengalir
masuk ke dalam sungai atau tali air yang digunakan untuk pertanian padi. Limpahan mendapan
lombong ini menyebabkan padi tidak hidup dengan subur. Keadaan ini sering berlaku di Kinta.
Berdasarkan kepada beberapa persoalan yang dibincangkan itu, dapatlah sisimpulkan bahawa
pertanian padi bagi orang Melayu tidak banyak mengalami perubahan. Malahan keluasan kawasan
padi juga tidak banyak berubah. Sejak tahun 1890 keluasan penanaman padi dikatakan bertambah
dalam kadar 6.5 hingga 7 peratus sahaja. Sebaliknya bagi pertanian getah, kadar pertambahan sejak
tahun 1904 ialah 11 peratus.

Sehingga ke tahun 1938, daripada lebih dua hektar kawasan pertanian di tanah Melayu, kira-
kira 1,350,000 hektar dipenuhi dengan getah sedangkan keluasan pertanian padi cuma kira-kira
295,000 hektar sahaja. Dengan keluasan sebanyak itu, pertanian padi hanyalah dapat menampung satu
pertiga sahaja daripada keperluan beras negara dan selebuhnya terpaksa diimport. Sementara
pertanian padi diberi perhatian oleh kerajaan, pertanian getah juga diusahakan oleh sebilangan kecil
orang Melayu tetapi tidak mendapat sebarang perhatian kerajaan. Inggeris sepertimana yang diketahui
cuba mengekalkan orang Melayu menanam tanaman. Enakman Tanah Padi yang dibuat pada tahun
1917, khusus untuk menyuruh orang Melayu menanam padi bagi tanah-tanah yang tertakluk di bawah
undang-undang itu. Bagaimanapun, diakibatkan oleh tarikan harga getah yang tinggi di zaman harga
getah yang melambung. Orang Melayu juga berlumba-lumba untuk mengusahakan getah sebagai
pekebun kecil. Permohonan tanah di kalangan orang Melayu juga meningkat sehingga ia memberikan
kesannya terhadap pertanian makanan. A.S. Kaynes, Setiusaha Pertanian NMB dalam laporan
tahunannya berkata, “pertanian getah telah mengurangkan minat orang Melayu menanam padi.
Pertanian padi ditinggalkan, manakala dusun-dusun ditanam untuk penanaman getah.
3.0 Sistem Pertanian Tradisional

James Low telah mengatakan bahawa semenanjung Tanah Melayu terbahagi kepada dua
bahagian pertanian dan kelautan. Negeri-negeri yang terlibat dengan pertanian terdiri daripada negeri
Kelantan, kedah, perak dan Terengganu. Kebanyakan masyarakat yang berada di negeri ini
bergantung kepada sumber pertanian. Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu adalah berasaskan sara
diri yang mana kelompok kecil para petani tinggal di kampung dengan mengusahakan kegiatan
pertanian, penternakan serta perikanan. Biasanya mereka tinggal berhampiran dengan sumber alam
seperti sungai, hutan serta kawasan kecil tanah untuk dijadikan kawasan petempatan.

Sebagaimana kita tahu, sistem ekonomi Melayu tradisional pada zaman Kerajaan Melayu
secara jelasnya telah menunjukkan jurang pemisah antara golongan pemerintah dengan golongan yang
diperintah. Hal ini dapat dilihat bahawa golongan pemerintahan merupakan golongan yang berkuasa
di sesebuah kerajaan. Tanah merupakan sumber untuk melakukan aktiviti pertanian adalah hak milik
kerajaan atau golongan pemerintah. Pada masa yang sama rakyat berperanan untuk mengerjakan
tanah pertanian yang telah diberikan oleh mereka. Oleh itu maka wujud satu sistem pertanian
tradisional dalam kalangan masyarakat Melayu pada ketika itu. Aktiviti pertanian pada masa ini
berkonsepkan pertanian sara diri dengan mengutamakan keperluan diri sendiri dan supaya sumber
makanan secara berterusan.

Kegiatan pertanian sara diri dapat dilihat melalui penanaman padi seperti pada huma dan
padi sawah. Biasanya penanam padi ini adalah untuk sumber makanan harian mereka. Contoh dapat
dilihat di Kelantan kegiatan penanaman padi tetap sawah dan penanaman pindah padi huma. Selain itu
sistem ekonomi feudal iaitu pertanian yang meliputi aktiviti penanaman padi huma, padi sawah,
sayuran-sayuran secara kecil-kecilan adalah untuk memenuhi keperluan makanan mereka sahaja. Padi
sawah ditanam di kawasan yang mempunyai tanah aluvium yang subur dan dipercayai penanaman
padi sawah ini biasanya dilakukan oleh masyarakat Minangkabau yang berada di negeri-negeri selat.
Keadaan ini berbeza dengan sistem ekonomi tradisional di Sabah yang mana pengeluaran hasil
pertanian hanya satu atau dua jenis makanan sahaja yang dikeluarkan oleh mereka kerana kesukaran
pengangkutan, ketiadaan tempat menyimpan makanan dan sebagainya.

Namun terdapat juga negeri-negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di Tanah
Melayu seperti negeri kedah, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan. Negeri Kedah merupakan negeri
yang paling popular dengan aktiviti penanaman padi sawah serta terkenal dengan sebagai jelapang
padi pada ketika ini. Namun kegiatan pertanian sara diri pada ketika ini tidaklah begitu berkembangan
kerana teknologi atau peralatan yang mereka gunakan adalah sangat rendah serta tidak begitu maju.
Ekoran daripada ini kegiatan pertanian seperti pertanian padi sawah, penanaman sayur-sayuran tidak
dapat dikembangkan dengan sebaik mungkin. Selain itu aktiviti penanaman padi sawah atau padi
basah juga telah dilakukan oleh masyarakat Melayu di Sungai Ujong kerana tanaman ini merupakan
tanaman utama masyarakat Minangkabau yang berada di kawasan ini.

Sehubungan dengan itu tradisi penanaman padi sawah di Tanah Melayu sejak abad ke-15
dipercayai di bawa masuk oleh masyarakat Minangkabau. Oleh sebab itu masyarakat Minangkabau
ini dipercayai telah mempunyai kemahiran-kemahiran yang tersendiri seperti kemahiran mengairi
kawasan-kawasan penanaman padi sawah mereka. Masyarakat Minangkabau di Sungai Ujong ini
telah membina empangan kayu ataupun kincir untuk mendapat bekalan air untuk mengairi kawasan
penanaman padi sawah mereka. Empangan ini dibina secara beramai-ramai dalam kalangan anggota
masyarakat dan setiap mereka harus bertanggungjawab ke atas kejayaan atau kegagalan semasa
musim bersawah di kawasan ini. Sistem kincir pula digunakan untuk mengalirkan air dari sungai ke
kawasan tali air untuk mendapatkan bekalan air dan sebelum mereka memulakan aktiviti pertanian ini
seorang ketua di beri tanggungjawab untuk mengawasi kawasan kincir dan empangan tersebut.

Namun kegiatan penanaman padi ini dilakukan secara persendirian dan untuk keperluan
mereka sendiri. Aktiviti penanaman padi sawah pada masa ini tidak berkembang kerana lebihan hasil
pengeluaran penanaman padi biasanya telah ditukar dengan menggunakan sistem pertukaran atau
sistem barter yang bertujuan untuk mendapat barangan keperluan lain. Di kawasan Kundur pula
aktiviti penanaman padi sawah pula dikatakan sebagai, “The Luxuriant and penculiar green of Rice
Field”

Oleh itu kegiatan pertanian pada peringkat awal lebih menumpukan kepada usaha untuk
menghasilkan makanan untuk kegunaan sendiri. Sistem ekonomi sara diri ini lebih baik daripada
sistem ekonomi primitif yang dilakukan oleh zaman prasejarah. Para petani menjalankan kegiatan
pertanian secara kecil-kecilan dan menggunakan teknologi yang rendah serta lebihan hasil pertanian
yang mereka lakukan ini telah menyumbangkan kepada berlakunya pertukaran barangan atau sistem
barter yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Kegiatan pertanian sara diri juga telah menunjukkan
para petani mempunyai kebolehan untuk menghasilkan keperluan makanan mereka sendiri dan
barangan keperluan yang tidak boleh dihasilkan sendiri. Mereka boleh mendapatkan barangan
tertentu dengan menggunakan sistem pertukaran barang. Kesan kegiatan pertanian sara diri adalah
untuk keperluan makanan mereka sendiri. Sehubungan itu, masyarakat sebelum kedatangan barat juga
menjalankan aktiviti penanaman lain seperti penanaman ubi kayu, pisang, tebu, jagung, keledek,
tembakau dan sirih. Tanaman ini biasanya ditanam di kawasan sekitar rumah mereka sahaja dan hasil
tanaman ini hanya untuk kegunaan harian mereka sahaja, manakala lebihan hasil tanaman ini
diberikan kepada jiran atau kaum keluarga mereka sendiri.
4.0 Sistem Penanaman Padi Era Kolonial

Semenanjung Tanah Melayu telah mengalami transformasi sosial, ekonomi dan politik di
bawah pemerintahan kolonial. Landasan ekonomi kaum tani Melayu telah berubah untuk disesuaikan
dengan struktur ekonomi di bawah order sosial baru yang mengutamakan pertukaran. Tekanan
pasaran dunia dan pemerintah kolonial telah membentuk sebuah industri pertanian. Aktiviti pertanian
kaum tani Melayu telah dihadkan oleh pihak kolonial. Antara lain, kaum tani telah menjadi sasaran
kepada beberapa undang-undang yang telah menyekat aktiviti ekonomi asas mereka. Di negeri Perak,
misalnya, peraturan-peraturan dan undang-undang baru ini termasuklah Compulsory Planting of
Coconuts by Malays 1880, Prohibition of Felling of Forest 1881 dan Alienation of Nipah Lands 1888.

Perlaksanaan peraturan-peraturan ini telah dengan secara dramatis mengurangkan


'independence' kaum tani Melayu. Pemerintah telah menentukan jenis tanaman yang mesti ditanam
dan juga cara penanaman. Undang-undang yang telah memberikan tamparan hebat kepada kaum tani
Melayu di Perak adalah Discouragement of Ladang Cultivation. Penanaman padi secara pertanian
pindah oleh kaum tani Melayu sememangnya telah menjadi satu isu kepada pemerintah Inggeris
bermula di dalam tahun 1887 lagi. Amalan berladang difahamkan oleh pentadbiran kolonial sebagai
'an obnoxious and wasteful type of agriculture, destroying valuable timber and a temporary culture at
best.!" Inggeris menggalakkan kaum tani Melayu yang mengamalkan ladang untuk menanam padi
mereka secara tetap melalui padi basah. Untuk mencapai tujuan mereka pihak kolonial telah
menaikkan kadar sewa ke atas penanaman padi darat tetapi cara ini telah tidak dapat mengubah
keadaan. Kaum tani Melayu masih meneruskan aktiviti tanaman padi darat mereka. Ketandusan satu
tradisi berkaitan dengan padi basah di kalangan sebahagian kaum tani dan kerja yang mesti dilakukan
telah membuat penanaman padi basah kurang diminati.

Justeru itu di dalam tahun 1888, setahun selepas kadar sewa dinaikkan, jumlah keluasan
kawasan yang diusahakan dengan padi darat masih besar. Di Perak, di daerah Kinta sejumlah 1,500
ekar telah dikerjakan. Di Kuala Kangsar pula seluas 3,455 ekar telah diusahakan atau 91.0 peratus
daripada kesemua tanah di dalam daerah itu pada tahun tersebut. Memandangkan jumlah kawasan
padi darat tidak dapat dikurangkan satu peraturan yang lebih ketat telah dikeluarkan. Pemerintah
kolonial telah mengarahkan bahawa bermula dari 1 Januari 1890 kawasan hutan tidak boleh ditebang
untuk tujuan ladang kecuali kawasan belukar yang usia pokok-pokoknya tidak lebih dari lima atau
enam tahun. Peraturan ini adalah penting kerana masa yang diperlukan bagi mengembalikan bahan
nutrien di dalam tanah adalah di antara 10 hingga 15 tahun. Kesan daripada langkah ini juga telah
tidak dapat memenuhi jangkaan Inggeris.
Kaum tani Melayu terus mengamalkan budaya padi darat mereka. Pentadbir kolonial, sebagai
langkah terakhir, telah mengeluarkan undang-undang yang mengatakan bahawa 'no pass or licence for
ladang cultivation would be granted in the state."Peraturan ini telah dikuatkuasakan mulai bulan April
1896. Bagaimana pun peraturan ini tidak dapat mengikis secara keseluruhan satu tradisi yang telah
begitu lama diamalkan oleh kaum tani Melayu. Penanaman padi darat secara ladang masih diteruskan
di bawah pemerintahan Inggeris tetapi dengan jumlah keluasan yang berkurangan. Di dalam tahun
1920 di Perak dari jumlah kawasan padi seluas 123,709 ekar jumlah padi darat adalah 29.3 peratus
atau 36,205 ekar masih lagi di bawah ladang.

Di dalam musim penanaman padi 1920-1921 di empat dari jumlah tujuh daerah padi ladang
masih dominan. Daerah-daerah ini adalah Hulu Perak dengan 5,000 ekar padi darat berbanding
dengan 4,360 ekar padi basah, Kinta dengan 6,398 ekar ladang berbanding dengan 860 ekar padi
basah, Batang Padang dengan 8,415 ekar padi ladang berbanding dengan 1,088 padi basah, dan
akhirnya Hilir Perak dengan 9,604 padi darat berbanding dengan 2,232 ekar padi basah. Di dalam
musim penanaman padi yang sama jumlah keluasan padi darat bagi negeri Selangor melebihi padi
basah masing-masing dengan 11,690 ekar dan 4,790 ekar." Bagaimanapun di Negeri Sembilan di
mana telah terdapat satu tradisi pengairan yang lama dalam kalangan orang-orang Minangkabau
keluasan padi basah secara sawah adalah berjumlah 29,787 ekar berbanding dengan hanya 479 ekar
padi ladang."

4.1 Penanaman Padi Basah Tradisional

Walaupun terdapat tuntutan-tuntutan yang mengatakan dominasi padi darat ke atas


penanaman padi basah, beberapa tradisi penanaman padi basah dan corak pengawalan air didapati di
awal kurun ke-I6 di Semenanjung Tanah Melayu. Terutamanya adalah dalam kalangan orang-orang
Minangkabau yang berhijrah dari Sumatera yang telah menduduki Negeri Sembilan hari ini. Mereka
telah membawa bersama teknologi penanaman padi basah dan teknik-teknik pengairan seperti
empang-empang kayu dan kincir. Selain daripada itu terdapat pula pengaruh India dan Thai ke atas
tradisi penanaman padi basah di dataran Kedah di utara Semenanjung." Di samping kedua-dua sumber
penanaman padi basah ini terdapat juga beberapa sistem penanaman padi basah yang telah
berkembang secara asli di kawasan Semenanjung. Sistem penanaman paya yang terdapat di Pahang,
umpamanya, telah wujud sebagai tindak balas ke atas keadaan berpaya yang terdapat di bahagian
timur negeri itu.
Sistem penanaman padi cedongan pula yang terdapat di negeri-negeri pantai timur wujud
sebagai tindak balas kepada angin monsun yang bertiup dari Laut China Selatan yang membawa
hujan ke pantai timur Semenanjung dalam bulan-bulan Oktober hingga Mac. Sama seperti di pantai
timur penanaman padi basah di negeri-negeri Melayu pantai Barat yang merangkumi dari Melaka
hingga ke Perlis juga bergantung kepada hujan yang dibawa oleh tiupan angin monsun di bulan Mei
hingga Ogos. Mengambil kesempatan kenaikan air melalui banjir di kawasan sungai penanaman padi
yang dikenali sebagai cenor telah berkembang dengan menggunakan jenis padi yang tahan di bawah
keadaan terendam ia telah diterangkan oleh Van Thean Kee seperti berikut:

“Under this system, the crop is grown in such a way that it is either harvested before the flood
or that the crop is strong enough to withstand it. Early sowing is essential and is staggered. The lower
reaches are sown first and as the water slowly rises sowing is done progressively upwards. Some sort
of brushwood dams are constructed to retain the water both in the early stages and when the water is
receding. Thus we have a situation here where the tallest plants are at the lower reaches and the
shortest at the top during the flood period.”

Walaupun sistem ini wujud dan diusahakan oleh kaum tani Melayu di Semenanjung tetapi
kawasan-kawasan di mana sistem cenor dijalankan tidak pula dijelaskan secara khusus. Tanaman padi
tugalan merupakan satu lagi contoh sistem penanaman padi di Semenanjung. Berbeza dengan cara
penanaman cenor yang diterangkan di atas, jenis-jenis padi yang digunakan untuk sistem tugalan
adalah jenis-jenis yang tahan kemarau. Di bawah sistem ini sumber air untuk tanaman bergantung
kepada hujan. Benih-benih ditanam secara tugal sebelum bermula musim hujan dan batas-batas dibuat
untuk memerangkap air hujan di dalam petak-petak." Jelas terdapat berbagai corak penanaman padi
yang diusahakan oleh kaum tani di Semenanjung sebelum kedatangan kuasa kolonial. Dari segi
perkembangan corak penanaman padi yang mempunyai nama-nama tersendiri R.D. Hill
mencadangkan bahawa,

“The evolutionary sequence of Malaysian rice cultivation seems to begin with uninigated
short- cycle shifting cultivation of the swamp margins. From this line of evolution forks into shifting
cultivation of the uplands on one hand, and on the other, flat land systems involving hoe-using
permanent broadcast-seed cultivation, elaborating into permanent hoe-using dibble-seed cultivation,
in time developing into plough-using dibbling systems as one sequence. Another branch of the
permanent hoe-using broadcasting technique may have evolved towards the use of transplanting in
bunded fields, followed later by the introduction of the plough, and by irrigation, some forms of
which may have been introduced during the Minangkabau immigration of the fourteenth century.”
Kerangka evolusi dari satu sistem bercabang kepada sistem-sistem yang lain mungkin telah
berlaku tetapi setakat ini satu keputusan yang meyakinkan tidak boleh dibuat. Apa yang lebih ketara
adalah tiga faktor, antara lain yang telah mempengaruhi kewujudan variasi-variasi di dalam sistem-
sistem penanaman padi. Pertama adalah keadaan semula jadi, termasuk corak taburan hujan, topografi
dan jenis tanah. Keduanya adalah penyebaran teknik- teknik penanaman yang dibawa masuk oleh
kumpulan-kumpulan manusia yang berhijrah masuk ke Semenanjung dan juga perhubungan orang-
orang tempatan dengan masyarakat luar dan akhir sekali, tanaman itu sendiri yang boleh hidup di
bawah keadaan alam semula jadi yang berbeza dan penyesuaian kepada cara-cara penanaman yang
berbeza. Hal ini telah memberikan gambaran bahawa tradisi pengairan di dalam penanaman padi
memang telah wujud awal-awal lagi di negeri-negeri Melayu dan telah tersebar dengan luasnya. Cara
yang diterangkan itu mungkin benar di kawasan-kawasan tertentu tetapi tidaklah boleh digunakan
sebagai satu generalisasi bagi keseluruhan semenanjung.
5.0 PENUTUP

Negeri-negeri Melayu Semenanjung merupakan kawasan di mana terdapatnya berbagai corak


tanaman padi basah dan padi darat. Bentuk-bentuk penanaman ini merupakan hasil dari faktor-faktor
ekologi, penyebaran teknik-teknik penanaman dan ciri versatil yang terdapat pada tanaman padi itu
sendiri. Di kalangan tradisi padi basah, khususnya, terdapat corak-corak penanaman yang berbeza.
Pengairan tidak meluas dan hanyalah tertumpu kepada sawah orang- orang Minangkabau yang
menunjukkan darjah pengetahuan yang tinggi tentang perkara ini. Sistem penanaman padi basah yang
mempamerkan keaslian adalah corak penanaman padi paya yang terdapat di Pahang. Padi paya yang
diamalkan oleh kaum tani Melayu Pahang ini merupakan adaptasi ke atas keadaan semula jadi muka
bumi dan sumber air. Ketidakseragaman yang ditunjukkan oleh kaum tani Melayu di dalam corak-
corak penanaman padi mempunyai implikasi terhadap penyelidikan yang sedang dan akan dijalankan.
Penyelidikan yang rapi harus diadakan untuk memberikan gambaran yang komprehensif tentang
sistem-sistem penanaman padi dan kaum tani Melayu.

Bagaimana pun usaha-usaha untuk mengetahui tentang sistem-sistem penanaman padi ini
mestilah berupaya mengaitkan tindak tanduk proses pengeluaran padi ini dengan proses-proses
masyarakat yang lebih besar. Hanya dengan cara ini penghayatan ke atas kaum tani Melayu dan
penanaman padi itu akan menjadi lebih bererti. Oleh itu penanaman padi ini merupakan satu proses
kehidupan utama bagi masyarakat untuk mendapatkan sumber makanan asasi mereka. Keadaan ini
disokong pula dengan kehidupan masyarakat tradisional yang bermula ditepi-tepi sungai dan
menjadikan saliran dan punca air sungai sebagai tunjang penanaman padi ini. Hal ini telah menjadikan
penanaman padi ini begitu terancang sehinggakan boleh mengeksport padi ke negara luar. Perubahan
dan kemajuan masyarakat serta tahap pemikiran yang hebat telah menjadikan kehidupan masyarakat
terutamanya lebih maju dan penghasilan penanaman padi moden.
GOLONGAN PEMERINTAH DAN DIPERINTAH

1.0 PENGENALAN

Apabila membicarakan atau menggambarkan perihal kehidupan masyarakat Melayu


tradisional, ia merupakan satu perbincangan pensejarahan atau kehidupan kemasyarakatan yang tidak
boleh dipisahkan dari merujuk kepada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Titik tolak permulaan pada
zaman ini kerana telah wujudnya sebuah kerajaan yang dapat membentuk sebuah masyarakat Melayu
yang mempunyai sistem dan strukturnya tersendiri.

Menurut Janes Low, pada 1820 telah berpendapat bahawa Semenanjung Tanah Melayu
terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertanian dan kelautan. Dalam bahagian pertanian, ianya terdiri
daripada pertanian yang terdiri daripada negeri-negeri Kedah, Perak, Patani dan Terengganu, terdapat
penduduk yang bergantung tetap pada pertanian. Dalam bidang ke lautan atau perdagangan, ianya
tidaklah penting berbanding pertanian.Namun begitu James Low tidak menyatakan negeri-negeri yang
lebih menaruh minat terhadap perdagangan. Pada abad ke-19 kegiatan utama masyarakat Melayu
adalah pertanian iaitu huma dan sawah. Tanaman huma melibatkan pembersihan hutan untuk satu
atau dua musim tanaman, kemudiannya ditinggalkan menjadi hutan semulajadi. Manakala tanaman
sawah atau bendang melibatkan tanaman padi dan sayur-sayuran serta pokok buah-buahan di kawsan
tanah yang berdekatan.

Masyarakat Melayu Tradisional merupakan satu istilah. Pendefinisian ini haruslah merujuk
kepada definisi siapa itu orang Melayu dan zaman tradisi yang diwakilinya. Secara umumnya,
Masyarakat Melayu Tradisional boleh ditakrifkan sebagai satu gambaran orang Melayu yang
mengamalkan sesuatu adat-istiadat (kebiasaan) yang telah sebati dan kekal secara turun temurun
dalam kehidupan mereka. Ini memberi erti bahawa mereka tidak begitu terpengaruh dengan
perubahan dan suasana sekeliling. Dalam erti kata lain, perubahan diterima dengan penyesuaian
keadaan setempat. Dengan ini unsur-unsur tradisi dari segi politik, ekonomi dan sosial yang ada pada
masyarakat Melayu dapat dikekalkan sepanjang zaman.

Masyarakat Melayu Tradisional boleh diklasifikasikan kepada dua kelas, iaitu pemerintah
dan rakyat. Golongan pemerintah terdiri daripada Raja/Sultan, kerabat terdekat, pembesar istana dan
pembesar tempatan. Golongan rakyat pula terdiri daripada rakyat bebas dan golongan hamba. Mereka
ini tinggal di sepanjang tepi sungai yang sesuai dan di tepi laut dengan membentuk sebuah
penempatan yang berkembang menjadi mukim, daerah/jajahan dan negeri (dalam istilah hari ini).
Penempatan juga berkembang ke pedalaman (darat), iaitu ke hulu lembahan sungai yang berakhir ke
kaki bukit.
Kedudukan atau lokasi sesuatu penempatan akan mencorak bentuk jenis pekerjaan
penduduknya. Pada asalnya merupakan satu bentuk pekerjaan untuk keperluan asas seharian sahaja.
Akhirnya pekerjaan asas ini menjadi pekerjaan utama yang berupaya mengeluarkan hasil keluaran
tempatan. Pada umumnya penduduk mengusahakan kawasan pertanian bagi menghasilkan keperluan
makanan sendiri. Jika ada lebihan akan digunakan sebagai keperluan pertukaran ataupun simpanan
semasa kecemasan. Di samping itu dilakukan juga usaha-usaha mencari hasil bumi dan galian, hasil
hutan atau hasil laut secara sambilan berselang seli dengan kerja utama pertanian. Bagi yang kerja
utamanya ke laut, mereka akan beralih ke kerja galian dan hutan semasa musim tengkujuh. Ataupun
mereka akan pergi ke pulau-pulau yang mempunyai gua untuk mengeluarkan hasil sarang burung atau
hasil lainnya seperti baja.

Secara keseluruhannya, penduduk mempunyai satu sistem kehidupan yang sederhana


dengan ekonomi sara diri dan bertukar barangan perniagaan yang dijalankan sesama sendiri antara
penduduk di tepi pantai dengan di tepi sungai dan lembahannya. Orang tengah (pengantara) dalam
perniagaan ialah pemerintah dan pemimpin tempatan. Perniagaan diperluaskan dengan kawasan jiran
tetangga melalui jalan darat atau laut. Perkembangan dalam kehidupan juga kemudiannya menjadikan
sebahagian kecil penduduk menjadi pedagang-pedagang sehingga ke peringkat antarabangsa (dunia
luar).

1.1 Sistem Politik Masyarakat Melayu Tradisional

1.1.1 Pemerintah

Secara umum, susun-lapis golongan pemerintah dari kedudukan tertingginya ialah Raja atau
Sultan. Diikuti oleh kerabat terdekat yang terdiri dari kalangan isteri-isteri, ibu-ibu, anak-anak, adik
beradik dan bapa serta emak saudara bersama anak-anak mereka. Kelompok ini dibantu oleh
pembesar istana yang diketuai oleh Bendahara, diikuti oleh Temenggung, Laksamana, Penghulu
Bendahari, Ketua Hulubalang (Hulubalang Besar) dan lain-lain Orang Besar Istana. Satu lagi
kelompok pemerintah yang penting ialah Pembesar Tempatan yang diistilahkan sebagai Orang Besar
Empat Lipatan dengan gelarannya Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas
dan Orang Besar Tiga Puluh Dua, Dato’ Penghulu dan Ketua Kampong. Mereka menjalankan tugas di
mana penempatan mereka didirikan berasaskan kedudukan dan statusnya dalam hierarki
pemerintahan.
1.1.2 Rakyat

Kalangan rakyat terbahagi kepada rakyat bebas dan golongan hamba. Rakyat bebas terdiri
daripada kalangan orang kaya (berharta), ahli agama, orang yang ada kepandaian yang dikenali
sebagai utas, tukang atau pandai dalam bidang membuat senjata, emas, perahu, rumah, pemuzik atau
ahli Nobat dan kerja perbomohan serta mengurut. Rakyat jelata juga terdiri daripada kalangan peniaga
dan pedagang, dan orang biasa yang menjadi petani, penternak atau nelayan. Kelompok rakyat jelata
ini boleh menaikkan taraf mereka dengan kehendak pemerintah kerana telah membuat jasa dan bakti
atau melalui perkahwinan. Maka wujudlah di kalangan mereka ini Orang Bernama, Berjasa atau
Bergelar. Bagi kalangan hamba pula, mereka menjadi sedemikian kerana warisan dari keturunan,
berhutang, hukuman, tawanan atau kerana kemahuan sendiri untuk menghambakan diri atas sebab dan
alasan tertentu.

1.2 Sosioekonomi Masyarakat Melayu Tradisional

Pada peringkat awalnya keadaan sosio ekonomi masyarakat Melayu tradisional telah pun
dipengaruhi oleh sistem feudalisme. Sistem feudalisme ini memainkan peranan penting iaitu golongan
pemerintah melantik golongan pembesar dan golongan pertengahan untuk membantu dalam urusan-
urusan tertentu bagi sesuatu kawasan atau daerah. Keadaan ini dapat dilihat di negeri Perak Sultan
dibantu oleh Orang Besar Berempat, Orang Besar Berlapan, Orang Besar Enam Belas, Orang Besar
Tiga Puluh Dua. Peranan pembesar ini adalah untuk mengutip cukai tanaman dan cukai tanah. Para
pembesar ini berperanan juga untuk menjaga keamanan daerah. Manakala golongan pemerintah
seperti petani, hamba mengusahakan tanah, tukang, nelayan dan sebagainya . Kesan daripada keadaan
ini telah menyebabkan wujudnya sistem kerah dan sistem kerah.

1.2.1 Sistem Kerah

Sistem serah merupakan satu sistem yang mana pemerintah mengerahkan tenaga rakyatnya
untuk melakukan sesuatu pekerjaan tertentu. Biasanya golongan pembesar yang memainkan peranan
penting dalam usaha mengerahkan tenaga rakyat untuk membuat kerja-kerja sosial seperti membuat
jalan, membuat saluran, surau dan juga persediaan kenduri-kendara. Di peringkat kampung penghulu
telah diberi tanggungjawab untuk mengerahkan tenaga penduduk kampungnya dan pembesar pula
akan mengerahkan rakyat untuk membina istana sultan. Manakala Sultan hanya mengerahkan tenaga
rakyat tanpa membayar sebarang upah atau gaji. Biasanya hamba merupakan adalah golongan yang
biasa dikerahkan tenaga oleh sultan. Keadaan ini berlaku kerana institusi perhambaan amat kukuh di
Tanah Melayu.
1.2.2 Sistem Serah

Sistem serah pula berbeza dengan sistem kerah yang mana sistem serah membawa maksud
orang-orang atau masyarakat yang mengerjakan tanah setelah dibenarkan oleh pembesar atau raja. Hal
ini demikian kerana tanah merupakan sumber kekayaan golongan pembesar dan raja. Oleh itu, bagi
rakyat yang ingin mengerjakan tanah untuk menjalankan aktiviti pertanian haruslah mendapat
kebenaran pembesar terlebih dahulu. Selain itu, dalam bidang perdagangan, para pembesar
memainkan peranan sebagai orang tengah untuk memungut hasil-hasil cukai. Para pembesar ini telah
diarahkan oleh sultan untuk bertindak sedemikian. Contohnya di Sabah, bagi masyarakat yang
menjalankan kegiatan perdagangan hendaklah menyerahkan barangan dagangan mereka melalui
pemerintah terlebih dahulu.

Sehubungan dengan itu rakyat juga telah diharuskan untuk menyerahkan sebahagian harta
mereka kepada golongan pemerintah iaitu kunjungi Musyi Abdullah ke negeri-negeri Melayu
mengatakan bahawa golongan atasan telah merampas harta golongan bawahan. Selain itu sistem
serah ini dapat dilihat yang mana golongan bawahan iaitu rakyat harus menyerahkan separuh
daripada hasil pendapatan serta mengeluarkan hasil tanaman seperti beras untuk keperluan golongan
atasan. Keadaan ini dapat dilihat bahawa kesetiaan yang ditunjukkan oleh golongan petani
terutamanya golongan lelaki dipaksa bekerja untuk sultan dan pembesar iaitu dengan mengerjakan
tanah mereka untuk aktiviti pertanian. Oleh itu untuk menunjukkan taat setia para petani ini kepada
sultan mereka merelakan diri mereka untuk bekerja untuk golongan atasan yang menyebabkan para
petani ini terikat dengan sistem serah.

Sebelum kedatangan kuasa barat ke Tanah Melayu, sistem ekonomi telah pun wujud
walaupun ianya bersifat sistem ekonomi sara diri. Masyarakat melayu yang berada di kampung-
kampung tidak mempunyai kemahiran dalam perdagangan yang menguntungkan. Mereka lebih
menjalankan ekonomi untuk menampung kehidupan seharian. Sistem ekonomi tradisional bermaksud
sistem ekonomi yang diterapkan oleh masyarakat tradisional secara turun temurun dengan hanya
menggunakan alam dan tenaga kerja.Sistem ekonomi ini juga merupakan sistem ekonomi yang
dijalankan secara bersama untuk kepentingan bersama iaitu bersifat demokrasi. Kegiatan ekonominya
juga masih sangat sederhana.

Dalam sistem ekonomi tradisional, kedudukan pemerintah juga ada disebutkan. Tugas
pemerintah hanya terbatas memberikan perlindungan dalam bentuk pertahanan, dan menjaga
ketertiban umum. Hal ini juga termasuklah dalam sistem ekonomi sara diri. Sistem ekonomi sara diri
melibatkan beberapa aktiviti seperti, pertanian, menternak binatang, menangkap hasil laut, memburu
binatang, memungut hasil hutan dan juga perdagangan. Selain itu alam sekitar merupakan sumber
yang amat penting dalam menentukan kemudahan untuk mendapatkan sumber makanan. Seperti yang
kita tahu kegiatan utama masyarakat di Tanah Melayu lebih kepada memburu binatang serta
memungut hasil hutan,maka kebanyakan kedudukan mereka lebih berdekatan dengan sumber-sumber
hutan. Misalnya keadaan ekonomi di semua negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan kolonial,
hampir kesemua negeri-negeri Melayu tertumpu di kuala-kuala sungai kerana sungai mempunyai
kepentingan sebagai tempat perantaraan perhubungan, dan kedudukan yang strategik bagi
memudahkan aktiviti memungut hasil cukai yang dijalankan.

Oleh itu kebanyakkan negeri-negeri secara amnya berlandaskan kepada lembah sungai dan
petempatan yang dibina oleh masyarakat melayu juga adalah berhampiran dengan lembah sungai.
Sehubungan dengan itu perkembangan kegiatan ekonomi penduduk di Tanah Melayu daripada
kegiatan ekonomi primitif kepada kegiatan ekonomi sara diri telah menunjukkan satu revolusi baru
dalam bidang ekonomi masyarkat Melayu. Hal ini kerana mereka telah menjalankan kegiatan
pertanian, perikanan dan juga berlaku kemajuan dalam kegiatan ekonomi sara diri mereka seperti
perdagangan, kraftangan, matawang dan sebagainya. Misalnya perdagangan dalam sistem ekonomi
tradisional Tanah Melayu mencapai peringkat termasyur di Melaka pada abad ke-15 dan ke-16.
Keadaan ini ditambah lagi dengan kedatangan islam telah menuyebabkan perdagangan satu sistem
ekonomi yang terpenting bagi orang-orang Melayu. Namun. Sistem ekonomi tradisional mula
ditinggalkan setelah kuasa barat masuk ke Tanah Melayu.

Anda mungkin juga menyukai