Anda di halaman 1dari 3

GANGGA NAGARA

Sinopsis

Sultan Aminul Rashid telah menghantar pengikutnya ke negeri Gangga Nagara dan merampas Kalung
Panca Azimat yang menyebabkan Dewa Sinuhong terpasung dan Permaisuri Pancaran Bintang jatuh
gering. Ini menyebabkan puteri Cinta Cahaya nekad membalas dendam dan merampas kembali kalung
Panca Azimat.

Setibanya Puteri Cinta Cahayake Negeri Gangga Nagara pengikutnya, mereka menyamar menjadi rakyat
biasa untuk mencari helah masuk ke istana Sultan Aminul Rashid. Puteri cinta Cahaya berjaya menemui
Putera Arjuna, namun mereka jatuh cinta. Percintaan antara mereka telah menimbulkan rasa bersalah,
sama ada hendak meneruskan dendamnya atau meneruskan cinta yang membara.

Noi noi noi eee noi noi noi


Noi noi noi eee noi noi noi
Noi noi noi eee noi noi noi
Sayang bang eee noi noi noi
Sayang bang eee noi noi noi…..

Darilah mana datangnya sayang


Darilah mana datangnya sayang
Darilah mata turun ke hati Noi noi noi eee noi noi noi

Noi noi noi eee noi noi noi


Noi noi noi eee noi noi noi
Sayang dik eee noi noi noi
Sayang dik eee noi noi noi…..

Putera Arjuna : dinda, sepanjang kita hidup bersama adakah ada sebarang kemusykilan yang timbul
di hati, jika ada khabarkanlah pada kanda dan supaya kita boleh hidup aman dan bahagia

PC C: wahai kekanda ku yang gagah lagi perkasa,rupa tampan tiada tandingannya. Sayugia pun jiwa
pandai pula memerintah Negara.selama kita hidup bersama tiada sedikitpun cacat mahupun cela.
Adinda berasa seperti di syurga bahagia

PA: Jika begitu kata dinda , senang hati kanda untuk terus memerintah Negara

PCC: Burung merbuk siburung nuri


Terbang seekor diatas dahan
Kalau hidup seorang diri
Maka dunia ini akan kesunyian

PA: Anak cina pergi memburu


Sambil memburu memetik lokan
Usahlah adinda berasa ragu
Dunia akhirat akan abang temankan

PCC: Begitulah hendaknya kita..

PA; Bungalah tanjung dari udara lah dik oi


Bungalah tanjung dari udaralah dik oi
Terbanglah hinggap lah hinggap ke pohon jati
Terbanglah hinggap lah hinggap ke pohon jati
Abang umpama payung mahkota lah dik oi
Abang umpama payung mahkota lah dik oi
Akan menudung lah adik hingga akhirnya
Akan menudunglah adik hingga akhirnya

Bungalah tanjung dipetik kembang lah bang oi


Bungalah tanjung dipetik kembang lah bang oi
Mari dibawa lah bawa keatas para
Mari dibawa lah bawa ke atas para
Begitu juga hasratlah adik lah bang oi
Begitu juga hasratlah adik lah bang oi
Tetap setia lah bang oii hingga akhirnya
Tetap setia lah bang oi hingga akhirnya

Bunyi huru hara

PCC: Wahai kekandaku yang mulia ,apakah bunyi riuh rendah di pintu kuala? apa bala akan menimpa?

PA: Tidak tahu pula kekanda apa yang akan berlaku

PCC: Kalau begitu kata kekanda, molekla kiranya kanda pergi menjenguk seketika waktu.

PA: Baiklah, sementara itu adinda pergilah berehat dahulu. Biar kanda pergi melihat apa yang sedang
berlaku.

Hahahahahah ( ketawa sinis)


PCC: Kekanda Nila kurnia…

PN K: Panas dalam dada meletup rasa dalam tubuh aku, bila aku tengok Putera arjuna dan adinda puteri
cinta cahaya memadu asmara. Lupa sudahkah Adinda Puteri Cinta Cahaya akan tujuan dan matlamat.
Tentang dendam kesumat? Aku akan cari jalan menjadikan matlamat dan hasrat terlaksana. Lupakah
puteri cinta cahaya akan tindakan ayahanda putera arjuna terhadap Negara gangga Negara, terpasung
dewata ayahanda di petala nala. Adinda puteri harus diperingat akan tujuan dan matlamat. Jangan
hanyut dengan perasaan.

PCCAdinda tidak pernah lupa akan tujuan dan matlamat. Tapi adinda tidak mampu kekanda…. Adinda
tidak mampu… hati adinda tidak lagi sekeras dahulu. Hati yang dulu penuh dendam dan amarah kini di
penuhi rasa cinta dan sayang yang membara.Tidak bolehkah kita memaafkan dan menyelesaikan hal ini
tampa pertumphan darah ,kekanda

PNK : Cis adinda! kerana cinta adinda sanggup buang keluarga? Walaupun dewata ayahanda hanya ayah
tiri.. cubit paha kiri paha kanan tetap terasa.

PCC: Tapi kanda… putera arjuna tidak bersalah… tindakan ayahndanya yand harus dihukum bukan nya
putera arjuna

PNK: ahhhhhh sudah….. biar kanda sahaja yang buat perhitungan.


PA: siapakah gerangan tuan hamba, berani membuat kacau dalam istana. Mengapa kasar tutur bicara.
PNK: Pelanduk sudah terkena jerat, umpan jinak sudah mengena. Bukalah mata danpasanglah telinga.
Aku adalah puteri Nila kurnia , kekanda kepada puteri cinta cahaya, anakanda Dewata Puspa sinuhong
kerajaan gangga Negara. Sultan aminul Rashid iaitu ayahanda kau telah merampas kalung azimat diraja
dan memasung dewata ayahanda. Nah sekarang terimalah akibat atas segala tindakan.

PA: ahhh kalau kalung azimat ini yang jadi pertikaian, beta rela serahkan tanpa perlu pertumpahan
darah.

PCC: benar kanda… apalah kebaikan yang akan kita dapat andai darah yang di gadai.
PNK: ciss tidak adinda. Maruah yang tercalar tidakkan begitu mudah dihilangkan. Biarlah kita membuat
perhitungan.