Anda di halaman 1dari 2

4.

0 IMPAK PROGRAM KEPADA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS DAN


PELAJAR

Dengan tertubuhnya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGK Perlis sesi 2017/2018
berserta seketeriat, maka ianya akan memudahcarakan urusan guru pelatih untuk
menyuarakan isu-isu yang dihadapi. JPP berperanan untuk menyampaikan cadangan kepada
pihak pentadbir berkaitan sebarang isu dikemukakan dan juga menjadi jambatan penghubung
bagi menyatakan beberapa perkara yang perlu diperbaik dalam menghadapi kehidupan
sebagai murid.

Kesan kepada Watikah Perlantikan JPP ini dapat dilihat pada 4 entiti iaitu warga
pentadbir, pensyarah dan guru pelatih. Keempat-empat entity ini akan lebih mengenali
siapakah JPP yang terlantik bermula dari Ahli Majlis Tertinggi sehingga Ahli Majlis Mesyuarat.
27 yang terlantik turut dibantu oleh seketeriat yang diperkasakan peranannya untuk
memperlihat bahawa organisasi kepimpinan sebagai wadah terbaik menghubungkan antara
pihak guru pelatih dan pentadbir. Dari aspek pentadbiran, kesan program ini dilaksanakan
akan memberi gambaran hala tuju dan visi perwakilan pelajar sesi ini untuk menjaga kebajikan
mahasiswa guru pelatih. Pentadbiran akan menjadikan JPP sebagai jambatan perhubungan
menyampaikan maklumat terkini. Dari aspek pensyarah, kuasa pendidik ini yang turut
berfungsi sebagai mentor akan memberikan maklumat masalah anak buahnya (mentee)
untuk diambil maklum oleh JPP sebagai isu yang boleh dibincangkan. Impak paling besar
dengan tertubuhnya JPP yang baharu adalah pada entity guru pelatih iaitu JPP bersedia dan
mewakili guru pelatih untuk mendengar masalah yang akan dihadapi.

5.0 BATASAN/ MASALAH YANG DIHADAPI

Oleh kerana majlis diadakan serentak dengan pengenalan Seketeriat JPP, majlis ini menjadi
lama tempohnya. Majlis Watikah JPP ini diadakan di dalam slot Perhimpunan Organisasi
Jabatan . Keadaan yang lama ini juga turut disebabkan dengan pengenalan Video Seketeriat
JPP yang dipaparkan sejurus tamat video pengenalan JPP. Tempoh yang panjang diambil
untuk satu majlis ini tidak sesuai diadakan di dalam Majlis kelolaan Jabatan yang bukan
menaungi kami dan perlu menghormati komitmen mereka terhadap kelancaran majlis

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Untuk mengelakkan kelancaran majlis terganggu oleh kerana majlis diadakan di dalam slot
Jabatan ?, kami merasakan perlu untuk diadakan majlis yang khusus bagi Watikah
Perlantikan JPP 2017/2018. Hal ini kerana majlis ini tidak terganggu oleh atur cara program
lain dalam satu majlis. Majlis khusus ini akan menjadi “main program” yang dilihat oleh orang
lain dan JPP akan dikenali oleh warga IPGK Perlis.
7.0 PENUTUP

Watikah Perlantikan JPP merupakan kayu ukur kepada permulaan kepimpinan baharu dalam
kampus. Pengenalan JPP kepada pelajar dan warga kampus pemangkin kepada semangat
visi dan misi yang akan direncanakan sepanjang tahun. Watikah Perlantikan JPP ini akan
menjadi satu platform rasmi yang penuh dengan tatasusila dana dab menandatangani
jawatan bagi mengesahkan mandate yang dipikul. Diharapkan agar usia IPGK Perlis yang
semakin singkat ini akan menjadikan JPP yang lebih bervisi dan bermisi. Semoga JPP IPGK
Perlis yang terakhir pada tahun 2018/2019 akan lebih ke hadapan menyanjung citra impian
para pelajar.

Anda mungkin juga menyukai