Anda di halaman 1dari 3

-Ramai di antara kita tahu tentang kelebihan matematik dalam kehidupan ini.

Sesetengah orang juga


ada yang tidak tahu kepentingan matematik dalam kehidupan harian kita selain dari pengiraan
asas.Mari kita memberi tumpuan kepada beberapa manfaat matematik dalam kehidupan ini.

-Kepentingan matematik adalah dua kali ganda pentingnya dalam kehidupan, ia membantu dalam
kemajuan sains dan teknologi dan kedua pula adalah untuk membantu kita dalam memahami
bagaimana proses alam semesta. Bagi masyarakat umum adalah penting untuk perkembangan
peribadi mereka, kedua-duanya di tempat kerja dan dalam pengiraan fikiran.

-Matematik menyediakan alat kepada manusia biasa untuk memahami dunia dan bagaimana ia
boleh berubah. Alat ini termasuk kemahiran yang diperlukan untuk penyelesaian masalah, sebab-
sebab logik, dan kebolehan untuk berfikir dalam pelbagai cara.Matematik adalah sangat penting
dalam kehidupan harian kita, dalam pelbagai bentuk pekerjaan, pembangunan dalam bidang sains
dan teknologi, bidang perubatan, ekonomi kita, statistik alam sekitar atau pengiraan dan untuk
membuat keputusan awam.

Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik
menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena
semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para
saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang
utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya
menggunakan matematik untuk menerangkannya.

Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor,
sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak,
tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai
sesuatu benda.

Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat
lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina,
perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.

Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang
sewajarnya kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan matematik juga
merupakan satu senanam untuk minda kita supaya kita tidak jumud dan beku untuk berfikir. Syukur
kerana Allah telah mengkurniakan kita akal fikiran yang amat sesuai sekali untuk kita gunakan bagi
mempelajari ilmu matematik.

Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak
menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang
mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac
Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu
matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.

Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka berupaya
menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti
mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi
seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga
ke zaman moden ini.

Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Kita guna
matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan.
Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab
dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan
operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam
belanjawan kita.

Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan. Sukatan merupakan
salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma seperti meter, liter, persegi, kaki dan padu
perlu dikuasai dengan berkesan. Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul. Kita juga
menggunakan sukatan untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli dan menentukan isipadu
barangan di kilang-kilang.

Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dewasa ini. Ia merupakan tunjak
utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas penghasilan teknologi baru dalam kehidupan kita.
Jurutaralah yang mencipta alatan keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio,
komputer, dan sebagainya. Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan sekarang
bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan.
Manakala bidang kejuruteraan pula memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fizik iaitu salah
satu sub bidang ilmu sains yang sangat penting dalam kejuruteraan. Sebagaimana yang kita tahu
ilmu fizik merupakan satu ilmu yang sangat memerlukan asas matematik yang kukuh. Perkembangan
ilmu fizik adalah selari dengan ilmu matematik. Matematikyang menjadi tunjak utama dalam fizik.
Ilmu fizik mengaplikasikan matematik peringkat tinggi yang memerlukan penguasaan yang kukuh
dan jitu.

Contoh penggunaan matematik dalam kejuruteraan ialah penggunaan sudut dan trigonometri untuk
mencipta suatu alatan, penggunaan pembezaan dan pengamiran dalam mengukur kelajuan cahaya
dan elektrik. Begitu untuk mengukur amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesustu
alatan elektrik.

Bidang kedoktoran juga memerlukan matemetik. Sukatan dos ubat untuk sesuatu penyakit dikira
dengan teliti mengunakan formula matematik. Sewaktu pembedahan ukuran untuk lakukan
bedahan adalah dikira dengan teliti dengan menngunakan matematik.
Dalam bidang sains seperti kimia dan biologi juga memerlukan matematik. Dalam kimia matematik
digunakan untuk mengira bilangan molekul dan unsur dalam sesuatu sebatian. Untuk mengira
nombor jisim dan isotop juga memerlukan formula matematik.

Statistik juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Statistik digunakan untuk
menyajikan data yang dikumpul daripada manusia supaya manusia dapat faham dan guna untuk
buat keputusan dalam beberapa perkara yang penting dalam kehidupan kita. Statistik adalah
sebahagian daripada matematik. Bidang ini menumpukan kepada pengiraan nilai-nilai unik dalam
matematik seperti min, median dan mod untuk menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau
populasi.

Matematik juga penting dalam perniagaan dan ekonomi. Matematik digunakan untuk menentukan
untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang modal, harga dan kuantiti
keseimbangan dalam perniagaan dan ekonomi.

Anda mungkin juga menyukai