Anda di halaman 1dari 2

1.

Isu / Masalah

Saya mendapati kawalan kelas saya agak kurang memuaskan. Murid mula berani
bercakap dan bermain sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
memandangkan saya mula memberikan kelonggaran kepada mereka.

2. Analisis

Saya telah melakukan kesilapan kerana seringkali memberi muka kepada murid
apabila mereka berada di kelas. Saya akan cepat kasihan apabila memarahi
seseorang pelajar. Penguasaan mereka terhadap topik yang telah saya ajar, dan
semangat mereka untuk belajar telah membuatkan saya bertambah sayang kepada
mereka dan ini menyebabkan saya selalu memberi muka kepada mereka.

3. Cadangan untuk Memperbaiki

a) Saya tidak boleh membiarkan hal ini berlaku. Saya perlu mengaplikasikan
kembali pendekatan asertif yang telah dipelajari di institut.
b) Saya perlu berbincang dengan rakan yang dapat mengawal kelas dengan
baik bagi mendapatkan tips-tips yang berkesan.
c) Bimbingan daripada guru-guru yang lebih berpengalaman amat diperlukan.
d) Saya perlu melatih diri untuk bersifat tegas demi kebaikan para murid.

4. Tempoh Masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Sekiranya hal ini tidak
diatasi dengan segera, saya akan menghadapi masalah pada masa yang akan
datang ibarat kata pepatah, ‘Mencegah lebih baik daripada mengubati’. Kelas yang
tidak terkawal menyebabkan aktiviti P&P tidak dapat berjalan dengan lancar dan
objektif tidak dapat dicapai.

5. Penilaian Kejayaan
Saya akan meminta kerjasama rakan untuk memberikan penilaian mereka terhadap
kawalan kelas saya. Setiap kelemahan yang dilakukan hendaklah diberi teguran
untuk diperbaiki. Saya juga mengharapkan guru pembimbing untuk turut sama
membantu saya memberikan panduan mengawal kelas dengan berkesan.

6. Tindakan Susulan

Saya perlu mengaplikasikan pendekatan asertif sebagi langkah awal untuk


memperbaiki keadaan. Saya juga perlu sentiasa mendapatkan pandangan rakan-
rakan dan guru-guru yang berpengalaman apabila menghadapi sesuatu masalah.

Anda mungkin juga menyukai