Anda di halaman 1dari 16

Latihan 7

Soalan 1 hingga soalan 20


Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1. Ahmad ……………. melihat kekasihnya berjalan dengan orang lain.
A. Hati putih
B. Mata putih
C. Putih mata
D. Putih tulang

2. Mak Munah berasa ………………….. kerana anaknya berjaya melanjutkan pelajaran


ke luar negeri.
A. Besar hati
B. Berat hati
C. Putih hati
D. Kecil hati

3. Setelah berbalas tembakan selama dua jam, pengganas komunis itu mengangkat
…………….
A. Putih kain
B. Tanga putih
C. Hitam putih
D. Bendera putih

4. Suraya belum pernah menjejakkan kakinya ke negara-negara ……………………..


A. Atas angin
B. Bawah anginan
C. Angin-angin
D. Tepi angin

5. Adik saya seorang yang ………………… . Dia tidak pernah ambil tahu nasihat ibu.
A. Telinga lebar
B. Telinga kuali
C. Telinga kecil
D. Telinga tajam

6. Ah Chong menjadi ………………… di dalam pergaduhan di antara Kamil dan


Hassan.
A. Api-api
B. Batu api
C. Api berbatu
D. Batu api-api
7. Encik Dippu menjadi ……………………. Melihat wang yang banyak di atas mejanya.
A. Kecil mata
B. Besar mata
C. Rambang mata
D. Gelap mata

8. Saya membawa ………………………. untuk kakak, semasa melawatbya di hospital.


A. Buah tangan
B. Buah fikiran
C. Buah hati
D. Buah mulut

9. Ayah ……………… melihat sikap kurang ajar Busu kepadanya.


A. Makan hati
B. Makan mata
C. Kaman suap
D. Makan hati

10. Ah Tat membuka ………………… kerana dikejar oleh tebuan.


A. Langkah panjang
B. Langkah seribu
C. Langkah kiri
D. Langkah pendek

11. “Encik Zainal mempunyai ………………… yang baik. Kita patut menerima
cadangannya itu,” kata Tuan Jupri.
A. Buah mimpi
B. Buah akal
C. Buah fikir
D. Buah fikiran

12. Sikap …………………. Mak Tam tidak disukai oleh penduduk kampung kerana suka
menceritakan hal orang lain.
A. Mulut murai
B. Mulut api
C. Berat mulut
D. Mulut tempayan

13. Salim seorang pelajar yang ………………… Dia tidak pandai membaca dan menulis.
A. Buta rasa
B. Buta fikiran
C. Buta huruf
D. Buta hati
14. “Jangan ber…………………. ke tandas! ” jerit ibu Zarul.
A. Kaki ayam
B. Anak ayam
C. Kaki gatal
D. Kaki kosong

15. Kejayaan cemerlang Rima di dalam peperiksaan itu telah menjadi …………………
orang ramai di kampungnya.
A. Buah bicara
B. Buah mulut
C. Bual bicara
D. Kaki kosong

16. Puan Mala menjadi ………………….. melihat pelbagai jenis kuih yang dijual di pasar
itu.
A. Rambang hati
B. Rambang rasa
C. Ramabang mata
D. Gelap mata

17. Guru-guru di sekolah itu senang dengan sikap Basir yang ……………………….. itu.
A. Ringan hati
B. Tulang putih
C. Ringan tangan
D. Ringan tulang

18. Kemala seorang yang ……………………… . Dia tidak suka berkawan dengan orang-
orang miskin di kampungnya.
A. Berat hidung
B. Hidung tinggi
C. Hati tinggi
D. Hidung besar

19. Zalila menjadi …………………. keluarganya kerana dia seorang anak yang baik dan
pintar.
A. Anak emas
B. Anak tambatan
C. Anak hati
D. Anak intan

20. Pak Murad ………………………… melihat sayur-sayurannya di makan oleh kambing-


kambing itu.
A. Angin marah
B. Putus angin
C. Angin tinggi
D. Naik angin
Latihan 8
Pilih perkataan yang seerti dengan kata bergaris.
1. Amy diminta oleh ibunya untuk memotong kek harijadinya yang ke- 18.
A. Disuruh, menghiris
B. Diminta, memotong
C. Digesa, mencincang
D. Diarah, mencantas

2. Ibu tidak tahan dengan kelakuan Eddy yang bengkok itu.


A. Sikap, bongkok
B. Perangai, sombong
C. Sifat, merendah diri
D. Aturan, tipu

3. Serry membaca laporan tahunan kewangan syarikat itu di hadapan ketuanya.


A. Saranan, bersisi
B. Cadangan, berarah
C. Penyata, bersetentang
D. Pandangan, bertemu

4. Ibubapa memainkan peranan penting di atas kejayaan anak-anaknya.


A. Tugas, kecemerlangan
B. Kerja, kegemilangan
C. Tugas, pencapaian
D. Tujuan, kesedaran

5. Gaji yang diterima oleh Encik Talib cukup untuk menyara kehidupan keluarganya.
A. Hadiah, membela
B. Pendapatan, menampung
C. Ganjaran, menyanjung
D. Pulangan, menghimpun

6. Shely merupakan gadis tercantik di kalangan rakan setugasnya.


A. Indah
B. Rupawan
C. Menawan
D. Jelita

7. “Sewaktu saya bertemu dengannya dahulu, dia belum sebesar ini,” kata Encik Tan.
A. Berjabat
B. Berjumpa
C. Berpisah
D. Bersua

8. Cikgu Rahimah yang garang itu ditakuti oleh pelajar-pelajar sekolah kami.
A. Digeruni
B. Dibenci
C. Dikecuti
D. Dikesali

9. Pak Ali berehat di rumah setelah penat bekerja seharian di sawah.


A. Berlapang, lembik
B. Bersantai, letih
C. Bersembang, lesu
D. Berborak, lelah

10. Ketam bakar yang dijual di gerai Pak Rasul mendapat sambutan daripada oranng
ramai.
A. Permintaan
B. Pandangan
C. Perhatian
D. Tindak balas

11. Kurangkan kelajuan ketika anda menghampiri kawasan sekolah.


A. Turunkan, melewati
B. Sedikitkan, menyusuri
C. Perlahankan, mendekati
D. Sedikit, melepasi

12. Dia tidak bermaksud untuk melukakan hati ibunya.


A. Menyakitkan
B. Menghiris
C. Memotong
D. Menyepikan

13. Ah Boon seorang yang amanah. Oleh sebab itu, dia disayangi oleh kawan-
kawannya.
A. Bertanggungjawab
B. Jujur
C. Dedikasi
D. Simpati

14. Adik makan nasi dengan gelojoh sekali.


A. Cepat
B. Laju
C. Teruk
D. Gopoh

15. Luka di jarinya terasa pedih apabila terkena air.


A. Salut
B. Perit
C. Penat
D. Sembilu

16. Azlin tidak bertenaga untuk mengangkat pokok pisang yang tumbang itu seorang diri.
A. Berkuat
B. Berusaha
C. Berkuasa
D. Berdaya

17. Supiah berasa kecewa kerana telah gagal dalam ujian memandunya semalam.
A. Putus asa, kecundang
B. Lemah, akhir
C. Kalah, tewas
D. Malas, sia-sia

18. Arshad tidak disukai oleh kanak-kanak kerana sikapnya yang kasar itu.
A. Gerun
B. Ganas
C. Tegas
D. Keras

19. Wajahnya begitu ceria kerana isterinya telah selamat bersalin.


A. Gembira
B. Indah
C. Berseri
D. Cantik

20. Polis mengintip tingkah laku pencuri itu sejak pagi tadi.
A. Melihat
B. Menunjukkan
C. Memerhati
D. Mengintai
Latihan 9
Pilih kata yang berlawanan dengan kata bergaris
1. Permukaan meja ini licin dan berkilat
A. Ketat
B. Keras
C. Kesat
D. Kasar

2. Pasukan bolasepak sekolah saya telah menang dalam perlawanan menentang


pasukan bolasepak sekolah Ali.
A. Kecundang
B. Kalah
C. Gagal
D. Tewas

3. Rambutnya kelihatan rapi ketika menghadiri temuduga pada pagi ini.


A. Kusut
B. Rata
C. Celaru
D. Sesak

4. Adik suka menonton rancangan yang bercorak dokumentari.


A. Suka
B. Benci
C. Gembira
D. Ceria

5. Sikap Musa yang pemurah menyebabkan beliau disukai oleh kawan-kawannya.


A. Tamak, dihina
B. Kedekut, dibenci
C. Haloba, dicerca
D. Gelojoh, dinista

6. Kematian datuknya amat menyedihkan hati Omar.


A. Menggembirakan
B. Menyukakan
C. Meriangkan
D. Merelakan

7. Walaupun berbadan kecil tetapi Salmah agak pintar.


A. Lebar, bebal
B. Luas, tembam
C. Tinggi, dungu
D. Besar, bodoh

8. Perompak itu gagal ditangkap oleh polis kerana mereka sangat licik.
A. Kuat
B. Johan
C. Berjaya
D. Menang

9. Saya berasa curiga dengan sikap baik yang Ahmadi tunjukkan selama ini.
A. Percaya
B. Yakin
C. Hampa
D. Gembira

10. Jambangan bunga di atas meja itu kelihatan layu.


A. Belakang, segar
B. Bawah, lentak
C. Tepi, kembang
D. Di bawah, segar

11. Cikgu Lela amat benci dengan sikap kasar Raju terhadap kawan-kawannya.
A. Gembira, sopan
B. Suka, lembut
C. Ceria, lembik
D. Sayang, lembut

12. Penduduk kampung itu memberi bantuan kecemasan.


A. Menyediakan
B. Mensuakan
C. Menerima
D. Membuat

13. Basikal Aminah yang dibeli oleh bapanya itu telah rosak.
A. Dilelong
B. Dijual
C. Diambil
D. Ditarik

14. Setiap hari Cik Mala balik cepat dari tempat kerjanya.
A. Lambat
B. Lewat
C. Laju
D. Lembut

15. Pekedai itu menjual barang-barang dengan harga yang murah.


A. Membeli, mahal
B. Meminta, tinggi
C. Mengambil, naik
D. Menarik, atas

16. Lembu-lembu itu ditambat di dalam kebun kelapa sawit oleh Pak Sahlan.
A. Dilepaskan
B. Melerai
C. Dibiarkan
D. Dikurung

17. Rumah saya terletak di belakang rumah Amin, bersetentang dengan kaki Bukit Ibul.
A. Di setentang, cerun
B. Di sisi, tinggi
C. Di depan, atas
D. Di hadapan, puncak

18. Halaman rumah Fadhil terang-benderang disinari lampu limpah.


A. Malap
B. Gelap gelita
C. Suram
D. Kelam

19. Suasana di bandar itu hingar-bingar dengan bunyi kenderaan pada waktu malam.
A. Sunyi sepi
B. Senyap sunyi
C. Sepi
D. Malap

20. Rumah besar di atas bukit itu kepunyaan Tauke Lim.


A. Kecil, di depan
B. Sederhana, di belakang
C. Kecil, di bawah
D. Besar, di tepi
Sinonim
Latihan 8
Soalan 1 hingga 20
Pilih kata yang seerti dengan kata bergaris.
1. Amy diminta oleh ibunya untuk memotong kek hari jadinya yang ke-18
A. Disuruh, menghiris
B. Diminta, memotong
C. Digesa, mencincang
D. Diarah, mencantas

2. Ibu tidak tahan dengan kelakuan Eddy yang bengkok itu.


A. Sikap, bongkok
B. Perangai, sombong
C. Sifat, merendah diri
D. Aturan, tipu

3. Serry membaca laporan tahunan kewangan syarikat itu di hadapan ketuanya.


A. Saranan, bersisi
B. Cadangan, berarah
C. Penyata, bersetentang
D. Pandangan, bertemu

4. Ibubapa memainkan peranan penting di atas kejayaan anak-anaknya.


A. Tugas, kecemerlangan
B. Kerja, kegemilangan
C. Tugas, pencapaian
D. Tujuan, kesedaran

5. Gaji yang diterima oleh Encik Talib cukup untuk menyara kehidupan keluarganya.
A. Hadiah, membela
B. Pendapatan, menampung
C. Ganjaran, menyanjung
D. Pulangan, menghimpun

6. Shely merupakan gadis tercantik di kalangan rakan setugasnya


A. Indah
B. Rupawan
C. Menawan
D. Jelita

7. “Sewaktu saya bertemu dengannya dahulu, dia belum sebesar ini,” kata Encik Tan.
A. Berjabat
B. Berjumpa
C. Berpisah
D. Bersua

8. Cikgu Rahimah yang garang itu ditakuti oleh pelajar-pelajar sekolah kami.
A. Digeruni
B. Dibenci
C. Dikecuti
D. Dikesali
Polisem
Pilih ayat yang betul
1)
I. Jalan menuju ke Air Puteh itu dinaiki air.
II. Dia mencari jalan untuk melepaskan diri daripada penculik-penculik itu.
III. Ibunya jalan ke kedai.
IV. Kakak Salbihah jalan perniagaan suaminya.
A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

2)
I. Sungai Tenggiri semakin cetek sejak akhir-akhir ini.
II. Fikirannya masih cetek, walaupun sudah berumur.
III. Walaupun cetek, sungai itu tetap menjadi tumpuan kaki pancing.
IV. Cetek sungguh fikiran kamu! kata ayahnya.
A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

3)
I. “Tolong potong rambut saya,” kata Ali.
II. “Potong kereta berwarna merah itu cepat,” arah inspektor polis itu kepada anak
buahnya.
III. Tukang kayu itu potong rumput di tepi pagar.
IV. Kerajaan Selangor terpaksa potong peruntukan untuk memperlebarkan jalan raya itu.
A. I dan II
B. II dan III
C. I,III dan IV
D. I, II, III dan IV

4)
I. Kerajaan Malaysia menggalakkan dasar buka pintu
II. “Tolong buka tingkap-tingkap itu,” pinta ibu
III. Pengacara itu buka peluang kepada para jemputan untuk mendendangkan lagu
IV. Ayah, buka pintu lalu menjemput Pak Kadir masuk
A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. I,II, III dan IV
5)
I. Harga ayam dijangka naik lagi pada akhir bulan Januari
II. Kanak-kanak itu naik ke atas pentas lalu menari
III. Badannya semakin naik semenjak tinggal di asrama
IV. Kamilah naik angin apabila diejek oleh rakan-rakannya
A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

6)
I. Bekas kuih itu diperbuat daripada plastik
II. Bekas tunang Zamri telahpun dipinang orang
III. Pemuda berpakaian compang-camping itu bekas banduan
IV. Bekas wakil rakyat kawasan Sungai Besar telah meninggal dunia petang semalam
A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

7)
I. Kuih bakar yang dibuat oleh kakak itu agar keras.
II. Almari antik itu diperbuat daripada kayu jenis keras
III. “Rambut pemuda itu kelihatan keras macam dawai,” kata ibu
IV. Karim berkeras untuk melanjutkan pelajarannya di universiti
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

8)
I. Madu lebah boleh merawat pelbagai penyakit
II. Kamisah menjadi madu Datin Rohani
III. “Madunya sering bertandang ke rumah Aliyah,” bisik ibu kepada Yati
IV. Azlina tidak gemar makan madu
A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

9)
I. “Cuaca agak terang hari ini,” kata Salleh.
II. “Beginilah caranya menganyam tikar,” terang Cikgu Dollah.
III. “Pemuda itu malu untuk berterus-terang akan hajatnya,” kata ayah.
IV. Kepala Cikgu Reduan kelihatan agak terang.
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV

10)
I. “Berat sungguh almari ini,” kata Omar.
II. Dia berat hati untuk meninggalkan ibunya yang sudah tua itu.
III. Badannya semakin memberat sejak kebelakangan ini.
IV. “Memang berat tugas kita kali ini,” kata Sarjan Leman kepada Koperal Jefri.
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

11)
I. Dia cuba mencari akal untuk melarikan diri dari rumah ibu tirinya.
II. Kamil hilang akal setelah perniagaannya gulung tikar.
III. Rancangan ‘Menduga Akal’ itu akan disertai oleh penyanyi-penyanyi popular.
IV. “Bertindaklah dengan menggunakan akal fikiran yang waras ,” kata Cikgu Rahim.
A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

12)
I. “Air kopi itu agak tawar rasanya” kata ibu.
II. Zailan tawar hati untuk meneruskan pengajiannya.
III. Peniaga dan pembeli itu kelihatan sedang tawar-menawar.
IV. Ramli tersenyum tawar ketika diusik rakan-rakannya.
A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

13)
I. “Bahagian tengah sungai itu agak dalam,” terang Rosli.
II. Dia menyimpan baju-baju itu dalam almari.
III. Harta karun itu tersembunyi di dalam gua.
IV. Ibu membeli pakaian dalam untuk adik.
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. I, II, III dan IV

14)
I. Manisah menjeling tajam ke arah Syakir ketika dipuji.
II. “Tajam sungguh pisau yang baru diasah itu,” kata ibu.
III. Sindiran ibu mertuanya itu sungguh tajam.
IV. “Lidah pendeta itu lebih tajam daripada pedang” kata Cikgu Jaafar.
A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

15)
I. Kehidupan ayah agak senang berbanding rakan-rakannya.
II. Pak Kadir senang hati ketika menerima kedatangan bakal menantunnya.
III. “Senang sungguh soalan Bahasa Melayu ini,” kata Bedah.
IV. Jalan yang akan kita lalui ini lebih senang, berbanding jalan di atas bukit itu,” terang
Kassim kepada rakan-rakannya.
A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Anda mungkin juga menyukai