Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN REFLEKTIF

Salam sejahtera. Terlebih dahulu saya Kissanraj a/l Nagaraj dari Tahun 3
Matematik, berasa amat bersyukur kerana saya telah berjaya melaksanakan Bina
Insan Guru (BIG) sesi keenam bagi tahun 2017. BIG yang telah kami lalui ini telah
dilaksanakan di Dewan Angsana IPG Kampus Pulau Pinang, iaitu di kampus sendiri.
Pertamanya saya telah mengikuti Interaksi Profesional dengan Guru Cemerlang
Matematik. Ceramah ini telah membantu saya untuk mendapatkan input untuk
diaplikasikan pada masa depan.

BIG ini telah banyak memberi saya ilmu dan pengetahuan. Saya berasa amat
bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan
diri saya dari segi fizikal dan mental untuk menjadi seorang guru yang berwibawa.
Saya telah menjadi ajk teknikal untuk BIG kali ini. Ini merupakan kali pertama saya
menjadi ajk teknikal. Saya juga sedar bahawa kita juga perlu bertanggungjawab
terhadap satu tugasan yang diamanahkan kepada kita. Oleh kerana saya menjadi ajk
teknikal, saya beranggap bahawa saya memikul tanggungjawab dan perlu membuat
amanah yang diberi dengan baik. Oleh itu, saya selalu berurusan dengan pengerusi
dan pensyarah BIG.

Antara kekuatan adalah, kami memperolehi banyak ilmu pengetahuan yang


baru dan bermanfaat dalam bidang matematik. Kami turut mengenali kelebihan
seorang Guru Cemerlang Matematik. Kami mendapat maklumat yang berfaedah
tentang cara mengajar pengajaran matematik dengan kreatif. Beliau turut berkongsi
cara untuk menjadi seorang guru matematik yang cemerlang. Melalui program ini kami
dapat meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang bakal guru matematik yang
cemerlang. Beliau membantu mengembangkan sifat kepimpinan dalam diri sendiri.
Pengalaman beliau menjadi suatu tangga keusahan dalam menjadi seorang guru
cemerlang Matematik. Program BIG ini kami dapat dilaksanakan dalam masa yang
begitu singkat seperti yang kami dirancang. Maka kami mempelajari cara
melaksanakan sesuatu program untuk mengatasi beberapa masalah yang dilalui.

Anatara kelemahan yang kami dialami adalah, kami menghadapi masalah


untuk mencari seorang guru cemerlang dalam bidang Matematik sebelum
mengganjurkan program ini. Semasa program interaksi bersama dengan guru
cemerlang kurnag memuaskan. Tidak mencukupi masa untuk mengetahui dengan
lebih lanjut tentang guru cemerlang. Kami tidak mempunyai waktu lain untuk
mengganjurkan program ini dan terpaksa melaksanakan pada waktu praktikum kami.

Ancaman yang kami menghadapi adalah, tidak mendapat guru cemerlang


dalam tempoh masa yang kami ditetapkan untuk memberi ceramah sampai minggu
terakhir. Masa tidak mengizinkan untuk kami terus berinteraksi dengan guru
cemerlang matematik tersebut. Masalah peruntukan dari IPG juyga menjadi salah satu
ancaman bagi kami supaya tidak dapat menyediakan makanan tengah hari.

Kami berpeluang untuk berinteraksi dengan guru cemerlang serta perkongsian


pengalaman beliau. Kami turut dapat mengenali contoh-contoh program Matematik
yang kami boleh dilakukan di sekolah pada masa akan datang. Kami juga diberi ruang
untuk mengetahui tentang kemahiran-kemahiran dan juga kaedah-kaedah untuk
mengajar subjek matematik dengan lebih terperinci. Kami mengetahui kelebihan dan
juga cara untuk menjadi seorang guru matematik yang cemerlang.

Saya ingin mengucapkan terima kasih untuk menyediakan program ini. Saya
sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah banyak memberi
saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat
membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik. Di samping itu, ia juga
menyediakan satu peluang untuk saya untuk mengetahui situasi di sekolah apabila
saya akan mula bekerja di sekolah. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya
akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya
untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang.