Anda di halaman 1dari 30

SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1.0 LATAR BELAKANG MONA FANDEY 2

2.0 KRONOLOGI PEMBUNUHAN DATUK MAZLAN IDRIS 3

3.0 HUKUMAN TERHADAP PEMBUNUH DATUK MAZLAN IDRIS 4

4.0 KESAN PERISTIWA MONA FANDEY 5

5.0 KAJIAN PERISTIWA MONA FANDEY 6

6.0 KRONOLOGI KES PEMBUNUHAN DATUK MAZLAN IDRIS 10

7.0 KISAH LAIN MONA FANDEY: PERSEPSI PEGAWAI PENJARA 14

8.0 KESIMPULAN 23

9.0 LAMPIRAN 24

10.0 RUJUKAN 30

1 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

PERISTIWA MONA FANDEY: PEMBUNUHAN DATUK MAZLAN IDRIS

1.0 LATAR BELAKANG MONA FANDEY

Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey merupakan salah seorang penyanyi

popular, bomoh dan juga pembunuh yang terkenal di Malaysia. Maznah binti Ismail

dilahirkan pada 1 Januari 1956 di Kangar, Perlis. Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai

penyanyi dan pernah mengeluarkan album pertama yang bertajuk, Diana I pada tahun 1987.

Beliau telah terkenal menerusi lagu “Ku Nyanyikan Lagu Ini” dimana ketika itu jugalah

beliau mula menggunakan nama komersial beliau iaitu Mona Fandey. Nama Mona Fandey

ini kekal popular dan terus terpahat dalam ingatan rakyat Malaysia sehingga kini.

Ketidakupayaan Mona Fandey menyanyi dengan baik dikatakan menjadi punca beliau

beralih arah ke bidang perubatan tradsional. Suami beliau Mohd Affandi Abdul Rahman

merupakan suami ketiga Mona Fandey dan telah menuntut ilmu persilatan di Indonesia.

Beliau juga mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Mazdiana Affandi.

2 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

2.0 PEMBUNUHAN DATUK MAZLAN IDRIS

Pada Julai 1993, Datuk Mazlan Idris telah menghampiri Mona Fandey untuk mendapatkan

bantuan ghaib iaitu untuk meningkatkan kerjaya politik beliau supaya dapat mendaki tangga

parti. Beliau telah dipelawa oleh Mona Fandey dan suami, untuk mengambil bahagian dalam

satu upacara ilmu hitam di rumah Mona Fandey. Datuk Mazlan Idris telah diminta baring di

lantai dengan matanya tertutup sambil menunggu wang untuk "jatuh dari langit” (seperti

yang diberitahu oleh bomoh tersebut). Namun tiada wang yang jatuh, sebaliknya yang jatuh

merupakan sebilah kapak. Datuk Mazlan Idris telah dipancung dan badannya dikerat dan

sebahagian kulitnya disiat. Mayatnya ditemui dipotong kepada 18 bahagian dan ditanam di

sekitar rumah Mona Fandey di negeri Pahang, kira-kira 130 kilometer timur laut dari Kuala

Lumpur.

Datuk Mazlan Idris dilaporkan hilang pada 2 Julai, 1993 selepas dia telah keluarkan

RM300,000 daripada beberapa buah bank di Kuala Lumpur (dipercayai untuk membayar

Mona Fandey). Sehari selepas pembunuhan itu, Mona Fandey telah dilihat pergi membeli-

belah di Kuala Lumpur, dan kemudian membeli sebuah Mercedes-Benz serta menonjolkan

wajah baru. Apabila pembantu Mona Fandey, Juraimi Hussin disoal, beliau telah buat

kenyataan kepada pihak polis dimana kenyataan beliau telah membawa kepada penemuan

mayat Datuk Mazlan Idris. Tidak mengejutkan apabila Mona Fandey dan suaminya segera

menjadi suspek utama bagi kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris.

3 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

3.0 HUKUMAN TERHADAP PEMBUNUH DATUK MAZLAN IDRIS

Ketiga suspek pembunuhan Datuk Mazlan Idris iaitu Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi

dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, telah dihukum gantung sampai mati. Hukuman

gantung tersebut ditetapkan pada pagi Jumaat, 2 November 2001 di Penjara Kajang yang

baru sahaja dibuka. Sebelum fajar pada pagi Jumaat, ketiga-tiga suspek digari dan kepalanya

ditutup di dalam sel-sel mereka yang bersebelahan dengan bilik hukuman. Mereka kemudian

dibawa ke tiang pergantungan dengan tiga tali gantungnya dalam gaya Inggeris yang

bergantung dari tiang logam. Kaki mereka diikat pada pelantar boleh gerak dan tali gantung

disesuaikan sekeliling leher mereka. Pada 05:59pagi, drop telah dijatuhkan dan ketiga-

tiganya telah jatuh ke bawah.

Hukuman gantung sampai mati tersebut telah disaksikan oleh sejumlah kecil penjaga penjara,

pegawai dan doktor penjara. Pihak akhbar dan masyarakat umum tidak dibenarkan terlibat.

Seorang pegawai penjara mengatakan kepada surat khabar Malay Mail bahawa pada pagi itu

ketiga-tiga tertuduh tidak bertaubat sehingga ke saat akhir. Katanya "Mereka tidak

mengatakan apa-apa, mereka tenang seperti mereka telah terima bahawa mereka akan mati."

Hukuman gantung sampai mati diumumkan secara rasmi di pagi hari oleh seorang wakil

Penjara Malaysia. Jamil Razif Kassim yang memberitahu wartawan, "Ketiga-tiganya telah

menjalani hukuman mereka pada pagi ini”.

4 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

4.0 KESAN PERISTIWA MONA FANDEY

Kes Mona Fandey telah mendapat perhatian sekalipun ketika itu beliau masih seorang

penyanyi pop. Media tempatan dan antarabangsa telah membuat liputan yang meluas serta

memberi perhatian umum mengenainya. Sebuah pergerakan anti-hukuman mati, Amnesty

International telah menyuarakan bantahan mereka terhadap penggantungan Mona Fandey,

suaminya Mohd Affandi dan pembantu mereka, Juraimi Hussin.

Pada 2002, pengarah filem Malaysia, Amir Muhammad mengarahkan filem pendek bertajuk

Mona diterbitkan dalam 6 siri. Pada 2006, sebuah filem arahan Dain Iskandar Said yang

bertajuk Dukun telah diterbitkan. Filem Dukun ini berdasarkan kisah Mona Fandey. Filem ini

tidak ditayangkan setakat Disember 2011 kerana tidak sesuai ditayangkan kepada umum

berikutan beberapa isu seperti kandungan dalam filem, perhubungan dengan Mona Fandey

dan implikasi terhadap waris dan keluarganya.

Kes Mona Fandey merupakan salah satu perbicaraan juri yang terakhir dijalankan di

Malaysia. Sifat sensasi kes itu telah menyumbang ke arah keputusan kerajaan untuk tidak

meneruskan sistem juri. Semua perbicaraan oleh pihak juri telah dimansuhkan pada 1 Januari

1995.

5 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

5.0 KAJIAN PERISTIWA MONA FANDEY

Kes pembunuhan ahli politik Datuk Mazlan Idris ini merupakan antara kes pembunuhan yang

boleh dianggap paling ngeri dalam sejarah jenayah Malaysia. Pembunuhan yang

memeranjatkan negara berikutan penemuan tubuh Datuk Mazlan Idris yang telah dikerat

kepada 18 bahagian dan ditanam menggunakan simen, mempunyai ciri-ciri pemujaan.

Mengikut siasatan, berdasarkan cara mayat disembelih, terbukti ianya berkaitan dengan

pemujaan kerana ketika mayat ditemui, ada anggota dalaman badan yang hilang seperti buah

pinggang, hati dan jantung. Ini secara tidak langsung membuktikan Mona Fandey merupakan

suspek utama kerana beliau memang pengamal ilmu hitam.

Perbicaraan selama 69 hari pada 1994 mendengar cerita sensasi berhubung ilmu hitam, wang

dan politik. Jika tidak kerana kecekapan polis, pembunuhan yang dirancang rapi oleh

pasangan Mohamed Affandi Abdul Rahman dan isterinya, Maznah Ismail (lebih dikenali

sebagai Mona Fandey) serta dibantu oleh pembantu mereka, Juraimi Hussin, mungkin

terlepas sebagai jenayah sempurna. Kehilangan Datuk Mazlan Idris, anggota Dewan

Undangan Negeri Pahang yang berusia 49 tahun pada ketika itu, pada awalnya tidak banyak

menimbulkan syak wasangka tetapi apabila beliau gagal dihubungi oleh anggota keluarga

lebih seminggu, polis mula bertindak.

Pembunuhan tersebut disyaki terjadi antara 10 malam dan tengah malam 13 Julai 1993.

Sebelas hari selepas pembunuhan itu, polis menahan Juraimi tetapi hanya kerana dia disyaki

penagih dadah. Tetapi Juraimi kemudian membawa polis ke penemuan ngeri bahagian tubuh

6 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

Datuk Mazlan Idris yang dikorek keluar dari bawah lantai simen di dalam bilik stor di sebuah

rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, daerah Raub, Pahang. Tidak kurang

sensasinya ialah gambar di akhbar-akhbar menunjukkan Menteri Besar Pahang ketika itu,

Tan Sri Khalil Yaakob, mengeluarkan kepala Datuk Mazlan Idris dari lubang itu selepas

polis menemuinya.

Semasa perbicaraan berlangsung, mahkamah diberitahu tentang cara bagaimana pasangan

bomoh itu telah merancang pembunuhan itu secara terperinci sebulan sebelum hari

pembunuhan Datuk Mazlan Idris berlaku. Antara arahan yang diberikan oleh pasangan Mona

Fandey dan Mohd Affandi kepada pembantu mereka, Juraimi Hussin beberapa hari sebelum

pembunuhan itu ialah untuk mengasah kapak bagi memancung kepala mangsa iaitu Datuk

Mazlan Idris dan menggali lubang besar untuk menanam mayat mangsa. Mohd Affandi dan

Mona Fandey juga dikatakan telah mengasah sebilah pisau yang dipercayai adalah untuk

digunakan untuk memotong tubuh Datuk Mazlan Idris kepada 18 bahagian.

Siasatan polis yang terperinci dalam kes pembunuhan ini membuktikan motif utama

pembunuhan itu adalah wang. Motif ini dapat dibuktikan apabila beberapa jam sebelum

Datuk Mazlan Idris dikerat, pasangan Mona Fandey dan Mohd Affandi memujuknya

mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 di beberapa bank dengan alasan pasangan itu

boleh menggandakan jumlah wang yang dikeluarkan itu selepas Mazlan menjalani upacara

`mandi bunga’. Kisah di mahkamah yang menceritakan mengenai pembunuhan itu sungguh

menyeramkan apabila diceritakan Datuk Mazlan Idris disuruh baring sebelum Juraimi Hussin

7 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

menetak lehernya dengan kapak selepas diberi jaminan oleh Mohd Affandi dan Mona Fandey

bahawa `duit yang banyak akan jatuh dari atap’.

Pihak pendakwa berhujah bahawa Datuk Mazlan Idris telah mengeluarkan sejumlah wang

yang banyak bukan untuk memberikannya kepada penyokongnya, tetapi kerana Datuk

Mazlan Idris percaya kepada tipu helah `wang buat wang’ pasangan Mona Fandey dan Mohd

Affandi kerana sememangnya Datuk Mazlan Idris memerlukan wang yang banyak bagi

tujuan politik. Mahkamah diberitahu bahawa mangsa pada masa itu bertanding bagi jawatan

Ketua Bahagian UMNO.

Juraimi Hussin hanya diberikan wang sebanyak RM180 sebagai upah bagi menanam tubuh

mangsa. Sebaik saja selepas selesai pembunuhan oleh pasangan Mona Fandey dan Mohd

Affandi, Juraimi Hussin kemudian bergegas ke Kuala Lumpur dan bermalam di sebuah hotel.

Lapan jam selepas pembunuhan itu, Mohd Affandi dan Mona Fandey mula membeli-belah

menggunakan wang yang diberikan kepada mereka oleh Datuk Mazlan Idris untuk

digandakan tersebut. Seawal 7.30 pagi keesokannya, mereka telah berada di bilik pameran

kereta di Melaka untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz 280 menggunakan duit hasil

penipuan mereka walaupun kedai itu belum dibuka untuk perniagaan pada hari itu.

Telah digambarkan di mahkamah bahawa pasangan Mona Fandey dan Mohd Affandi itu

telah kesempitan wang sebelum pembunuhan itu, Telah didedahkan bahawa sehari sahaja

8 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

selepas pembunuhan itu, mereka membelanjakan lebih RM160,000 untuk membeli kereta,

telefon bimbit dan barang kemas. Beberapa hari selepas itu, pasangan itu membelanjakan

lebih RM20,000 bagi barang kemas dan perabot. Mona Fandey, yang pernah menjadi

penyanyi, juga membayar RM13,000 untuk pembedahan plastik dua minggu selepas

pembunuhan itu manakala suaminya, Mohd Affandi telah menubuhkan beberapa syarikat.

Keseluruhannya, pasangan itu membelanjakan kira-kira RM300,000 dalam masa 10 hari

membeli-belah sebelum mereka ditahan, satu jumlah yang dipercayai sama dengan jumlah

yang dikeluarkan oleh Mazlan dari akaun banknya. Cerita yang diberitahu dalam pembelaan

mereka juga tidak kurang sensasinya tetapi semua tidak dipercayai oleh hakim di Mahkamah

Tinggi, Mahkamah Rayuan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan.

Affandi, misalnya, memberitahu mahkamah bahawa Mazlan berhutang RM2.5 juta

kepadanya sebagai pertukaran kepada tiga barang yang menurutnya pernah menjadi milik

Allahyarham Presiden Sukarno – tongkat, tangkal dan songkok.

Lembaga Pengampunan Pahang turut menolak permohonan mereka untuk mendapat

pengampunan diraja. Ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2

November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)

Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.

9 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

6.0 KRONOLOGI KES PEMBUNUHAN DATUK MAZLAN IDRIS

Juraimi adalah tertuduh pertama kes itu, manakala Mona tertuduh ketiga dan Mohd Affandi

tertuduh kedua. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan

bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh Mazlan. Mereka didapati bersalah pada

9 Februari 1995 oleh Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai

mati.

Pembunuhan dipercayai bermotif wang kerana beberapa jam sebelum Mazlan dikerat,

pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 daripada beberapa

bank dengan alasan boleh menggandakan jumlah itu selepas Mazlan mandi bunga. Wang itu

kemudian digunakan untuk membeli kereta Mercedes Benz 280 dengan harga RM125,000

dan telefon bimbit RM10,500 secara tunai. Mereka juga membeli barangan kemas berjumlah

hampir RM40,000 selain peralatan elektrik dan perabot (RM20,000). Mona turut menjalani

pembedahan plastik dengan kos lebih RM13,000 pada 15 Julai 1993.

13 Julai 1993 : Juraimi ditahan di Balai Polis Dong selepas disyaki menagih dadah dan

kemudian ditahan di Balai Polis Raub.

18 Julai 1993 : Selepas dua minggu Mazlan gagal dikesan, Umno Bahagian Raub membuat

laporan polis di Balai Polis Raub mengenai kehilangannya.

10 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

19 Julai 1993 : Polis memulakan siasatan kehilangan Mazlan. Juraimi dibawa polis ke

rumah di Ulu Dong dan polis menemui pita video, album gambar, keratin

akhbar dan sijil saham milik Mazlan.

20 Julai 1993 : Kira-kira jam 11.45 malam, Mohd Affandi dan Mona ditahan di sebuah

rumah Jalan 2/27C Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

21 Julai 1993 : Mohd Affandi dibawa ke Balai Polis Raub.

23 Julai 1993 : Mayat Mazlan dijumpai di sebuah rumah di Kampung Pamah Dong, Ulu

Dong, Raub Pahang. Mayatnya yang dipotong 18 bahagian tertanam di bilik

stor.

1 Ogos 1993 : Rangka tiga beranak ditemui di dua tempat di Terengganu, dikatakan dikerat

dan ditanam hampir sama dengan pembunuhan Mazlan.

10 Ogos 1993 : Polis mendapat perintah reman terhadap Mohd Affandi, Mona dan Juraimi

hingga 16 Ogos bagi membantu siasatan polis berhubung kes pembunuhan

seorang wanita, Fatimah Mohamad, 32.

15 Ogos 1993: Polis menjumpai beberapa anggota manusia yang ditanam di kawasan bekas

rumah yang pernah didiami pasangan bomoh Mohd Affandi dan Mona di

Kampung Nelayan, Teluk Gong, Klang.

17 Ogos 1993 : Polis dapat perintah mahkamah supaya pasangan bomoh itu dan Juraimi

ditahan di Penjara Pudu dan Kajang.

26 Oktober 1993: Siasatan awal kes bermula di Mahkamah Majistret Raub.

11 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

18 Disember 1993 : Mahkamah Majistret Raub memerintahkan kes itu dibawa ke Mahkamah

Tinggi Temerloh untuk perbicaraan atas tuduhan membunuh.

3 September 1994 : Mohd Affandi dan Mona dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh

atas tuduhan membunuh Adun Batu Talam, Datuk Mazlan Idris.

12 September 1994 : Perbicaraan kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Tinggi

Temerloh. Juraimi, Mohd Affandi dan Mona mengaku tidak bersalah

atas tuduhan niat bersama membunuh Mazlan.

9 Februari 1995 : Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati

ke atas Mohd Affandi, Mona serta Juraimi kerana bersalah membunuh

Mazlan.

10 Februari 1995 : Mohd Affandi, Mona dan Juraimi yang didapati bersalah membunuh

Datuk Mazlan, dihantar ke Penjara Kajang.

Antara 16 Februari 1995 hingga 20 Oktober 1997: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi

mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh dan Mahkamah Rayuan.

24 Oktober 1997 : Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram, Datuk Abdul Malek

Ahmad dan Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menolak rayuan

mereka.

12 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

2 November 2001: 5.59 pagi, Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi digantung serentak

di Penjara Kajang.

Mona dan suaminya, Affandi telah disemadikan di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah

Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. Manakala pembantunya, Juraimi telah

dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Selepas berkuburnya kisah Mona Fendy, akhirnya terbit beberapa buah buku yang

menceritakan tentang Ilmu hitam yang digunakan oleh Mona Fendy dalam kehidupan beliau

dan juga filem Dukun yang jalan ceritanya diambil dari kisah Mona Fendi.

13 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

7.0 KISAH LAIN MONA FANDEY: PERSEPSI PEGAWAI PENJARA

Jika sebelum ini kita disajikan dengan cerita megenai Mona Fandey tidak sempat bertaubat

dan sebagainya, lain pula ceritanya dengan Pegawai Penjara Wanita Kajang iaitu Sarjan

Azizah yang ditugaskan menjaga Mona Fandey sewaktu di dalam tempoh tahanan. Beliau

mengatakan perwatakan Mona Fandey berbeza dari apa yang diceritakan

Satu temubual eksklusif bersama Pegawai Penjara Wanita Kajang, Sarjan Azizah, diatur

untuk mendedahkan kepada semua masyarakat Malaysia perihal kehidupan bekas banduan

akhir yang selama ini menjadi rahsia hidup wanita berusia 53 tahun itu. Azizah sedia

berkongsi kepada umum sisi-sisi rahsia Mona yang mana dia merasakan satu kenangan manis

buat dirinya sepanjang 30 tahun berkhidmat sebagai warden penjara.

“Masa itu saya sedang bercuti tetapi saya dah tahu yang Mona bakal ditempatkan di sel akhir

bawah jagaan saya. Kes dia memang cukup gempar pada waktu itu. "Saya sangat takut

apabila dapat tahu saya akan berjumpa dengan Mona sampaikan saya minta air penawar

dekat ustaz.”

“Sel akhir Mona berada paling depan sekali dan tentulah dia orang pertama yang akan saya

lalui dulu. Waktu saya melangkah masuk pada hari pertama selepas bercuti, saya dengar ada

orang bagi salam. Saya tahu itu Mona. Saya buat tak tahu. Hari kedua dan ketiga pun, saya

dengar Mona beri salam lagi tapi tetap saya buat tak tahu. Pada hari keempat apabila dia bagi

14 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

salam, baru saya jawab salam dia. Mona kata antara ramai-ramai staf di penjara, dia paling

suka saya. Saya tanya kenapa? Dia jawab gerak hati.

"Saya tak pernah sangka seumur hidup saya, dengan ‘salam’ yang diberikan Mona itu telah

menjadikan dia seorang sahabat saya,” katanya. Tambahnya, Mona merupakan seorang yang

sangat gemar berbual. Tidak pernah kering dengan topik perbualan membuatkan Azizah

berasa sangat senang mendengar cerita-cerita daripada Mona.

Malah, Mona sangat suka bercerita mengenai anak-anaknya, bekas suami, suami kini, resepi

masakan dan banyak lagi. Hanya Azizah sahaja yang ketika itu tidak gentar bersua muka dan

bertentang mata dengan wanita yang dikatakan memiliki ilmu kesaktian luar biasa itu.

Kebanyakkan kakitangan penjara ketika itu, rata-ratanya berusaha untuk mengelak daripada

menguruskan rutin harian Mona kerana bimbang dengan ‘ilmu hitam’ dimilikinya. “Saya

panggil Mona ‘Makcik’ dan dia panggil saya ‘Cik Jah’. Percaya atau tidak, Mona ni

sebenarnya seorang wanita yang sangat menjaga solat lima waktu.

"Bukan itu saja, solat sunat dan wirid juga tidak pernah ditinggalkannya, Setiap hari saya

dengar Mona mengaji al-Quran sehingga saya sendiri rasa terpegun. "Waktu dia baca wirid

pula, saya pernah minta dia kuatkan suara kerana saya bimbang dia membaca bacaan yang

15 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

‘salah’. Apa yang saya dengar adalah perkataan ‘Subhanallah’ yang tidak berhenti keluar dari

mulut Mona,

“Mona seorang wanita yang sangat sopan apabila bercakap. Dia sangat peramah tetapi masih

menjaga adab dalam percakapannya. Sebaik-baik Mona apabila berbual, tidak pernah

sekalipun dia bercakap buruk mengenai orang, “Walaupun pada ketika itu kakitangan penjara

ramai yang mengatanya tetapi Mona sangat sabar dan positif. Tak pernah dia nak membalas

atau memburukkan orang,

“Mona sangat suka berkongsi resepi masakan dengan saya. Dia kata dia suka letak daun

pandan dalam masakan sebab akan jadi wangi. Saya nampak dia seorang yang penyayang

dan ikhlas,” katanya.

Pernah beberapa kali Azizah terbaca cerita mengenai Mona di akhbar seperti, Mona terapung

di dalam sel, Mona boleh membaca Surah Al-Fatihah dengan terbalik, Mona dilihat keluar

dari sel oleh salah seorang kakitangan penjara dan bersiar-siar di Chow Kit dan banyak lagi.

Demi mendapatkan kepastian, Azizah akan terus bertanya kepada Mona mengenai cerita-

cerita mistik yang dibacanya. “Saya suruh Mona apungkan badan dia macam dalam

suratkhabar laporkan. Mona kata gila ke apa? Mana dia boleh apungkan diri dia.

16 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

"Kemudian saya suruh dia baca Surah Al-Fatihah terbalik. Mona jawab, sedangkan nak baca

bismillah terbalik pun susah apatah lagi Surah Al-Fatihah, “Paling menarik, saya pernah

tanya pada Mona betul ke dia keluar sel dan ke Chow Kit? Mona jawab, kalau dia boleh

keluar sel buat apa dia nak ke Chow Kit? Baik dia balik ke rumah dan tak perlu masuk ke

dalam sel lagi.

"Namun, apabila kita fikirkan balik, apa yang dikatakan Mona itu benar. Kalau betul dia ada

kuasa yang boleh memboloskan diri dari penjara, lebih baik dia pulang ke rumah dari ke

Chow Kit,” seloroh Azizah sambil tersenyum.

Seketika Azizah terdiam, kemudian menyambung semula ceritanya. Dia akui terdapat satu

cerita di sebalik kes ini yang tidak diketahui umum. Barangkali yang tahu sekalipun, mereka

yang terlibat secara langsung sepanjang tempoh perbicaraan kes pembunuhan Datuk Mazlan

ini.

Ujarnya, Mona sering meyakinkannya mengenai kejadian sebenar yang berlaku pada tarikh

pembunuhan ahli politik itu dan Azizah akui pada awalnya sukar untuk mempercayai kata-

kata Mona. Namun, ternyata Mona berjaya membuktikan kepada Azizah bahawa dia tidak

menipu kerana kenyataannya di penjara dan mahkamah begitu konsisten sekali. Tiada

perubahan cerita, tiada perubahan fakta. Mona kelihatan begitu tenang menghadapi

perbicaraan kesnya itu.

17 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

Tahukah kita semua bahawa sebenarnya Mona bukan suspek utama kes pembunuhan Datuk

Mazlan Idris? Dia merupakan OKT-3 (Orang Kena Tuduh Ketiga) manakala dalang sebenar

kes pembunuhan ini adalah OKT-1 dan OKT-2 yang merupakan suami Mona sendiri,

Affandi dan pembantu peribadi mereka, Juraimi.

Hakikatnya, pada hari kejadian mangsa dibunuh kejam Mona sekadar mendapat arahan

daripada Affandi untuk keluar memetik bunga sebelum satu upacara mandi bunga bersama

mangsa dijalankan. Mona duduk di atas bahagian kepala mangsa yang berada dalam posisi

baring kemudian secara tiba-tiba Juraimi meluru masuk dan... (Azizah terdiam)

“Saya berada sepanjang prosiding mahkamah berlangsung kerana atas permintaan Mona

sendiri, dia tidak mahu pegawai lain yang mengiringinya. "Jadi, tangan saya akan digari

bersama tangan Mona ke mana sahaja. Mona telah membuktikan dia bukanlah dalang dalam

kejadian ini. Cuma silapnya Mona berada di tempat kejadian dan dianggap 'bersubahat'. Dia

tidak tahu akan ada pembunuhan yang akan berlaku pada malam kejadian itu. Percayalah,

Mona Fandey tidak bersalah,

"Keputusan telah dibuat. Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap OKT-

1, OKT-2 dan OKT-3 tetapi peguambela Mona tidak berputus asa dan membuat rayuan,

"Hakim mempertimbangkan perkara itu kerana Mona hanya OKT-3 dan boleh dibebaskan.

Peguambelanya memujuk Mona untuk pulang bersama anak-anak yang sedang menantinya.

18 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

Ujar Mona, jika dia dibebaskan, dia mahu Affandi juga dibebaskan. Jika suaminya

digantung, biarkanlah dia digantung bersama Affandi,

"Itu pilihan Mona. Dia nak bersama Affandi. Maka Mona tegas dengan pendirian yang mahu

sabitan ke atas dirinya diteruskan. Saya nampak Mona seorang isteri yang sangat baik dan

sayangkan Affandi. Secara jujurnya, selama saya menjaga Mona di sel akhir saya sendiri

gagal menemui kejahatan dari dalam dirinya,

“Saya masih ingat satu cerita dimana orang yang dipertanggungjawabkan untuk

menguruskan jenazah Mona selepas digantung menyatakan dia sendiri tidak tahu dimana nak

mencari cacat cala pada jenazahnya kerana Mona meninggal dengan keadaan sangat baik.

Tubuh yang bersih dan mudah diuruskan,” ujarnya lagi kepada Malaysian Digest.

Menariknya, bekas suami Mona yang juga merupakan seorang anggota polis tidak pernah

terlepas daripada menghadiri perbicaraan kes bekas isterinya itu. Kehadiran bekas suami

Mona tanpa jemu ke mahkamah membuatkan Azizah tertarik untuk mendekati lelaki itu.

Apa yang mengharukan hatinya apabila bekas suami Mona menjawab: ‘Mona nak bunuh

semut pun tak sampai hati. Waktu nak siang ikan pun dia menangis, apatah lagi nak kerat

manusia."

19 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

Bahkan, anak-anak Mona juga sentiasa hadir dalam perbicaraan ibu mereka sebagai tanda

memberi sokongan kepada Mona. Anak-anak Mona pernah menyatakan bahawa mereka

lebih mengenali siapa ibu mereka yang sebenar.

Disitu Azizah mengakui Mona merupakan seorang ibu yang berjaya membentuk

keperibadian serta akhlak yang tinggi dalam diri anak-anaknya. Mereka sangat mentaati

Mona biarpun ibu mereka itu bakal berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati dan

menelan stigma masyarakat kita yang sentiasa negatif sehingga ke hari ini.

Kerana cintakan suami, si isteri mengorbankan kebebasannya biarpun sudah terbukti tidak

bersalah. Begitu juga, kerana kasihkan suami, Mona memilih untuk sehidup semati di tali

gantung bersama Affandi.

“Saya pelik macam mana orang luar yang tak pernah masuk penjara, tak pernah jumpa Mona

atau menguruskan halnya selama dia dipenjara, lebih banyak bersuara seperti mengetahui

segala-galanya berbanding saya yang bersama Mona siang dan malam?”

"Saya sampai tarik kerusi duduk depan sel Mona untuk teman dia berbual, orang lain lagi

mengetahui selok belok hal Mona? “Benda yang paling saya sedih sekali, sehari sebelum

Mona digantung saya nampak dia dibawa turun dari tingkat atas ke bawah. Muka dia nampak

ceria sangat. Senyum tak sudah! Saya tanya Makcik nak kemana?

20 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

"Mona jawab dia nak pergi 'shopping'! Sebenarnya, dia dapat jumpa Affandi dipenjara

sebelah, Sampai pusing di 'corner' bangunan, saya nampak dia toleh dekat saya dan

tersenyum biarpun kedua tangannya bergari.

"Saya sendiri terlupa hari itu adalah hari Khamis, dimana banduan beragama Islam akan

digantung pada pagi Jumaat. Itupun kawan saya yang juga baik dengan Mona beritahu, Mona

dah nak digantung esok”, “Saya terduduk dan menangis tak berhenti. Itulah kali terakhir saya

jumpa Mona dan saya sampai sekarang tak dapat lupa senyuman dia”.

Kalau saya tahu dia akan digantung, tentu sekali perkara yang nak saya buat adalah memeluk

Mona. Saya kenal siapa Mona Fandey. Saya terlalu rindukan dia,” katanya dan pada saat itu

Azizah menitiskan air matanya.

Ujarnya, Mona tidak seperti banduan akhir yang lain. Keikhlasan yang ada dalam diri Mona

benar-benar dapat dirasai Azizah. Kenakalan Mona yang sering mengusik kakitangan penjara

yang lemah semangat dan gemar mengatanya kadang kala membuatkan Azizah tersenyum

sendirian tatkala teringatkan kenangannya menjaga sel akhir Mona.

Sehingga hari ini, Azizah tetap setia menyimpan kenangan manis bersama seorang wanita

yang amat ‘digeruni’ rakyat Malaysia dan ‘kononnya’ pembunuh paling kejam di Malaysia.

Biarpun berstatus banduan akhir yang telah digantung, Mona tetap mempunyai ruang

21 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

istimewa di hati Azizah dan dia percaya Allah lebih mengetahui dimana kedudukan yang

selayaknya buat insan semurni Allahyarhamah Maznah Ismail.

Ternyata setiap manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan sewaktu hidup. Bahkan,

urusan pahala dan dosa bukanlah selayaknya diadili oleh manusia lebih-lebih melibatkan

aibnya sewaktu hidup. Memetik kata Ustaz Abdul Rasyid yang sudah berpengalaman lebih

tiga dekad mengendalikan hal ehwal agama banduan:

"Alhamdulillah, Mona mengucap dengan fasih siap dengan terjemahan sekali. Pada sayalah,

dia tahu waktu dia nak mati. Balasan dunia dia dah terima. Dengan Tuhan, kalau Tuhan

terima taubat dia, mungkin dia jauh lebih baik dari kita semua.

Begitulah kisah Mona Fandey yang diceritakan oleh pegawai Penjara Wanita Kajang.

Apakah dengan tulisan ini mampu mengubah stigma masyarakat pada wanita bernama Mona

Fandey supaya diletakkan dalam ruang yang adil berdasarkan kebaikannya sewaktu hidup

dahulu? Wallahualam.

22 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

8.0 KESIMPULAN

Kes Mona Fandey merupakan antara sejarah yang mengemparkan negara pada ketika itu.

Kes itu telah mendapat liputan meluas media tempatan dan luar negara. Mereka cuba untuk

merungkai babak yang terjadi pada hari kejadian malang yang mengorbankan Dato Mazlan

Idris. Pelbagai persepsi yang timbul dari kejadian ini, ada yang mengatakan bahawa Mona

tidak bersalah , dia menjadi mangsa keadaan dan sebaliknya.

Peristiwa Mona Fandey ini benar benar menyedarkan saya bahawa manusia boleh berubah

sekelip mata hanya kerana wang dan pangkat. Manusia mampu bertindak luar dari normalnya

sifat manusia. Hanya kerana ingin memiliki harta dan pangkat manusia sanggup menyimpang

dari ajaran yang diajar oleh agama, sehingga sanggup menduakan tuhan. Meminta selain

dari-Nya.

Namun terdapat sedikit kekeliruan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai penjara

Azizah, beliau mengatakan bahawa Mona Fandey telah disabitkan tidak bersalah kerana

beliau adalah (OKT-3) dan kesalahannya kerana beliau berada ditempat kejadian ketika

pembunuhan berlaku. Beliau meminta kepada mahkamah untuk digantung bersama suaminya

Affandi. Tidak pernah lagi berlaku dalam sejarah perundangan negara, orang yang tidak

bersalah boleh meminta untuk dihukum gantung. Wallahuallam.

23 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

9.0 LAMPIRAN

Mona Fandey di mahkamah

Mona Fandey diiringi pegawai Penjara Kajang

24 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

Suspek kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris

Gambar Mona Fandey

25 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

Kerjaya Mona Fandey sebagai artis

Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi Hussin

26 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

Keratan akhbar mengenai Juraimi Hussin

Keratan akhbar mengenai Mohd Affandi

27 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

Senjata yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan

Rajah keratan mayat Datuk Mazlan Idris (dikerat 18)

28 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

Mona Fandey diiringi Pegawai Penjara Kajang

29 No Matriks 251445
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia

11.0 RUJUKAN 4

1. Marzuki Ibrahim, Mona Fandey: Kes bunuh Dato' Mazlan ke

Mahkamah Tinggi, Pustaka Taslima, 1993, hal. 170.

2. Marzuki Ibrahim, Mona Fandey 2: Kes bunuh Dato’ Mazlan ke

Mahkamah Tinggi, Pustaka Taslima, 1994, hal. 170.

3. Marzuki Ibrahim, Mona Fandey Jadi Isteri Jin, Volume 1, Pustaka

Taslima, 1993, hal. 264.

4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Mona_Fandey

30 No Matriks 251445

Anda mungkin juga menyukai