Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Dodoi Bayi


MASA : 30minit
BIL. PESERTA : 10 orang
PERALATAN : Buluh yang panjangnya 1.5-2meter
OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan
2. Memahami arahan dengan baik.
3. Berfikir sebelum bertindak

LANGKAH-LANGKAH:
1. Ahli kumpulan berdiri dalam dua barisan berselang- seli menghadap antara satu sama
lain. Ahli kumpulan meletakkan kedua tapak tangan ke atas.
2. Genggam ke dua belah tangan.
3. Hulurkan ibujari dan jari telunjuk ke luar.
4. Pusingkan ke dua-dua belah tangan ke arah dalam seperti mengacu pistol.
5. Buluh diletakkan ditengah-tengah di atas jari kesemua ahli kumpulan.
6. Dengan kedudukan tangan seperti tadi,ahli kumpulan dikehendaki menurunkan buluh ke
bawah kemudian ke atas dengan mengimbangkan buluh itu.
7. Jika buluh jatuh, ahli kumpulan perlu mengulang aktiviti.
8. Jika pertandingan antara kumpulan, kumpulan yang dapat mengimbangkan buluh ke bawah
dan ke atas paling cepat akan menang.

FALSAFAH:
 Bekerjasama penting untuk mencapai sesuatu matlamat.
 Keseimbangan hidup pentingt untuk mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian.

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Ikatan Muhibbah


MASA : 20 minit
BIL. PESERTA : 8-10 orang
PERALATAN : Tiada
OBJEKTIF : 1. Memupuk semangat kerjasama
2. Melahirkan individu yang komited terhadap tanggungjawab dan
peranan masing-masing.

LANGKAH-LANGKAH:

1. Setiap ahli dikehendaki duduk dalam bentuk bulatan dengan keadaan ke dua-dua lutut
dirapatkan ke dada masing-masing.Setiap ahli dikehendaki duduk serapat mungkin
(asingkan lelaki dengan perempuan)
2. Kumpulan dikehendaki memikirkan satu cara bagaimana semua ahli dapat bangun serentak
dengan berpegangan tangan.
3. Jika langkah di atas berjaya dilakukan, kumpulan dikehendaki melakukan pergerakan
bangun dan duduk secara serentak beberapa kali.
PENYELESAIAN:
 Setiap ahli dalam kumpulan mesti memegang tangan ahli yang berlainan yang berada
bertentangan dengan mereka dengan kemas dan kuat dan bangun serentak.

FALSAFAH:
 Kejayaan sesuatu kumpulan akan dapat dicapai jika setiap ahli memainkan peranan dan
tanggungjawab masing-masing dengan penuh komitmen.

TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Broken Square


MASA : 20 minit
PERALATAN : Kepingan empat persegi yang telah dipotong mengikut
berbagai bentuk dicampur dan dimasukkan kedalam8”-10”
sampulsurat.

OBJEKTIF :

1. Untuk memperlihatkan bahawa tiap-tiap individu mempunyai kemampuan dan kebolehan


yang terhad dan perlu bekerjasama
2. Konsep kerjasama atau kemenangan bersama
3. Konsep memberi dengan jujur tanpa mengharapkan orang lain akan membalas jasa baik
itu.
4. Untuk menguji dan memperlihatkan bahawa sifat tamak dan mementingkan diri akan
akhirnya merugikan semua orang.

LANGKAH-LANGKAH:

1. Setiap ahli kumpulan diberi beberapa kepingan kad manila.


2. Mereka dikehendaki menyediakan satu bentuk empat segi sama dan diletakkan dihadapan
mereka.
3. Tugasan hanya dikira selesai apabila setiap individu dalam kumpulan ada di hadapan
mereka satu bentuk empat segi sama dan ianya mestilah sama besar sama tepat dan sama
padat dengan individu-individu yang lain di dalam kumpulan anda.
4. Ahli tidak dibenarkan bercakap.
5. Ahli tidak dibenarkan menggunakan sebarang bentuk isyarat komunikasi dengan ahli-ahli
lain dalam kumpulan anda.
6. Ahli tidak dibenarkan meminta atau mengambil kepingan-kepingan kad dari ahli-ahli lain
dalam kumpulan itu.
7. Anda tidak dibenarkan melipat,mengoyak atau merosakkan kepingan-kepingan kad
yangtelah disediakan.
8. Amalkan etika kerja.
FALSAFAH:

 Bekerjasama
 Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.Cubaan
menipu/melanggararahan atau peraturan yang ditetapkan. Berfikiran terbuka dan
pengalaman yang teliti terhadap sesuatu arahan.
 Hidup adalah bermasalah dan perlukan kerjasama
 Perkhidmatan tanpa mengharapkan balasan (tangan yang menghulur di atas lebih baik dari
yang menadah di bawah)
 Cari kelemahan diri sebelum menyalahkan orang lain (jangan mudah) membuat kesimpulan
dan tuduhan atas masalah atau kegagalan sendiri)
 Tidak putus asa.
 Apa yang ada pada kita belum pasti hak kita.

Anda mungkin juga menyukai