Anda di halaman 1dari 1

Berita Harian, Khamis, 4 Og.

2005

Bebanan tugas bukan ‘lesen’

Oleh Hassan Omar

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan 320,000 guru di
seluruh negara bahawa bebanan tugas bukan ‘lesen’ untuk mereka melepaskan kemarahan kepada pelajar
apatah lagi menyebabkan kecederaan.

Sebaliknya, mereka harus sentiasa berpegang pada etika perguruan yang menuntut mereka mengawal emosi
dan tidak menghukum pelajar disebabkan perasaan marah.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata anggota masyarakat, terutama ibu bapa pula tidak harus
mempunyai persepsi negatif terhadap keseluruhan guru.

“Ketika mengambil Diploma Pendidikan, guru pelatih dididik supaya mengawal emosi dan pelajar harus
dianggap sebagai anak sendiri. Jika ada pelajar tidak mematuhi arahan atau melakukan kesilapan, hukuman
terhadap mereka tidak boleh diambil dengan perasaan marah.

“Kami tidak menafikan ada guru tertekan dengan bebanan kerja mengajar dan membimbing kegiatan
kokurikulum tetapi mereka mesti mengawal emosi kerana guru adalah kakitangan awam yang sabar,” katanya
di sini, semalam.

Di KUCHING, Kementerian Pelajaran disaran mengambil kira faktor nisbah purata antara guru dan pelajar
dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula terbaik mengurangkan beban kerja guru.

Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) Awang Mohamad, berkata cadangan itu
dilihat boleh membantu kementerian dalam mencari formula mengatasi masalah bebanan tugas guru.

“Satu daripada cara meringankan beban kerja dengan menambah bilangan guru, ertinya kalau sekarang satu
bilik darjah 1.5 guru, sekarang kita minta satu bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru),”
katanya selepas majlis perasmian Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia ke-11 dan Persidangan
Perwakilan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke-23 di sini, semalam.

©New Straits Times (M) Berhad

Page 1

Anda mungkin juga menyukai