Anda di halaman 1dari 2

Kesultanan Sulu merupakan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh masyarakat Islam di bahagian

selatan Filipina yang telah wujud sejak era Hindu Majapahit sebelum berkembang menjadi sebuah
kerajaan yang kuat dan berpengaruh di bawah pemerintahan Kesultanan Islam Sulu pada akhir abad
ke 14. Sultan Abu Bakar atau Sharif ul-Hashim merupakan sultan pertama yang beragama Islam
yang memimpin kerajaan tersebut. Wilayah jajahan kesultanan Sulu adalah meliputi Borneo Utara,
Palawan, Mindoro dan Basilan. Kerajaan kesultanan sulu ini diperihakan sebagai sebah kerajaan yang
bercirkan maritime dan berlatarbelakangkan kepulauan.

Pada abad ke-17, kerajaan ini muncul sebagai sebuah kerajaan maritime yang begitu
berpengaruh dalam menguasai hal ehwal kelautan terutamanya di Laut Sulu, Laut Celebes dan Laut
China Selatan. Pemerintahan kesultanan Sulu pada ketika itu terletak di Jolo, Pulau Maimbung. Jolo
merupakan pulau kedua terbesar selepas Basilan dengan keluasan sebanyak 345 batu persegi.
Kedudukan pulau tersebut yang strategic telah membolehkan kerajaan tersebut sebagai kuasa yang
dominan sehingga berjaya menguasai beberapa pulau lain di Selatan Filipina. Oleh hal yang
demikian, hal tersebut telah mendorong para pemerintah dalam kerajaan tersebut untuk terus
meluasakan tanah jajahan mereka sehingga ke kepulauan Melayu. Peluasan kuasa tersebut adalah
bermotifkan ekonomi. Pada aabd ke-18, kesultanan Sulu telah muncul sebagai sebuah kuasa politik
dan ekonomi yang disegani di Selatan Filipina.

Antara aktiviti ekonomi maritime yang dijalankan semasa kekuasaan kerajaan kesultanan
sulu adalah seperti ekonomi maritime yang berasaskan perdagangan. Pada abad ke-18, Jolo telah
muncul sebagai sebuah pelabuhan entreport yang terpenting di kepulauan sulu yang mana pusat
pelabuhan tersebut telah mengurus dan mengawal jaringan perdagangan di laut sulu dan laut
celebes. Hal ini dikatakan sedemikian kerana Jolo terletak di tengah2 laluan perdagangan antara laut
china selatan dan celebes. Kesultanan sulu telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan
beberapa negara luar seperti China, Luzon, Celebes, India, Sepanyol da Belanda. Perkembangan
tersebut telah menarik ramai pedagang asing untuk datang ke kepelabuhan tersebut. Hal tersebut
secara tidak angsung telah menjadikan Jolo sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan pelbagai
sumber ekonomi dari kepulauan AT, China dan India. Oleh hal yang demikian, para pembesar pada
ketika itu telah berusaha keras dalam meluaskan kuasa mereka sehingga ke pantai timur borneo
utara dengan tujuan untuk mendapatkan sumber ekonomi yang boleh diperdagangakan seperti hasil
hutan dan hasil laut. Selain itu, perdagangan hamba juga dilakukan dengan menjual hamba-hamba
tersebut kepada pedagang tempatan mahupun asing di Jolo.

Seterusnya adalah ekonomi maritime berasaskan perikanan. Aktiviti ini telah dikuasai
sepenuhnya oleh kesultanan sulu. Produk-produk perikanan bukan sekadar dipasarkan di pasaran
tempatan, malah turut menembusi pasaran antarabangsa. Dasar pemiliknegaraan ekonomi kelautan
yang berasakan perikanan ini telah memberi kuasa kepada datu-datu sulu dalam menguruskan
sepenuhnya mengenai hal2 yang berkaitan dengan pengumpulan, pergerakan dan wilayah tanpa
sebarang persaingan. Pembangunan ekonomi berasaskan perikanan dapat dibahagikan kepada dua
tiga fungsi yang mana fungsi pertama adalah unuk membekalkan sumber protein kepada buruh yang
tidak terlibat dalam aktiviti maritime tetapi menjalankan aktiviti penegluaran sumber hasil hutan.
Fungsi seterusnya adalah sebagai alat pertukaran untuk mendapatkan hasil hutan yang dikeluarkan
oleh penduduk pedalaman. Hamba dan masyarakat bajau kebanyakkannya menjadi tenaga kerja
dalam aktiviti ini dan mereka penting dalam perkembangan ekonomi ini terutamanya dalam industry
tripang dan mutiara. Hal tersebut dikatakan sedemikian kerana masyarakat bajau pada khasnya
diperihalkan sebagai penyelam yang mahir. Selain itu, industry garam kasar juga turut berkembang
kerana digunakan dalam industry pembuatan ikn masin dan ianya boleh didapati di Balangingi, Pulau
tungkil dan Teluk Marudu.

Selain itu, pemerintahan kerajaan sulu juga telah menjadikan industry hiliran yang
berasaskan perikanan sebagai sumber pembangunan ekonomi maritime di laut sulu dan laut
celebes. Perkembangan perusahaan perikanan dikawasan tersebut berlaku kerana kekayaan sumber
laut. Kepesatan tersebut telah menyumbang kepada perkembangan industry hiliran seperti tripang,
mutiara, ikan kering dan ikan masin. Tripang merupakan salah satu komoditi terpenting bagi
kesultanan sulu kerana mempunyai nilai eksport yang tinggi dalam pasaran antarabangsa. Pada
tahun 1835, terdapat kira2 10 000 pikul tripang kering telah dihantar ke pelabhan Jolo sebelum
dieksport ke China dan Manila. Tripang merupakan bahan masakan istimewa yang dihidangkan
dalam makanan orang cina selain turut digunakan dalam perubatan cina. Tripang boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu tripang susu dan tripang hitam. Tripang susu mempunyai nilai harga dan
kualiti yang tinggi berbanding tripang hitam.

Selain tripang, mutiara juga merupakan komoditi penting dalam ekonomi kesultanan sulu.
Mutiara mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran antarabangsa. Ciri2 fizikal laut sulu yang
dipenuhi oleh batu karang telah menjadikannya sebagai kawasan perairan yang sesuai untuk
pembiakan spesis tiram yang menghasilkan mutiara yang berkualiti tinggi. Mutiara diperoleh
daripada spesis tiram seperti tepoy, selisip dan belong. Proses pemungutan mutiara memerlukan
tenaga penyelam yang ramai. Misalnya, pada tahun 1878, lebih daripada 200 orang penyelam telah
dikerahkan untuk memungut mutiara sebelum diserahkan kepada datu2 sulu. Sebelum diserahkan,
mutiara2 tersebut akan diasingkan mengikut gred terlebih dahulu. Ikan kering dan ikan masin juga
teah muncul sebagai salah satu komoditi penting pada ketika itu. Produk ini dipasarkan ke pasaran
antarabangsa di pelabuhan jolo. Selain penting sebagai sumber protein, ikan kering dan ikan masing
juga turut dijadikan sebagai alat pertukaran oleh datu2 sulu untuk mendapatkan komoditi hutan
daripada penduduk di kawasan pedalaman.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa kesultanan sulu telah memainkan peranan yang begitu
penting terhadap pembangunan ekonomi kerajaan maritime di laut sulu dan laut celebes. Abad ke-
18 telah menyaksikan kemunculan kesultanan sulu sebagai sebuah kuasa ekonomi utama yang
begitu dikagumi oleh para pedagang dari eropah, india, china dan kepulauan melayu. Walau
bagaimanapun, keunggulan dan kedaulatan kesultanan mula tergugat setelah jolo jatuh ke tangn
sepanyol dan berakhir apabila sultan jamalul kiram II telah bertindak menyerahkan kedaulatan dan
kekuasaan sulu kepada AS melalui Perjanjian Carpenter pada tahun 1915.

Anda mungkin juga menyukai