Anda di halaman 1dari 5

KEMAHIRAN YG PERLU DIKUASAI PELAJAR ABAD KE 21

1. Kemahiran Maklumat dan Komunikasi


Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi
terhadap maklumat dan media. Celik ICT orang kata. Dengan kemajuan teknologi
dan sistem komunikasi yang bertambah canggih dengan adanya internet dan jalur
lebar, maka ini juga mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang
lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke 21
dalam memperolehi ilmu dengan lebih meluas dan dunia tanpa sempadan.

2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah


Pelajar abad ke 21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritikal dan
bersistem. Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar,
terutamanya apabila berkaitan dengan penyelesaian masalah.

Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu membawa pelajar abad ke 21 ke arah
perkembangan yang positif. Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka
diharapkan mereka akan dapat menghasilkan sesuatu baru yang lebih
mendatangkan manfaat kepada semua.

3. Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri


Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar adalah kemahiran interpersonal dan
kolaborasi. Mempunyai semangat juang dan ketrampilan diri yang unggul, serta
mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain. Perkembangan
kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar
mengikut aras masing-masing. Pelajar mempunyai akauntabiliti yang tinggi, boleh
diharapkan dan dapat beradaptasi dengan persekitaran dan rakan sekelas lain.
Selain daripada itu, pelajar juga mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu
dilaksanakan atas rasa tanggungjawab dan penuh prihatin.

Anda mungkin juga menyukai