Anda di halaman 1dari 1

More Next Blog» Create Blog Sign In

kehidupan asrama
Isnin, 15 Ogos 2016 Mengenai Saya

Reyxson Mopiin
Kelebihan tinggal di asrama Ikut 0

Sebelum ini saya sudah kongsikan tentang pengalaman saya tinggal di asrama. Sekarang saya Lihat profil lengkap saya
nak kongsikan pula apa kelebihan mereka yang tinggal di asrama. Sharing kali ini juga
berdasarkan pengalaman saya tinggal di asrama.
Arkib Blog
Terdapat banyak sebab kenapa pelajar-pelajar yang cemerlang lahir daripada pelajar hostel. Ini
antara sebab dan kelebihan di hostel; ▼ 2016 (2)
1.Masa yang teratur ▼ Ogos (2)
#Jadual di asrama telah di sediahkan oleh pihak pengurusan asrama. Oleh itu, setiap pelajar Kelebihan tinggal di asrama
dapat menggunakan masa yang ada secukupnya untuk menyeimbang kn masa study dan
kehidupan di asrama
bersukan serta aktiviti-aktiviti yang lain.
2.Peraturan yang konsisten
#Peraturan di asrama juga akan dapat mengajar setiap pelajar mengenai disiplin diri. Tidak
hairan lah kalau ramai pelajar dari asrama yang mendapat keputusan cemerlang di akhir
peperiksaan.
3.Belajar berdikari
#Para penghuni asrama juga secara tidak langsung akan dapat belajar berdikari terutamanya
dari segi pengurusan diri atau penampilan.
4.Dapat mengikuti aktiviti sekolah dengan muda.
#Jika dilihat dari segi kokurikulum juga, ramai pelajar asrama yang akan mendapat markah
kokurikulum yang tinggi. Hal ini kerana para pelajar asrama lebih aktif mengikuti aktiviti
kokurikulum yang diadakan disebabkan jarak asrama yang dekat dengan sekolah dan mudah
untuk dikunjungi.
5.Masa study yang cukup
#Para pelajar asrama juga akan ada masa yang cukup untuk mereka belajar. Tambahan pula,
mereka akan dapat belajar dengan lebih selesa dan tanpa gangguan.
6.study group
#Para penghuni asrama juga mudah untuk membentuk "study group" dikalangan mereka. "Study
group" adalah sangat penting untuk memudahkan mereka bertukar-tukar pendapat serta berbagi
ilmu.
7.Tuisyen
#Penghuni asrama juga mudah untuk mengikuti sebarang kelas tambahan yang diberikan oleh
guru mata pelajaran mereka. Berbanding mereka yang tinggal di luar asrama mungkin akan ada
banyak halangan yang menyebabkan mereka sukar untuk mengikuti tuisyen.
8.Peluang untuk belajar menjadi pemimpin
#Asrama juga merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk menonjolkan bakat serta
kelebihan kita terutamanya dari segi kepimpinan. Hal ini kerana tiap-tiap tahun pihak pengurusan
asrama akan melantik beberapa orang pelajar untuk menjadi ahli jawatankuasa (AJK) asrama.
Peluang ini boleh digunakan oleh pelajar untuk belajar memimpin sesuatu komuniti. Hal ini juga
secara langsung dapat menyumbang kepada markah kokurikulum pelajar.
9.Belajar menghormati
#Di asrama, para penghuninya terdiri daripada pelbagai latar belakang, agama dan bangsa serta
peraturan dan adat yang diwarisi daripada nenek moyang masing-masing. Oleh itu, para
pelajarnya berpeluang untuk berkongsi serta menghormati setiap agama dan adat rakan masing-
masing.
10.Membuat kerja sekolah dengan mudah
#Disebabkan para pelajar asrama yang ramai, maka setiap kerja sekolah yang diberikan oleh
guru menjadi mudah melalui perbincangan. Berbanding mereka yang di rumah, setiap soalan
terpaksa di jawap sendiri. Jika ada 10 soalan kerja sekolah, maka 10 soalan itu juga lah yang akan
dijawap sendiri. Tetapi, bagi mereka yang di asrama 10 saolan itu akan di jawap oleh ramai otak
sehinggakan soalan itu menjadi mudah.
Itu lah antara 10 kelebihan pelajar yang tinggal di asrama berbanding mereka yang tinggal di
rumah. Bagi saya, tinggal di asrama adalah lebih enjoy berbading di rumah yang terpaksa
mendengar leteran ibu bapa, gangguan adik-adik ketika study dan macam-macam lagi gangguan.
So, tinggal di asrama merupakan satu kelebihan bagi pelajar.

Dicatat oleh Reyxson Mopiin di 8:37 PG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Masukkan ulasan anda...

Ulas sebagai: Akaun Google

Terbitkan Pratonton

Laman utama Catatan Lama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.

Anda mungkin juga menyukai