Anda di halaman 1dari 10

SEJARAH PEMBENTUKKAN

MASYARAKAT BABA DAN

NYONYA

DAN

KEUNIKAN MASYARAKAT

BABA

DAN NYONYA

NAMA : RAGU BATHI KANNAN

SUBJECT : MALAYSIAN STUDIES

ID : SC-KL-00032870
Negeri Melaka sememangnya terkenal dengan masyarakat berketurunan Baba dan
Nyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya dikatakan berasal dari Tanah Besar China yang
berhijrah ke Melaka sejak 600 tahun dahulu. Pada awalnya, masyarakat ini hanya terdapat di
Melaka sahaja. Namun begitu, setelah Pulau Pinang dan Singapura mula berkembang,
masyarakat Baba dan Nyonya mula berhijrah kedua-dua negeri ini. Menurut sejarah,
perkembangan masyarakat ini di Melaka bermula sewaktu berkembangnya zaman kesultanan
Melayu Melaka lagi. Melaka yang terkenal sebagai pusat perdagangan pada waktu itu telah
berjaya menarik ramai pedagang dari luar negara temasuk dari negara China untuk berdagang
di Melaka. Pedagang-pedagang dari negara China ini telah berkahwin dengan wanita
tempatan dan melahirkan anak yang berdarah kacukan Melayu-Cina atau lebih dikenali
sebagai Baba Nyonya. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China.
Masyarakat berketurunan Baba dan Nyonya sememangnya berbangsa Cina. . Pada mulanya
mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan dan berkahwin dengan
wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan disebut Nyonya.
Oleh hal yang demikian kaum Baba dan Nyonya mempunyai persamaan dengan kaum
Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya. Kebanyakan masyarakat ini masih
mengamalkan agama anutan nenek moyang mereka iaitu agama Buddha dan terdapat juga
sesetengah daripada mereka yang telah menukar agama ke agama Islam dan juga Kristian.

Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat
Melayu khususnya. Oleh itu sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang
menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka.
Dalam meniti kehidupan seharian mereka, amalan memakai sanggul masih lagi diamalkan
bagi kaum wanita. Menurut sejarah, amalan ini merupakan satu simbolik atau lambang
pengabdian dan juga boleh dikatakan sebagai keunikkan mereka kepada kerajaan Manchu
(zaman sebelum penghijrahan ke Tanah Melayu). Selain itu, banyak pantang larang dan
kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba
dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya
mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu. Dari segi makanan pula, tiada
bezanya dengan kaum Melayu. Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan
tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakan
masyarakat Melayu. Mereka makan dengan tangan dan masakan gulai adalah menjadi
kegemaran masyarakat ini. Masakan seperti masak lemak, asam pedas, dan sambal belacan
menjadi kegermaran seharian. Cara masakan Baba Nyonya juga dipengaruhi resipi orang
Melayu sehingga sudah menjadi kebiasaan, kaum ini menggunakan tangan ketika menjamah
hidangan seperti masyarakat Melayu. Bukan sahaja masakan kaum Melayu, malah kaum Baba
Nyonya juga turut terpengaruh dengan cara penghidangan makanan yang disertakan dengan
ulam. Kaum Baba dan Nyonya ini juga amat terkenal dengan pelbagai masakan asam pedas
dan kuih tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana resepinya ada persamaan dengan
masakan masyarakat Melayu seperti ondeh-ondeh, kuih apom balik, cendol dan tapai
pulut.Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah masakan campuran masyrakat Cina dan
Melayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba. Masakan Nyonya pula lebih kepada
daging dan sayur-sayuran. Masakan Nyonya biasanya pedas dan menggunakan banyak cili.
Bagi masyarakat Baba penggunaan cili yang banyak di dalam masakan merupakan satu
identiti yang membezakan antara masyarakat Baba dan Cina. Antaranya ayam pongteh, ayam
kunyit cili, masak lemak dan ayam kunyit cili. Di antara masakan Nyonya yang menerima
pengaruh Melayu adalah seperti penggunaan belacan, bauh keras, asam lengkuas dan serai.
Manakala, masakan Nyonya yang mengekalkan tradisi masakan Cina ialah itik tem (daging
itik dimasak dengan sayur masin). Selain itu, kuih cang Abu juga merupakan masakan
istimewa bagi masyarakat Baba.

Pakaian kaum Baba dan Nyonya telah menjadi tarikan utama bagi etnik tersebut.
Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang
mereka. Manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak
persamaan dengan keturunan Cina. Masyarakat ini masih mengenakan pakaian tradisi mereka
iaitu berkebaya pendek atau lebih dikenali sebagai kebaya nyonya dan bagi kaum lelaki pula,
mereka akan mengenakan kain sarung. Selain itu, Baba dan Nyonya juga turut memakai
pakaian kaum Cina. Kaum Nyonya juga mempunyai kasut yang agak unik seperti kasut
manik. Kasut manik ialah alas kaki buatan tnagan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran
yang tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca yang bersigi-segi halus yang
dijahit pada kain terpal. Rekaan kasut manik tradisional sering memperlihatkan motif bunga
Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar peranakan dan sarung batik. Mulai tahun
1930 an, kasut manik menjalani perubahan dengan diberikan rekaan moden dan ditambahkan
tumit.

Dari aspek bahasa yang digunakan oleh kaum unik tersebut, masyarakat baba Nyonya
di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan ini mempunyai
pertalian darah dengan keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa
Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh
bertutur bahasa Hokkien.

Sebagaimana kaum-kaum lain mempunyai pantang dan larangan masing-masing,


kaum Baba Nyonya juga mempunyai pantang dan larangan mereka yang tersendiri yang amat
unik. Antaranya, Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan
bomoh. Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa
menangis dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disampuk
dengan jin ataupun hantu. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk
meminta tolong menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu
anak mereka. Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebut
dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu yang
mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga
keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya
pisau untuk menakutkan hantu. Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya
akan perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam
campak atau ‘Chicken Pox’, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh
untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi. Begitulah
tentang keunikkan kaum ini mengenai penyembahan mereka.

Tambahan pula, kaum Baba Nyonya juga mempunyai keunikkan yang agak ketara dari
segi muzik dan tarian mereka. Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan
Nyonya telah melatari kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya Dondang
Sayang yang dilagukan dalam upacara-upacara yang tertentu sahaja dan ketika diperlukan.
Pada hari tertentu seperti perayaan dan majlis perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya
akan mempersembahkan tarian seperti Tarian Singa, Fu Kien Opera dan Dondang Sayang
Baba Nyonya. Bagi generasi kini, muzik yang berunsurkan tradisional seperti pantun atau
keroncong yang popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu kini
telah berkurangan.

Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan merupakan saat


yang bahagia bagi pasangan yang bercinta. Pelbagai persiapan harus dilakukan dan dirancang
terlebih dahulu. Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, situasi begini
bukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil. Namun begitu, setiap kaum dan bangsa mempunyai
adat dan kepercayaan mereka yang tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Baba dan Nyonya
merupakan antara masyarakat Malaysia yang unik. Keistimewaan Baba dan Nyonya masih
lagi diperkatakan oleh masyarakat Malaysia yang lain dan ia boleh dilihat melalui adat
perkahwinan mereka. Perkahwinan kaum ini banyak mengikut cara perkahwinan seperti
masyarakat Cina seperti upacara Cheo Thau. Upacara cheo thau dimulakan di rumah
pengantin perempuan terlebih dahulu di mana Sam Kai ( colok ) akan dinaikkan menghadap
pintu utama ruang tamu. Seterusnya, ibu bapa pengantin akan menyalakan lilin merah di atas
meja yang di sediakan. Cheo thau merupakan satu upacara penyatuan di antara suami dan
isteri. Upacara ini dilakukan bagi memberitahu kedua-dua mempelai bahawa mereka akan
berkahwin dan akan menghadapi masyarakat luar tanpa perlindungan daripada keluarga
mereka lagi. Upacara ini dijalankan pada waktu pagi antara tiga hingga empat pagi atau waktu
malam.

Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan di mulakan dengan
melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang
bersampul merah dan di hantar oleh 'Pak Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan
saudara mara adalah berbeza dan ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara
perkahwinan. Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang
labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di
dalam bakul nyoya iaitu bakul Siah. Kuih ini digelek dengan tangan hingga bulat dan
dimasukan bersama-sama dengan air gula yang telah dimasak. ‘Kuih ih’ ini juga digunakan
oleh pasangan pengantin pada upacara seterusnya. Untuk hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang
ih' yang bermaksud untuk memperkenalkan. 'Kuih ih 'pula adalah symbol bagi benda yang
baik untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan
diletakkan di pintu utama.

Dalam pada itu kain yang dilapik atas meja Sam Kai dikenali sebagai Tok Wee. Kain
Tok Wee ini mengandungi pelbagai warna dan disulam dengan hiasan corak lapan abadi dan
juga hiasan yang mewakili perlanjutan, kemewahan, dan pengajaran. Diatas kain Sam Kai
terdapat dua batang lilin merah. Lilin ini dicorakkan dengan lapan potongan. Manakala pada
bahagian belakangnya pula terdapat mangkuk-mangkuk kecil yang diisikan dengan ‘kuih ih’
yang berwarna-warni.

Persiapan bilik pengantin jua perlu dan ia diletakkan langsir, cadar baru yang kaya
dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan
'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan
'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali
sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu. Seterusnya, hari 'Khuih Thiah' iaitu hari
pembukaan untuk perayaan. Ia juga dikenali sebagai hari kupas bawang. Hari tersebut juga
turut di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai
persiapan. Hari ini disusuli oleh 'hari menyambal'. Kebiasaannya mereka membuat sambal
sebanyak 20 jenis, antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama
dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan.

Dua hari sebelum perkahwinan, hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu.
Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari
pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu
tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari
bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering
di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.
‘Chia N Lang Kheh’ merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin
perempuan. Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau serunai akan
menghiburkan hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh 'Sang
Kheh Umm' atau mak andam. Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan
berjalan, berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak
Chindek' iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan. ‘Chiu
Thau’ merupakan pemberian yang dianggap suci dan di persembahkan di tempat pemujaan.
Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai Tay' yang mewakili
syurga, bumi dan manusia. Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan memulakan adat terlebih
dahulu. Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu selagi tidak menjalani
adat atau upacara 'Chim Pang'.

Chim Pang merupakan pertemuan pertama diantara pengantin lelaki dan pengantin
perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh kedua-
dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan,
mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain.
Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama sebagai suami
isteri. Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembah
hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka.

Upacara ‘Cha n Sia’ ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak
pengantin lelaki. Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain
sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas.
Pada hari ini juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan dengan
lawak jenaka, pujian dan ransangan.

Hari ke-dua belas merupakan hari dimana tetamu akan di hidangkan dengan nasi
lemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di
kukus dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak
nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil
menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih.

‘Chia n Ching, Che Umm’ merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si
mertua pengantin perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di
antara kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan
kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Walau bagaimanapun di dalam setiap perkahwinan
semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam
masyarakat baba nyonya, mereka percaya pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan
daripada terjadinya sesuatu yang tidak baik. Walaupun adat perkahwinan Baba dan Nyonya
ini nampaknya merumitkan, namun adat ini terutamanya yang meperlihatkan betapa
istimewanya masyarakat Baba dan Nyonya dimata masyarakat Malaysia. Sekalipun ada
beberapa upacara yang mempunyai persamaan dengan kaum Cina, namun jika di teliti seakan-
akan adatnya bercirikan kemelayuan. Pendek kata, adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini
ialah sesuatu yang menarik dan unik.

Seterusnya, adat perayaan Baba Nyonya. Tahun Baru Cina merupakan perayaan
terpenting orang Cina dan juga Baba Nyoya bagi menyambut tahun baru dalam kalendar
qamari Cina. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali
berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka
tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah
malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan
pokok limau.

Perayaan Cheng Beng pula ialah perayaan yang disambut pada bulan kedua dalam
kalender cina. Perayaan ini dikenali sebagai Hari Semua Roh. Pada hari Cheng Beng beberapa
helai kertas perak akan digunakan untuk bersembahyang dan memuja roh yang dipercayai
hidup di kubur.Upacara sembahyang akan dilakukan dengan menggunakan colok dan kertas
emas yang dibakar dihadapan patung dewa sambil berdoa untuk kesejahteraan roh yang telah
mati terutama nenek-moyang mereka. Selain itu, masyarakat Baba juga akan mengadakan
persembahan lauk ketika bersembahyang, iaitu persembahan yang menggunakan peralatan
Baba seperti dulang, pinggan mangkuk dan cawan yang dihias cantik bagi menggambarkan
kegembiraan roh dalam kubur. Roh juga akan dihidangkan dengan gula tarik, kacang, air arak
dan makanan lain. Pemberian hidangan ini adalah bertujuan untuk memohon kepada roh
nenek-moyang mereka agar diberi perlindungan dan kesejahteraan supaya mendapat kejayaan
di dunia.

Kesenian masyarakat Baba kebanyakkannya mempunyai motif yang berasal dari


negara China, namun begitu corak-coraknya dapat dilihat mempunyai pengaruh Melayu atau
Islam. Perhiasan kaum Baba kebiasaannya diukir dengan hasil ukiran yang halus dan
ukirannya timbul. Misalnya seperti kerongsang, tali pinggang dan penyucuk sanggul.Selain
itu, peralatan masyarakat Baba yang mempunyai ukiran yang menarik pada porselin. Porselin
ini merupakan sejenis alat yang dinamakan peralatan Baba dan Nyonya. Porselin ini
merupakan peralatan khas untuk kegunaan Baba atau Nyonya di Tanah Melayu yang
diperbuat di daerah Jiangxi dan Guangdong dinegara China, oleh itu peralatan ini tidak akan
dieksport. Antara ukiran corak yang terdapat pada seramik jenis ini ialah lukisan burung
pheonix, bunga dahlia,bunga mawar, lipan, gabungan lapan jenis benda berharga, serta bunga
botan. Kumpulan porselin kaum Nyonya mudah dikenali berbanding porselin kaum Baba, ini
kerana porselin Nyonya kebiasaanya dari saduran warna cerah seperti merah jambu, biru tua,
hijau dan kuning. Masyarakat Baba mempunyai mempunyai peralatan khas yang digunakan
untuk menjalankan upacara. Antaranya seperti dulang teh tembikar berenamel warna-warni
yang dihiasi ukiran burung cenderawasih gaya peranakan, dan biasanya akan digunakan
ketika minum teh pada hari perkahwinan. Manakala bakul sia pula digunakan untuk pelbagai
tujuan, khasnya seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah. Bakul sia ini diperbuat
daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit didalamnya diisi dengan
pelbagai juadah makanan. Kadangkala bakul ini dibuat satu tingkat hingga tiga tingkat, corak
hiasan dan besarnya bakul sia ini bergantung kepada kehendak pemiliknya.

Dapat dikatakan di sini, kebudayaan masyarakat Baba mempunyai kebudayaan yang


unik dan menarik yang perlu dipelihara oleh masyarakat Baba itu sendiri supaya keunikan
budaya mereka tidak akan semakin dipingggirkan. Identiti masyarakat Baba adalah hasil
daripada proses akulturasi dan telah dianggap sebagai adaptasi daripada masyarakat Melayu,
hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu seperti masakan, pakaian, tutur kata
dan sebagainya telah diamalkan dalam cara hidup mereka, disebabkan oleh proses akulturasi
inilah maka kebudayaan masyarakat Baba dilihat begitu unik dan menarik.Kewujudan
masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia juga telah mewarnai serta menyerikan lagi variasi
kebudayaan di Malaysia. Ini membuktikan bahawa kebudayaan yang berbilang dalam sebuah
negara itu dapat mengharmonikan serta mengeratkan perpaduan rakyat itu sendiri. Dapat
diringkaskan di sini, kewujudan budaya masyarakat Baba adalah berasal dari asmilasi dua
kelompok yang terdiri dari budaya Melayu dan budaya Cina yang mempunyai dua latar
belakang berlainan dan menjadi satu dalam kebudayaan masyarakat Baba. Masyarakat Baba
dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Mereka sayang
untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan
budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina
dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam
masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan
bermasyarakat.