Anda di halaman 1dari 2

Amalan hari2 10 zulhijjah:

Tidak ada suatu hari yang lebih agung disisi Allah dan tidak pula ada amalan yang lebih baik
dicintaiNya selain amal yang dikerjakan pada sepuluh awal bulan Dzulhijjah , maka perbanyakkanlah
padanya tahlil,takbir dan tahmid."

(Riwayat Ahmad)

Hari arafah adalah sebahagian dari 10 hari awal Dzulhijjah. Ia merupakan hari kebanggaan Islam, hari
pengampunan, hari terbebas dari siksaan neraka dan hari yang mempunyai kemuliaan tersendiri. Pada
malam hari arafah, Rasulullah akan berdoa untuk umatnya sehingga menangis-nangis.

Kita yang tidak mampu untuk menunaikan haji ada jugak amalan yang boleh kita lakukan. Jangan bagi
alasan kita tidak melakukan haji, jadi tak perlu buat apa-apa. Setiap amalan akan dihitungkan dengan
Allah. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Antara amalan yang kita boleh lakukan ialah :

1. Bertaubat dan memperbanyakkan istighfar. -Sekurang-kurangnya 70~100x sehari. Tak dapat buat
banyak macam itu, kita baca penghulu segala istighfar. Sekurang-kurangnya pagi sekali dan malam
sekali.

Daripada Abdullah bin Bisr bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

" Beruntunglah orang yang mendapati (di akhirat kelak) pada suratan amalnya istighfar yang banyak"

( Riwayat Ibnu Majah )

2. Memperbanyakkan zikrullah.(Tasbih,tahmid dan takbir. Bertahlil dan berdoa.)

Doa yang paling afdal ialah pada hari arafah.

Rasulullah s.a.w bersabda


"Sebaik-baik do'a adalah do'a pada hari 'Arafah dan sebaik-baik apa yang aku dan para Nabi
sebelumku katakan adalah :
(Tiada Ilah melainkan Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan
pujian dan Dialah Maha menguasai atas segala sesuatu) "

(Riwayat al-Tirmidzi).

3. Menjaga Ibadah Solat yang Fardhu dengan berjemaah dan memperbanyakkan solat-solat sunat.

4. Berpuasa. (Berpuasa dari 1~9 Dzulhijjah).

Hari-hari yang disukai Allah semua ada kelebihan, jadi 10 hari awal Dzulhijjah juga ada
kelebihan. (pada hari arafah (bagi yang menunaikan haji) dan hari raya haji tidak
digalakkan berpuasa.)

5. Membaca Al-Quran.

6. Melakukan ibadah korban. (ibadah korban adalah seafdal-afdal sedekah)

7. Bersedekah.

8. Qiyamullail. (memperbanyakkan solat sunat malam).

Daripada Bilal r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :


" Hendaklah kamu melaksanakan qiyamullail. Sesungguhnya ia adalah amalan para salihin sebelum
kamu, sesungguhnya qiyamullail itu alat mendekatkan diri kepada Allah, pencegah dari dosa,
penghapus bagi kejahatan dan penolak penyakit dari jasad "

(Riwayat al-Tirmidzi)

Anda mungkin juga menyukai