Anda di halaman 1dari 26

FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

1.0 PENGENALAN

Sejarah perkembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan Pelajaran

Tinggi di Malaya (1939), Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak (1956) yang

menyarankan penubuhan Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan yang berfungsi sebagai

satu badan profesional yang bebas, bertanggungjawab memeriksa sekolah-sekolah

dan menyelia pengajaran di seluruh negara (Mok Soon Seng, 2006). Maka, sekitar

1950an dan awal 1960an, penyeliaan berfungsi sebagai pendekataan untuk memeriksa

sekolah, ,memerhati aktiviti-aktiviti di sekolah dan pembelajaran (seksyen 96a Akta

Pelajaran 1961). Secara ringkasnya penyeliaan ialah pemeriksaan dan penyelia adalah

pemeriksa.

Perkembangan dan perubahan dalam dunia pendidikan sangat dinamik

sehingga pihak kementerian pelajaran telah menyediakan satu Plan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang bermatlamatkan pendidikan berkualiti untuk

semua. Untuk mencapai matlamat tersebut Kementerian Pelajaran telah menyarankan

bahawa semua sekolah perlu menjadi sekolah berkesan. Menurut Mortimore (1995),

sekolah berkesan dimaksudkan sebagai sekolah di mana murid-muridnya mencapai

keputusan yang menyamai atau melampaui jangkaan. Antara ciri-ciri yang perlu ada

pada sekolah berkesan menurut Mortimore (1995) ialah penumpuan terhadap

pengajaran dan pembelajaran dan pemantauan kemajuan sekolah. Selari dengan

pandangan Mortimore (1995),

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 1


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

Penyeliaan pengajaran dilihat sebagai salah satu usaha penting dalam

memantau keberkesanan pengajaran di sesebuah sekolah. Ini bertujuan memastikan

guru-guru dapat memperkembangkan potensi diri dan mengatasi sebarang kekurangan

sekiranya ada. Penyeliaan Pengajaran juga dilihat sebagai satu usaha mendorong,

menyelaras dan membimbing guru-guru dalam hal pengajaran supaya mereka terus

mampu berfungsi sejajar dengan perkembangan semasa. Kenyataan ini disokong oleh

Boardman, Douglas dan Bent (1953) dalam Ramaiah (1995) menyatakan bahawa

penyeliaan sebagai satu usaha untuk mendorong dan membimbing guru dalam hal

pengajaran supaya guru-guru lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan

pengajaran. Penyeliaan juga bertujuan meningkatkan kebolehan guru-guru dalam

mendorong dan membimbing perkembangan berterusan pelajar ke arah penyertaan

cergas lagi efektif.

Pemantauan dan penyeliaan yang sistematik adalah merupakan salah satu ciri

penting yang perlu ada di sekolah berkesan. Pemantauan dan penyeliaan ini adalah

untuk memastikan “core business”, pengajaran dan pembelajaran berjalan

sebagaimana yang dirancang. Menurut Conrath N. (1983), tujuan pemantauan atau

penyeliaan adalah untuk memperbaiki lagi mutu pengajaran. Untuk melaksanakan

aktiviti ini dengan berkesan, pengetua atau penyelia seharusnya menguasai

pengetahuan dan kemahiran teknikal khusus dalam bidang kurikulum pengajaran,

pengesanan dan penilaian serta juga hubungan manusia. Kecekapan Pengetua dalam

melakukan penyeliaan atau pemantauan membolehkannya membuat diagnosis

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 2


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

masalah pendidikan, membantu guru untuk memajukan kecekapan dan amalan

mereka dalam melaksanakan pengajaran (Glickman, 1985).

2.0 DEFINISI INSTRUMEN PENILAIAN

Untuk melaksanakan penyeliaan, perlu ada satu instrument khas yang digubal

bagi menilai sesuatu bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran guru di bilik

darjah. Instrument merupakan alat yang digunakan untuk mengumpul data dalam

bentuk borang soal selidik dan skor-skor tertentu telah ditetapkan bagi tujuan

pemberian markah. Dalam erti kata lain instrument yang digunakan dalam membuat

pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik derjah lebih kepada soal

selidik. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data dan mengenalpasti fakta-fakta

yang boleh digunakan untuk mengiji hipotesis perkembangan sesuatu teori.

3.0 DEFINISI PENYELIAAN

Dalam konteks pendidikan, pelbagai istilah berikut digunakan untuk

penyeliaan: penyeliaan pengajaran (instructional supervision), penyeliaan pendidikan

(educational supervision), dan penyeliaan pelajar (student supervision). Walau apapun

istilah yang digunakan, penyeliaan dalam pendidikan mempunyai “its central mission

the facilitation of effective instruction” (Bruce & Grimsley, 1987, hlm. 1). Definisi

yang diberi oleh Glickman et al. (1998), juga menekankan bahawa penyeliaan dalam

konteks pendidikan adalah bertujuan mempertingkatkan keberkesanan pengajaran.

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 3


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

Mereka yang telah membuat tinjauan literatur tentang penyeliaan merumuskan,

Almost all writers agree that the primary focus in educational supervision is – and

should be – the improvement of teaching and learning. The term instructional

supervision is widely used in the literature to embody all efforts to those ends.

(Glickman et al.,1998, hlm. 8)

Penyeliaan adalah sebahagian daripada fungsi pengurusan yang di anggap penting.

Melalui aktiviti penyeliaan berbagai proses tadbir urus sesebuah organisasi itu akan

dapat dimantapkan lagi. Malah ada yang menganggap bahawa fungsi penyeliaan

merangkumi bukan saja hal-hal pentadbiran, tetapi penting juga dari aspek pendidikan

serta sokongan. Oleh demikian keberkesanan penyeliaan menjadi bertambah penting

lagi dalam menentukan prestasi diperingkat individu mahupun organisasi.

4.0 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 4


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam proses menyampaikan

pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu strategi yang dapat meningkatkan

pencapaian kemahiran pelajar. Teknologi merupakan perkakasan yang berkesan di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengaplikasian teknologi di dalam

pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah dapat direalisasikan dengan penggunaan

secara terus untuk menyokong pengajaran yang berlangsung di dalam kelas.

Pembelajaran terancang dilakukan dengan memaksimakan potensi teknologi bagi

mempertingkatkan kemahiran dalam semua mata pelajaran. Dengan anjakan

pendekatan pengajaran seperti ini, tidak hanya guru yang berfungsi sebagai penyedia

maklumat, tetapi juga pelajar-pelajar turut menyumbang dalam interaksi pembelajaran

yang boleh menjangkau lebih daripada dinding-dinding bilik darjah. Dengan

menggunakan kecekapan teknologi boleh mengenalpasti maklumat daripada seluruh

pelosok dunia dari hujung jari seseorang pelajar sahaja.

5.0 OBJEKTIF / TUJUAN INSTRUMEN

Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang

celik computer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa.

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja membantu

guru mencapai objektif pedagoginya malah ia juga memberi peluang kepada murid

mencuba cara pembelajaran yang baru. Akan tetapi, seandainya para pendidik tidak

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 5


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

berliterasi komputer iaitu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang

sewajarnya, penggunaan komputer dalam pendidikan sudah pasti akan terjejas.

Sehubungan dengan itu adalah wajar satu instrumen dibina untuk mengetahui tahap

pengetahuan dan kemahiran komputer serta sikap para pendidik terhadap penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Tujuan pewujudan instrumen ini

adalah untuk membantu ke arah mewujudkan sistem penilaian yang lebih sah,

berkebolehpercayaan dan telus.

Kaedah penilaian yang menggunakan ruberik dipilih untuk digunakan sebagai satu

panduan ketika memantau penggunaan teknologi maklumat di kalangan guru-guru di

sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Rubrik ialah suatu alat yang

distrukturkan oleh penyelia atau oleh penyelia bersama guru secara kolaboratif untuk

membantu guru membuat ranking terhadap tahap pencapaiannya atau prosedur

kerjanya atau tindakannya. Biasanya aspek/kemahiran yang hendak dinilai

ditentukan oleh objektif penilaian. Dengan rubrik, guru boleh menilai sama ada

kerjanya telah merangkumi semua kriteria yang telah ditetapkan.

Rubrik terbahagi kepada dua iaitu rubric analitikal dan rubric holistic. Rubrik

analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk

pengujian formatif. Penyelia dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh

guru yang diselia dengan baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 6


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

penambahbaikan. Rubrik holistik pula selalunya digunakan di dalam pengujian

sumatif untuk melihat kepada pencapaian guru yang diselia secara menyeluruh.

Diharap dengan pengenalan rubrics ini, markah yang lebih adil dapat diberikan oleh

penyelia kepada semua guru ketika proses pemantauan berbanding dengan panduan

am yang banyak bergantung kepada pendapat individu sahaja. Dengan berpandukan

rubrics yang diberikan terlebih dahulu, guru yang diselia akan lebih memahami

bagaimana penilaian akan dibuat begitu juga dengan persediaan bagi memenuhi

kehendaknya.

Mengikut Anonymous (2006), rubrics ialah panduan pengskoran untuk

menilai prestasi seseorang yang diselia berdasarkan sejumlah julat criteria berbanding

hanya dengan satu nilai skor numerik. Di bawah disenaraikan kegunaan rubrics

(Anonymous, 2006):

• Rubric merupakan perkakas penilaian yang tulin bagi menilai dan mengukur kerja

seseorang yang diselia berdasarkan kriteria yang-nyata. Kriteria yang sama mestilah

digunakan untuk mengadili setiap guru yang diselia, namun jangkaannya mestilah

berubah-ubah mengikut tahap kepakaran masing-masing.

• Rubric merupakan panduan untuk penilai yang hendak menyelia kerana

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 7


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

maklumatnya lebih terperinci sehingga membolehkan penyelia berfikir dengan tepat

mengenai kriteria yang akan diadili.

• Rubric menambahkan lagi kualiti berbanding dengan arahan terus., ramai pakar

percaya yang rubrics dapat memperbaiki hasil kerja seseorang guru yang diselia dan

seterusnya menambah baik proses pengajarannya.

Masalah utama dalam penyeliaan ialah ketika proses pemarkahan. Apabila

seorang penyelia mengendalikan penyeliaannya, pada kebiasaannya penyelia tersebut

akan menilai seseorang guru di bawah seliaannya berdasarkan ‘gerak–hati’ dan hanya

membandingkan dengan guru-guru seliaannya yang terdahulu. Ini kerana walaupun

ada borang pemarkahan yang perlu diisi, markah yang diberikan tidak membawa apa-

apa erti kepada gred yang bakal diperolehi oleh guru tersebut.

Berikutan fenomena inilah, rubrics diperkenalkan bagi membantu penyelia

agar lebih mudah untuk memantau perjalanan dan memudahkan penyelia memberikan

markah. Skala rubrics juga ditambah supaya lebih mudah markah diagihkan

mengikut perincian yang dikemukan. Dengan ini juga, markah yang diberikan kepada

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 8


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

setiap guru yang diselia akan yang lebih adil dan saksama. Guru yang diselia juga

akan lebih memahami akan perkara-perkara penting yang perlu ada dan seterusnya

mempengaruhi markah yang bakal diperolehi.

Kesimpulannya, rubrics adalah satu kaedah yang objektif, sistematik dan lebih neutral

(tidak bergantung kepada persepsi penyelia) dan hasilnya adalah lebih tepat dan

saksama. Kaedah penilaian ini lebih preskriptif bagi mengesahkan kesahihan

penilaian.dan proses pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan serta

memberi penambahbaikan dan perancangan masa hadapan kepada guru yang diselia.

6.0 THEORITICAL FRAMEWORK

“Teacher Is The Heart Of Quality Education.” (Bahrul Hayat, 2005). Ungkapan

ini jelas menerangkan bahawa guru merupakan salah satu indikator yang menentukan

kualiti pendidikan. Bagus atau tidaknya kualiti pendidikan dapat dikesan menerusi

prestasi dan kompetensi guru sebagai pendidik yang melaksanakan proses pengajaran

dan pembelajaran.

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 9


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

Selain perlu memiliki kualifikasi akademik, seseorang guru juga harus

mempunyai kompetensi sebagai agen pembelajaran yang dapat mendidik insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar menjadi

rakyat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

sejajar dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan.

Untuk memastikan guru-guru yang bertugas dalam institusi pendidikan

sentiasa menjalankan tugas mereka dengan optimum, penyeliaan dijalankan dari

semasa ke semasa. Objektif penyeliaan yang selalunya menjadi ketakutan para

pendidik sebenarnya memainkan peranan dalam meningkatkan mutu pengajaran,

mempastikan kurikulum rasmi dilaksanakan, melihat apa berlaku dalam bilik darjah,

memberi motivasi dan maklum balas kepada guru di samping menilai prestasi serta

kemahiran mengajar seseorang guru itu.

Terdapat tujuh bidang keutamaan dalam proses penyeliaan, iaitu:

1. Memberi motivasi tertinggi kepada subordinat untuk mengubah sikap dan

meningkatkan prestasi kerja,

2. Menyediakan laporan terkini kepada prestasi pekerja dan maklum balas

daripada pengurusan atasan,

3. Mengambil tindakan untuk mengatasi masalah prestasi dalam kumpulan kerja,

4. Mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk memperbaiki komunikasi

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 10


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

dengan para pekerja,

5. Menentukan matlamat pekerja selaras dengan keperluan organisasi,

6. Memberitahu para pekerja mengenai peraturan-peraturan dan tugasan yang

perlu disiapkan serta

7. Menyediakan rekod latihan kakitangan kemahiran yang diperlukan.

Dalam institusi pendidikan negara kita, penyeliaan ke atas pendidik biasanya

dilaksanakan oleh pengetua, guru besar, guru penolong kanan dan guru ketua panitia.

Untuk memastikan keberkesanan pemantauan, kaedah penyeliaan klinikal biasanya

menjadi pilihan memandangkan guru yang diselia boleh berbincangan dan mendapat

bmbingan daripadap penyelia selepas penyeliaan untuk meningkatkan prestasi dan

kualiti proses pengajaran.

Berpandukan tiga langkah dalam kaedah penyeliaan klinikal,

Langkah 1 : Preconference (Pra persidangan dengan guru).

Dalam langkah pertama ini, para penyelia berduduk bersama guru untuk menentukan;

sebab dan tujuan pemerhatian, fokus pemerhatian, kaedah dan bentuk pemerhatian

yang akan digunakan, jangka masa pemerhatian serta menetapkan juga masa untuk

menjalankan post-Conference bagi tujuan membincangkan hasil pemantauan.

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 11


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

Langkah 2: Pemerhatian di dalam bilik darjah dan analisis hasil pemerhatian oleh

pemantau.

Langkah kedua ini adalah menjalanakan pemantauan sepertimana yang dirancangkan

dalam pra-conference. Penyelia akan menggunakan bentuk pemerhatian atau

kombinasi-kombinasi pemerhatian yang dipilih untuk menjalankan pemerhatian.

Kaedahnya termasuk kekerapan mengikut kategori, petunjuk-petunjuk dalam

persembahan, penggunaan diagram visual, penguasaan ruang, bahasa, perbincangan

bebas atau susunan huraian, penglibatan, soalan-soalan berfokus, kritikan membina

dan sistem pemerhatian mengikut keperluan.

Selepas pemerhatian, pemantau akan meninggalkan kelas bersama dengan

hasil pemerhatian lalu membuat analisis dan interpretasi pemerhatian ke atas data-data

yangdiperoleh.

Langkah 3: Post-Conference dengan guru (Persidangan selepas pemerhatian)

Dengan borang pemerhatian yang lengkap diisi, analisis yang lengkap dan

borang interpretasi serta penggunaan pendekatan interpersonal yang dipilih, penyelia

barulah bersedia mengadakan pertemuan dengan guru dalam peringkat ini. Post-

Conference diadakan untuk membincangkan tentang analisis pemerhatian dan akhir

sekali untuk menghasilkan satu perancangan untuk meningkatkan pengajaran. Perkara

utama adalah membiarkan guru mengimbau kembali semasa dalam proses

pemerhatian yang telah dilaksanakan supaya beliau dapat melihat sendiri atau

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 12


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

mengingat kembali apa yang telah dilaluinya. Dari situ, penyelia akan menggunakan

pendekatan yang telah dipilih sama ada membuat kawalan secara berarah directive),

pemberian maklumat secara berarah, kolaboratif atau bukan berarah (non-directive)

untuk membantu guru yang diselia itu.

Maka dalam proses pemantauan, instrumen yang dapat menyediakan panduan

tentang dimensi-dimensi yang perlu dinilai ke atas seseorang guru itu adalah sungguh

penting. Dalam kertas kerja ini, pembinaan instrument adalah untuk menilai

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan

pembelajaran. Untuk mencapai matlamat pembinaan, maksud penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi serta kriteria bagi persembahan TMK yang baik.

Kemajuan teknologi maklumat pada hari ini telah memberi banyak kebaikan

kepada kita, begitu juga dalam bidang pendidikan. Proses pembelajaran dan

pengajaran telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan

teknologi maklumat dan komunikasi sejak 90-an. Penggunaan kaedah pengajaran

berbantukan komputer haruslah diperluaskan lagi di sekolah-sekolah agar ia dapat

menyaingi perubah-perubahan pendidikan masa kini secara globalisasi(Wahyu binti

Idrus, 2003).

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 13


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

Menurut ensiklopedia bebas Wikipedia, teknologi maklumat dan komunikasi

(TMK) merujuk kepada teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang

lingkup tajuknya sangat luas, ia berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan

pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi ialah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,

melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa

mengira tempat dan waktu.

Maka dalam konteks ini, penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

bermaksud menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk

meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.

Selain penggunaan cakera padat multimedia yang dibina terlebih dahulu

berpandukan sukatan pelajaran, capaian terus melalui internet untuk mendapatkan

bahan pengajaran juga digunakan. ‘e-learning’ atau electonic learning ini seringkali

berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Secara umumnya,

‘e-learning’ adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan

rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk menyampaikan isi kandungan,

interaksi atau pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/ video, TV

interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di

dalam kategori ini.

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 14


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

Pengajaran boleh dijalankan secara ‘synchronously’ (pada waktu yang sama) atau

‘asynchronously’ (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran

boleh disampaikan melalui media ini mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks,

grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan

untuk ‘discussion group’ serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian ‘on

line’ (Learnframe, 2001)

Menurut Mok Soon Sang (1996), peranan utama sesuatu bahan bantu

mengajar adalah dapat membantu guru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan

menggerakkan aktiviti yang dirancangkan. Dalam pembangunan sesebuah bahan

bantu mengajar TMK pembelajaran yang berkesan, penekanan terhadap beberapa

aspek haruslah diberi perhatian yang khusus bagi membolehkan pelajar melakukan

aktiviti pembelajaran yang dapat meningkat lagi kefahaman pelajar dalam memahami

sesuatu konsep yang ingin disampaikan. Oleh itu, interaksi wujud diantara bahan

pelajaran dengan guru serta diantara bahan pelajaran dengan pelajar perlu

diutamakan.

Maka, pembinaan bahan teknologi maklumat dan komunikasi perlulah

memenuhi ciri-ciri yang berikut untuk menghasilkan proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan ;

i. Matlamat/ Objektif

Objektif tercapai apabila pengguna dapat menerima aktiviti pengajaran

dan pembelajaran dengan menggunakan bahan TMK tanpa perasaan prejudis.

Menurut Abdul Rahim (2000), bahan media mestilah mengikuti perkembangan

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 15


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

teknologi pendidikan terutama penggunaan media elektronik dalam pengajaran.

Menurut Ee Ah Meng (1999), media tersebut dapat memperlihatkan penerokaan

teknik-teknik pengajaran yang berkesan dari aspek teknologi pendidikan itu

sendiri. Seterusnya pengguna dapat menggunakan teknologi tersebut dengan

mudah. Selain itu, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu peka

terhadap latar belakang dari aspek kebolehan pelajar yang pelbagai.

ii. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Penggunaan bahan TMK membantu peningkatan proses pembelajaran pelajar

dari aspak kesan bunyi, penggunaan grafik, penggunaan animasi dan penggunaan

warna. Sesuatu bahan TMK mampu membantu proses pembelajaran dan mudah

dikawal oleh guru. Latihan yang diberikan mencukupi dan berkaitan isi kandungan

dalam media yang digunakan.

Menurut Ee Ah Meng (1999), bahan TMK yang dapat meningkatkan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dilihat dari aspek daya tarikan bahan yang kuat ke atas

pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar. Bahan TMK yang baik

menyediakan penglibatan pelajar yang maksimum. Ia dapat menggalakkan

penyelidikan serta pembacaan sendiri di kalangan pelajar-pelajar kerana perasaan

ingin tahu dapat ditimbulkan. Ia dapat menimbulkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan yang seterusnya

menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 16


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

Bahan TMK yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran dapat

menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya

mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999),

penggunaan bahan TMK dapat menunjukkan secara konkrit kepada pelajar yang

lemah sesuatu konsep yang hendak disampaikan.

iii. Kandungan

Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran dan seterusnya dapat

dijadikan bahan rujukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pengenalan dan

kandungan mudah difahami dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kandungan

sesuatu media yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar mestilah mengikut

urutan iaitu dari topik yang senang kepada topik yang sukar.

Kandungan yang baik mengandungi maklumat yang terkini dan

seterusnya membantu meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

(P&P). Begitu juga dengan bahasa penyampaian mestilah sesuai. Pengolahan

kandungan sesuai dan terdapat integrasi maklumat yang tepat dan dikemaskini.

Kesimpulan atau penutup mestilah bersesuaian dengan isi yang telah disampaikan.

Seterusnya media tersebut perlu mengandungi pengukuhan yang sesuai.Menurut Ee

Ah Meng (1999), bahan TMK pembelajaran dapat menambahkan dan

memperkayakan perbendaharaan kata pelajar. Media pembelajaran yang digunakan

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 17


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

mestilah berkaitan dengan isi pembelajaran yang diajar dari segi fakta dan konsep-

konsepnya.

iv. Penggunaan

Pemilihan media mestilah bersesuaian dengan kos alatan dan tidak

membebankan. Pengendalian bahan TMK memerlukan latihan penggunaan yang

minimum dan lebih mudah diubah suai dari segi penggunaan serta senang dipindah

dari satu tempat ke tempat yang lain. Menurut Ee Ah Meng (1999), sesuatu media

memudahkan pengajaran dan meningkat keberkesanannya dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

Ia mestilah bersesuaian kerana memudahkan kefahaman pelajar.Pemilihan

alat bantu mengajar ini mestilah selamat digunakan oleh pelajar. Selain daripada itu,

bahan TMK tersebut dapat menjimatkan masa pembelajaran dan dapat meningkatkan

lagi pemahaman pelajar terhadap suatu konsep dengan lebih mudah dan cepat.

v. Persembahan

Menurut Yusup dan Sharifah Alwiyah (1999), penggunaan bahan TMK seperti

video berupaya menunjukkan konsep kemahiran motor melibatkan pergerakkan.

Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), pelajar dapat mempelajari sesuatu

konsep dari video pembelajaran yang difokuskan dalam pelbagai kesan bunyi,

penceritaan dan muzik. Penggunaan video boleh menunjukkan tiap-tiap langkah dapat

diperhatikan melalui media bergerak. Persembahan yang menarik perlu menitik

beratkan susunan teks jelas dan berkesan, warna grafik dan animasi yang sesuai.

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 18


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

Kesan bunyi mestilah berfaedah dan bermakna. Akhir sekali, ia perlu mempunyai

maklum balas menarik dan membina minda dengan berfikiran kreatif.

vi. Penformatan Skrin

Reka bentuk skrin paparan yang sesuai dapat meningkatkan minat pelajar. Warna

latar belakang yang digunakan juga perlulah sesuai. Menurut Semrau, P. Dan Boyer,

B.A. (1994), pelajar berfikiran kritikal untuk melihat maklumat dari pelbagai format.

Media yang baik menawarkan kualiti dan ketajaman paparan visual.

vii. Kreativiti

Integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik yang menarik perhatian, integrasi

animasi berilmu, integrasi audio menarik perhatian dan integrasi video tepat dan

sesuai mampu menarik minat pelajar. Yusup dan Alwiah (1999), penggunaan video

dalam bahan TMK boleh menggalakkan perkembangan kreatif dan kritikal.

viii. Nilai Pendidikan

Bahan pembelajaran berkesan dapat menggalakkan berlaku pemindahan

pembelajaran kerana konsep-konsep dapat ditangkap dengan lebih jelas lagi. Ia dapat

mengembangkan kebolehan berkomunikasi kerana melalui alat bantu mengajar,

interaksi antara pelajar-pelajar digalakkan. Topik yang dipaparkan oleh bahan TMK

mestilah relevan dan memenuhi sukatan. Ini membolehkan pelajar berupaya mencerna

fikiran. Perkembangan fikiran sesuai dan latihan mencabar serta kritis perlu dititik

beratkan.

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 19


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

Menurut Ee Ah Meng (1999), media pembelajaran yang berkesan dapat

membantu pelajar membentuk konsep dengan lebih mudah dan jelas dan dapat

menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan lebih kekal. Bahan TMK dapat

memupuk daya cipta, pemikiran analitis, pemikiran kritis dan dapat memupuk

perkembangan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, jujur, bertolak ansur,

bertimbangan rasa dan sikap positif.

ix. Aspek Motivasi

Aktiviti pembelajaran dipelbagaikan dengan melakukan pelbagai aktiviti

sebelum, semasa dan selepas bahan TMK yang digunakan di dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Pelajar mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran mereka

dengan penggunaan bahan TMK. Sesuatu bahan TMK yang berkesan memaparkan

persembahan visual menarik dan diselitkan penerapan nilai murni sesuai.

x. Menarik Perhatian

Penggunaan grafik mestilah menarik dengan penggunaan warna menarik dan

penggunaan animasi menarik. Selain itu, jenis bunyi mestilah sesuai dan menarik.

Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B. A. (1994), bahan TMK menarik minat pelajar dari

aspek saiz, jenis teks menarik yang digunakan, warna teks sesuai, kebolehbacaan teks

dan margin teks yang sesuai.

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 20


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

7.0 RUMUSAN

Dewasa ini, profesion perguruan sering mendapat perhatian masyarakat kerana

peranannya yang begitu signifikan dalam membentuk generasi akan datang. Ini

bermakna profesion perguruan yang berkualiti mampu menjana dan mengubah

paradigma serta perilaku mereka. Lantaran itu, profesion perguruan yang mantap dan

berkesan perlu diwujudkan agar aspirasi untuk memartabatkannya bukan sekadar

fatamorgana malahan merupakan suatu realiti.

Sesungguhnya, kita patut mengakui keperluan tahap pendidikan yang

berkualiti semakin ketara. Desakan daripada perubahan dalam pembentukan tamadun

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 21


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

yang semakin canggih menjadi asas berlakuknya fenomena ini. Guru-guru seharusnya

sedar akan hakikat tuntutan itu dan bersedia menyahut cabaran-cabaran ke arah

memartabatkan profesion perguruan di negara ini. Warga pendidik perlu

menggembleng sepenuh tenaga dan memberi kerjasama yang sewajarnya dalam

mencapai hasrat itu. Bak kata pepatah “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan

dapat sagunya”.

Di sinilah, letaknya peranan dan kecemerlangan guru dalam memastikan

kecemerlangan pelajar dalam sesebuah institusi pendidikan. Justeru, penyeliaan oleh

pihak pengurusan sekolah amat perlu dalam memastikan kecemerlangan kerja guru

secara berterusan. Penyeliaan akan dapat membantu guru menyelaraskan aktiviti

pengajaran dan merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yang cemerlang.

Secara tidak langsung penyeliaan turut membantu guru membina kemahiran dalam

perancangan pengajaran dan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat

berjalan dengan lancar.

Penyeliaan merupakan satu daripada tugas rutin dalam bidang kurikulum yang

dilaksanakan di sekolah. Penyeliaan pengajaran yang dijalankan secara bersama

dengan guru ialah kunci kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di

bilik darjah dan sekolah. Ini berdasarkan hakikat bahawa guru yang terlibat dalam

amalan penyeliaan berkaitan dengan matlamat biasanya akan mengubah tingkah laku

mereka secara positif.

Kajian menunjukkan kecemerlangan guru dapat dipertingkatkan apabila guru

menggunakan strategi pengajaran yang sesuai dan sentiasa membuat perancangan

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 22


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

serta menguasi subjek pengajaran. Malah peranan penyeliaan oleh pihak pengurusan

sekolah turut membantu meningkatkan kecemerlangan dan profesionalisme guru serta

pelajar.

Hakikatnya, penyeliaan secara berterusan dapat meningkatkan kualiti

pengajaran guru dan memperbaiki kelemahan guru dalam proses pengajaran. Kajian

ini bertujuan mengenal pasti hubung kait antara kecemerlangan kerja guru dengan

penyeliaan oleh pihak pengurusan sekolah iaitu Guru Kanan Bidang, Ketua Bengkel

atau Ketua Panitia. Dalam konteks ini, penyeliaan pihak pengurusan terhadap pihak

yang diselia iaitu guru merupakan satu usaha ke arah, meningkatkan kebolehan warga

pendidik menghadapi cabaran dunia pendidikan dalam era globalisasi.

RUJUKAN

Asni. (2000). Pembelajaran Elektronik (E-Learning) Satu Pertukaran Paradigma:


Internet Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kertas Kerja Persidangan
Kebangsaan Mengenai Pendidikan ICT 2000. Kuala Terengganu.

Glickman, C.D., Gordon, S.P. & Ross-Gordon, J.M. (2001). Supervision Of


Instruction: A Developmental Approach. Needham Height, M.A., Allyn &
Bacon.

Hoy, W. K. & Forsyth, P.B. (1986). Effective Supervision: Theory Into Practice.. New
York: Random House.

Mayer, R. (2003). Theories of Learning and Their Application to Technology,


Technology Application In Education. P127 – 154

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 23


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

Norazah Mohd Nordin, etc. (2008). Pengintegrasian ICT Dalam Penyelidikan :


Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi…. Shah Alam: Karisma Publication
Sdn. Bhd.

Sergiovani, T.J. & Starrast, R.J. (1998). Supervision: A Redefinition. (6th ed.)
Mc Grew Hill.

Sharifah, Joni dan Balan (2001). Hubungan Antara Komunikasi Dalam Organisasi
Dengan Kepuasan Kerja, Prestasi Kerja dan Komitmen Kerja. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Wan Mohd. Zahid Mohd Nordin. Dasar Pendidikan Kebangsaan Ke Arah


Pemantapan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara, Selaras Dengan
Tuntutan Wawasan 2020. Seminar Pendidikkan, UKM, 193

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 24


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

APPENDIX

ISI KANDUNGAN

M/S

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 25


FINAL EVALUATION “PROJECT PAPER” EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

1.0 PENGENALAN……………………………………………………….. 1

2.0 DEFINISI INSTRUMEN PENILAIAN…………………………….. 3

3.0 DEFINISI PENYELIAAN …………………………………………….3

4.0 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN &

PEMBELAJARAN…………………………………………………….5

5.0 OBJEKTIF / TUJUAN INSTRUMEN………………………………5

6.0 THEORITICAL FRAMEWORK………………………………………8

7.0 RUMUSAN…………………………………………………………......22

RUJUKAN

APPENDIX

JM 39563 / JM 39566 / JM 39603 / JM 39604 – MPPP -KPTM BATU PAHAT 26

Anda mungkin juga menyukai