Anda di halaman 1dari 57

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

PENTAKSIRAN KERJA AMALI


KIMIA (PEKA KIMIA – 4541/4)

 PEKA bermaksud “Pentafsiran Kerja Amali” berasaskan sekolah;


dengan menggunakan pendekatan rujuk-kriteria.
 Pentaksiran PEKA mengukur tahap penguasaan pelajar bagi
sesuatu elemen (apa yang perlu dikembangkan dalam diri pelajar)
yang tidak dapat diukur dalam kertas 1 dan 2: Kemahiran saintifik
dan nilai murni.
 Pentaksiran PEKA dibuat secara berterusan (formatif), secara
individu, walaupun pelajar bekerja dalam kumpulan.
 Melalui PEKA, guru mengetahui tahap pencapaian kemahiran
tertentu pelajar, secara langsung.
 Di samping mempertingkatkan mutu pembelajaran, maklumat
daripada hasil penilaian PEKA digunakan bagi tujuan pensijilan.
 Matlamat PEKA: Melengkap serta mempertingkatkan proses p&p.
 Kronologi Perlaksanaan PEKA

1999 : PEKA diperkenal, menggantikan Kertas 3 (amali)


2002 : PEKA dihapuskan (ganti dengan Kertas 3 kembali).
Kertas 3 merupakan teori mengenai praktikal, mengan-
dungi 3 soalan: Soalan 1 wajib, manakala soalan 2 dan
3 adalah pilihan; dalam masa 1½ jam (25%). Kumpulan
pertama yang mengambil kertas ini adalah tahun 2003.
2003 : PEKA diperkenalkan kembali. Pencapaian pelajar dalam
PEKA Kimia dinilai mulai peperiksaan SPM 2004, melalui
kertas 4, iaitu Kimia 4.

 Format pentaksiran PEKA: Kesahan, kebolehpercayaan, keboleh-


laksanaan dan penjaminan kualiti, di samping keserasian / kerele-
vanan dengan kurikulum; merangkumi domain kognitif

1
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

(pengetahuan), psikomotor (kemahiran) dan afektif (nilai-nilai


murni).
Objektif PEKA
Bagi membolehkan pelajar:
- Menguasai kemahiran saintifik
- Memperkukuhkan teori dan konsep kimia
- Memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni

Ciri-ciri PEKA Kimia


i. Keserasian dengan kehendak kurikulum.
ii. Berpusatkan pelajar.
iii. Telus dan terbuka.
iv. Kebolehlaksanaan dan sistematik.
v. Pelbagai instrumen.
vi. Formatif dan berterusan.
vii. Mempunyai skor.
viii. Pelaporan positif.
ix. Pemantauan berterusan.

Pengoperasian PEKA Kimia

PEKA Kimia dijalankan mengikut prosedur berikut:


 Penataran
 Pelaksanaan
 Penyelarasan
 Pemantauan
 Pengesanan

1. Penataran PEKA Kimia

2
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Maksud penataran: Pendedahan kepada pihak yang terlibat


dengan PEKA Kimia – ie pentadbir sekolah, pemantau, guru dan
pelajar tentang perlaksanaan PEKA Kimia. Proses penataran
dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik, dengan tanggungjawab:
 Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) / Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN)
- Mengedarkan buku Panduan PEKA Kimia ke sekolah.
- Mengadakan penataran kepada sekolah dan guru kimia.
- Memastikan PEKA Kimia dilaksanakan.

 Pentadbir / Guru Kanan Sains


- Memastikan guru memperolehi buku panduan PEKA Kimia.
- Memastikan guru diberi penataran.
- Memastikan semua pelajar diberi taklimat.
- Memastikan sijil PEKA Kimia dilaksanakan.

 Guru Pentaksir
- Menyediakan Jadual Kerja Pentaksiran PEKA Kimia.
- Memberi taklimat PEKA Kimia kepada pelajar.
- Memaklumkan perkara yang hendak ditaksir kepada
pelajar.
- Mentaksir pelajar tingkatan empat mulai Januari hingga
November dan pelajar tingkatan lima dari Januari hingga
31 Julai.
- Merekodkan hasil pentaksiran dalam Borang Penskoran
PEKA Kimia.
- Menyediakan portfolio pentaksiran pelajar yang berpindah.
- Menyediakan semua fail yang berkaitan.
- Menyimpan semua dokumen di tempat yang selamat.
- Menyediakan sijil PEKA Kimia.

3
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

- Bekerjasama dengan pemantau dan penyelaras PEKA


Kimia.
- Menghantar Skor PEKA Kimia ke Lembaga Peperiksaan.

2. Perlaksanaan PEKA Kimia


PEKA Kimia dilaksana dengan melibatkan aspek pentadbiran
dan pentaksiran:
 Pentadbiran
o Pentadbiran merujuk kepada proses bagaimana PEKA
diurus dan dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.
o Proses pentadbiran dilaksana untuk memastikan perjala-
nan dan perlaksanaan proses pentaksiran berjalan dengan
lancar, secara berterusan.
o Proses pentadbiran dilaksanakan dengan cara berikut:
- Perancangan
- Penataran
- Perlaksanaan
- Pemantauan
- Pengesanan
- Laporan

 Pentaksiran
o Pentaksiran adalah proses mengukur tahap penguasaan
pelajar dengan merujuk kepada kriteria yang ditetapkan.
o Pentaksiran bertujuan mengesan tahap penguasaan
pelajar untuk penambahbaikan.
o Pentaksiran PEKA Kimia dirancang, ditadbir, diskor dan
dirumuskan di peringkat sekolah

3. Penyelarasan PEKA Kimia

4
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Penyelarasan PEKA Kimia dijalankan bagi tujuan untuk memasti-


kan keseragaman dari segi:
- Kefahaman terhadap peraturan penskoran.
- Penggunaan yang betul terhadqp peraturan penskoran.
- Pemberian skor yang betul bagi setiap pelajar.
Penyelarasan di peringkast sekolah dijalankan sebelum dan se-
lepas pentaksiran. Manakala, penyelarasan di peringkat pusat
dijalankan setelah pentaksiran dijalankan. Proses penyelarasan
dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan, dengan mengam-
bil kira tarikh-tarikh berikut:
- Tarikh mesyuarat penyelarasan
- Tarikh akhir pelajar menyiapkan tugasan
- Tarikh menyiapkan pentaksiran
- Tarikh penyerahan skor yang lengkap kepada Lembaga
Peperiksaan
- Tarikh pemberian sijil PEKA Kimia
Proses penyelarasan melibatkan dua pihak: Penyelaras pusat
(yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia) dan
penyelaras sekolah (Guru Kanan Sains / Ketua Panitia).

4. Pemantauan PEKA Kimia


Pemantauan: Proses untuk melihat dan memastikan program
PEKA Kimia dilaksana dan berjalan dengan lancar, mengikut
prosedur dan jadual yang ditetapkan.
Pemantau adalah pegawai yang diberi tauliah yang terdiri dari-
pada pemantau luar dan pemantau dalaman.

 Pemantau Luar
o Pegawai Lembaga Peperiksaan
o Jemaah Nazir Sekolah
o Pegawai Jabatan Pelajaran
o Pegawai Pelajaran Daerah / Bahagian
o Ketua Pentaksir Negeri
o Ketua Pentaksir Kawasan / Daerah

5
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

 Pemantau Dalaman
o Pengetua
o Penolong Kanan Akademik
o Guru Cemerlang
o Gura Kanan Mata Pelajaran Kimia
o Guru-guru yang dilantik oleh Pengetua
Proses pemantauan dijalankan mengikut kesesuaian. Jabatan
Pelajaran Negeri menentu dan memaklumkan tempoh dan jadual
pemantauan PEKA Kimia kepada sekolah.
Pemantauan dilaksanakan dengan cara berikut:
- Pembentukan Jawatankuasa Pemantauan peringkat negeri
- Mengadakan lawatan pemantauan
- Menjalankan proses pemantauan
- Membuat laporan pemantauan
- Mengadakan mesyuarat pasca pemantauan.

5. Pengesanan PEKA Kimia


 Pengesanan: Proses menilai program PEKA Kimia dari segi
pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta impaknya
kepada pendidikan.
 Tujuan pengesanan: Untuk penambahbaikan program PEKA.
Pengesanan dilaksanakan selepas satu kitaran lengkap
pengoperasian PEKA (ie sehingga sijil dikeluarkan). Pegawai
yang terlibat dalam pengesanan terdiri daripada Pegawai Lua-
ran (pegawai Lembaga Peperiksaan dan pegawai Kemente-
rian Pelajaran) dan Pegawai Dalaman (terdiri daripada pelajar
Institusi Pengajian Tinggi dan penyelidik).

Penjaminan Kualiti

PEKA Kimia berperanan sebagai mekanisme untuk memastikan


objektif mata pelajaran kimia dapat direalisasi dan menepati kualiti
yang dihasrat. Pensijilan akan dibuat dan dikeluarkan oleh sekolah

6
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

seiring dengan penghantaran skor PEKA Kimia ke Lembaga Peperik-


saan Malaysia.

Panduan Peka Kimia

Bahagian ini membincangkan aspek yang ditaksir dan kaedah yang


digunakan dalam proses pentaksiran PEKA Kimia.

1. Konstruk Yang Ditaksir


Konstruk yang hendak dikembangkan dalam diri pelajar diuji
dengan menggunakan empat instrumen pentaksiran, sebagai-
mana dalam Jadual 1. Instrumen yang diguna adalah berdasar-
kan kesesuaian instrumen untuk mentaksir konstruk tersebut.

Jadual 1: Taburan konstruk mengikut jenis instrumen pentaksiran

Instrmen Pentaksiran Konstruk Yang Ditaksir

Kertas 1 - 4541/1  Pengetahuan


(Kertas Objektif)  Kefahaman
 Kemahiran aplikasi
Kertas 2 - 4541/2  Pengetahuan
(Kertas Subjektif)  Kefahaman
 Kemahiran aplikasi
 Kemahiran menganalisis
 Kemahiran mensintesis

7
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Kertas 3 - 4541/3  Kemahiran proses sains


(Kertas Objektif)  Mengeksperimen

Kertas 4 - 4541/4  Mengeksperimen


(Kertas Objektif)
 Kemahiran manipulatif
 Sikap saintifik dan nilai murni

Berdasarkan konsep PEKA, bagi tujuan kemudahtadbiran, aspek


kemahiran mengeksperimen digabungjalin dengan kemahiran
manipulatif; manakala, sikap saintifik dan nilai murni yang ditaksir
adalah aspek yang benar-benar dapat diperhati, mudah tadbir
dan mudah tafsir sahaja yang diambil kira. Perkara ini ditera-
kan dalam jadual konstruk dan petunjuk prestasi.
PEKA Kimia ditaksir berdasarkan 5 konstruk berikut, sebagai-
mana yang dalam masing-masing Jadual 2 hingga Jadual 6:

Konstruk I: Merancang penyiasatan / eksperimen (KR)


Konstruk II: Menjalankan penyiasatan / eksperimen (KJ)
Konstruk III: Mengumpul dan merekod data (KD)
Konstruk IV: Mentafsir data dan membuat kesimpulan (KK)
Konstruk V: Sikap saintifik dan nilai murni (SSNM)

Jadual 2: Instrumen pentaksiran dan petunjuk prestasi bagi Konstruk


I - Merancang penyiasatan / eksperimen

INSTRUMEN PETUNJUK PRESTASI (PP)

Laporan amali PP 1
Mempamerkan perkara-perkara berikut dengan lengkap:
 Tujuan / Pernyataan masalah
 Menyatakan hipotesis / Mengenal pasti pemboleh ubah

8
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

 Senarai alat dan bahan


 Kaedah / Teknik / Rajah
 Cara data dikumpul

Jadual 3: Instrumen pentaksiran dan petunjuk prestasi bagi


Konstruk II - Menjalankan penyiasatan / eksperimen

INSTRUMEN PETUNJUK PRESTASI (PP)

Senarai se- Dapat menjalankan penyiasatan / eksperimen melalui:


mak dalam
Borang Skor PP 1
individu se- Boleh mengikuti Kaedah / Tujuan / Pernyataan masalah.
masa menja- PP 2
lankan pe- Boleh memilih alat radas / peralatan lain yang sesuai dan
nyiasatan / mencukupi.
eksperimen
PP 3
Boleh mengendalikan alat radas atau memasang (set up)
alat radas / peralatan lain dengan teknik yang betul.
PP 4
Boleh mengambil bahan dalam kuantiti yang sesuai dan
mengendalinya dengan betul.
PP 5
Boleh membersihkan alat radas / peralatan lain yang telah
digunakan dengan cara yang betul dan / atau boleh
menyimpan alat radas yang telah digunakan dengan betul
dan selamat.
PP 6
Boleh melupuskan bahan kimia dan sisa dengan cara yang
betul selepas menjalankan penyiasatan / eksperimen.

9
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Jadual 4: Instrumen pentaksiran dan petunjuk prestasi bagi


Konstruk III - Kemahiran mengumpul dan merekod data

INSTRUMEN PETUNJUK PRESTASI (PP)


/ EVIDENS

1. Laporan PP 1
amali
Boleh membina jadual yang mempunyai lajur dan baris
yang bertajuk dan berunit (jika ada) dengan betul / merekod
data / pemerhatian.

PP 2
Boleh melengkapkan pemboleh ubah yang dimanipulasi
dengan bilangan titik perpuluhan yang sesuai (jika ada) /
mengumpul data / pemerhatian dengan betul dan relevan.

PP 3
Boleh merekod data pemboleh ubah bergerak balas yang
diperolehi dengan bilangan titik perpuluhan dengan betul
(jika ada) / merekod data yang mencukupi / merekod
ulangan pemerhatian / data dengan situasi yang berbeza.

2. Folio / Skrap PP 1
Dapat mengumpul dan mempamerkan maklumat berdasar-
kan sumber dan kaedah yang betul.

PP 2
Dapat merekod kepelbagaian maklumat yang relevan.

10
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

PP 3
Maklumat yang direkod tepat dan jelas.

Jadual 5: Instrumen pentaksiran dan petunjuk prestasi bagi


Konstruk IV - Kemahiran mentafsir data dan membuat kesimpulan

INSTRUMEN PETUNJUK PRESTASI (PP)


/ EVIDENS

Laporan PP 1
amali / folio
Boleh membina *graf / cara lain dengan betul dan /
membuat pengiraan yang betul.

*Graf mengandungi perkara-perkara berikut:


 Tajuk graf
 Kedua-dua paksi berlabel dan berunit
 Skala seragam
 Sekurang-kurangnya 4 titik dipindah dengan betul
 Saiz graf melebihi 50% kertas graf
 Bentuk graf sesuai dengan eksperimen dan garis licin

Dapat mempamer bentuk komunikasi lain yang bersesu-


aian.

Contoh: Menulis persamaan kimia


 Formula bahan dan hasil ditulis betul
 Persamaan ditulis dengan seimbang

PP2
Boleh menyatakan perkaitan yang betul antara pemboleh
ubah bertepatan dengan pemerhatian / pengukuran.

Membuat inferens daripada graf / komunikasi lain.

11
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

PP3
Boleh membuat kesimpulan yang betul berdasarkan data /
pemerhatian yang betul.

Boleh menyatakan hipotesis diterima / ditolak berdasarkan


data / pemerhatian yang betul.

Jadual 6: Instrumen pentaksiran dan petunjuk prestasi bagi


Konstruk V - Sikap saintifik dan nilai murni

INSTRUMEN PETUNJUK PRESTASI (PP)


/ EVIDENS

Laporan PP 1
amali / folio
Sentiasa menunjukkan semangat ingin tahu yang ber-
terusan.

PP2
Boleh menjalankan eksperimen mengikut urutan dan teknik
yang betul / Boleh menjalankan kajian daripada sumber
maklumat yang betul.

PP3
Sentiasa jujur dalam merekod data dan / pemerhatian.

PP4
Boleh menyediakan laporan mengikut format yang ditetap-
kan dengan betul.

PP5
Sentiasa menunjukkan sikap bertanggungjawab ke atas
keselamatan diri dan orang lain.

12
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

PP6
Sentiasa mengamalkan sikap saling membantu dan ber-
toleransi semasa menjalankan eksperimen atau tugasan.

PP7
Berfikiran rasional.

2. IIlustrasi Pentaksiran
Penilaian PEKA Kimia dilaksanakan sepenuhnya di peringkat
sekolah - dirancang, ditadbir, diskor, dirumus dan dilapor, ber-
dasarkan kerangka yang ditetap dan dimoderatkan. Proses
penaksiran dipantau oleh pegawai LPM / JPN / PPD dan guru
yang dilantik.
 Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada segala
perancangan (pelajar, bila, kekerapan, siapa yang terlibat,
pemilihan / pembinaan instrumen, pembinaan skema pensko--
ran dsb) - dibuat oleh sekolah; berpandukan Panduan PEKA
Kimia.
 Ditadbir di peringkat sekolah: Usaha pengumpulan maklumat
penilaian diorganisasi dan dilaksanakan oleh mereka yang
terlibat secara langsung dengan pembelajaran seseorang
pelajar di sesebuah sekolah.
 Diskor di peringkat sekolah: Pemberian skor berdasarkan
skema penilaian yang dibina guru / penilai lain (eg guru, pela-
jar, rakan sepembelajaran, ibu bapa, dsb.). Meskipun pen-
skoran boleh dibuat oleh pelbagai pihak, tetapi guru bertang-
gungjawab merumuskan skor (kerana dia terlibat secara
langsung dengan pelajar).

 Dilaporkan di peringkat sekolah: Proses pengumpulan maklu-


mat dan merumus skor dilakukan guru yang mengajar bagi
mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Rumusan dibuat di
peringkat mikro dan makro, berdasarkan prinsip rumusan
yang ditetapkan dan peraturan penggredan yang dibina.

13
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

 Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada aspek kuantitatif


dan kualitatif penilian:
- Aspek kuantitatif merujuk kepada apa yang dinilai, ie ele-
men yang dihasrat akan dikembang dalam diri pelajar (se-
bagaimana dalam Jadual 1). Dengan itu semua sekolah
akan menumpukan kepada penilaian yang merujuk kepada
konstruk yang telah disenarai.
- Aspek kualitatif merujuk kepada di mana penilaian tersebut
didasarkan. Pencapaian pelajar berdasarkan kepada
kriteria yang telah ditetapkan dan contoh evidens yang
ditunjukkan oleh pelajar, seperti yang dicadang dalam Con-
toh Petunjuk Prestasi (sebagaimana dalam Jadual 2 - 6).
Dengan itu, semua sekolah menggunakan kriteria sama.
 Dimoderatkan: Usaha memastikan setiap pelajar dinilai ber-
dasarkan aspek-aspek kuantitatif dan kualitatif yang sama.
Usaha dibuat melalui pernyataan kriteria yang jelas, mekanis-
me penyelarasan dan pemantauan
PEKA Kimia mentaksir kemahiran saintifik (merancang eksperi-
men, menjalankan eksperimen, mengumpul dan merekod data,
mentafsir data dan membuat kesimpulan), sikap saintifik dan nilai
murni. Proses pentaksiran menggunakan pendekatan rujuk
kriteria; tanpa membandingkannya dengan prestasi pelajar lain.
Pentaksiran bermula selepas penataran kepada pegawai berkai-
tan, guru dan pelajar yang terlibat; berpandukan Peraturan Pen-
skoran. Skor yang diperolehi direkod dalam Borang Skor Indivi-
du (rujuk Lampiran 1). Apabila sesuatu kemahiran dikuasai,
rumusan ke atas skor dibuat untuk tujuan penggredan, pelapo-
ran, serta pensijilan. Sekiranya pelajar belum menguasai
sesuatu kemahiran yang ditaksir, pelajar tersebut diberi peluang
untuk ditaksir berulang kali. Gred yang diberi adalah sebagai
berikut:
- A untuk Cemerlang
- B untuk Kepujian
- C untuk Memuaskan
- D untuk Belum Mencapai Tahap Minimum

14
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Penjaminan kualiti: Tindakan terancang dan berterusan yang


dilaksana bagi memberi keyakinan yang mencukupi bahawa pro-
duk yang dilahirkan memenuhi keperluan kualiti yang dinyatakan.
Produk ialah individu; manakala, kualiti ialah ciri-ciri individu se-
bagaimana dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ilustrasi bagaimana proses pentaksiran PEKA Kimia dilaksana-


kan adalah sebagaimana dalam Rajah 1.

Rajah 1: Carta alir ilustrasi pentaksiran PEKA Kimia

Mula

Penataran

Perlaksanaan Pentaksiran

Perkara Yang Ditaksir

Peraturan Penskoran

Menskor & Merekod

Belum Menguasai
Skor

15
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Telah
Menguasai

Merumus

Penggredan

Pelaporan dan Pensijilan

3. Takrifan Beberapa Istilah Dalam PEKA Kimia

 Instrumen
Kaedah / mekanisma yang diguna untuk mendapatkan evi-
dens tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran
yang ditaksir.

 Evidens
Bukti yang dihasil / ditunjukkan pelajar dalam bentuk proses,
produk atau artifak yang boleh ditaksir.

 Artifak
Bahan kekal yang dihasilkan daripada aktiviti pelajar; eg,
model dan buku skrap.

 Buku skrap
Himpunan maklumat / foto / gambar / keratan akhbar /
spesimen / bahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
yang dikumpulkan dalam tempoh masa tertentu mengenai
sesuatu topik dan disusun dalam bentuk yang sistematik.

 Folio
Laporan kajian yang berformat mengenai sesuatu tugasan
yang diberikan oleh pentaksir.

 Laporan tugasan

16
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Laporan kajian / amali yang berformat mengenai sesuatu


tugasan penyiasatan yang diberikan.

4. Instrumen Pentaksiran PEKA Kimia

Dua jenis instrumen yang diguna dalam proses pentaksiran PEKA


Kimia: Tugasan amali dan projek (rujuk Jadual 7).

Jadual 7: Evidens, masa serta aspek yang ditaksir bagi setiap instrumen PEKA
Kimia

BILA APA YANG DITAKSIR


INSTRUMEN EVIDENS INSTRUMEN
DIGUNAKAN

Tugasan amali Laporan Semasa menja-  Merancang ekspe-


amali lankan amali. rimen
Laporan yang disedia-
kan oleh pelajar yang  Menjalankan eks-
mengandungi tujuan, perimen
hipotesis (jika ada),
pemboleh ubah (jika  Mengumpul dan
ada), alat radas dan ba- merekod data
han kimia, kaedah ke-
putusan, perbincangan  Mentafsir data dan
dan kesimpulan. membuat kesimpu-
lan
 Sikap saintifik dan
nilai murni.

Projek Folio, mo- Mengikut aktiviti  Sikap saintifik dan


del, buku yang dicadang- nilai murni.
Tugasan yang dilaksa-
skrap, la- kan oleh pentak-
nakan dalam jangka  Kemahiran saintifik
poran pro- sir.
masa tertentu melibat- (jika berkaitan).
jek.
kan proses merancang,
aktiviti mengutip data
atau maklumat, mem-
proses maklumat dan
membuat kesimpulan,

17
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

kemudian dipersembah-
kan dalam bentuk lapo-
ran.

Laporan amali perlu mengandungi perkara berikut:


 Tujuan eksperimen / pernyataan masalah
 Hipotesis (jika ada)
 Pemboleh ubah (jika ada) yang
- dimalar
- imanipulasi, dan
- bergerak balas
 Radas dan bahan (kimia)
 Kaedah / prosedur
 Data / pemerhatian
 Mantafsir data / perbincangan
 Kesimpulan.
Manakala, projek (folio) perlu mengandungi perkara berikut:
 Tajuk
 Latar belakang / pengenalan
 Objektif
 Jadual / data kajian / maklumat dalam pelbagai bentuk
 Perbincangan
 Kesimpulan
 Sumber rujukan.

5. Contoh Tugasan

i. Contoh Tugasan Amali Kimia


Contoh 1
Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk menentukan
takat lebur dan takat beku asetamida. Anda dikehendaki
menyediakan laporan amali bagi eksperimen itu. Laporan amali
anda mestilah mengandungi:

18
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

a. Tujuan eksperimen
b. Senarai alat radas dan bahan kimia
c. Kaedah / prosedur eksperimen
d. Gambar rajah susunan radas
e. Rekod pemerhatian / data
f. Tafsiran data / perbincangan
g. Kesimpulan
Semasa anda menjalankan tugasan amali, anda juga akan
ditaksir dari segi kemahiran menjalankan eksperimen, sikap
saintifik dan nilai murni. Laporan amali anda akan digunakan
untuk mentaksir kemahiran merancang eksperimen, mengumpul
dan merekod data, mentafsir data dan membuat kesimpulan.

Contoh 2
Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk mengkaji
kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar tindak balas. Anda
dikehendaki menyediakan laporan amali bagi eksperimen itu,
Laporan amali anda mestilah mengandungi:
a. Tujuan eksperimen / pernyataan masalah
b. Hipotesis
c. Semua pemboleh ubah yang terlibat: Dimanipulasi, bergerak
balas dan dimalar
d. Senarai alat radas dan bahan kimia
e. Kaedah / prosedur eksperimen
f. Gambar rajah susunan radas
g. Rekod pemerhatian / data
h. Tafsiran data / perbincangan
i. Kesimpulan
Semasa anda menjalankan tugasan amali, anda juga akan
ditaksir dari segi kemahiran menjalankan eksperimen, sikap
saintifik dan nilai murni. Laporan amali anda akan digunakan
untuk mentaksir kemahiran merancang eksperimen, mengumpul
dan merekod data, mentafsir data dan membuat kesimpulan.

ii. Contoh Tugasan Folio

19
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Anda dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai


sumber. Di akhir proses pengumpulan maklumat, anda
dikehendaki menyediakan laporan berbentuk folio. Folio anda
mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:
a. Tajuk
b. Pengenalan / latar belakang
c. Objektif
d. Dapatan maklumat
e. Perbincangan
f. Kesimpulan
g. Sumber rujukan

Catatan: Muka depan portfolio hendaklah dibuat sebagaimana


dalam Lampiran 2.
6. Kaedah Mentaksir
1. Pentaksiran PEKA Kimia dijalankan sebelum, semasa dan
selepas proses pengajaran-pembelajaran; dengan melibatkan
perkara-perkara berikut:
i. Merancang eksperimen
ii. Menjalankan eksperimen
iii. Mengumpul dan merekod data
iv. Mentafsir data dan membuat kesimpulan
v. Sikap saintifik dan nilai murni
2. Guru boleh mentaksir satu sahaja kemahiran terhadap beberapa
pelajar atau beberapa kemahiran terhadap beberapa pelajar
atau keseluruhan pelajar dalam satu kelas sekiranya pentaksiran
boleh dikendalikan dengan baik.
3. Pentaksiran kemahiran sikap saintifik dan nilai murni boleh
dilakukan serentak dengan mana-mana pentaksiran kemahiran
yang lain.
4. Hasil tugasan pelajar disemak, diskor, direkod dan dimaklumkan
kepada pelajar.
5. Semua pelajar mesti mengemukakan evidens yang lengkap
apabila diminta dan disimpan oleh pentaksir dalam portfolio
pelajar.

20
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

6. Pelajar yang belum menguasai perkara yang ditaksir akan


mengambil aktiviti pentaksiran ulangan pada tugasan lain yang
ditetapkan.
7. Semua pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk
memperolehi sesuatu kemahiran sebelum pentaksiran dijalan.
8. Pentaksiran dijalankan sekurang-kurangnya dua kali di tingkatan
empat bermula pada bulan Januari hingga September dan dua
kali di tingkatan lima bermula pada bulan Januari hingga 31
Julai.

7. Kaedah Menskor Respons Pelajar


Skor diberi kepada petunjuk prestasi (PP) yang terdapat dalam
Jadual Peraturan Penskoran, sebagaimana dalam Jadual 8.

Jadual 8: Peraturan penskoran berasaskan pencapaian petunjuk prestasi (PP)

Konstruk Intrument Skor Pencapaian Catatan


Yang / Evidens
Ditaksir 3 2 1

Merancang Laporan amali Menyenaraikan Menyenaraikan Menyenaraikan Rujuk PP


penyiasatan / semua 5 per- ≥ 3 perkara da- ≥ 2 perkara da- dalam Ja-
eksperimen kara dalam PP lam PP dengan lam PP dengan dual 2, mu-
dengan leng- lengkap. lengkap. ka surat 8.
kap.

Menjalankan Senarai se- Memenuhi ≥ 4 Memenuhi ≥ 3 Memenuhi ≥ 2 Rujuk PP


penyiasatan / mak dalam PP PP PP dalam Ja-
eksperimen Borang Skor dual 3, mu-
Individu se- ka surat 9.
masa men-
jalankan pe-
nyiasatan /
eksperimen.

Kemahiran 1. Laporan Memenuhi Memenuhi 2 Memenuhi 1 Rujuk PP


mengumpul amali semua PP PP PP dalam Ja-

21
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

dan merekod 2. Folio / skrap dual 4, mu-


data ka surat 10.

Kemahiran Laporan amali Memenuhi Memenuhi 2 Memenuhi 2 Rujuk PP


mentafsir / folio semua PP PP PP dalam Ja-
data dan dual 5, mu-
membuat ka surat 11.
kesimpulan

Sikap saintifik Folio / lapo- Memenuhi ≥ 6 Memenuhi ≥ 4 Memenuhi ≥ 3 Rujuk PP


dan nilai ran amali PP PP PP dalam Ja-
murni dual 6, mu-
ka surat 12

Sebagai panduan, berikut diberikan contoh bagaimana sesuatu


evidens diskor oleh pelajar bagi setiap konstruk.

7.1 Kaedah Menskor Kemahiran Merancang Penyiasatan /


Eksperimen (Kostruk I)
Cara menskor kemahiran merancang eksperimen:

Guru menandakan laporan amali kimia dengan


merujuk kepada Petunjuk Prestasi

Guru menyemak dan menanda (√) perkara-perkara dalam Petunjuk


Prestasi yang dikuasai oleh murid pada laporan amali pelajar

Guru menjumlah tanda (√) yang diperolehi oleh pelajar

Guru menulis skor murid dalam Borang Skor Individu (BSI)

Contoh pelajar yang mendapat skor 3:


Tujuan : Mengkaji kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar
tindak balas

22
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Pemboleh ubah : Jumlah luas permukaan kalsium karbonat


yang dimanipula-
si
Pemboleh ubah : Isipadu gas karbon dioksida per unit masa / Kadar tindak
yang bergerak balas
balas
Pemboleh ubah : Suhu, kuantiti dan kepekatan asid hidroklorik, jisim kalsium
yang dimalar karbonat
Hipotesis : Semakin besar jumlah luas permukaan kalsium karbonat,
semakin tinggi kadar tindak balas
Radas : Kelalang kon 100 cm3, buret, besen, penyumbat getah,
salur penghantar, selinder penyukat dan jam randik
Bahan : Ketulan kecil kalsium karbonat dan ketulan besar kalsium
karbonat, asid hidroklorik 0.2 mol dm-3
Rajah :

Kaedah / Prosedur:

1. Air diisikan ke dalam buret dan ditelangkupkan ke dalam besen berisi air
seperti dalam rajah.
2. Bacaan awal buret dicatatkan.

23
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

3. 5 g ketulan kecil kalsium karbonat ditimbang dan dimasukkan ke dalam


kelalang kon.
4. Dengan menggunakan selinder penyukat, 50 cm 3 asid hidroklorik cair disukat
dan dimasukkan ke dalam kelalang kon.
5. Dengan segera, kelalang kon ditutup dengan penyumbat bersalur kaca yang
telah dipasangkan dengan salur getah.
6. Kelalang kon digoncang dan jam randik dimulakan.
7. Bacaan buret bagi gas karbon dioksida yang dibebas pada setiap sela masa
30 saat dicatatkan sehingga tiada gas dibebaskan.
8. Langkah 1 hingga 7 diulang dengan menggantikan ketulan kecil dengan
ketulan besar kalsium karbonat.
9. Graf isipadu gas karbon dioksida melawan masa diplot bagi kedua-dua
tindak balas pada kertas graf yang sama.

Contoh pelajar yang mendapat skor 2:

Tujuan : Mengkaji kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar


tindak balas

Pemboleh ubah : Kadar tindak balas


yang dimanipula- Kesilapan menulis
si
pemboleh ubah
Pemboleh ubah : Jumlah luas permukaan
yang bergerak
balas

Pemboleh ubah : Suhu, kuantiti dan kepekatan


yang dimalar asid hidroklorik, jisim kalsium
karbonat

Hipotesis : Semakin tinggi kadar tindak Kesilapan


Balas, semakin besar jumlah menulis
Luas permukaan kalsium kar- hipotesis
bonat

Radas : Kelalang kon 100 cm3, buret, besen, penyumbat getah,


salur penghantar, selinder penyukat dan jam randik
Bahan : Ketulan kecil kalsium karbonat dan ketulan besar kalsium
karbonat, asid hidroklorik 0.2 mol dm-3
Rajah :

24
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Kaedah / Prosedur:
1. Air diisikan ke dalam buret dan ditelangkupkan ke dalam besen berisi air
seperti dalam rajah.
2. Bacaan awal buret dicatatkan.
3. 5 g ketulan kecil kalsium karbonat ditimbang dan dimasukkan ke dalam
kelalang kon.
4. Dengan menggunakan selinder penyukat, 50 cm 3 asid hidroklorik cair disukat
dan dimasukkan ke dalam kelalang kon.
5. Dengan segera, kelalang kon ditutup dengan penyumbat bersalur kaca yang
telah dipasangkan dengan salur getah.
6. Kelalang kon digoncang dan jam randik dimulakan.
7. Bacaan buret bagi gas karbon dioksida yang dibebas pada setiap sela masa
30 saat dicatatkan sehingga tiada gas dibebaskan.
8. Langkah 1 hingga 7 diulang dengan menggantikan ketulan kecil dengan
ketulan besar kalsium karbonat.
9. Graf isipadu gas karbon dioksida melawan masa diplot bagi kedua-dua
tindak balas pada kertas graf yang sama.

Contoh pelajar yang mendapat skor 1:

Tujuan : Mengkaji kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar


tindak balas
Pemboleh ubah : Kadar tindak balas
yang dimanipula- Kesilapan menulis
si
pemboleh ubah

Pemboleh ubah : Jumlah luas permukaan


bergerak balas

25
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Pemboleh ubah : Suhu, kuantiti dan kepekatan


yang dimalar asid hidroklorik, jisim kalsium
karbonat

Hipotesis : Semakin tinggi kadar tindak balas, Kesilapan


semakin besar jumlah luas permukaan menulis
kalsium karbonat hipotesis

Radas : Kelalang kon, buret, besen,


penyumbat getah, salur peng- - Tidak menulis
hantar, selinder penyukat dan spesifikasi ke-
jam randik lalang kon
Bahan : Ketulan kecil kalsium karbonat - Nilai kepekatan
dan ketulan besar kalsium kar- asid hidroklorik
bonat, asid hidroklorik tidak dinyatakan
Rajah :

Kaedah / Prosedur:

1. Air diisikan ke dalam buret dan ditelangkupkan ke dalam besen berisi air
seperti dalam rajah.
2. Bacaan awal buret dicatatkan.
3. 5 g ketulan kecil kalsium karbonat ditimbang dan dimasukkan ke dalam
kelalang kon.

26
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

4. Dengan menggunakan selinder penyukat, 50 cm 3 asid hidroklorik cair disukat


dan dimasukkan ke dalam kelalang kon.
5. Dengan segera, kelalang kon ditutup dengan penyumbat bersalur kaca yang
telah dipasangkan dengan salur getah.
6. Kelalang kon digoncang dan jam randik dimulakan.
7. Bacaan buret bagi gas karbon dioksida yang dibebas pada setiap sela masa
30 saat dicatatkan sehingga tiada gas dibebaskan.
8. Langkah 1 hingga 7 diulang dengan menggantikan ketulan kecil dengan
ketulan besar kalsium karbonat.
9. Graf isipadu gas karbon dioksida melawan masa diplot bagi kedua-dua
tindak balas pada kertas graf yang sama.

7.2 Kaedah Menskor Kemahiran Menjalankan Penyiasatan / Ekspe-rimen


(Kostruk 2)

Cara menskor kemahiran menjalankan eksperimen adalah seperti berikut:

Guru mentaksir satu kumpulan pelajar yang telah diberitahu


apa yang hendak ditaksir

Guru memberi arahan kepada pelajar untuk mengambil alat


radas / peralatan, bahan yang sesuai dan mencukupi

Guru memerhatikan pelajar yang ditaksir semasa


penyiasatan / eksperimen dijalankan

Guru menanda (√) Petunjuk Prestasi dan memberi skor


Kepada pelajar dalam Borang Skor Individu (BSI)

27
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

 Mana-mana pelajar yang memperolehi seku-


rang-kurangnya 4 Petunjuk Prestasi yang betul
mendapat skor 3.

 Mana-mana pelajar yang memperolehi seku-


rang-kurangnya 3 Petunjuk Prestasi yang betul
mendapat skor 2.

 Mana-mana pelajar yang memperolehi seku-


rang-kurangnya 1 Petunjuk Prestasi yang betul
mendapat skor 1.

7.3 Kaedah Menskor Kemahiran Mengumpul dan


Merekod Data (Kostruk 3)

Contoh keputusan eksperimen mengkaji kesan jumlah luas


permukaan ke atas kadar tindak balas adalah seperti berikut:

Contoh skor 3:

Masa Bacaan buret (cm3) Isipadu gas (cm3)


(saat) Ketulan Kecil Ketulan besar Ketulan Kecil Ketulan besar

0 46.00 44.00 0.00 0.00


30 41.00 39.00 5.00 5.00
60 27.50 37.50 18.50 6.50
90 19.00 34.00 27.00 10.00
120 15.00 30.50 31.00 13.50
150 12.00 37.50 34.00 16.50
180 10.00 24.00 36.00 20.00
210 9.00 21.00 37.00 23.00
240 7.50 18.00 38.50 26.00
270 7.00 15.50 39.00 28.50
300 6.50 13.00 39.50 31.00
330 6.00 10.50 40.00 33.50
360 5.50 8.00 40.50 36.00
390 5.00 7.00 41.00 37.00
420 4.50 4.50 41.50 39.50
450 4.50 2.50 41.50 41.50

28
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

480 4.50 2.50 41.50 41.50

Contoh skor 2: ** Kesalahan - Unit bagi isipadu tidak dinyatakan

Masa Bacaan buret Isipadu gas


(saat) Ketulan Kecil Ketulan besar Ketulan Kecil Ketulan besar
0 46.00 44.00 0.00 0.00
30 41.00 39.00 5.00 5.00
60 27.50 37.50 18.50 6.50
90 19.00 34.00 27.00 10.00
120 15.00 30.50 31.00 13.50
150 12.00 37.50 34.00 16.50
180 10.00 24.00 36.00 20.00
210 9.00 21.00 37.00 23.00
240 7.50 18.00 38.50 26.00
270 7.00 15.50 39.00 28.50
300 6.50 13.00 39.50 31.00
330 6.00 10.50 40.00 33.50
360 5.50 8.00 40.50 36.00
390 5.00 7.00 41.00 37.00
420 4.50 4.50 41.50 39.50
450 4.50 2.50 41.50 41.50
480 4.50 2.50 41.50 41.50

Contoh skor 1: ** Kesalahan - Unit bagi isipadu tidak dinyatakan & Bacaan
buret tidak direkodkan kepada 2 tempat perpuluhan

Masa Bacaan buret Isipadu gas


(saat) Ketulan Kecil Ketulan besar Ketulan Kecil Ketulan besar
0 46.0 44.0 0.0 0.0
30 41.0 39.0 5.0 5.0
60 27.5 37.5 18.5 6.5
90 19.0 34.0 27.0 10.0
120 15.0 30.5 31.0 13.5
150 12.0 37.5 34.0 16.5
180 10.0 24.0 36.0 20.0
210 9.0 21.0 37.0 23.0
240 7.5 18.0 38.5 26.0
270 7.0 15.5 39.0 28.5
300 6.5 13.0 39.5 31.0

29
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

330 6.0 10.5 40.0 33.5


360 5.5 8.0 40.5 36.0
390 5.0 7.0 41.0 37.0
420 4.5 4.5 41.5 39.5
450 4.5 2.5 41.5 41.5
480 4.5 2.5 41.5 41.5
7.4 Kaedah Menskor Kemahiran Mentafsir Data dan
Membuat Kesim-pulan (Kostruk 4)

Berikut diberi contoh menskor maklumat daripada data dalam


konstruk 3 yang ditafsir dengan cara melukis graf, seterusnya dibuat
kesimpulan terhadap eksperimen yang dijalankan (iaitu, mengkaji
kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar tindak balas).

Contoh skor 3:

(RUJUK GRAF MUKA SURAT 333)

Perbincangan / mentafsir data


Berdasarkan graf yang dilukis, ketulan kecil menghasilkan kecerunan
awal graf yang lebih tinggi. Oleh itu lebih kecil saiz zarah lebih tinggi
kadar awal tindak balas.
[PP 2}

Kesimpulan
Hipotesis diterima // Kadar tindak balas lebih tinggi jika jumlah luas
permukaan kalsium karbonat lebih besar.
[PP 3}

Contoh skor 2:

Seperti graf yang dilampirkan.


[PP 1] Rujuk graf jumlah isipadu gas
karbon dioksida melawan masa
pada muka surat 333

Perbincangan / mentafsir data

30
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Berdasarkan graf yang dilukis, ketulan besar menghasilkan


kecerunan graf yang lebih tinggi. Oleh itu lebih besar saiz zarah
lebih tinggi kadar awal tindak balas

X [PP 2]
Kesimpulan
Hipotesis diterima // Kadar tindak balas lebih tinggi jika jumlah luas
permukaan kalsium karbonat lebin besar.
[PP 3]

Contoh skor 1:

Seperti graf yang dilampirkan.


[PP 1] Rujuk graf jumlah isipadu gas
karbon dioksida melawan masa
pada muka surat 333

Perbincangan / mentafsir data


Berdasarkan graf yang dilukis, ketulan besar menghasilkan
kecerunan graf yang lebih tinggi. Oleh itu lebih besar saiz zarah
lebih tinggi kadar awal tindak balas

X [PP 2]
Kesimpulan
Kadar tindak balas lebih tinggi jika jumlah luas permukaan kalsium
karbonat lebih kecil.

X [PP 3]

31
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

7.5 Kaedah Menskor Sikap Saintifik dan Nilai Murni


(Kostruk 5)
Instrumen: Amali Kimia

Tajuk: Mengkaji kesan jumlah luas permukaan kalsium karbonat ke


atas kadar tindak balas

Sikap Saintifik dan Nilai Murni Petunjuk Prestasi

Pemerhatian Guru:
Pelajar kerap bertanya atau membuat perbincangan PP1
dengan rakan atau guru semasa menjalankan (ingin tahu)
eksperimen.
Pelajar memasukkan kalsium karbonat ke dalam PP2
kelalang kon diikuti dengan asid hidroklorik cair. (urutan dan teknik)
Pelajar mengambil bacaan buret dan mencatat dalam PP3
jadual. (jujur merekod)
Laporan amali pelajar didapati memenuhi format yang PP4
ditetapkan. (format laporan)
Pelajar sentiasa mematuhi arahan makmal dan PP5
mengikuti prosedur makmal. (bertanggungjawab
atas keselamatan
diri dan orang lain)
Pelajar mengambil bacaan buret dan memaklumkan PP6
kepada rakannya untuk dicatatkan dalam jadual. (saling membantu)
Apabila melakukan kesilapan pelajar dapat menerima PP7
teguran guru. (rasional dan luwes)

Nota:
Skor 3 diberi apabila pelajar mempamerkan sekurang-kurangnya 6 PP
Skor 2 diberi apabila pelajar mempamerkan sekurang-kurangnya 4 PP
Skor 1 diberi apabila pelajar mempamerkan sekurang-kurangnya 3 PP

32
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

8 Kaeadah Menskor Respons Pelajar - Instrumen:


Folio

TAJUK: UBAT-UBATAN
1.0 PENGENALAN
Ubat amat penting dalam kehidupan kita untuk merawat pelbagai
jenis penyakit. Ubat ialah bahan kimia yang berupaya
mempengaruhi organisma hidup daripada segi menghasilkan
perubahan biokimia dan fisiologi kepada tisu serta organ dan
seterusnya mengakibatkan perubahan kepada fungsi tuhuh.
Ubat terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ubat tradisional dan
ubat moden.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Membuat perbandingan antara ubat tradisional dengan ubat
moden.
2.2 Mengkaji jenis-jenis ubat dan penggunaannya dalam
penyembuhan penyakit.
2.3 Mengkaji kesan sampingan ubat akibat daripada dos yang
berlebihan.

3.0 DAPATAN MAKLUMAT


3.1 Ubat Tradisional
Ubat yang diperolehi daripada sumber semula jadi tanpa
diproses secara kimia seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan
atau mineral. Keberkesanan ubat tradisional ini bergan-
tung kepada kepercayaan dan amalan tanpa bukti saintifik.
Ubat tradisional biasanya disedia dengan mencampurkan
beberapa jenis tumbuhan dengan bahagian tumbuhan
yang tertentu seperti akar, batang, bunga, pucuk dan daun.
Campuran ini biasanya direbus dan air rebusannya dimi-
num. Bahagian tumbuhannya boleh digosok dan kemu-
dian bahagian yang digosok itu disapu pada bahagian yang

33
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

sakit. Dos yang betul perlu ditentukan kerana dos yang


berlebihan mungkin mendatangkan kesan sampingan.
Berikut adalah beberapa contoh ubat tradisional dan
penggunaannya

Ubat Tradisional Penggunaan

Rumput serani Sejenis tumbuhan yang digunakan untuk


merawat gigitan binatang berbisa,
keracunan, lelah dan batuk kering.
Ginseng Akar tumbuhan tertentu yang digunakan
untuk menyegar dan menguatkan badan.
Lidah buaya Jus dan gel daripada daun lidah buaya
disapu untuk mengubati luka, kulit
melecur atau kegatalan kulit.
Pudina Diguna untuk menaikkan suhu badan dan
seterusnya menyebabkan badan berpe-
luh.
Bawang putih Bersifat antibiotik dan digunakan untuk
merawat luka, mencegah serangan asma
serta jangkitan selsema dan merendah-
kan tekanan darah tinggi.
Halia Melegakan penyakit sengal-sengal teruta-
manya di kalangan orang tua, memanas-
kan badan untuk mencegah serangan
selsema dan menghilangkan angin dalam
badan.
Kuinina Untuk merawat penyakit malaria.
Ubat kokaina Digunakan sebagai ubat bius

3.2 Ubat Moden


Kebanyakan ubat moden yang dihasilkan hari ini berasal
daripada tumbuhan dan mikro-organisma. Kemajuan yang
pesat dalam penyelidikan dan pembangunan ubat terma-
suk teknik baru seperti bioteknologi dan kejuruteraan gene-

34
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

tik membantu dalam mengubati penyakit seperti kanser,


alzheimer dan sebagainya.

Ubat moden ialah bahan kimia yang dihasilkan dengan


menyediakan sebatian yang mempunyai struktur molekul
aktif dalam sesuatu ubat tradisional. Beberapa jenis ubat
moden adalah seperti dalam jadual berikut.

Jenis Ubat Contoh

Analgesik Aspirin, parasetamol, kodeina.

Antibiotik Penisilin, streptomisin.

Ubat Stimulan, antidepresan, antipsikotik,


psikoteraputik trankuilizer.

Ubat yang lain Hormon, steroid.

3.2.1 Analgesik
Analgesik ialah ubat yang membolehkan pesakit
tidak merasai kesakitan walaupun masih berada
dalam keadaan sedar. Beberapa contoh ubat
analgesik dan penggunaannya adalah seperti
dalam jadual berikut.

Contoh Analgesik Penggnaan

Asperin Menghilangkan kesakitan, meredakan


demam dan merawat penyakit arthritis.

Parasetamol Menghilangkan kesakitan dan demam,


menggantikan aspirin bagi kanak-
kanak.

Kodeina Menghilangkan sakit kepala dan batuk

35
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

3.2.2 Antibiotik
Antibiotik ialah bahan kimia yang dihasilkan oleh mikro-
organisma seperti kulat dan bakteria. Ia bertindak
membunuh atau menghalang pembiakan bakteria yang
menyebabkan penyakit. Beberapa contoh ubat antibiotik
dan penggunaannya adalah seperti dalam jadual berikut.

Contoh Antibiotik Penggunaan

Penisilin Merawat penyakit kulit, antraks,


peneumonia, meningitis, gonorhea dan
siflis.
Streptomisin Merawat jangkitan urinari, tuberculosis
(tibi), pneumonia dan disentri.

3.2.3 Psikoteraputik / Psikiatri


Ubat psikoteraputik / psikioatri digunakan untuk merawat
pesakit jiwa dengan bertindak secara langsung terhadap
otak dan sistem saraf. Beberapa contoh ubah psiko-
teraputik / sikiatri dan penggunaannya adalah seperti dalam
jadual berikut.

Ubat Psikoteraputik Fungsi

Stimulan Meningkatkan kegiatan otak dan badan


pesakit. Merangsang perasaan pesakit
(Contoh: Amfetamin,
psikiarik supaya terasa yakin terhadap
Dekstroamfetamin)
diri sendiri, bertenaga dan cergas.
Antidepresan Mengawal keadaan kemurungan pesa-
kit. eg, kebimbangan dan ketegangan
(Contoh: Barbiturat
yang berterusan, panik akibat tekanan
dan Trankuilizer)
dan punca psikologi yang lain.
Antipsikotik Merawat gejala penyakit psikotik yang
disebut skizofrenia. Pesakit tidak dapat
(Contoh: Klozapin,
mentafsirkan realiti dengan tepat, mem-
Kloropromazin dan

36
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Haloperidol). punyai pemikiran dan pemutusan yang


tidak logik, tidak mampu mengkomuni-
kasikan idea dan menyisih daripada
masyarakat.

3.2.4 Ubat Moden Lain


Ubat moden lain adalah seperti hormon dan steroid.
Hormon ialah bahan organik yang dihasilkan oleh
kelenjar endokrin manusia untuk mengawal proses
fisiologi dan homeostasis. Ia digunakan untuk
merawat penyakit yang disebabkan kekurangan
hormon dalam badan.
Steroid ialah sebatian lipid semula jadi. Beberapa
jenis hormon dan alkohol yang dikenal sebagai ste-
rol merupakan sebatian steroid. Sebatian steroid
yang digunakan dalam bidang perubatan boleh di-
kategorikan kepada steroid anabolik dan korteko-
steroid. Beberapa contoh hormon dan steroid serta
penggunaanya adalah seperti dalam jadual berikut.

Jenis Contoh Penggunaan

Hormon Insulin Merawat penyakit kencing


manis.

Steroid Metandrostenolone Merawat beberapa pe-


nyakit yang serius seperti
Anabolik Testoteronpropionat
AIDS dan kanser. Men-
egah kehilangan otot
pesakit.

Kortikos- Kortison Merawat penyakit asma


teroid dan artritis rheumatoid
Prednison
(sendi tulang menjadi
bengkak, sakit dan ke-
jang). Bersifat antiinfla-
masi.

4.0 PERBINCANGAN

37
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Ramai orang membuat andaian bahawa kesihatan dapat


dipulihkan dan dipelihara dengan memakan ubat. Andaian ini
menyebabkan ramai orang terlalu bergantung pada ubat atau
menyalahgunakan ubat. Ini juga boleh menyebabkan terdedah
kepada bahaya ubat. Pengambilan ubat dalam dos yang
rendah adalah paling baik; manakala, ubat yang diambil dalam
dos yang tinggi adalah beracun. Tiada ubat yang betul-betul
selamat jika tidak digunakan dengan betul. Setiap ubat akan
mendatangkan bahaya yang berlainan terhadap penggunanya.
kut arahan doktor atau cara penggunaan ubat yang dinyatakan
pada botol ubat apabila menggunakannya. Penyalahgunaan
ubat akan menjejaskan kesihatan kita daripada segi kesan
sampingan yang buruk atau penagihan.
Perkara berikut perlu diberi perhatian semasa menggunakan
ubat:
- Kekerapan pengambilan ubat
- Tempoh masa
- Ubat lain perlu dielak
- Tindakan terlupa

5.0 KESIMPULAN
Seseorang pesakit boleh mengambil ubat tradisional atau ubat
moden dalam dos yang bersesuaian. Kesan sampingan akan
timbul jika ubat diambil dalam dos yang berlebihan.

6.0 SUMBER RUJUKAN


McLean, J. (1996). Chemistry. England: Addison Wesley
Longman Limited.
Laman Web http:/www.asianhealth.com

Petunjuk Skor
Prestasi (PP)
PP 1 √
PP 2 √
PP 3 √
PP 4 √ 3
PP 5

38
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

PP 6 √
PP 7 √

Kaedah Merekod

Skor pentaksiran setiap konstruk yang ditaksir direkod dalam Borang


Skor Individu (BSI), sebagaimana dalam Jadual 10 (Rujuk juga
Lampiran 2).

Prosedur Mengurus Borang Skor Individu (BSI)

 Pengurusan Umum
o Borang Skor Individu merekod skor semasa pentaksiran
dijalankan di atas perkara yang ditaksir.
o Gred diberi selepas selesai pentaksiran
o Borang ini digunakan oleh pelajar, pentaksir dan pemantau.
o Borang ini hendaklah diisi dalam dua salinan:
- Salina asal - disimpan dalam portfolio pelajar
- Salinan kedua - disimpan oleh pentaksir
o Sekiranya pelajar berpindah sekolah, satu salinan BSI yang
dikemaskini hendaklah disertakan bersama surat pindah.
o Semua BSI hendaklah ditandatangani oleh pentaksir dan di-
sahkan oleh Pengetua pada akhir tempoh pentaksiran.

 Cara Mengisi Borang Skor Individu oleh Pentaksir


o Tandakan (√) pada lajur petunjuk prestasi yang berkenaan
apabila pelajar telah menguasai petunjuk prestasi itu.
o Isikan angka 3, 2, atau 1 pada lajur skor merujuk kepada
peraturan penskoran.
o Jumlah 3 skor tertinggi diisi dalam ruang berkenaan.

39
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

o Gred A, B, C dan D atau X diisi dalam ruang berkenaan


merujuk kepada jadual penggredan. Pindahkan gred A, B,
C, D atau X ke dalam Borang Gred Individu (BGI),
sebagaimana dalam Jadual 11.

Jadual 11: Jadual penggredan

Gred Jumlah Skor Penerangan Gred

A 8, 9 Mencapai tahap cemerlang

B 5, 6, 7 Mencapai tahap kepujian

C 3, 4 Mencapai tahap memuaskan

D 1, 2 Belum mencapai tahap minimum

X T. H. Tidak hadir

11. Kaedah Merumus Skor


Pentaksiran dijalankan sekurang-kurangnya 2 eksperimen di
tingkatan empat dan 2 eksperimen di tingkatan lima. Rumus
skor bagi setiap perkara yang ditaksir diambil daripada jumlah
tiga skor yang tetinggi. Gred diberi berdasarkan Jadual
Penggredan.
Gred pencapaian pelajar dilakukan di akhir pentaksiran di
tingkatan lima, berdasarkan Peraturan Penggrerdan (Jadual 11).
Contoh penggredan skor pelajar dalam Borang Skor Individu
adalah sebagaimana dalam Jadual 12.
Semua gred yang diperolehi daripada Borang Skor Individu (BSI)
hendaklah dipindahkan ke dalam Borang Gred Induk (BGI),
sebagaimnana dalam Jadual 13, pada akhir tempoh pentaksiran

40
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

12. Kaedah Melapor Dapatan Pentaksiran


Pelaporan dibuat dalam bentuk sijil yang dikeluarkan oleh pihak
sekolah dengan menggunakan format dari Lembaga Peperik-
saan Malaysia. Dalam sijil tersebut dimasukkan gred bagi
setiap perkara yang ditaksir. Contoh sijil PEKA Kimia adalah
sebagaimana dalam Rajah 2.

(JADUAL 12, RUJUK MUKA SURAT 345)

(JADUAL 13, RUJUK MUKA SURT 346)

41
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Rajah 2: Contoh format sijil PEKA Kimia

Logo
Sekolah

SIJIL PENTAKSIRAN KERJA AMALI BERASASKAN SEKOLAH

Peperiksaan SPM Tahun: ………………………

Nama Mata Pelajaran: KIMIA


Kod Mata Pelajaran: 4541/4

Nama: …………………………………………..

Nombor Kad Pengenalan: ………………….…..

Dianugerahkan Sijil Pentaksiran Kerja Amali Berasaskan Sekolah


(PeKA) kerana telah memperolehi pencapaian seperti berikut:

1. Merancang Penyiasatan / Eksperimen : …………...


2. Menjalankan Penyiasatan / Eksperimen : ……….…..
3. Mengumpul Dan Merekod Data : ……………
4. Mentafsir Data Dan Membuat Kesimpulan : ……………
5. Sikap Saintifik Dan Nilai Murni : ……………

………………………….

Tandatangan Pengetua

42
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Cop Pengetua

Tarikh: …………………..

13. Kandungan Dalam Portfolio

Perkara berikut perlu dimasukkan dalam portfolio pelajar:


o Borang Pergerakan Evidens
o Borang Skor Indiviu
o Evidens
Bagi evidens seperti model hendaklah disimpan di tempat yang
selamat dan mudah diurus. Satu rekod evidens yang disimpan
hendaklah mengandungi maklumat sebagaimana dalam Jadual
14, dengan ditanda tangani oleh pelajar dan pentaksir.

Jadual 14: Rekod evidens

Bil. Evidens Tarikh Tanda Tarikh Tanda


Keluar Tangan Masuk Tangan
Pelajar Pentaksir

14. Pengurusan Fail Pentaksiran

43
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Bagi setiap kelas yang ditaksir, pihak sekolah perlu menyedia-


kan satu fail untuk mengisi:
o Salinan Borang Skor Individu (BSI)
o Borang Gred Individu
o Borang Semakan Ketua Pentaksir Negeri / Ketua Pentaksir
Kawasan

15. Perancangan Pentaksiran


15.1 Garis Panduan Penyediaan Perancangan Pentaksiran
 Pentaksiran PEKA dilaksanakan untuk mentaksir
perfor-mans pelajar dalam lima konstruk yang telah ditera
dengan menggunakan aktiviti dalam proses p&p.
 Pentaksiran PEKA adalah proses berterusan
yang dibuat semasa p&p dalam bilik darjah / makmal,
bukannya dibuat secara berasingan atau tambahan.
 Rangka kerja pentaksiran perlu selari dengan
p&p yang dirancang untuk memperkembangkan sesuatu
konstruk melalui aktiviti makmal. Bermakna, aktiviti
pentaksiran dibuat berdasarkan aktiviti yang dijalankan
untuk mencapai konstruk tersebut.
 Pihak pentaksir perlu merancang secara berhati-
hati supaya evidens yang didapati adalah sah.
 Aktiviti p&p yang melibatkan pelajar mestilah
dirancang supaya memenuhi keperluan pentaksiran dan
membolehkan pencapaian positif dipamerkan.
 Dalam setiap aktiviti tidak semestinya dapat
mencakupi semua konstruk yang hendak ditaksir.
 Kerangka pentaksiran direkabentuk untuk
memberi peluang kepelbagaian aktiviti. Ini termasuk
pengumpulan evidens secara langsung atau secara tidak
langsung.

44
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

15.2 Perancangan Penyiasatan Yang Baik


 Pilih Penyiasatan Secara Berhati-hati
o Penyiasatan hendaklah dilengkap berdasarkan keka-
gan yang ada - termasuk masa, ruang, peluang dan
infra-truktur di sekolah.
o Pentaksir mestilah betul-betul jelas apakah yang hendak
ditaksir dalam PEKA Kimia.
o Penyiasatan / eksperimen / projek hendaklah jangan
terlalu kompleks atau over-ambitious.
o Penyiasatan / eksperimen / projek itu hendaklah sesuai
dengan peringkat pelajar. Kebolehan saintifik yang ren-
dah mungkin sesuai bagi pelajar yang berkebolehan
rendah tetapi bagi pelajar yang berkebolehan memerlu-
kan skop yang lebih luas untuk mempamerkan kefaha-
mannya dalam kaedah saintifik dan pengetahuannya.

 Kaedah Membantu Pelajar Untuk Memulakan Aktiviti


Penyiasatan
o Fikirkan tentang Senarai Semak Perancangan yang
dapat membantu pelajar merancang.
o Pastikan pelajar biasa dengan alat radas dan bahan
yang akan digunakan.
o Pastikan pelajar telah menguasai latar belakang saintifik
sebelum mereka memulakan penyiasatan.
o Jangan biarkan pelajar melaksanakan penyiasatan yang
identikal dengan eksperimen yang dijalankan dalam
kelas dalam pengajaran-pembelajaran.
o Kadang-kadang pentaksiran yang baik mungkin dilak-
sanakan sebagai aktiviti dalam bilik darjah. Sebagai
contoh, sekiranya kelas telah menyiasat berkenaan
Kesan suhu ke atas kadar tindak balas, pelajar boleh
ditugaskan untuk merancang penyiasatan bagi menyia-

45
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

sat kesan faktor-faktor lain yang mempengaruhi kadar


tindak balas.
 Pilih Masa Untuk Menjalankan Penyiasatan
o Berdasarkan konsep PEKA Kimia, pelajar mestilah men-
dapat pengalaman sebelum mereka ditaksir. Penga-
laman ini didapati semasa proses p&p.

 Pilih Pelajar Untuk Mempertingkatkan Konstruk PEKA


o Pastikan pelajar mengetahui perkara yang akan ditaksir
dan Penerangan Markah yang akan diguna untuk
pentaksiran. Sediakan salinan Konstruk, Petunjuk Pres-
tasi dan Penerangan Markah bagi setiap pelajar atau
tampalkan di dinding bilik darjah / makmal.
o Berikan pelajar pengalaman untuk mempraktikkan
penyiasatan, markahkan dan berikan komen bertulis
supaya mereka mengetahui bagaimana untuk memper-
baiki prestasinya.
o Pada peringkat awal penyiasatan bantuan guru mungkin
banyak diberikan dan ini akan membiasakan pelajar
dengan teknik atau kaedah Pentaksiran PEKA.

 Pastikan Pelajar Mengetahui Bagaimankah Pencapaian


Yang Baik
o Pastikan pelajar merancang dengan mencatatkannya.
o Pastikan pelajar merujuk dan menggunakan pengeta-
uan saintifik dalam perancangannya.
o Pastikan semua konstruk telah diketahui pelajar - eg
pemboleh ubah, hipotesis, keputusan, kesimpula dll.
o Guru Pentaksir perlu dapat membezakan setiap hasil
kerja pelajar. Sebaiknya, mulakan perancangan dalam
kelas, kemudian disambung di rumah. Dengan ini guru
dapat melihat pelajar berbincang, mengadaptasi, mem-
perbaiki dan seterusnya melaksanakan penyiasatan.
Kerja berkumpulan dibenarkan tetapi pentaksir mestilah

46
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

memastikan produk adalah merupakan hasil kerja


individu.

 Penyimpanan Rekod
o Pelajar menyimpan semua kerjanya dalam Portfolio,
kemudian portfolio ini disimpan oleh guru. Sekiranya
melibatkan lebih daripada seorang pentaksir, kaedah ini
memudahkan pergerakan rekod.
o Pelajar digalakkan menyimpan rekodnya sendiri.
Dengan ini pentaksiran PEKA lebih bermakna kerana
ianya dapat merekodkan perkembangan pencapaian
pelajar dalam konstruk kimia. Selepas pelajar ditaksir
berdasarkan frekuensi yang telah ditetapkan, p&p
dijalankan seperti biasa supaya pelajar dapat meman-
tapkan penguasaannya dalam konstruk kimia sebagai
pelengkap untuk Ujian Amali Bertulis.

 Memberi Komen Hasil Kerja Pelajar


o Setiap kali pentaksiran dilakukan, pihak pentaksir perlu
memberi komen (secara lisan dan bertulis) kepada
pelajar. Komen yang diberikan hendaklah ringkas,
tetapi tepat dan padat, eg berbentuk: K1PP1 – 2
(Bermaksud: Kemahiran 1, Petunjuk Prestasi 1, Skor
2). Komen yang dibuat adalah bertujuan untuk:
- Memberi tahu pelajar tahap penguasaannya; dengan
ini membantu mereka memperbaiki kelemahan
- Membantu pentaksir dalam pentaksiran atau untuk
kegunaan penyelarasan.
- Memalumkan kepada penyelaras / pemantau
bahawa hasil kerja pelajar telah ditaksir.
o Adalah penting untuk pentaksir mencatat sekiranya
dalam masa perlaksanaan penyiasatan terdapat
perbualan / secara lisan untuk mendapatkan penjelasan
pelajar. Ini boleh dicatatkan sebagai tingkah laku yang

47
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

diperhatikan, seperti: Pelajar telah mengambil kira


langkah keselamatan semasa menjalankan eksperimen.

 Di mana Mendapatkan Bantuan


o Hadiri Taklimat Penataran PEKA Kimia sama ada di peringkat
negeri / daerah / sekolah.
o Hubungi personel berikut untuk mendapatkan bantuan tentang
PEKA Kimia:
- Ketua Pentaksir Kebangsaan
- Ketua Pentaksir Negeri
- Ketua Pentaksir Daerah
- Ketua Pentaksir Sekolah

15.3 Pentaksiran Menggunakan Aktiviti


Dalam menentukan aktiviti, pentaksir mestilah sedar dan
mahir tentang Penerangan Markah bagi setiap konstruk yang
akan ditaksir. Pentaksir perlu ingat bahawa:
- Tiap-tiap Penerangan Markah memerlukan pelajar diberi
peluang untuk membuat keputusan sendiri.
- Skor tertinggi hanyalah diberi kepada pelajar yang dapat
mempamer evidens yang memenuhi Penerangan Markah,
tanpa bantuan guru, dan / atau pendekatan bestari.

Penerangan Konstruk
ELEMEN 1:
Kemahiran Merancang Penyiasatan Eksperimen – KR
Perkara berikut mestilah dipertimbangkan semasa pelajar memilih
aktiviti yang sesuai:
o Penerangan mestilah melibatkan eksperimen yang diterakan
dalam kurikulum.

48
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

o Teknik dan alat radas mestilah terhad kepada alat radas yang
terdapat di sekolah.
o Penggunaan Senarai Semak Perancangan dapat mengingatkan
pelajar peluang-peluang untuk mempamerkan kebolehan mereka.
o Pentaksiran di peringkjat perancangan memberikan peluang pada
pelajar untuk memperbaiki dan mengubahsuai strategi supaya
dapat meneruskan ke kemahiran yang seterusnya.

ELEMEN 2
Kemahiran Menjalankan Penyiasatan / Eksperimen – KJ
Perkara berikut mestilah dipertimbangkan semasa pelajar menjalan-
kan aktiviti penyiasatan / eksperimen:

o Perlaksanaan penyiasatan berdasarkan perancangan yang telah


dipersetujui oleh pentaksir.
o Pengendalian alat radas dan bahan berdasarkan perancangan.
o Teknik dan alat radas mestilah terhad kepada alat radas yang
terdapat di sekolah

ELKEMEN 3
Kemahiran Mengumpul, Merekod Data dan Melukis Gambar
Rajah – KD
Dalam Penerangan Pemarkahan, perkara berikut mestilah dapat
dipamerkan oleh pelajar:
o Membuat pemerhatian dan / atau pengukuran, di mana sesuai dan
mencukupi.
o Bagaimana merekod pemerhatian dan / atau pengukuran.
o Setakat manakah ketepatan pemerhatian dan / atau pengukuran
yang perlu dibuat.

49
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

o Adakah perlu membuat pemerhatian dan / atau pengukuran


semula.

ELEMEN 4
Kemahiran Mentafsir Data dan Membuat Kesimpulan – KS
Dalam Penerangan Pemarkahan perkara berikut mestilah dapat
dipamerkan oleh pelajar dalam kemahiran tersebut:
o Membuat pentaksiran terhadap data yang telah dikomunikasikan.
o Membuat kesimpulan.

15.4 Penggunaan Komputer, ICT dan Pencarian Website

Penggunaan komputer digalakkan dalam perlaksanaan PEKA.


Dalam kes di mana pelajar membuat laporan, kalau laporan dibuat di
rumah pentaksir mestilah memastikan tugasan dilaksanakan oleh
pelajar sendiri. Ini boleh dilaksanakan dengan pentaksir mendapat-
kan terlebih dahulu draf laporan.

15.5 Sokongan Dan Bantuan Kepada Pelajar


o Dalam pentaksiran PEKA Kimia pelajar perlu didedahkan tentang
konstruk yang akan ditaksir, bagaimana mereka akan ditaksir, bila
mereka akan ditaksir dan apakah bentuk evidens yang perlu
dipamer dan bagaimana evidens itu akan diskor.
o Pelajar juga telah biasa dengan keperluan Peraturan Pentaksiran.
o Pentaksir perlu ingat tentang setakat mana bantuan yang boleh
diberikan kepada pelajar. Bantuan yang diberikan termasuk se-
cara verbal atau bertulis dalam Borang Perancangan Penyiasatan.
o Pentaksir bertanggungjawab dalam penyeliaan aktiviti yang dilaku-
kan pelajar dan berpuas hati dengan evidens yang dipamerkan.

50
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Markah akhir tidak boleh dirumus sekiranya pentaksir sangsi


terhadap produk yang diberikan pelajar.
o Borang Perancangan Penyiasatan boleh digunakan untuk mem-
anu pelajar semasa merancang.
o Pentaksir boleh mengubah suai Borang Perancangan Penyiasatan
berikut berdasarkan kesesuaian aktiviti.

Elemen 1: Kemahiran Merancang Penyiasatan / Eksperimen (KR)

 Membuat pernyataan masalah / tujuan eksperimern.

 Boleh menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah


bergerak balas.

 Boleh mempamerkan mana-mana perkara berikut dalam perancangan:


- Pernyataan masalah dan / atau tujuan penyiasatan
- Teknik
- Data
- Prosedur kerja
- Cara komunikasi
- Senarai bahan dan radas
- Pentafsiran data
- Semua pemboleh ubah
- Kesimapulan
 Boleh memilih satu teknik
 Boleh menyenaraikan radas dan bahan yang sesuai dan mencukupi

Contoh: Borang Perancangan Penyiasatan

Borang Perancangan Penyiasatan

Anda mestilah menetapkan Tajuk Penyiasatan dan ini adalah perkara


yang anda akan siasat. Perancangan anda mestilah mengandungi empat
bahagian:

51
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Bahagian 1: Merancang
Bahagian 2: Menjalankan eksperimen
Bahagian 3: Mengumpul, merekod data dan melukis gambar rajah
Bahagian 4: Mentafsir data dan membuat kesimpulan

Selepas anda melengkapkan setiap bahagian penyiasatan, tandakan √


pada kotak berikut:

Bahagian 1: Merancang
Apakah yang akan anda kaji / siasat ? Ini merupakan Tajuk /
Tujuan Penyiasatan
Nyatakan pemboleh ubah yang dimanipulasi iaitu faktor yang
anda akan manipulasi.
Nyatakan pemboleh ubah yang bergerak balas iaitu perkara
yang akan anda perhati.
Nyatakan pemboleh ubah yang dimalarkan iaitu faktor yang
anda perlu tetapkan.
Apakah pernyataan hipotesis ? Iaitu hubungan antara pemboleh
ubah yang dimanipulasi dengan pemboleh ubah yang bergerak
balas. Pernyataan ini mestilah boleh diuji.
Nyatakan senarai alat radas dan bahan yang diperlukan dari segi
kuantiti.
Huraikan kaedah / prosedur eksperimen yang akan anda guna;
lukis jika boleh membantu / Namakan teknik.
Nyatakan apa yang akan anda ukur, perhati atau rekod, iaitu
bagaimana data ini akan direkod.
Nyatakan bagaimana data ini akan dikomunikasikan seperti dija-
dual, tajuk-tajuk lajur dalam jadual.
Buat ramalan berdasarkan pengetahuan saintifik.

Elemen 2: Kemahiran Menjalankan Penyiasatan / Eksperimen (KJ)


Dapat menjalankan penyiasatan mengikut perancangan yang lengkap
melalui:
 Menggunakan senarai bahan dan alat radas
 Menggunakan prosedur yang telah dirancang

52
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

 Mendapat ukuran / data / pemerhatian seperti perancangan


 Mengguna dan mengendalikan alat radas serta bahan sains / spesi-
men dengan betul
 Membersih dan menyimpan alat radas sains dengan betul
 Melupus bahan yang tidak diperlukan lagi dengan cara yang betul

Bahagian 2: Menjalankan Penyiasatan / Eksperimen

Menjalankan penyiasatan mengikut perancangan dengan selamat dan tepat:

Menggunakan senarai bahan dan alat radas


Menggunakan prosedur yang telah dirancang
Mengumpul evidens yang mencukupi
Mendapat ukuran / data / pemerhatian seperti perancangan
Mengguna dan mengembalikan alat radas serta bahan sains /
spesimen dengan betul
Membersih dan menyimpan alat radas sains dengan betul
Melupus bahan yang tidak diperlukan lagi dengan cara yang betul

Elemen 3: Kemahiran Mengumpul, Merekod Data dan Melukis


Gambar Rajah (KD)

Dapat mengumpul, merekod data dan melukis gambar rajah yang lengkap
melalui:

 Dapat membina jadual yang mempunyai lajur dan baris yang bertajuk
dan berunit dengan betul
 Dapat melengkapkan jadual yang mengandungi data-data yang men-
cukupi dan sistematik
(Pemboleh ubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang dimalar /
mengumpul data dalam bentuk pemerhatian yang betul)
 Dapat melukis gambar rajah berkualiti yang mengandungi perkara
berikut:
o Gambar rajah berfungsi
o Alat radas yang lengkap

53
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

o Bersih, tiada garis putus-putus

Bahagian 3: Kemahiran Mengumpul, Merekod Data dan Melukis


Gambar Rajah
Mengumpul, merekod data dan melukis gambar rajah yang lengkap melalui:

Merekod pengukuran, pemerhatian atau evidens dalam cara yang


terbaik dan jelas. Simpan data mentah
Membina jadual, labelkan tajuk lajur (pemboleh ubah dimanipulasi
dengan pemboleh ubah bergerak balas), rekodkan data mengikut
ketepatan bacaan berdasarkan unit
Mengumpul maklumat lain yang mungkin diperlukan
Melukis gambar rajah, di mana perlu

Elemen 4: Kemahiran Mentafsir Data dan Membuat Kesimpulan (KS)


Dapat mengumpul, merekod data dan melukis gambar rajah yang lengkap
melalui:
 Dapat membina graf dengan betul dan / atau membuat pengiraan
yang tepat. Graf mengandungi perkara berikut:
o Tajuk graf
o Kedua-dua paksi berlabel dan berunit
o Skala seragam
o Pindah sekurang-kurangnya 4 titik betul
o Graf garis licin / bentuk betul atau

 Dapat mempamer bentuk komunikasi lain yang bersesuaian.


Contoh carta bar:
o Tajuk carta bar
o Kedua-dua paksi berlabel dan berunit
o Skala seragam
o Pindah sekurang-kurangnya 4 titik betul
o Bentuk

 Dapat menyatakan perkaitan yang betul antara pemboleh ubah ber-


tepatan dengan pemerhatian / pengukuran atau membuat inferens
yang munasabah atau mendapat maklumat yang betul daripada graf
atau komunikasi

54
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

 Dapat membuat kesimpulan yang betul berdasarkan data / pemer-


hatian atau dapat menyatakan hipotesis diterima atau ditolak berdasar-
kan data / pemerhatian

Bahagian 4: Kemahiran Mentafsir Data dan Membuat Kesimpulan

Mentafsir data dan membuat kesimpulan yang lengkap melalui:

Fikirkan tentang evidens yang telah anda perolehi dan tetapkan


bagaimana data itu patut dipersembahkan
Adakah anda perlu membuat penghitungan kepada data dengan
menggunakan formula / rumus ?
Adakah anda akan melukis graf, carta palang atau histogram ?
Anda perlu melabel paksi, memindahkan titik dan melukiskan graf
licin / best fit line, atau bar atau histogram
Adakah sesuatu pola yang diikuti oleh data ?
Adakah hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji digambarkan
dalam graf, carta bar atau carta palang ?
Gunakan pengetahuan saintifik untuk menerangkan kesimpulan
Bagaimanakah kesimpulan berbanding dengan ramalan dan hipo-
tesis ?

(LAMPIRASN 1: RUJUK BUKU NOTA MUKA SURAT 411)

55
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

LAMPIRAN 2:
MUKA DEPAN PORTFOLIO

Logo
Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

…………………………………………………………………………..

PORTFOLIO
PEKA KIMIA
2007 / 2008

Nama: ……………………………………………………………………….
Tingkatan: …………………………………………………………………..
No. Kad Pengenalan: ……………………………………………………….
Angka Giliran: ……………………………………………………………..
Alamat: …………………………………………………………………….
…………………………………………………………………….
No. Telefon: ……………………………………………………………….
Catatan: ……………………………………………………………………
……………………………………………………………………
……………………………………………………………………

1
Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Anda mungkin juga menyukai