Anda di halaman 1dari 3

Minit Mesyuarat Agung

PIBG SMK Bandar Penawar Kali ke 22

Tarikh : 30 Mac 2017 (Khamis )


Masa : 8:30 – 10:30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang SMK Bandar Penawar

PERKARA/ AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Penawar Sesi 2016/2017

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab. Tn Hj Matriffin bin Md Amin
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang hadir. Beliau
mengharapkan penglibatan ibu bapa yang lebih aktif dalam usaha membangunkan
sekolah.
1.2 Beliau menjelaskan bahawa tiada pemilihan AJK yang akan dilaksanakan dalam
mesyuarat kali ini.

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 21

2.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 20. Tiada pindaan dan
pembetulan.
2.2 Cadangan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu tanpa pindaan:

Dicadangkan oleh : En Zaidi bin Johan


Disokong oleh : Pn Yusrina bt Yusof

3.0 Perkara Berbangkit

(Perkara berbangkit merujuk Minit Mesyuarat Agong PIBG SMK Bandar Penawar Kali ke 21
bertarikh 31 Mac 2016)

3.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan.

Tindakan : Makluman

4.0 Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2016

4.1 Bendahari membentangkan laporan dengan baki akhir sebanyak RM 5440.74.


Terdapat akaun yang menumpang di dalam penyata kali ini.

4.2 Cadangan laporan kewangan berakhir 31 Disember 2016 disahkan dan diterima
tanpa bantahan:

Dicadangkan oleh : En. Mazlan bin Mohd Zain


Disokong oleh : En. Abd Kamal bin Abd Rahim.
5.0 Pembentangan dan Perbahasan Usul

5.1 YM Tengku Marilyn bt Tengku Adli mencadangkan agar pengawasan dan


pemantauan dilakukan di kawasan menunggu berdekatan dengan pondok pengawal
keselamatan. Hal ini kerana terdapat sebilangan pelajar merokok sebelum dan
selepas waktu persekolahan.

5.1.1 En Samsuddin bin Abd Kadir menjelaskan bahawa kawalan pintu pagar
hadapan telah dilaksanakan dengan baik. Awlaubagaimanapun, beliau
memohon kerjasama ibu bapa untuk mengambil gambar sekiranya
terdapat pemandangan yang kurang menyenangkan dan memaklumkan
kepada pihak sekolah melalui aplikasi WhatsApp. Pelajar akan lebih takut
untuk melakukan salah laku secara terbuka sekiranya mereka tahu gerak
geri mereka diperhatikan oleh semua pihak.

5.2 En Yazid bin Zainal mencadangkan agar program jati diri untuk pelajar dilaksanakan
untuk meningkatkan tahap sahsiah pelajar.

5.2.1 Pengetua menjelaskan bahawa program tersebut dalam perancangan


unit didiplin sekolah dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

5.3 Ustaz Mohd Faizol bin Jali mencadangkan agar dewan serbaguna dibina untuk
memastikan keselesaaan pelajar semasa melaksanakan aktiviti. Pada masa kini
pelajar terpaksa bersila di dataran yang tidak ratadan pelajar JDT terpaksa
menggunakan padang diluar. Situasi ini meletakkan pelajar dalam risiko
keselamatan.

5.3.1 YDP menjelaskan bahawa permohonan telah diajukan kepada pihak KPM
dan KEJORA dan masih menunggu jawapan dan dalam pertimbangan
pihak berkaitan.

5.4 En Norazmil bin Misman mencadangkan agar dewan terbuka dibina. Dewan tersebut
haruslah dilengkapi dengan gelanggang sukan untuk memudahkan pelajar
melaksanakan aktiviti luar dengan lebih efektif.

5.4.1 YDP menjelaskan bahawa permohonan berkaitan telah pun dipanjangkan


kepada pihak yang berkaitan dan sedang menunggu peruntukan dari
pihak berkaitan.
5.4.2 Pengetua menerangkan bahawa pada masa kini pihak SMKBP amat
memerlukan sebuah dewan. Pihak sekolah telah pun menyediakn tapak
bagi tujuan tersebut dan berharap permohonan dapat diluluskan oleh
pihak berkaitan.

5.5 Puan Rozanayati mencadangkan agar setiap pelajar SPM dan PT 3 membayar RM
150. Hal ini kerana pihak SKBP 1 telah memungut kutipan yang berbeza untuk
pelajar pepriksaaan dan pelajar mampu untuk membayar kos tersebut.

5.5.1 YDP menerangkan bahawa pada 2013 sumbangan SPM dan PMR
berbeza tetapi PPD hanya meluluskan sumbangan perkeluarga.
Pengetua juga merasionalkan bahawa sebarang peningkatan jumlah
sumbanganakan banyak memabntu pihak sekolah melaksanakan
program untuk pelajar. En nordin menyokong usul ini.
5.5.2 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuyju bahawa setiap pelajar akan
membayar RM 150 bermula Januari 2018.

5.6 Pn Norzaiha bt Hanipah mencadangkan baju muafakat Johor untuk pelajar SMKBP
mula dijual pada tahun 2018.

5.6.1. Usul di terima tanpa bantahan.

5.7 PK HEM mencadangkan agar semua pelajar yang membawa motor kes ekolah
mestilah memiliki lessen. Ini untuk megelakkan kejdian yang tidak dingini berlaku.
Dan mengelakkan pelajar ditimpa musibah. Pengetua menambah keselamatan
pelajar pergi dan balik sekolah haruslah diutamakan. Ahli mesyuarat sebulat suara
bersetuju menerima usul tersebut.

6.0 Hal –hal Lain

6.1 PK HEM memohon jasa baik ibu bapa untuk memastiakn anak-anak mereka
mematuhi didiplin yang telah ditetapka. Beliau menjelaskan bahawa SMKBP akan
melaksanakan potongan rambut Johor untuk mengekang budaya berfesyen di
kalangan pelajar.

7.0 Ucapan Penangguhan

7.1 Yang Dipertua mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat atas kerjasama
dan komitmen mereka/

7.2 Beliau berharap agar terus diberikan kesihatan yang baik dan mendapat kerjasama
jitu dari pihak ibu bapa dan penjaga untuk merealisasiakn kecemerlangan SMKBP.

7.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10:30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…..…………………..
(SUZILAWATI BT MUNTALIB) (HJ MATRIFFIN BIN MD AMIN)
Setiausaha PIBG Yang DiPertua PIBG
SMK Bandar Penawar SMK Bandar Penawar
Sesi 2016/ 2017 Sesi 2016/ 2017

Anda mungkin juga menyukai