Anda di halaman 1dari 27

KERJA KURSUS

PGA 102
PERKEMBANGAN INTRAPERSONAL
DAN
INTERPERSONAL REMAJA
SEMESTER 1
SIDANG AKADEMIK 2012/ 2013

HUBUNGAN RAKAN SEBAYA

NAMA AHLI KUMPULAN : 1) ZULHAKIM BIN BUSTAMI ( 117669 )

2) STEVESON STEWARD ANAK PATRICK ( 117666 )

3) MUHAMAD NAZRI BIN ABDUL KARIM (117630)

PUSAT PENGAJIAN : ILMU PENDIDIKAN

DISEDIAKAN UNTUK : DR. SALMIZA SALEH

PENSYARAH PGA 102 - PERKEMBANGAN

INTRAPERSONAL DAN INTERPERSONAL REMAJA

TARIKH HANTAR :10 DISEMBER 2012


PENGHARGAAN

ALHAMDULILLAH, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah S.W.T di atas segala limpahan kurnia
rahmatnya yang telah mengizinkan kajian ini dapat diselesaikan. Oleh itu, terlebih dahulu kami ingin
merakamkan ucapan setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr Salmiza binti
Saleh, selaku pensyarah atau penyelaras yang juga merupakan tutor kami untuk kursus PGA 102 bagi
semester satu, sidang akademik 2012/ 2013 kerana telah memberi tunjuk ajar, bimbingan, panduan
dan kritikan yang membina serta membetulkan kelemahan kami sepanjang proses menyiapkan
tugasan ini. Tanpa bimbingan dan usaha beliau yang tidak jemu mencurahkan ilmu kepada kami,
sudah tentu kami tidak berjaya menyelesaikan tugasan kajian ini.

Tidak lupa juga, terima kasih daun keladi diucapkan kepada rakan - rakan seperjuangan yang
begitu banyak memberi sokongan, kerjasama dan bantuan dalam proses kami menyiapkan kajian ini
baik secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak ketinggalan juga, jutaan terima kasih juga kami
ucapkan kepada para responden yang sudi bekerjasama dengan kami dalam mengumpul data – data
kajian. Kepada semua ahli keluarga kami, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana sentiasa
memberikan dorongan dan semangat yang tidak terhingga.

Dalam kesempatan ini, kami sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara baik langsung mahupun tidak langsung membantu kami menyiapkan
kajian ini. Tanpa kalian, usaha kami ini tidak akan membuahkan hasil yang baik. Terima kasih semua.
Sebelum menutup bicara, kami juga ingin menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan seandainya
kami melakukan kesilapan, baik secara sengaja mahupun tidak sengaja kepada kalian. Sesungguhnya
yang baik datang dari Allah S. W. T, yang buruk datangnya dari kelemahan kami sebagai insan biasa.
Akhir kalam, kami memimpin.

Sekian, terima kasih.

Zulhakim Bin Bustami

Steveson Steward Anak Patrick

Muhamad Nazri Bin Abdul Karim

SUSUNAN KANDUNGAN
Muka Surat

PENGHARGAAN ii
SUSUNAN KANDUNGAN iii
SENARAI GRAF iii
SENARAI LAMPIRAN iii

1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.0 PERSOALAN KAJIAN
4.0 SIGNIFIKAN KAJIAN
5.0 TINJAUAN LITERATUR
6.0 METODOLOGI KAJIAN
7.0 DAPATAN KAJIAN
8.0 KESIMPULAN
9.0 LAMPIRAN
10.0 RUJUKAN

SENARAI GRAF
GRAF BAR 1: ANALISIS DATA SOAL SELIDIK ASPEK 1
GRAF BAR 2: ANALISIS DATA SOAL SELIDIK ASPEK 2
GRAF BAR 3: ANALISIS DATA SOAL SELIDIK ASPEK 3
GRAF BAR 4: ANALISIS DATA SOAL SELIDIK ASPEK 4

SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A: BORANG SOAL SELIDIK
1.0 PENGENALAN

Rakan sebaya dan keluarga merupakan kumpulan yang paling dekat dan paling
penting dalam kehidupan seseorang remaja. Lazimnya seseorang remaja akan bergaul
dengan keluarga mereka yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik ketika berada di
rumah. Apabila mereka berada di luar rumah pula, mereka akan bergaul dengan rakan
sebaya. Namun, oleh sebab remaja lebih banyak menghabiskan lebih banyak masa
bersama rakan sebaya berbanding keluarga mereka, maka tidak hairanlah terdapat remaja
yang mengutamakan rakan sebaya lebih daripada keluarga mereka.

Menurut Syarifah Alwiah Alsagof (1987), rakan sebaya boleh di definisikan sebagai
sahabat yang mempunyai umur, latar belakang dan minat yang lebih kurang sama.
Menurut Saffer (1999) pula, rakan sebaya membawa erti dua atau lebih individu yang
mempunyai aras tingkah laku yang sama. Mereka juga mempunyai persefahaman antara
satu sama lain. Menurut beliau lagi, rakan sebaya ini tidak semestinya mempunyai umur
yang sama, asalkan dapat menyesuaikan diri dengan tingkah laku antara satu sama lain
dari segi minat dan matlamat.

Terdapat enam peringkat dalam perhubungan rakan sebaya. Peringkat yang pertama
adalah antara umur 5-12 tahun, peringkat kedua 12-14 tahun, peringkat ketiga 14-16
tahun, peringkat keempat 16-18 tahun, peringkat kelima 18-25 dan yang terakhir iaitu
peringkat keenam iaitu berumur 25 tahun dan ke atas. Dalam pemilihan rakan sebaya
pula, terdapat beberapa faktor yang diambil kira oleh seseorang remaja, iaitu pendidikan,
tarikan, minat, kelas sosial dan umur. Rakan sebaya juga merupakan insan yang amat
penting kepada seseorang remaja kerana rakan sebayalah agen peneguhan dan model
sosial kepada mereka.

Tidak dapat dinafikan juga, rakan sebaya memainkan peranan yang amat penting
dalam kehidupan setiap individu terutamanya remaja. Mereka berperanan sebagai
pengganti keluarga, sebagai tempat rujukan dan sebagai kumpulan rujukan dalam
kehidupan seseorang remaja. Selain itu rakan sebaya juga turut berperanan sebagai
pemberi sokongan sosial dan ekonomi. Jadi, oleh sebab rakan sebaya begitu penting
dalam kehidupan seseorang remaja, maka tidak hairanlah pengaruh seseorang rakan
sebaya sangat kuat kepada seseorang remaja. Terdapat dua jenis pengaruh rakan sebaya
dalam kehidupan seseorang remaja, iaitu pengaruh positif dan pengaruh negatif. Pengaruh
rakan sebaya yang positif dapat membentuk sikap dan keperibadian yang mulia pada diri
seseorang remaja itu, manakala pengaruh yang negatif pula akan menyebabkan seseorang
remaja terjerumus ke kancah gejala sosial seterusnya meranapkan masa hadapan remaja
tersebut.

Dalam kajian ini, kumpulan kami telah menggunakan golongan remaja sebagai subjek
utama kajian kami. Kajian ini telah dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif, iaitu
melalui kaedah soal selidik yang telah dijalankan ke atas sembilan orang responden yang
terdiri daripada mahasiswa tahun pertama, sidang akademik 2012/2013 Universiti Sains
Malaysia.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Secara spesifik, kajian ini bertujuan untuk:

 Mengenal pasti faktor- faktor yang mempengaruhi seseorang remaja dalam


memilih rakan sebaya.

 Mengenal pasti kepentingan rakan sebaya kepada remaja.

 Mengenal pasti peranan- peranan rakan sebaya dalam kehidupan seseorang


remaja.

 Mengetahui pengaruh- pengaruh rakan sebaya kepada remaja.

3.0 PERSOALAN KAJIAN:

Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:

 Apakah faktor- faktor yang mempengaruhi seseorang remaja dalam memilih


rakan sebaya?

 Sejauh manakah rakan sebaya penting kepada seseorang remaja?

 Sejauh manakah rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
seseorang remaja?

 Apakah pengaruh- pengaruh rakan sebaya kepada remaja?


4.0 SIGNIFIKAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan diharap dapat memberikan maklumat dan pengetahuan kepada semua
pihak yang terlibat di dalam kajian ini sama ada secara langsung ataupun tidak. Antara
signifikan kajian ini adalah:

(1) Kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada pihak - pihak tertentu
mengenai hubungan rakan sebaya, iaitu dari aspek faktor- faktor yang mempengaruhi
pemilihan rakan sebaya, kepentingan rakan sebaya, peranan rakan sebaya dan
pengaruh rakan sebaya.

(2) Diharapkan dengan dapatan kajian ini, pihak – pihak yang bertanggungjawab dapat
menggunakannya sebagai sumber rujukan dan maklumat dalam usaha membendung
masalah sosial yang kian merebak dalam kalangan remaja di negara kita yang
dikatakan berpunca daripada rakan sebaya.

(3) Dengan dapatan kajian ini juga, diharapkan dapat membantu para responden untuk
membuat penilaian kendiri ke atas hubungan mereka dengan rakan sebaya mereka.
Penilaian ini diharap dapat meyakinkan individu tersebut bahawa rakan sebaya
merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang, khasnya golongan
remaja.

(4) Kajian ini juga diharap boleh menjadi satu maklumat dan rujukan bagi individu yang
ingin melakukan penyelidikan mengenai perkara – perkara yang perlu dititikberatkan
dalam perhubungan rakan sebaya.

(5) Menggunakan maklumat yang ada untuk memantapkan program pembimbing rakan
sebaya sebagai satu sistem sokongan sosialdalam kalangan pelajar - pelajar sekolah
berkaitan dengan program remaja di peringkat negeri dan kebangsaan pada masa akan
datang.
5.0 TINJAUAN LITERATUR

Menurut Klausmerier et. al (1975), di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral,

keberanian, kejujuran, kemesraan dan lain-lain, para remaja dipengaruhi oleh pendapat
dan pandangan rakan sebaya yang lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa. Faktor ini
banyak menimbulkan penggeseran di antara para remaja dengan ibu bapa. Para remaja
menganggap ibu bapa sebagai pengongkong kebebasan diri. Ibu bapa pula berasa keliru
dengan tingkah laku dan tindak - tanduk remaja dan sebarang usaha untuk menegakkan
identiti diri dianggap sebagai menentang. Kekeliruan ini memburukkan dan akhirnya
menimbulkan masalah. Apabila remaja menemui masalah seperti ini, dia memerlukan
seorang sebagai tempat mengadu hal, mendapat panduan dan pertolongan. Kadang - kala
mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan
sebaya mereka.

Segala aktiviti remaja dipengaruhi oleh rakan sebayanya. Menurut Mustafa Fahmi
(1971), beliau menyatakan remaja cenderung menuruti tingkah laku kumpulan yang mana
ia berada di dalamnya. Remaja di peringkat awalan ini akan bersungguh – sungguh
mencuba bertingkah laku seperti tingkah laku kumpulannya. Remaja ini juga akan
melakukan atau membuat apa - apa yang dilakukan atau dibuat oleh kumpulannya.
Muhd. Mansur Abdullah dan rakan-rakan (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan
sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan
disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu, pemilihan rakan sebaya adalah sangat
penting. Dalam hal ini , siapakah yang patut menentukan jenis rakan sebaya yang menjadi
pilihan? Dalam Islam, ibu bapa sendiri mengenal pasti rakan-rakan yang berakhlak mulia
(Osman Ayub, 1990). Melalui rakan-rakannya yang positif ini, akan wujudlah model
-model positif yang boleh dikembangkan di semua peringkat. Di Malaysia, program
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah dijalankan supaya rakan sebaya dimanfaatkan
untuk membaiki disiplin dalam kalangan pelajar.
Dalam aspek pengaruh rakan sebaya dapatan kajian lepas menunjukkan pelajar
menghisap rokok secara berkumpulan atau bersama rakan. Pelajar juga menganggap
peraturan atau undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perlu
dipatuhi. Mereka akan membentuk kumpulan tersendiri dan mengadakan peraturan
tertentu dan setiap ahli kumpulan hendaklah mematuhinya. Hal ini mula menimbulkan
masalah disiplin seperti peras ugut dan pergaduhan. Biasanya, apabila ahli kumpulan
dipukul, mereka akan membalas secara berkumpulan (Dewan Masyarakat, April 1995).

Dapatan kajian yang disebutkan di atas sejajar dengan dapatan kajian peringkat
nasional yang dijalankan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada
tahun 1993 yang menunjukkan punca salah laku dalam kalangan pelajar adalah
disebabkan oleh faktor diri, keluarga, persekitaran rakan sebaya dan juga sekolah.
Sebagai contoh, kajian tersebut mendapati pada tahun 1993 kira-kira 81.03 peratus
melakukan kerana faktor kekeluargaan 4.10 peratus kerana pengaruh rakan sebaya dan
1.24 peratus kerana faktor persekolahan (Dewan Masyarakat, April 1995).

Mengikut kajian Kamarudin (1989), tahap pencapaian dalam pelajaran pelajar dalam
sesuatu mata pelajaran adalah disebabkan oleh faktor kawan. Pelajar yang memilih kawan
yang baik dan cemerlang dalam mata pelajaran menyebabkan mereka juga akan
cemerlang dalam mata pelajaran, tetapi jika mereka silap memilih kawan menyebabkan
mereka juga akan mendapat kegagalan dalam mata pelajaran. Oleh itu, secara tidak
langsung minat seseorang pelajar untuk sama - sama bersaing dengan rakan sekelas dalam
mata pelajaran dapat dipertingkatkan dengan memilih rakan yang dapat membimbing
mereka ke arah yang diinginkan. Sejauh mana seorang pelajar bergantung kepada rakan
sebaya adalah dilihat kepada pengaruh tarikan yang ada pada diri individu itu. Apabila
pelajar itu sudah yakin pada rakan pilihannya, hubungan antara kedua - duanya akan
menjadi bertambah erat dan apa - apa yang dilakukan oleh rakannya, maka dia juga akan
turut melakukannya juga.

Habibah (1997) menyatakan rakan sebaya ialah mereka yang tergolong dalam
kumpulan sama dan mempunyai persamaan dari minat, nilai dan aktiviti yang dilakukan
oleh rakan sebaya mempunyai pengaruh yang penting dalam pencapaian akademik
remaja. Mereka boleh mempengaruhi pelajar dari segi nilai dan sikap lebih daripada ibu
bapa, sekolah, institusi agama dan kumpulan sosial yang lain.

Remaja menghabiskan masa mereka dengan pelbagai cara. Dalam kajian yang
dijalankan oleh Larson (1984) dalam Habibah (1997), didapati remaja menghabiskan
kurang satu pertiga daripada masa mereka dalam aktiviti produktif seperti belajar, kerja
sekolah dan kerja sambilan. Kurang daripada satu pertiga lagi daripada masa mereka
dihabiskan untuk kegiatan masa lapang seperti bergaul dengan kawan-kawan, sukan,
permainan, menonton televisyen, mendengar muzik, berehat dan memberi tumpuan
kepada hobi. Kira - kira 16 peratus daripada mereka juga dikelaskan kepada pergaulan
sementara iaitu mereka menghabiskan satu pertiga dari masa mereka berjaga bersama -
sama kawan sebaya sama ada di sekolah mahupun luar sekolah. Remaja juga didapati
berasa paling seronok apabila bersama-sama rakan sebaya.

Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun


kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid:
1990; 89). Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Ia
adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperolehi
daripada keluarga dan juga di sekolah. Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat
mereka mencurahkan masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang
mempunyai masalah di rumah. Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya yang
mempunyai persamaan tingkah laku, sikap dan identiti dengan mereka (Akers, Jones &
Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995). Selain dipengaruhi mereka juga didominasi oleh
rakan sebaya (Brown, 1990). Berndt (1979) telah membuat suatu kajian tentang
kecenderungan menurut seseorang remaja. Beliau mendapati bahawa kecenderungan
rakan sebaya paling tinggi pada umur 14 hingga 15 tahun. Malah konflik dengan ibu
bapa paling banyak berlaku pada tahap ini. Ini kerana kecenderungan menurut tingkah
laku anti sosial paling tinggi pada umur ini. Remaja lebih cenderung menurut pengaruh
rakan sebaya kerana mereka berada dalam proses membebaskan diri daripada pengaruh
ibu bapa dan mereka mula berfikir untuk diri sendiri.
Menurut Rohaty (1998), Habibah dan Noran Fauziah (1997); Muhd. Mansur dan Siti
Nordinar (1988), remaja merupakan zaman peralihan dalam pusingan hidup seseorang.
Banyak perubahan yang berlaku pada zaman ini, sama ada dari segi fizikal atau emosi.
Keremajaan merupakan satu jangka masa yang mencabar dalam perkembangan
seseorang. Rogers (1972) membahagikan masa remaja kepada tiga peringkat iaitu awal
remaja (12 – 15 tahun), pertengahan remaja (15 – 18 tahun) dan akhir remaja (18 – 22
tahun). Namun begitu, umur akhir remaja masih dipertikaikan lagi kerana terdapat
perbezaan budaya dan negara yang membezakan peringkat akhir remaja.

Seltzer dan Waterman (1996) menjelaskan pada awal remaja, mereka mula mencari
identiti sendiri. Rujukan utama mereka tentang tingkah laku, identiti dan masa depan
ialah kumpulan rakan sebaya. Rakan sebaya adalah tempat melafazkan fikiran dan
emosi. Pada zaman remaja juga, wujud Peership iaitu persahabatan yang unik kepada
remaja. Rakan sebaya berumur lebih kurang sama dengan remaja tersebut. Rakan sebaya
bagi remaja terdiri daripada rakan persekolahan, rakan yang tinggal di kawasan
perumahan yang sama, rakan-rakan dalam aktiviti riadah dan sukan yang sama. Wujud
kumpulan rujukan psikologikal remaja apabila remaja memerlukan pemisahan dari
kongkongan ibu bapa untuk menjadi dewasa. Mereka lebih bergantung kepada rakan
sebaya. Rakan sebaya merupakan sumber utama dalam meniru gaya dan tingkah laku dan
aspirasi.
6.0 METODOLOGI KAJIAN

Ketika menjalankan kajian ini, kumpulan kami telah menggunakan beberapa kaedah kajian
untuk mengumpulkan data-data kajian dan maklumat yang berkaitan hubungan rakan sebaya.
Kaedah kajian yang digunakan oleh kumpulan kami terdiri daripada:

6.1 Instrumen

Pertamanya, instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal
selidik. Instrumen berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi
mendapatkan maklumat daripada responden (Tuckman, 1978). Cates (1980) pula
berpendapat, penggunaan instrumen berbentuk soal selidik adalah amat berkesan jika ia
disediakan dengan baik dan mempunyai item-item yang konsisten dan boleh dipercayai.
Dalam keadaan masa dan kos yang terhad, ia merupakan cara yang paling sesuai digunakan.
Dengan menggunakan soal selidik juga responden tidak perlu menulis nama dan ini
memungkinkan mereka menjawab dengan jujur (Cockburn, 1996). Selain itu, penggunaan
soal selidik adalah lebih sesuai kerana ia lebih praktikal, berkesan dan menjimatkan
perbelanjaan. Pembinaan soal selidik ini telah dilakukan berdasarkan beberapa andaian yang
telah dicadangkan oleh Wolf (1988) iaitu:
i) Responden mudah membaca dan memahami item-item soal selidik

ii) Responden mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang mencukupi


untuk menjawab item-item dalam soal selidik

iii) Responden menjawab soal selidik secara sukarela dan ikhlas

Kumpulan kami membuat soal selidiknya sendiri di samping mendapat tunjuk ajar
daripada pensyarah bimbingan. Soal selidik ini terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu
Bahagian 1 dan Bahagian 2 sebagaimana diterangkan di bawah ini:

Bahagian 1: Mengumpul maklumat mengenai butiran peribadi responden iaitu jantina,

bangsa dan umur. Responden dikehendaki mengisi tempat kosong yang

disediakan.

Bahagian 2: Bahagian ini terdiri daripada empat aspek, iaitu Aspek 1: Faktor- faktor

yang mempengaruhi pemilihan rakan sebaya, Aspek 2: Kepentingan

rakan sebaya, Aspek 3: Peranan rakan sebaya, dan Aspek 4: Pengaruh

rakan sebaya.

Kami telah mengedarkan borang soal selidik ini kepada sembilan orang responden
yang terdiri daripada mahasiswa tahun pertama Universiti Sains Malaysia. Demi
mendapatkan data kajian yang lengkap dan menyeluruh, kami memilih responden-responden
daripada pelajar – pelajar yang mengikuti kursus pengajian yang berbeza iaitu Sastera dengan
Pendidikan, Ilmu Kemanusiaan, Sains Kaji Hayat, Geofizik dan Teknologi Industri. Selain
itu, mereka juga dipilih berdasarkan kriteria jantina, umur, bangsa dan agama yang berbeza.
Rasional kumpulan kami menjadikan mahasiswa tahun pertama sebagai subjek kajian ialah
mereka tergolong dalam tahap remaja ketiga, iaitu tahap akhir remaja ( Steinberg, 1999) dan
mereka amat sesuai kerana mereka berada dalam dua dimensi yang berbeza, iaitu bakal
menamatkan zaman remaja dan mula memasuki alam dewasa. Maka, merekalah subjek yang
paling sesuai kerana mereka memahami golongan remaja, dan dalam masa yang sama,
mereka bakal menjadi golongan dewasa.
6.2 Pemerhatian

Seterusnya, kami juga turut menggunakan kaedah pemerhatian untuk memperoleh


data-data dan maklumat kajian. Pemerhatian ini telah dilakukan terhadap mahasiswa
Universiti Sains Malaysia. Pemerhatian yang dilakukan adalah terhadap aspek pergaulan dan
tingkah laku mahasiswa dalam perhubungan dengan rakan sebaya.

6.3 Sumber Internet

Internet juga menjadi salah satu kaedah dalam mengumpul data-data dan maklumat
berkaitan hubungan rakan sebaya. Melalui rujukan internet, kami memperoleh maklumat
berkaitan kajian-kajian lepas dan isu - isu semasa berkaitan tajuk ini.

6.4 Sumber Buku

Akhir sekali, kaedah yang digunakan oleh kami adalah dengan membuat rujukan di
perpustakaan. Kami mencari buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dilakukan
oleh kami.
7.0 DAPATAN KAJIAN

Graf Bar 1: Analisis data soal selidik bagi Aspek 1: Faktor – faktor yang mempengaruhi
pemilihan rakan sebaya.

Graf bar 1 di atas menunjukkan analisis data soal selidik bagi Aspek 1: Faktor – faktor yang
mempengaruhi pemilihan rakan sebaya. Demi mencapai objektif kajian, sebanyak tujuh
soalan telah dirangka untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan
rakan sebaya.

Soalan 1: Anda sering menitikberatkan faktor tarikan (personaliti atau paras rupa) dalam
pemilihan rakan sebaya?
Menurut Azizi (2006), faktor luaran seperti faktor penampilan diri yang menarik
menjadi salah satu aspek yang diambil kira oleh seseorang dalam pemilihan rakan sebaya.
Menurut beliau lagi, seseorang individu tertarik kepada individu lain yang memiliki fizikal
yang menarik kerana adanya andaian bahawa yang cantik adalah baik, aktif , tegas, dan
sebagainya. Merujuk kepada data kajian yang diperoleh bagi soalan pertama, didapati hanya
2 orang responden yang bersetuju bahawa faktor tarikan menjadi aspek penting dalam
pemilihan rakan sebaya mereka manakala 7 orang responden yang lain menyatakan
ketidaksetujuan mereka. Majoriti berpendapat bahawa paras rupa dan personaliti bukanlah
satu faktor yang penting dalam pemilihan rakan sebaya. Hal ini bermakna, tidak semua
remaja memilih rakan sebaya yang hanya mempunyai tarikan.

Soalan 2: Anda hanya akan memilih individu yang berkongsi minat yang sama dengan
anda sebagai rakan sebaya anda?
Azizi (2006) mengatakan faktor kedekatan atau proximity juga mempengaruhi
seseorang remaja dalam pemilihan rakan sebaya. Seseorang individu akan lebih tertarik
untuk mengenali seseorang individu lain yang berada dekat dengannya (Festinger, 1950).
Kedekatan di sini bermaksud wujudnya perkara yang menjadi dua indivdu tersebut menjadi
lebih dekat. Antaranya adalah persamaan dari segi minat. Remaja biasanya akan memilih
rakan sebaya yang mempunyai persamaan tingkah laku, sikap, minat dan identiti dengan
mereka (Akers, Jones & Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995). Bagi soalan kedua pula,
data soal selidik menunjukkan hanya 3 orang responden bersetuju dengan soalan tersebut,
iaitu mereka hanya memilih rakan sebaya yang hanya dari kalangan individu yang berkongsi
minat dengan mereka. 6 orang responden yang lain tidak bersetuju bahawa minat merupakan
salah satu faktor dalam pemilihan rakan sebaya mereka. Mereka lebih terbuka dalam
pemilihan rakan sebaya. Mereka tidak kisah untuk berkawan dengan rakan sebaya mereka
yang mempunyai minat dan hobi yang berbeza.

Soalan 3: Anda menjadikan faktor usia sebagai kriteria utama untuk anda memilih rakan
sebaya?
Bagi soalan ini, seramai 4 orang responden menyatakan persetujuan mereka bahawa
usia merupakan salah satu kriteria utama dalam pemilihan rakan sebaya manakala selebihnya
tidak bersetuju tentang soalan berkenaan. Majoriti daripada responden mengatakan usia
bukanlah faktor penting dalam pemilihan rakan sebaya. Hal ini demikian kerana kehidupan di
luar membuatkan remaja perlu lebih bersosial dan berkawan dengan segenap lapisan umur.
Sebagai contoh, kehidupan di universiti yang penuh cabaran dan dugaan membuat seseorang
remaja terpaksa berkawan dengan semua orang tanpa mengira usia untuk meneruskan
kehidupan di universiti. Maka melalui data soal selidik yang diperolehi bagi soalan ini, kami
dapat menyimpulkan bahawa faktor usia bukanlah faktor yang penting dalam pemilihan
rakan sebaya.

Soalan 4: Anda hanya memilih rakan sebaya dari kalangan pelajar yang mempunyai
tingkah laku dan pencapaian yang baik di sekolah/ universiti?
Para responden menunjukkan respons positif bagi soalan ini apabila semua mereka
bersetuju bahawa rakan sebaya mereka terdiri daripada golongan yang baik daripada segi
tingkah laku dan pencapaian akademik seseorang itu. Rakan sebaya merupakan cermin
kepada diri remaja itu sendiri. Jika mereka memilih rakan sebaya yang mempunyai masalah
dalam akhlaknya, peratusan mereka untuk terpengaruh dengan pengaruh negatif rakan sebaya
mereka adalah tinggi. Pencapaian akademik yang baik juga menjadi faktor penting dalam
pemilihan rakan sebaya. Pelajar yang memilih kawan yang baik dan cemerlang dalam mata
pelajaran menyebabkan mereka juga akan cemerlang dalam mata pelajaran, tetapi jika
mereka silap memilih kawan menyebabkan mereka juga akan mendapat kegagalan dalam
mata pelajaran (Kamarudin, 1989).
Graf Bar 2: Analisis data soal selidik bagi Aspek 2: Kepentingan rakan sebaya kepada
remaja.

Graf
bar di
atas

menunjukkan analisis data soal selidik bagi Aspek 2: Kepentingan rakan sebaya kepada
remaja. Sebanyak tujuh soalan telah dirangka untuk mengenal pastikan sejauh mana
kepentingan rakan sebaya kepada remaja.

Soalan 1: Adakah anda mempunyai rakan sebaya?


Berdasarkan analisis data soalan soal selidik bagi soalan satu, kumpulan pengkaji
mendapati bahawa semua responden mengatakan mereka mempunyai rakan sebaya. Analisis
data soalan kaji selidik yang positif ini menunjukkan betapa pentingnya rakan sebaya dan
rakan sebaya merupakan suatu keperluan kepada seseorang remaja.

Soalan 2: Anda lebih selesa berbincangkan atau berceritakan masalah anda dengan rakan
anda berbanding dengan ibu bapa anda.
Bagi soalan dua, kumpulan pengkaji mendapati bahawa hanya tujuh orang responden
mengatakan persetujuan mereka, manakala selebihnya mengatakan ketidaksetujuan mereka.
Data ini menunjukkan golongan remaja lebih cenderung untuk berkongsi masalah mereka
dengan rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa
kebanyakan remaja mempunyai darjah intimasi yang lebih tinggi dengan rakan sebaya
berbanding ibu bapa. Hal ini mungkin disebabkan oleh pendapat sesetengah remaja yang
menganggap rakan sebaya mereka lebih memahami diri mereka. Keadaan ini mungkin wujud
kesan berlakunya perbezaan pemahaman dan pengalaman antara remaja dengan ibu bapa
mereka. Perbezaan ini dinamakan sebagai jurang generasi. Jurang generasi merupakan salah
satu punca konflik antara remaja dan ibu bapa. Ia adalah perbezaan yang terdapat dalam nilai,
sikap dan tingkah laku antara generasi tua dengan generasi yang lebih muda iaitu remaja. Ibu
bapa sering memarahi anak remaja mereka yang dianggap tidak mematuhi kehendak dan
peraturan mereka padahal mereka mengetahui bahawa remaja pada zaman ini berbeza dengan
remaja pada zaman mereka. Oleh hal yang sedemikian, remaja lebih selesa berkongsi
masalah mereka dengan rakan sebaya (Klausmerier et. Al, 1975) kerana mereka tidak terbatas
oleh jurang generasi dan rakan sebaya mereka lebih memahami masalah mereka berbanding
dengan ibu bapa. Selain itu, hal ini mungkin disebabkan oleh remaja lebih banyak
menghabiskan masa dengan ibu bapa berbanding dengan ibu bapa.

Soalan 3: Anda kadang – kala pernah cuba meniru tingkah laku, personaliti atau fesyen
yang dimiliki oleh rakan sebaya anda.
Berdasarkan analisis data soal selidik bagi soalan tiga, kumpulan pengkaji mendapati
hanya lima orang responden mengatakan persetujuan mereka. Empat orang responden yang
lain menyatakan ketidaksetujuan mereka. Hartup (1983) mengatakan biasanya remaja gemar
meniru tingkah laku rakannya yang popular dan sudah membentuk hubungan rapat
dengannya. Keadaan ini seolah – olah rakan sebaya memberitahu cara mereka perlu
bertingkah laku dalam situasi yang berbeza. Rakan sebaya merupakan sumber utama dalam
meniru gaya dan tingkah laku dan aspirasi (Seltzer dan Waterman, 1996). Teori pembelajaran
sosial yang diaplikasikan oleh Bandura (1973) juga merumuskan bahawa perkara utama
yang sering dipelajari oleh kanak-kanak dan remaja adalah melalui pemerhatian terhadap
tingkah laku orang lain, khususnya orang yang signifikan dengan mereka. Oleh sebab remaja
menghabiskan masa yang lebih banyak bersama rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa
mereka, tidak hairanlah mereka menjadikan rakan sebaya sebagai suri teladan. Jadi secara
tidak langsung, jika tingkah laku negatif ditunjukkan oleh rakan sebaya mereka, maka itulah
yang akan menjadi ikutan remaja.
Graf bar 3: Analisis data soal selidik bagi Aspek 3: Peranan rakan sebaya

Graf
bar
di
atas

menunjukkan analisis data soal selidik bagi Aspek 3: Peranan rakan sebaya. Sebanyak enam
soalan telah dirangka untuk mengenal pastikan sejauh mana peranan rakan sebaya kepada
remaja.

Soalan 1: Anda lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan sebaya berbanding
keluarga anda?
Seramai empat orang responden bersetuju bahawa masa mereka lebih banyak
dihabiskan bersama dengan rakan sebaya, manakala lima orang lagi tidak bersetuju bahawa
masa mereka lebih banyak dihabiskan dengan rakan sebaya. Hal ini mungkin disebabkan
terdapat beberapa responden kami merupakan pelajar yang berasal daripada kawasan yang
berdekatan dengan Universiti Sains Malaysia. Jadi, mereka kerap pulang dan menghabiskan
masa bersama keluarga mereka. Hal ini berbeza pula dengan responden yang berasal dari
tempat yang jauh dari Universiti Sains Malaysia seperti dari Sabah dan Sarawak, mereka
lebih kerap menghabiskan masa dengan rakan sebaya kerana mereka tidak berkemampuaan
untuk selalu pulang ke negeri masing- masing. Keadaan ini lazimnya berlaku pada zaman
remaja yang membuatkan remaja terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana faktor – faktor
seperti melanjutkan pelajaran, bekerja, dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung telah
menyebabkan tempoh masa remaja dan keluarga semakin kurang dan tempoh masa remaja
dengan rakan sebaya mereka lebih lama. Walau bagaimanapun, menurut Larson & Richards
(1994), ibu bapa kekal sebagai orang yang penting dalam kehidupan remaja, tetapi tahap
kemesraan & closeness antara ibu bapa dengan anak remaja selalunya menurun semasa
remaja.

Soalan 3: Anda sering merujuk rakan sebaya anda untuk melakukan sesuatu perkara atau
keputusan?
Berdasarkan data yang kami perolehi, seramai lima orang responden bersetuju
bahawa rakan sebaya merupakan tempat untuk rujukan mereka apabila ingin melakukan
sesuatu perkara atau keputusan manakala empat orang responden yang tidak bersetuju
dengan pernyataan tersebut. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan remaja. Sebagai pengganti keluarga, rakan sebaya dijadikan tempat untuk
meluahkan sesuatu.

Soalan 4: Rakan sebaya ialah tempat untuk anda mencari identiti anda?
Pada awal remaja, mereka mula mencari identiti sendiri. Rujukan utama mereka
tentang tingkah laku ialah kumpulan rakan sebaya. Muhd. Mansur Abdullah dan rakan-
rakan (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar
satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya.
Berdasarkan kepada data yang diperolehi bagi soalan empat, didapati seramai enam orang
responden memilih bersetuju bahawa rakan sebaya berperanan sebagai tempat mencari
identiti seseorang remaja, manakala hanya tiga orang responden yang tidak bersetuju. Hal ini
bertepatan dengan kajian lepas oleh Seltzer dan Waterman (1996). Hal ini kerana, remaja
akan mengambil segala contoh yang baik dan popular yang ada pada rakan untuk ditiru dan
dijadikan sebagai identiti.

Soalan 5: Rakan sebaya sebagai tempat meluahkan perasaan dan mengadu masalah?
Berdasarkan graf, seramai enam orang responden bersetuju bahawa rakan sebaya
merupakan tempat mereka meluahkan perasaan dan mengadu masalah. Selebihnya
tidak bersetuju mengenainya. Hal ini kerana, semua responden merupakan golongan
mahasiswa yang tinggal di asrama. Hubungan mereka lebih rapat dengan rakan sebaya.
Kehidupan harian mereka dihabiskan bersama-sama dengan rakan sebaya. Menurut
Pakar Psikologi Barat, Carl Rogers menyatakan ada beberapa perubahan ketara kepada
seorang remaja antaranya perubahan fizikal, emosi dan pemikiran. Perubahan emosi
dan fikiran akan mendorong remaja memperluas dan memperbesar kuantiti dan
jaringan rakan sosialnya. Mereka lebih selesa menceritakan dan mencurahkan segala
masalah dan perasaan mereka kepada rakan sebaya berbanding ibu bapa, guru atau
orang dewasa yang lain. Hal ini demikian kerana rakan sebaya dianggap lebih
memahami sikap dan perasaan mereka dan dalam masa yang sama mereka ingin
membuktikan mereka boleh berdikari dan berkemampuan seperti orang dewasa.

Soalan 6: Rakan sebaya boleh diharapkan sebagai pengganti keluarga?


Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat mereka mencurahkan masalah dan
pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah di rumah (Akers,
Jones & Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995).
Graf bar 4: Analisis data soal selidik bagi Aspek 4: Pengaruh rakan sebaya.

Graf
bar di
atas

menunjukkan analisis data soal selidik bagi Aspek 4: Pengaruh rakan sebaya. Sebanyak tujuh
soalan telah dirangka untuk mengenal pastikan sejauh mana pengaruh rakan sebaya kepada
remaja.

Soalan 1: Anda sering mengajak rakan sebaya anda melakukan perkara-perkara negatif
seperti merokok, ponteng kelas, lepak dan sebagainya?
Menurut Azizah binti Lebai Nordin (2002), pengaruh rakan sebaya adalah antara
faktor yang membawa gejala sosial dalam kalangan remaja. Beliau menjelaskan ajakan dan
pujukan rakan untuk melakukan gejala sosial menyebabkan pelajar terjebak dalam salah laku
tersebut. Ini kerana rakan sebaya adalah individu yang paling hampir dengan remaja selepas
keluarga. Data soal selidik yang diperolehi bagi soalan ini menunjukkan respons yang positif
apabila semua responden tidak bersetuju bahawa mereka sering mengajak rakan sebaya anda
melakukan perkara-perkara negatif seperti merokok, ponteng kelas, lepak dan sebagainya.
Hal ini mungkin disebabkan para responden terdiri daripada pelajar yang tinggi
pencapaiannya dan ini mengurangkan penglibatan mereka dalam gejala sosial. Respons ini
disokong oleh Azizah binti Lebai Nordin (2002) apabila beliau mengatakan pelajar yang
pencapaiannya tinggi kurang melibatkan diri dalam gejala sosial berbanding dengan pelajar
daripada pencapaian sederhana dan rendah.
Soalan 2: Rakan sebaya anda sering mengajak anda belajar bersama?
Mengikut kajian Kamarudin (1989), tahap pencapaian dalam pelajaran pelajar dalam
sesuatu mata pelajaran adalah disebabkan oleh faktor kawan. Pelajar yang memilih kawan
yang baik dan cemerlang dalam mata pelajaran menyebabkan mereka juga akan cemerlang
dalam mata pelajaran, tetapi jika mereka silap memilih kawan menyebabkan mereka juga
akan mendapat kegagalan dalam mata pelajaran. Oleh itu, secara tidak langsung minat
seseorang pelajar untuk sama - sama bersaing dengan rakan sekelas dalam mata pelajaran
dapat dipertingkatkan dengan memilih rakan yang dapat membimbing mereka ke arah yang
diinginkan. Berdasarkan data soal yang diperolehi, lapan orang daripada sembilan orang
responden bersetuju dengan pernyataan ini. Keadaan ini menunjukkan bahawa rakan sebaya
juga boleh membawa pengaruh positif kepada seseorang individu.

Soalan 4: Rakan sebaya anda membantu anda meningkatkan kemahiran insaniah


(soft skill) anda?
Antara faktor berlakunya pengangguran di kalangan graduan institusi pengajian tinggi
adalah kurangnya penguasaan kemahiran insaniah (Mohd Zaki Kamsah, 2004 dan Hasliza
Hassan, 2002). Antara cara yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran insaniah adalah
melalui peranan rakan sebaya. Misalnya, kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian
masalah dapat diterapkan melalui pembelajaran koperatif kerana tugasan kumpulan yang
diberikan oleh pensyarah adalah lebih mencabar berbanding tugasan secara individu.
Keadaan ini memerlukan pelajar untuk berdiskusi dan berbincang dengan rakan sekumpulan
bagi menyelesaikan tugasan tersebut. Secara tidak langsung ini dapat menerapkan kemahiran
pemikiran kritis dan penyelesaian masalah kepada pelajar. Bagi soalan ini, kami mendapati
hanya seorang responden yang menyatakan ketidaksetujuannya terhadap pernyataan ini.

Soalan 6: Pernahkah anda menolak ajakan rakan anda yang mengajak anda melakukan
perbuatan negatif ?
Kami mendapati data yang diperolehi bagi soalan ini ialah lapan orang daripada sembilan
orang responden bersetuju dengan pernyataan ini. Ini menunjukkan remaja berani untuk
menolak ajakan negatif daripada rakan-rakan mereka. Selain itu, dapatan ini jugak
menunjukkan bahawa remaja sudah boleh menilai baik buruk sesuatu tindakan yang akan
dilakukan.
8.0 KESIMPULAN
9.0 LAMPIRAN
10.0 RUJUKAN

 Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja (Tesis


Ph.D,Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur) h. 36.

 Dewan Masyarakat (1995). Tingkah Laku Delinkuen. 9 –12.

 Nota Kuliah PGA 102 – Interpersonal dan Intrapersonal Remaja

 Mohd Zaki Kamsah (2004). “Developing Generic Skills in Classroom Environment:


Engineering Students’ Perspective.” : Conference On Engineering Education (CEE
2004), 14-15 December 2004, Kuala Lumpur.

 Hasliza Hassan, (2002). “Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan Pada
Masa Kini”. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam, Universiti
Teknologi Malaysia: Bangi.

Anda mungkin juga menyukai