Anda di halaman 1dari 5

Terima Kasih Pengerusi Majlis,

Yang Berusaha En Azman bin Johari

Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pantai Sepang Putra,

En Abu Sidek bin Rosman

YDP SMK Pantai Sepang Putra,

Pn Zarina bt Zainuddin

Penceramah jemputan pada hari ini,

Pegawai PPD dari Pejabat Pendidikan Daerah,

Barisan pentadbir sekolah,

Ahli Jawatankuasa PIBG,

Warga Pendidik dari sekolah sekolah daerah Sepang,

Ibu bapa dan

Anak-anak murid istimewa yang disayangi.

1
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…dan selamat
pagi.

Hadirin yang dihormati,

Alhamdulillah kita dapat berkumpul di Dewan ini untuk bersama-


sama menjayakan Seminar Keibubapaan ‘Positive Parenting’.

Bukan mudah untuk menjadi ibu bapa dalam usaha mendidik


anak-anak terutama sekiranya dianugerahkan dengan anak
istimewa atau dengan istilah lain orang kelainan upaya ( OKU ).

Mendidik anak-anak terutama anak anak istimewa adalah


cabaran kepada ibu bapa dan memerlukan ilmu untuk menangani
masalah tersebut. Justeru itu diharapkan seminar ini dapat
mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan
masa kini, sejajar dengan trend kehidupan moden dan memberi
peluang kepada ibu bapa yang hadir untuk perbincangan dua hala
dengan penceramah jemputan pada hari ini.

Pendedahan dan perkongsian ilmu tentang ‘Positive Parenting’


adalah sangat penting kepada ibu bapa yang mempunyai anak
istimewa untuk meningkatkan kemahiran keibubapaan dalam
membesarkan anak-anak, terutama anak OKU.
2
Hadirin yang dihormati,

Positive Parenting memberi makna ibu bapa mengendali dan


mendidik anak itu dengan cara yang paling baik. Tidak melibatkan
pukulan, jeritan, penghinaan dan pelbagai tindakan negatif yang
boleh melemahkan anak dan menjadikan anak lebih cenderung
untuk mempunyai masalah.

Apa pula pandangan Islam tentang Positive Parenting ini? Dr


Abdullah Nasih Ulwan, yang lebih dikenali sebagai bapa
pendidikan Islam ada menggariskan tentang cara-cara menangani
masalah akhlak dan cara pentarbiyyahan yang terbaik menurut
segala sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw.

Hadith berkenaan kewajipan solat menyatakan bahawa kita


dibenarkan memukul anak yang tidak solat pada umur 10 tahun.
Ini bermakna cara didikan di bawah umur 10 tahun bukan dengan
memukul, merendahkan maruah anak atau mendidik secara
negatif tidak diajar oleh Nabi Muhammad saw.

Diceritakan bahawa Nabi Muhammad saw amat berlemah lembut


dengan anak-anak kecil dan menyantuni mereka dengan cara
yang paling baik. Nabi Muhammad selalu bergurau dan bermain
dengan anak-anak kecil terutamanya cucu-cucu baginda Hassan
dan Hussin.
3
Hadiri yang dihormati,

Ibu bapa perlulah menjadikan diri mereka ‘istimewa’ bagi


berupaya membesarkan serta mendidik anak istimewa mereka.
Anak istimewa biasanya menerima persepsi yang agak tidak adil
daripada masyarakat dan dianggap sebagai berkelakuan kasar
dan kurang ‘beradab’ selain kurang berdisiplin.

Tetapi ini adalah tanggapan yang salah, anak-anak istimewa


memang berkelakuan sebegini apatah lagi jika kurang kualiti
penjagaan ibu bapa mereka.

Justeru itu, ibu bapa anak istimewa perlu mempunyai lebih


pengetahuan salain memperkasakan diri mereka sendiri dengan
ilmu pengetahuan dengan cara menghadiri seminar seperti pada
hari ini. Ibu bapa perlu mendapatkan bantuan dari dari segi
kaunseling daripada kumpulan sokongan yang ditubuhkan selain
daripada ibu bapa lain yang mempunyai pengalaman yang sama
untuk memudahkan mereka menghadapi cabaran dalam
membesarkan anak istimewa.

Setinggi tinggi penghargaan kepada Pn Zarina Zainuddin


penceramah jemputan kerana sudi datang dari jauh untuk
berkongsi ilmu dan pengalaman beliau.

4
Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada hadirin yang hadir
bagi menjayakan Seminar Keibubapaan ini.

Akhir kata, dengan lafaz Bismillahhirahnirrahim saya dengan ini


MERASMIKAN
SEMINAR KEIBUBAPAAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
PANTAI SEPANG PUTRA 2017.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai