Anda di halaman 1dari 2

Bab 4: Kesihatan Diri dan Keluarga

(Tingkatan 4)

4.1 Kesenggangan, Rehat, Istirahat dan Tidur


Kesenggangan
- Waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang digemari
- Biasanya diisi dengan aktiviti yang tidak membebankan otak serta tubuh badan
- Sebagai contoh: Melukis, menggubah lagu dan menyiram pokok

Rehat
- Tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sebarang aktiviti fizikal ataupun
mental
- Waktu ini digunakan untuk mengurangkan kelelahan, kelaparan dan kehausan (dahaga)
- Sebagai contoh: Mendengar muzik, membaca novel dan bersiar-siar

Istirahat
- Satu tempoh atau masa terluang yang boleh diisi dengan aktiviti ringan dan tidak aktif
- Istirahat dapat melegakan ketegangan dan stress
- Tubuh badan memerlukan istirahat setiap hari, contohnya mata
- Sebagai contoh: Mendengar lagu, melukis dan tidur sejenak

Tidur
- Semasa tidur, kita melelapkan mata dan badan dapat rehat sepenuhnya
- Kadar denyutan jantung menjadi rendah dan tekanan darah menurun, pernafasan menjadi
perlahan, suhu badan menurun sedikit, otot dalam keadaan rehat dan otak menjadi tidak aktif
- Selepas bangun tidur, badan akan berasa segar dan fikiran menjadi tenang
- Aktiviti otak dapat diukur menggunakan alat Elektroensefalogram (EEG)

Masalah Akibat Kekurangan Tidur


 Pertumbuhan bayi, kanak-kanak dan remaja tidak akan berlaku
 Badan tidak dapat merembeskan hormone-hormon pertumbuhan
 Mengantuk dan tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya
 Menjejaskan ingatan dan keupayaan fizikal
Faedah Kesenggangan, Rehat, Istirahat dan Tidur
 Memberi peluang kepada badan dan otak untuk pulih daripada keletihan
 Memastikan badan dapat berfungsi dalam keadaan yang optimum
 Menjadikan minda tenang dan badan segar